Pengikut Blog Panglima

31 Julai 2008

Anwar bawa fatwa ulama luar negara ; Dr Taha Jabir Al Alwani ! Satu Pendedahan Ekslusif

1. Siapakah Dr Taha Jabir Al Alwani ?

Bio of Taha Jabir al Alwani
link : http://www.islam-democracy.org/alalwani_bio.asp

Dr. Taha Jabir al Alwani (alalwani@islam-democracy.org) was born in Iraq in 1935. He received his primary and secondary education in his native land and then graduated with an Honors Degree from the College of Shariah and Law at Al Azhar University in Cairo in 1959. From the same university he was awarded his Master's Degree in 1968, and a Doctorate in Usul al Fiqh in 1973.

For ten years (from 1975 to 1985) Dr al 'Alwani was a Professor of Fiqh and Usul al Fiqh at Imam Muhammad b. Sa'ud University in Riyadh.

Dr. al 'Alwani participated in the founding of the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in the USA in 1981, and is now the Institute's President and a member of its Board of Trustees.

He is a founder-member of the Council of the Muslim World League in Makkah, a member of the OIC Islamic Fiqh Academy in Jeddah since 1987, and President of the Fiqh Council of North America since 1988.

Among his works on Islamic Jurisprudence are:

  • His edition of Al Mahsul fi `Ilm Usul al Fiqh ("The Sum and Substance of Usul
    al Fiqh"), by al Imam Fakhr al Din al Razi, in six volumes.
  • Al Ijtihad wa al Taqlid fi al Islam ("Legal Reasoning and Imitation in Islam")
  • Huquq al Muttaham fi al Islam ("Rights of The Accused in Islam.")
  • Adab al Ikhtilaf fi al Islam ("The Ethics of Disagreement in Islam.")

2. Adakah kredibiliti Dr Taha Jabir ini sah untuk disandarkan tanpa prejudis oleh kita ?

baca petikan dari - blog klik sini - di bawah :

Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

Taha Jabir Alalwani, President of the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in Herndon, Virginia, US. Beliau juga President of Cordoba University US yang mengadakan kerjasama dengan Washington Theological Consortium sebuah universiti Kristian terbesar di Amerika.


Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

Thursday, July 10, 2008

Pertama sekali, penulis membaca di Harakahdaily tentang "fatwa" yang dikeluarkan oleh seseorang yang bernama Dr. Taha Jabir Al 'Ulwani.

Penulis agak kehairanan kerana siapakah sebenarnya Dr Taha ini. Selalunya, kita jarang mengambil sesuatu "fatwa" melainkan daripada seorang mufti.

Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah Presiden Cordoba University yang dahulunya adalah Graduate School of Islamic and Social Sciences di Washington.

Oleh itu, beliau bukanlah mufti mana-mana negara ataupun negeri.

Maka, boleh dikatakan ia adalah nasihat tetapi bukannya fatwa. Jikalau begitu, barangkali nasihat daripada Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam UM pun boleh dikatakan fatwa. Mungkin ada yang membandingkan dirinya dengan Syeikh Qaradhawi ataupun Syeikh Al Albani, tetapi dalam keadaan isu yang tengah hangat sekarang ini lebih baik "fatwa" ini dikatakan nasihat dari ulama' luar negara bukannya dilabel sebagai fatwa.

Anwar meraikan rakan-rakan di rumahnya iaitu A. Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji. Kedua-duanya adalah rakan kepada Dr Taha Jabir Al 'Ulwani. A. Hamid, Jamal Barzinji, Taha Jabir, Anwar adalah pengasas International Institute of Islamic Thought(IIIT), sebuah organisasi yang diwujudkan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada 1981. Mereka berketuakan Dr Ismail al Faruqi, Professor Perbandingan Agama di Universiti Temple Amerika Syarikat. Selepas Ismail Al Faruqi mati dibunuh secara misteri, presiden IIT diambil alih oleh Sheikh Taha Jabir Al-Elwani. Mereka juga bergiat cergas dalam slogan 'Demokrasi Islam' dan 'Persefahaman Antara Agama' (IFC)di bawah badan tajaan Amerika yang dinamakan 'Center for Study of Islam and Democracy' (CSID)


Lantas, penulis pun membaca apa yang dinamakan "fatwa" tersebut. Penulis bersetuju dengan kebanyakan perenggan awal "fatwa" tersebut sehinggalah tiba-tiba terdapat tuduhan daripada terjemahan Dr Taha Jabir Al Ulwani tersebut yang bermaksud:

"Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang"

"Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. "

Adakah patut bgi seorang yang bergelar ulama' menjatuhkan hukum terhadap kerajaan Malaysia walaupun tiada bukti? Walaupun inilah yang hendak didengar oleh pihak pembangkang terutamanya PKR dan PAS, tetapi ini adalah tuduhan yang tiada bukti.

Hubungan akrab Anwar dengan pengasas IIT tidak boleh dipertikaikan. Ketika Anwar jadi Presiden UIA, beliau lantik A. Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji sebagai rektor dan pensyarah UIA. Bahkan IIIT cawangan Malaysia diwujudkan di UIA. Ketika Anwar dipecat UMNO 1998, A. Hamid lari meninggalkan UIA secara senyap-senyap dan IIIT Malaysia cawangan UIA terbakar. Bahkan kemasukan Anwar ke dalam UMNO 1982, berasaskan ijtihad tokoh-tokoh IIIT terutamanya almarhum Ismail Al-Faruqi. Sekarang tokoh-tokoh IIIT bersubahat dengan Amerika memerangi 'teroris' seperti Sadam Hussein dan Osama Laden serta memperjuangkan 'Demokrasi dalam Islam' dan persefahaman antara agama.


