Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 ( Edisi 1 ) Bidang Pendidikan
-Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan
-Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah
-Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar
-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar
-Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9
-Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9
-Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri
-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000
-Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara
-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas
Namun sayang rancangan bernas Pak Lah terbantut ekoran desakan 'golongan tidak sabar' dalam Umno / Kerajaan....
Lihat rancangan bakal dilaksanakan Pak Lah 2008 - 2012 :
- Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan
- Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
- Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar
- Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
- Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
- Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam negara
Yang ruginya bukan pemimpin pengganti namun rakyat yang akan mengenang jasa jasa Pak Lah selama menjadi PM selama ini...Yang tidak sampai 1/4 dari usia PM terlama memerintah Malaysia sebelum ini iaitu Tun Mahathir.
Tun Mahathir hebat ? mungkin sebab 'menyapu di bawah karpet' segala sampah sarap hingga ramai tak nampak ?
Yang mencucinya ialah Pak Lah yang tidak ubah seperti pewaris segala hutang piutang zaman Tun dahulu... Namun diherdik tanpa belas kasihan oleh bekas bos beliau sendiri.. Episod sedih kerana bekas PM masih 'tergiur' menjadi hero ketika lambaian Izrail sedang memanggil.
Ya Allah ! bukalah pintu kemenangan untuk Pak Lah agar rakyat tetap sedar jasa jasanya kepada mereka.......Amin Ya Rabb.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
aku setuju dgn sdr ,golongan yg rakus berkuasa spt Muhyidin dan team (muhkriz & father ) inilah yg memusnahkan UMNO .
aku menyeru kpd perwakilan pemuda, jika memilih Muhkriz ,maka alamatnya Najib pasti akan menerima nasib spt Pak lah . muhkriz pasti akan menggunakan kedudukannya utk menjatuhkan Najib kerana Najib juga dikritik oleh Bapak dia . aku pasti anak bapak ini akan menjadi duri dlm daging di dlm UMNO. tidak mustahil muhyidin akan menekan Najib jika beliau la menang Timbalan presiden nanti kerana kita sudah lihat dan kenal siapa Muhyidin Yassin ...
regu najib -muhyidin sukar diramal utk menjadi terbaik ..record muhyidin menentang Pak Lah harus dijadikan iktibar utk Najib ..
Susah betul nak cari macam Pak Lah...
Kalu amanah diserahkan kepada bukan ahlinya tentu hancur negara.
nak cari orang nama pak lah???
ramai pak lah di kampung kawe...
paklah kedai kopi,paklah gatih teksi,paklah tuke rumah,poklah mesin padi,paklah tuke gali kubur...banyak lagi...
terima kasih ayahanda lllah...sebab niat nak berhenti....tapi tak berhenti lagi....taktik dia je tu...
semoga mukhriz membawa kejayaan kepada malaysia...cemerlang gemilang terbilang....seperti bapanya tun dr mahathir....
Wokyoh buat lawak....
tak apalah.malas nak buang masa jawab.
Pak Lah lagi gembira berhenti. Bukan menangis macam orang nama dot det tu..
Mungkin dia ingat dia Tuhan dapat ubah bangsa Melayu kot.
Namun rupa rupanya dia pun makhluk yang lemah juga.
Tapi sayang tak sedar diri lagi walau dah dekat nak mati.
Aku nak tengok mati nanti bumi nak terima ke tidak sebab ramai orang sokong dia dok lanyak pak lah yang mendapat majoriti tertinggi 2004 hingga ramai cemburu.
Lepas tu semakin kuat serangan bertali arus jatuhkan Pak Lah. Hasad dengki PHD betul orang melayu ni..Hati rosak macam tu lah.
Wokyoh, mungkin saya tak kenal anda. Tapi tidak perlu saya mengenali kerana melalui tulisan cukuplah saya simpul - anda benci tahap gaban kepada Pak Lah.
terima kasih...
Nampaknya ada jugak lagi orang nakkan Pak Lah jadi PM. Buta mata ke buta hati namanya nih??
Sedarlah kalu Pak Lah yang masih jadi PM alamatnya akan pupuslah UMNO lepas ni sbb rakyat pakat sokong pembangkang baru padan muka.
Pakailah otak sikit kalau nak sangat sokong Pak Lah tu. Jangan sampai sokong yang membawa rebah sudah la.
pak lah ok serba serbi, cuma dia kurang tegas,lembik, tak sensitif pada kehendak orang melayu apabila bangsa melayu mula diusik oleh bangsa lain. paklah mcm biarkan bangsa lain menuntut itu dan ini tapi kita hanya berdiam diri.pendek kata paklah kene bertegas juga pada bangsa lain biar nampak sebagai pembela bangsa melayu.
lagi satu paklah slow dan lambat bertindak untuk menafikan atau menidakkan tuduhan2 dan fitnah2 pembangkang hinggakan rakyat jelata dah jadikan sumber pembangkang sebagai sumber maklumat.
tapi aku harap paklah akan terus jadi PM tapi sebagai ahli politik,aspek2 penting dalam berpolitik dan kelemahan2 harus diperbaiki.
Catat Ulasan