Dikatakan kerajaan Malaysia sama seperti Kerajaan Atheis Ba'ath Iraq.Oleh itu, tidak patut bagi sesuatu fatwa yang mengandungi fitnah dan pembohongan pada hal sepatutnya perkara ini perlu dikaji dan diperiksa.

Tidak patut bagi seorang intelek yang mengetuai sebuah institusi Islam di Amerika berlaku begitu an "fatwanya"mempunyai unsur malafide dan fitnah.

Oleh itu penulis sukalah mengingatkan agar umat benar-benar menghayati ayat 6 surah Al Hujurat yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "

Oleh itu mari kita selidik latar belakang Dr Taha Jabir Al 'Ulwani dan kenapakah Dr Taha Jabir Al 'Ulwani sanggup mengeluarkan "fatwa" berkenaan?

Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, dan Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).Di dalam laman Cordoba University juga mengesahkan perkara ini bahawa Dr Al Ulwani adalah Pengarah International Institute of Islamic Thought.

Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat. IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 dan berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat .

Dikatakan Anwar juga salah seorang daripada pengasas IIIT dan Dr Taha pernah memimpin Anwar selepas kematian Prof. Ismail Faruqi dalam MSA Canada, USA. Oleh itu, tidak hairanlah Dr Taha Al Ulwani terus mengeluarkan fatwanya untuk menyokong Anwar.

Selain itu mari kita lihat apakah yang cuba dibawa oleh Dr Taha Al Ulwani. Perkara ini terdapat dalam objektif dan misi Cordoba University iaitu:

"The curriculum develops an "ijtihad orientation" that is capable of overcoming the drawbacks of the classical Islamic legacy, while benefiting from the depth and richness of its contributions."INTRODUCTION TO THE GRADUATE SCHOOL OF ISLAMIC AND SOCIAL SCIENCES

Bermaksud, kurikulum yang dibentuk untuk pengajian Islam di Cordoba Universiti adalah berdasarkan panduan ijtihad yang berupaya menyelesaikan kemunduran warisan Islam klasik di masa yang sama mendapat faedah dari kedalaman dan kekayaan sumbangannya.

Jadi apakah maksudnya? Ia disimpulkan oleh Prof. Charles Kurzman sebagai Islam Liberal dan Islam liberal inilah yang ditentang oleh PAS.

Selain itu, Dr Taha giat mempromosikan dialog antara agama terutamanya dengan agama Kristian. Dr Taha Al Ulwani terlibat dalam Washington Theological Consortium (WTC)sebagai ahli bersekutu dalam lembaga pemegang amanahnya yang dianggotai oleh ramai pemuka-pemuka Kristian Amerika.

Malahan, salah seorang public trustees (pemegang amanah awam) adalah Mary Hennes Brown, pegawai belanjawan dan politik karier untuk CIA.

Oleh itu, hubungan WTC dan CIA tidak dapat dinafikan.

Dengan itu, penulis berharap Harakah agar perlu berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu "fatwa". Bagi penulis, Harakahdaily perlu memeriksa dahulu latar belakang pemberi fatwa kerana dibimbangi boleh menyesatkan fikrah ahli jamaah.

Posted at 02:50 pm by maharaja_zhou

baca artikel asal di maharajazhou.blogdrive.com

Baca lanjut artikel berkaitan bertajuk "Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT "



3. Apakah pandangan beliau ?

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim ( dari blog mujahidin 88 )

Soalan

Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

~Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali dan terakhir pada 26/6/08 yg lalu~

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.


4. Adakah Saiful ( mangsa liwat ) yang menuduh Anwar liwat atau Mat Sabu ( sbg contoh pihak ketiga ) yang menuduh ? kenapa digunakan qazaf dan dihalakan muncungnya ke arah Saiful ?

Bahkan tidak lama lagi Saiful akan bersumpah selesai siasatan polis selesai ! klik sini


5. Apakah hukuman jika sabit kes liwat di Mahkamah Syariah ? klik sini atau bawah


Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

Seksyen 25. Liwat.


Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

6. Apakah peruntukan Qazaf dak Enakmennya ? klik sini

Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 41. Qazaf.


Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


komen : di mana peruntukan menuduh kes liwat ? di mana peruntukan untuk mangsa liwat yang tidak ada saksi ? bukankah kes rogol pun tidak ada 4 saksi tapi dikenakan penjara oleh Mahkamah ?


7. Apa hukuman jika memberi keterangan palsu samada Saiful atau Anwar ?



Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 30. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.


(1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu prosiding kehakiman di Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.



8. Adakah Qazaf sesuai di dalam kes ini ? artikel asal di sini

Peruntukan qazaf tidak sesuai untuk dakwaan kes liwat Anwar
11-07-2008 06:04:02 PM
Oleh Ab Jalil Backer

SAYA tertanya-tanya apakah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lebih mengelirukan mengapa laporan ini khabarnya direstui oleh ulama-ulama di dalam Parti Islam Se-Malaysia (Pas)? Ia turut digembar-gemburkan oleh laman web harakahdaily, organ rasmi Pas.

Tindakan ini bukan sahaja mengelirukan malah jelas memburukkan imej agama Islam. Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman?

Adilkah agama Islam jika orang bukan Islam melihatnya bersandarkan reaksi dan tindak-tanduk Anwar dan ulama-ulama dalam Pas ini?

Jika kita teliti, qazaf sebenarnya khusus kepada tuduhan zina, yakni persetubuhan suka sama suka diluar ikatan perkahwinan.

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nur (ayat 4) yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Peruntukan Qazaf sepatutnya hanya terpakai kepada penuduh yang berupa orang ketiga, yakni bukan di kalangan mereka yang terbabit sendiri dengan perbuatan tersebut. Ia bertujuan mengelakkan fitnah dan adu domba dalam masyarakat.

Sebaliknya dalam kes Datuk Seri Anwar, orang yang membuat tuduhan ialah mangsa sendiri. Saudara Saiful bukan pihak ketiga yang membuat tuduhan melulu. Sebaliknya beliau merupakan mangsa dalam isu ini (jika benar tuduhan tersebut).

Apa yang beliau lakukan ialah mengadu kepada pihak berkuasa. Jika beliau perlu membawa empat saksi untuk mengadu nescaya tiada satu pun kes liwat dan rogol dapat dibicarakan di Malaysia lagi.

Apa akan jadi kepada mangsa liwat dan rogol jika setiap mereka mahu membuat aduan maka harus membawa empat saksi? Perlu diingat liwat bukanlah persetubuhan suka sama suka. Perbuatan liwat sama dengan rogol, iaitu berlaku hubungan seks tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.

Jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau dinasihati oleh para ulama, maka kita mahu tahu siapakah ulama-ulama memalukan Islam ini.

Para ulama harus menjadi pemikir, cendekiawan dan pakar. Malang bagi kita jika ulama yang ada dalam Pas dan PKR tidak pun mampu memahami makna dan perbezaan antara penuduh dengan pengadu.

Apa pula akan terjadi jika setiap perogol dan peliwat membuat aduan qazaf di pejabat agama bersandarkan pandangan ulama yang menasihati Anwar?

Pada hemat saya aduan ini bukanlah dinasihati oleh ulama sebenar tetapi hanya oleh orang-orang politik yang bertopengkan agama. Bagi menjaga nama baik Anwar maka satu penyelesaian politik perlu dilakukan.

Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan menggunakan undang-undang Islam dan istilah-istilah Islam bagi memulihkan imej Anwar yang kian tercemar. Ini adalah kebiasaan politik Anwar dan Pas yang kerap kali mempergunakan Islam bagi melepaskan diri atau memulihkan imej politik mereka.

Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia, maruah agama bukan lagi sedang dicabar oleh kumpulan bukan Islam tertentu tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak meraih sokongan.

Kesimpulan

Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh ulama lain.

Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,

"Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.

"Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."

Sungguhpun ayat ini memberi panduan kepada tuduhan zina oleh suami ke atas isteri tetapi kaedah ini pastinya lebih tepat dalam menyelesaikan masalah antara Anwar dan Saiful.

Saiful telah pun membuat aduan ia menjadi mangsa liwat Anwar. Anwar pula menafikan.

Benar ada undang-undang negara yang boleh menyelesaikan isu ini. Namun oleh kerana Anwar sudah menggunakan Islam sebagai alat untuk menyelamatkan diri, maka sewajarnya masalah ini turut diselesaikan secara Islam, tanpa mengenepikan prosedur jenayah sedia ada.

Saiful telah pun bersedia melakukan. Soalnya bersediakah Anwar?


9.Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sendiri mengakui sumpah dibenarkan jika Anwar ingin menafikannya seperti laporan Harakah Daily di bawah :

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan.

"Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan.

"Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu," ujarnya.

Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk sumpah mubahalah.

"Dalam kes Saiful dan Anwar, ia bukan sumpah mubahalah tetapi al-yamin istizhar kerana mubahalah itu digunakan dalam kes lian yakni sumpah menuduh isteri melakukan zina," katanya lagi.

Jelasnya, berbeza dengan sumpah mubahalah kes lian yang perlu diulang sebanyak empat kali, sumpah atau yamin istizhar dilakukan hanya sekali sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dalam menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. - mns



Kesimpulannya : Apa lagi jawapan dan dalih Anwar ? biarkan sahaja bicara bermula ! atau anda bersumpah menafikan sekeras kerasnya atau MENGAKUI SAHAJA jika benar benar ia berlaku.

Apa komen anda ?

30 Julai 2008

Wanted : Raja Petra Kamaruddin (SATU IKLAN KEMPEN )




[wantedrpk.jpg]

Husam Musa : tok dalang laporan polis dua bahagian PAS Kelantan terhadap Tajol Rosli ?

Berita KL POS

Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.

Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.

Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah.

“Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat.

“PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)… kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama.

“Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok,” katanya.


Dato' Haji Husam Musa

Komen saya : Husam Musa adalah Ketua PAS Kubang Kerian ( tak percaya ? klik sini ) yang lantang bersuara menerusi Sheih Aziz a.k.a Kickdefella ( gambar bawah ) menentang 'main belakang' PAS dan UMNO. Kickdefella adalah peminat Anwar ( bukan tuduhan liwat Anwar ! ) dengan menyiarkan gambar DSAI yang dirakamnya sendiri di blog beliau ( klik sini ).Beliau juga membela Anwar semasa isu Yahya Shaari di Selangor tempoh hari ( klik lagi )

Anda tahu Maya Karin dibawa ke Kelantan ? Siapa belakangnya ? orang sama iaitu Kickdefella juga ( klik sini atau sini dan tengok bawah lagi )

Gambar bertarikh : 19 04 2008 dari blog Kickdefella sendiri.

Beberapa artikel dikeluarkan khas berkaitan isu pertemuan yang membimbangkan Anwar dan rakan rakan dalam PR hingga terpaksa menggunakan proksi mereka di dalam PAS selepas tidak dapat menentang aura Nik Aziz dan Hj Hadi secara terbuka dan berdepan.


Gambar atas Kickdefella bersama Husam Musa

Kenapa bahagian Kota Bharu turut sama membuat laporan polis ?

hahahaha saya nak gelak dulu kerana tersangat gembira menemui jawapannya di dalam blog beliau sendiri ( klik sini )

Tidak sangka usaha saya mencari persoalan dimudahkan Allah hingga menemui jawapan !!!

Kenapa Husam bencikan perpaduan UMNO PAS ? jawapannya ada di bawah :

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Lihatlah betapa gembiranya Husam Musa sebelah Abang Anwar dibawa hingga ke Dubai. Berita lanjut di blog Anwar Blog ( klik sini ). Walaupun belum lagi menjadi MB atau Timbalan MB, namun sudah dibawa menjadi delegasi pelaburan hingga ke negara pro Amerika bernama Dubai...

Tindakan ini saya rasa adalah permainan kotor selepas permainan lucah lagi jelek oleh Raja Petra Kamarudin di Malaysia Today, selain Amin Iskandar di dalam mensabotaj Muzakarah / Muqabalah PAS UMNO yang semakin rancak dan hampir menemui titik kejayaannya kurang sebulan lagi.

Ini berdasarkan persepakatan yang telah tersebar melalui cakap cakap kedai kopi bahawa UMNO PAS akan membentuk kerajaan menggantikan DAP dan PKR di Perak yang telah menjadi contoh kepada ketidakstabilan perkongsian kuasa hingga ada yang telah melanggar batasan hingga menerima peluru hidup sebagai imbuhan.

Begitu juga pergelutan antara ahli PKR di mana kes kronisme KDEB, salah guna surat kepala Kerajaan Negeri bagi meminta derma serta pergaduhan antara ahli PKR isu surau telah menjelaskan kepada kita realiti dan situasi Pakatan Rakyat yang baru memerintah itu. Perkongsian 'dendam' tidak menjamin akan menghasilkan perkongsian kuasa yang mantap kerana masing masing berbeza ideologi dan tidak dapat menjadi badan yang baik bagi kepentingan penyokong mereka kerana titik pendapat dan idealisme yang sangat jauh berbeza, akan merosakkan pakatan mereka.

Husam Musa berkata di dalam blognya- klik sini - :

PAS sudah tentu tidak akan terperangkap dengan permainan ini. Biarlah UMNO ‘masak’ dan mendidihnya sendiri tanpa api dari lilin yang membakar diri sendiri.

Ia diucapkan setelah melihat keadaan PAS yang dirasakan kuat sekarang ini sedangkan PAS sebenarnya perlu bangkit selepas melihat bagaiman kerapuhan pakatan mereka yang hanya bermodalkan kata kata dan juga fitnah dan adu domba. Ia satu tindakan 'now or never' oleh PAS dan tentunya Husam Musa perlu menghormati ijtihad Hj Hadi dan sekelian Ahli Syura PAS sebelum lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan akan dikeluarkan dan dibongkar hingga menghapuskan terus nama baik PAS yang tentu -kuasa dua- keimanannya dari PKR yang menaja aliran muzik barat lagi ' menjilat' kemelayuan kita zaman berzaman.

Adakah UMNO kuat atau PAS ? adakah UMNO dengan ahli berjuta juta kuat atau PAS yang tidak sampai satu juta ahli lebih kuat dan hebat ?

Siapa perasan ? Siapa menjadi PM ? Siapa memerintah dari awal kemerdekaan hingga sekarang ?

Adakah PAS tidak akan tenggelam jika PKR tenggelam ? adakah kapal Pakatan Rakyat akan menenggelamkan PKR sahaja tanpa melemaskan semua yang ada bersama ?

Oh Husam ! anda silap dan sememangnya anda ada sikap tidak menghormati sesiapa sahaja selain Nik Aziz yang telah berjaya anda pengaruhi seperti Sultan Sharul Nizam ( seperti kata Sayuti Omar )

Sikap anda terlalu membenci akan memakan kredibiliti anda sendiri sebagai pejuang Islam ( kunun kununnya )...

Jadi, perpecahan semakin membesar jika dibiarkan dan perpaduan akan bercambah jika diusahaka.

Tidak usahlah mengatakan atau mengaitkan kembali sejarah lama kerana nama sama tetapi kapal PAS dan UMNO telah bertukar nakhoda dan terajunya.

Sejarah mengajar kita dan sejarah akan menjadi guru agar tidak ada lagi kesilapan sselepas kita sama sama telah silap.

Jangan lupa adakah PAS keluar dari Perikatan kerana PAS sendiri atau disebabkan oleh UMNO ??

Saudara/i pembaca fikir dan carilah jawapannya sendiri agar tidak terpedaya lagi denga cerita cerita dongeng lagi khurafat tindakan PAS keluar atau menarik diri dari Perikatan ( kerjasama membentuk kerajaan dengan UMNO ) 38 tahun lalu.

Ada google dan yahoo search engine kan? Gunalah dan fikirlah...

- Berdasarkan maklumat di atas ia adalah pandangan peribadi penulis dan terpulang untuk diterima atau ditolak. Berdasarkan kesediaan anda datang dan membaca blog peribadi saya ini !

Moga perpaduan Islam tidak akan digugat oleh Munafik, Fasiq, Kafir Harbi ataupun Yahudi.

29 Julai 2008

Raksasa BN : Jangan peduli,jangan layan dan jangan ambil kisah desakan Karpal Singh


Blog : Raksasa BN

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


RINTANGAN pertama, pertemuan antara Pas dengan Umno, ialah – suara Pengerusi Dap, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat – Gabungan antara PKR,Dap dan Pas, mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu.


Tentunya, ada sedikit kerisauan di dada Menteri Besar (MB) Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang dilihat, menjadi MB atas 'ihsan' Sultan Perak dengan persetujuan Dap – tetapi janganlah kerana 'kerisauan' itu, kepentingan Islam dan Melayu, secara keseluruhannya mahu dipinggirkan.


Umno, tidak perlu 'terkejut' dengan kenyataan Karpal kerana Karpal ini seorang 'manusia unik' yang tidak memerlukan sesiapa untuk menasihatkannya. Dia tidak nampak lain, kecuali kepentingan Dap yang telah meletakkan dirinya dan anak-anaknya di satu tempat yang cukup membahagiakannya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya 'tidak akan tergamam' untuk meneruskan usaha-usaha pertemuan yang dinamakan sebagai muzakarah dan kemudiannya bertukar menjadi muqabalah, walaupun Karpal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula 'kedudukan Pas' dalam pakatan tersebut.


Umno dan Pas tentunya tahu, Karpal bukan Melayu dan bukan Islam. Jadi, kalau dia khuatir dengan pertemuan antara Umno dengan Pas, ia adalah perkara biasa. Yang luar biasanya, jika Karpal yang mencadangkan supaya Umno dan Pas mengadakan muzakarah.


Biarlah Karpal menentang. Biarlah Karpal curiga. Biarlah Kapal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu, yang pentingnya, aspirasi perjungan Umno dan Pas, bukan aspirasi Karpal. Kenapa Umno dan Pas nak pedulikan apa yang Karpal perkatakan.


Karpal mungkin tidak memerlukan sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk memenangkannya dalam setiap kali pilihan raya. Begitu juga Abdul Hadi dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak memerlukan sebarang undi dari Karpal untuk menang pilihan raya. Maka, antara Hadi, Pak Lah dan Karpal – mereka berada di tempat yang berlainan dan kepentingan berbeza.


Karpal menganggap dia peguam yang cukup popular. Kadang-kadang, percakapannya seolah-olah orang lain tidak ada yang 'tahu undang-undang'. Jangan dilayan manusia seperti ini. Lagi pun dia bukan ramai, dia hanya seorang dua. Dia tidak boleh buat apa-apa kalau Pak Lah dan Hadi mahu terus berjumpa.


Pak Lah pula, tentunya beliau tahu yang beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tanggungjawab Pak Lah bukan sahaja untuk membela orang-orang Melayu dan Islam di negara ini, tetapi juga kepada bangsa lain dan penganut agama lain. Maka, para pemimpin parti komponen BN yang lain tidak perlu 'risau' dengan tindakan Pak Lah – walaupun ia dilihat seperti 'perbincangan perkauman'.


Kebijaksanaan Pak Lah, tiada siapa boleh mempertikaikan. Jika Pak Lah melakukan pertemuan dengan Pas, Gerakan, MIC dan MCA tidak perlu risau. Tidak perlu dipertikaikan. Seperti kata Presiden MIC, Samy Vellu, dia akan menunggu penjelasan Pak Lah di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.


Dari kenyataan ini, ketika banyak pihak 'tidak puashati' dengan Samy Vellu, termasuk bekas anak-anak buahnya yang bertindak keluar parti – tetapi dalam isu muzakarah ini, jauh Samy Vellu menunjukkan kematangannya berpolitik. Samy Vellu tahu, calon-calon MIC yang bertanding, memerlukan sokongan semua kaum untuk menang.


Berbeza dengan Karpal, mungkin dalam kotak fikirannya, dia menang kerana pengundi mahu menolak BN – mengundi Dap. Maka, kita boleh menilai kenyataan Samy Vellu dengan kenyataan Karpal Singh. Samy Presiden MIC dan Karpal Presiden Dap. Walaupun kedua-duanya Presiden, tetapi kedua-duanya 'jauh berbeza' dalam melihat kepentingan politik di Malaysia.


Dap sebenarnya sebuah parti yang tidak boleh dihampiri. Kepentingan 'Malaysian Malaysianya' mengatasi kepentingan Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Bagi Karpal Singh, Melayu dan Islam bukan 'urusannya' kerana itulah terlalu kecil orang Melayu dan Islam berada di Dalam Dap.


Jika ada pun, seorang dua, yang ibarat melukut di tepi gantang. Adanya mereka tidak menambah, tiadanya mereka tidak mengurang. Kita pernah dengar nama-nama seperti Abdul Muluk Daud, Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi, yang sukar untuk diingati. Ia bukan kerana Dap minat untuk meletakkan Melayu dan Islam di dalam parti itu, tetapi, sekadar 'menutup mata' dari disebut sebagai sebuah parti perkauman yang cukup tebal.


Apabila PKR menerima Dap sebagai 'sahabat' mereka, tidak ramai yang melihat Pas akan ikut sama. Antara Pas dengan Dap, ibarat langit dengan bumi. Namun, PKR adalah 'jambatan' yang menghubungkan Pas dengan Dap. Jika ditakdirkan PKR 'berkubur' – mustahil Pas dengan Dap akan bekerjasama, seperti mana mereka bekerjasama sekarang.


Dalam situasi politik sekarang, Dap perlu menunjukkan mereka 'boleh menerima Pas' kerana mereka tidak ada pilihan. Tetapi apabila mereka cuba menghalang 'usaha baik' yang hendak dibuat oleh pemimpin Pas dengan Umno, ia sesuatu yang boleh dianggap sebagai keterlaluan. Kalau kita tidak mampu berbuat kebaikan, kenapa harus kita tentang orang berbuat baik?


Jika Pas, mahu menghentikan pertemuan dengan Umno ini, bermakna Pas 'akur' dengan kehendak Karpal Singh sedangkan Pas sebenarnya masih ingat ayat yang pernah keluar dari mulut Karpal Singah 'langkah mayatnya dulu'…. apabila ada pihak menyebut mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Noktah.

28 Julai 2008

Gambar menghina PAS sudah mula dilancar di Blog Malaysia Today



Pendapat saya :

1. ia tanda kekejaman Raja Petra @ PKR terhadap kawan Pakatan Rakyat hingga sanggup menyerang dengan ganas sekali tindakan bermuzakarah dengan BN.

2. Ia kebencian amat sangat kepada Kerajaan BN hingga tidak merelakan perbincangan langsung dengan UMNO / BN. Walhal demi ketuanan agama. Bukan ketuanan HOMO seks yang nampak gayanya disenangi artikel berbentuk begitu oleh editor 'Jambu' bernama Raja Petra.

3. Ia bermakna mereka sudah mula menampakkan belang masing masing di dalam menghadapi parti Islam yang baru sahaja sedar mereka telah ditipu hidup hidup oleh bekas pejuag Islam Anwar Ibrahim.




Kesimpulannya : Pakatan Rakyat sudah retak menanti belah dan tidak mustahil ada sesuatu akan diumumkan kepada negara selepas muktamar PAS ini.

Tunggu dan doakan ia memberi harapan baru !

24 Julai 2008

Dialog Nik Aziz - Hj Hadi ( satu imaginasi )

[hj+hadi+nik+aziz.jpg]

Gambar Panglima Perang Baru-a Anwar ??

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/img_0048.JPG

“Rakyat jua yang menang akhirnya.” Itulah jawapan Datuk Fauzi Abdul Rahman apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tokoh ini terkenal kerana berani menentang korupsi di negeri asal beliau iaitu Negeri Pahang Darul Makmur. Beliau memilih PKR apabila mendapati kerosakan yang merebak dalam UMNO sukar lagi untuk dipulihkan. Beliau yakin faham yang mendasari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan yang besar demi Malaysia yang adil dan makmur. Malah tokoh ini menegaskan di bawah Pakatan Rakyat dan PKR, semua kaum akan mendapat perlindungan yang sama rata. Di bawah ini dilampirkan biodata ringkas Datuk Fauzi.

PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).

Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.

Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

Petikan dari : Blog Anwar Ibrahim

Soalan saya :

1.Kenapa baru sekarang Datuk Fauzi menyertai PKR ?

2. Digosipkan bahawa Pahang akan diketuai Datuk Fauzi, adakah ini 'rasuah' yang menarik hati beliau menyertai PKR ? agar dapat jadi MB Pahang ?

3. Adakah 'rakyat kalah' semasa beliau pernah menjadi anggota Kabinet Malaysia dari 1990 -99 ???


23 Julai 2008

Faisal Tehrani : buang Nasha atau 'orang itu ' @ Anwar

Artikel terbaru dari FT :

23 July 2008
PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'
Ini tentang perangai pimpinan yang tak mahu dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz. Mursyidul Am kata: 'Mudah-mudahan berhenti sahajalah. Banyak lagi kerja lain, lagipun kita sudah dekat dengan Muktamar PAS. Tak payah buat debu tengah jalan sampai orang kelabu mata.' Mungkin kata-kata tok guru itu sepatutnya berbunyi: 'Mudah-mudahan dia berhenti sahajalah. Banyak lagi pemimpin lain, lagipun kita sudah dekat dengan pemilihan (tahun depan). Tak payah jadi debu tengah jalan bagi kuasa pada orang kelabu mata.'

Pimpinan tersebut ialah
Nasha:

When I asked him about Anwar Ibrahim, he is circumspect: “I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”

Nasharudin is frank about his views on the coalition: “With recent developments, my personal view is that the Pakatan is very fragile; but we are trying to strengthen the coalition.

“Nobody can deny this. There are problems at both state and federal levels. Pakatan must get its house in order and consolidate its position.”

When asked how this can be achieved, he answers: “The level of communication among ourselves isn’t up to standard. This is because everyone is busy. We need to increase the regularity and frequency of communication.

“We are still to a large degree polarised (Malays, Indians and Chinese) and are still finding it difficult to overcome these differences which remain at the core between the different Pakatan members.”

Sebenarnya kalau kalian dah tak gemar dengan perangai 'orang itu' yang suka menveto mesyuarat dan tak reti berpakat sekalipun, janganlah 'meromlahkan diri' dengan parti satu lagi. Kalian kan gerakan Islam, hubungan genetik gerakan Islam seluruh dunia pantang bercium mulut dengan kuasa Barat (dan penguasa sekular). Asak 'orang itu'; tanya 'orang itu' baik-baik akan kemesraan 'orang itu' dengan kuasa Barat yang berhak menimbulkan tanda tanya (klik sini). Tapi, dalam masa yang sama, sekali-kali mengkhianati 'rakyat' jangan dibuat kerana ia memang perkara bangang. Itulah kalian dulu, tak ada hal buat hal, sekarang dah jadi hal.

Nah ahli PAS, mengamuk untuk buang siapa? Salah buang jadi nanah. Malu, parti 'orang itu' bertambah padu, parti Musalmah mungkin kembali menyerlah.

* Foto Ustaz Nasha dan Muhammad Zahar (pimpinan HAMAS). Foto pemimpin Pakatan Rakyat dan Paul Wolfowitz. PAS akan berkorban yang mana?
Terhijab
Sungguh menghairankan! (Klik sini) Ada nama 'orang itu'lah. Sedangkan Syria, Hamas, dan Iran menolak keputusan Zionis dan Abbas yang diusahakan Amerika. Tetapi, tetapi kenapa 'orang itu' berada di situ?

Tidakkah aneh Foundation For The Future yang dikaitkan dengan 'orang itu' pernah dikatakan
membekal senjata FATAH untuk mengalahkan HAMAS?

Adakah ini bermakna tok-tok guru dalam PAS telah terhijab? Dan termasuk dalam lubang zionis?

Tidakkah kesangsian ini membawa erti sesuatu?

Saya teringat soalan saya kepada mak cik Musalmah Lebar, dan dia menjawab: 'Dajal tak boleh dipercayai sebab kalau dajal datang tok-tok guru pun akan beriman dengannya.'


artikel asal : klik sini

21 Julai 2008

PAS Johor menyokong muzakarah selepas Dewan Ulama PAS

Nampaknya Anwar makin gelisah dengan satu persatu elemen penting PAS sudah bersetuju. Meskipun Husam Musa berkata PM ingin memecah belahkan PAS dengan mengakui wujudnya pertemuan antara PAS dan UMNO, namun ia sekadar suara sumbang 'luar tabie' hingga menjanggalkan kedudukan beliau di pandangan orang.

Harakah Daily nampaknya sudah nyata dengan isu ini memberikan ruang bagi komen Dewan Ulama dan terbaru PAS Johor. Ini saat dinantikan dan kita harap ia saat penyatuan kekuatan Melayu Islam yang sudah berpecah selama 50 tahun tanpa ada persefahaman di atas nama Kasih Sayang dan Perpaduan...

PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno
Salman Hussin
Mon | Jul 21, 08 | 5:06:48 pm MYT

BATU PAHAT, 21 Julai (Hrkh) - PAS Johor menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah antara PAS-Umno bagi membincangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

"PAS tidak pernah sekali-kali menutup pintu muzakarah dengan Umno bahkan, sejak dulu pun PAS sentiasa membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mereka, malah sebelum pilihanraya yang lalu pun PAS telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan soal perpaduan melayu dan Islam," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung kesediaan PAS mengadakan muzakarah dengan Umno, yang mendapat liputan meluas media-massa tempatan mutakhir ini.

"PAS Johor yang mengadakan Mesyuaratnya hari ini juga telah mengambil ketetapan menyokong kenyataan Presiden PAS berhubung muzakarah ini," katanya.

Bagaimana pun menurutnya, antara muzakarah dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza, PAS memang sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno tetapi bukan mengadakan kerjasama dengan mereka, oleh itu tidak timbul sama-sekali soal kerjasama antara PAS-Umno.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, turut menafikan dakwaan kononnya berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai dakyah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Hubungan kita dalam Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri sangat baik dan kerjasama ini akan dipereratkan lagi sehingga ke akar umbi, ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

"Justeru kerana itu kita ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan Pakatan Rakyat retak, adalah tidak benar sama sekali dan rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda jahat pihak-pihak tertentu ini," ujarnya lagi. - mks._

20 Julai 2008

Dialog Hj Hadi - Pak Lah tentang Muzakarah PAS dan UMNO




Dialog ini imaginasi tuan blog tanpa ada tujuan melainkan ingin melihat dialog seumpama di atas berlaku di dalam negara kita tidak lama lagi, Insya Allah ! Amin....

18 Julai 2008

Anwar marah dengan Najib kerana disuruh Amerika ekoran pembelian kapal selam Perancis ????

Pertama dari semuanya :

Anwar pro Amerika...

Kedua :

Najib dihalakan tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mahkamah

Ketiga :

Najib telah bersumpah dengan nama Allah tidak mengenali Altantunya..

Keempat :

Pembelian senjata dan kapal selam BUKAN dari syarikat Amerika mengundang persoalan kita adakah ia menjadi punca Anwar 'gila meroyan' menuduh Najib hingga dia sendiri telah dituduh dengan 'senjata pemusnah' oleh pembantu khasnya sendiri !

Kelima :

Title pembantu khas dinafikan Anwar walhal Anwar tidak menafikan Saiful di bawa ke luar negara bagi tujuan membantunya.

Keenam :

Anwar tidak MENYAMAN media massa yang mengatakan Saiful adalah pembantu khasnya sedangkan Anwar 'gila menyaman' mengalahkan polis sendiri.... ini kerana beliau telah menyaman Saiful untuk yang terbaru selain mengugut Menteri Dalam Negeri agar menarik balik kenyataan bahawa beliau adalah spy Amerika ( biasala yang kena cili dia yang pedas ) dan puluhan orang lain seperti Khairy, Mahathir dengan begitu mudah sahaja kerana didalangi barisan barua peguamnya yang bersedia jika mendapat ' bayaran lumayan ' dari Anwar yang pernah digosipkan dengan akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara bahawa Anwar mempunyai wang terkumpul RM 3 bilion dari 20 'master akaun ' walaupun ia ditarik balik kemudiannya akuan tersebut....

Tengok video di bawah dan anda akan dapati semua media eletronik dan massa melaporkan Saiful adalah PEMBANTU KHAS Anwar !

16 Julai 2008

Anwar dimenangkan oleh Malaysiakini ! setelah gagap dan tewas di depan jutaan rakyat ...

Pemenang debat isu minyak ialah...
Jul 16, 08 2:49pm

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.





Komen saya : Anwar kalah tetapi 'organ barat' Malaysiakini ini dengan mudah dan pantas memenangkan Anwar.

Jika Anwar kalah, nasib pejuang liberal dan sosial serta anti Raja dan ketuanan melayu akan terkubur.

Tidak pelik jika Anwar 'menang' di Malaysiakini Online.

Tetapi saya dan anda dah tengok sendiri tanpa perlu komen ' memenangkan'yang kalah oleh Malaysiakini.

Lihat siapa pengarang di Malaysiakini, Hishamudin Rais ( tauke group londeh jubur ) dan Amin Iskandar ( penghasut no.1 ) ..

Anda tak kenal ke dari mana mereka ?

Fikir fikirkanlah....

15 Julai 2008

Kata Blogger tentang Perpaduan PAS - UMNO dan kehancuran PKR - DAP ?

Sedikit tinjauan peribadi saya di blog blog UMNO PAS dan PKR tentang isu hangat di atas yang sudah mengatasi kekalutan isu liwat yang lewat kali ke dua dibaca di dewan kehidupan yang mulia ini.

Saya sorot blog anak Nik Aziz dulu sebagai pembuka bicara tentang isu ini kerana bagi saya, beliau tentu sependapat dengan bapanya atau sama tidak ada beza. Dalam artikel terbaru beliau bertajuk : Tahniah Presiden , ada komen isu perpaduan UMNO dan PAS ini . Katanya :

Langsung ke tak langsung, wujud usaha meminggirkan PAS dari tempatnya yang layak. Saya mengingatkan kerana saya tahu dan mendenyuti rasa itu. Seperti kata tuan pesiden, ” Orang PAS bukan bodoh!”

dalam artikel sebelumnya ekoran isu londeh melondeh di stadium, Nik Abduh memberi respon :

Untuk yang kedua, bagaimana jika perbincangan PAS-UMNO menghasilkan natijah yang lebih menguntungkan Islam dan dakwahnya berbanding tawaran untuk Islam dalam Pakatan Rakyat? Anda akan ditanya, Mana lebih menyelerakan iman, Islam atau Pakatan Rakyat?

Ini seolah oleh Nik Abduh dan para ahli PAS yang lain sudah merasa kecewa dengan tindak tanduk PKR DAP yang tidak ada' jati diri' Islam hingga merendahkan dan menyiat nyiat hati PAS yang telah termakan umpan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Jika benar PAS bekerjasama dengan UMNO, adakah PAS bersedia mengkhianati rakyat ? jawapan Nik Abduh :

Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula.

Perbincangan dan perdamaian adalah jalan Islam. Menutupnya atas sangkaan adalah jahil.



Ingatkan musuh Islam itu UMNO, namun baru sekarang PAS kenal musuhnya yang sebenar bukan UMNO tetapi DAP dan PKR yang tidak ada maruah agama sebaliknya ' kaki perompak' yang mempamerkan senyuman yang lebar di dalam memendam di dalam hati segunung ' dendam membara' mengejar cita cita walaupun mengorbankan apa sahaja termasuk ketuanan Melayu dan agama Islam..

Seterusnya kita tengok blog depa kata tentang isu ini :

14 July 2008

UMNO SAMBUT CADANGAN HADI

Nampaknya cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan UMNO mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam disambut baik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Depa kata, benda-benda baik macam ni eloklah disegerakan. Tak payah dok banyak 'tapi', tak payah dok dengaq sangat dulu cakap orang nu orang ni. Prosedur pelik-pelik tu, kalau ada, letak la ke tepi. Masanya dah sampai kut untuk kita pakat-pakat duduk untuk mencari titik persamaan bukan dok pakat cari lubang perbezaan. - tamat -

Jika anda inginkan lagi pendapat orang orang tertentu yang relevan dan rapat dengan PAS, mari kita melihat blog Roslan SMS yang tidak salah saya adalah orang kuat Hj Hadi sendiri :

Memang kemenangan PAS kali ini bertenggek di atas kekuatan bersama melalui gagasan Pakatan Rakyat, namun sebagai rakan yang menurut Tuan Guru Presiden, telah memberikan sumbangan yang besar sehingga terbentuknya kerajaan di negeri-negeri baru selain Kelantan ini, sudah pastilah ruang dan peluang perlu diberikan dan dibuka buat PAS untuk melaksanakan tuntutan perjuangannya. PAS mahukan pengiktirafan dari kawan-kawannya, dan apakah pengiktirafan yang lebih besar bagi PAS selain dibenar menekankan kepada perlaksaan syariat Islam khasnya dikalangan rakyat yang beragama Islam.

Baca lagi :

PAS telah berkorban dan merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, melalui kekuatan jentera dan ahli-ahlinya. Walaupun dari sudut bilangan kerusi Parlimen PAS mungkin memegang saham yang terkecil tetapi dari sudut bilangan kerusi dewan undangan negeri PAS memiliki saham terbesar berbanding DAP dan PKR iaitu dengan 83 kerusi diikuti DAP 73 dan PKR 40.


-
Ertinya : PAS telah dipinggirkan atau terpinggir kerana gegak gempita bakal Perdana Menteri bekas banduan penjara kes salah guna kuasa dan liwat , hingga melupakan hasrat yang sama Hj Hadi dan Lim Kit Siang. Bagi DAP tentu mereka tidak bersungguh sangat kerana tahu susah orang Cina menjawat jawatan yang ekslusif tersebut namun mereka percaya Anwar dapat menjadi ' kuda tunggangan' mereka nanti..

Menariknya Roslan SMS turut menyalin kata kata Nik Abduh di blognya sebelum saya tiba di sana membaca isi artikel tulisan beliau... Mungkin inilah dikatakan bakat kewartawanan antara kami berdua hehehe ;)

Sekarang mari kita ke blog Penarek Beca yang selalu ' menaikkan kemarahan' penyokong fanatik PAS kerana pendedahan beraninya :

Abdullah telah mengarahkan Setiausaha Agung Umno menulis surat perletakan jawatannya pada malam keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Tetapi, dakwa sumber itu lagi, anaknya, Datuk Kamaluddin dan menantunya, Khairy Jamaluddin menentang hasratnya itu.

Setelah Datuk Seri Najib Tun Razak tiba dari Pekan (atau Kuantan, saya tak pasti), Abdullah mengadakan perbincangan empat mata dengan Najib dalam tempoh yang agak lama. Selepas itu, dia terus menjadi Perdana Menteri.

Bagi saya ; sumber ini memang benar. Kerana saya juga mendengarnya dari orang sangat dekat dengan PM.. Namun mungkin desakan dan juga permintaan ramai pihak menjadikan Pak Lah meneruskan lagi usaha membawa negara. Jika tidak tentu Pak Lah menjadi PM tersingkat di dalam sejarah mana mana PM di Malaysia. Apapun keterangan gosip di atas berkenaan tentangan dari anak beliau tidaklah saya tahu dan pasti pula.

Sekarang mari kita tinjau blog pro UMNO iaitu another brick in the wall tentang isu ini :


Macam ada tak kena PAS-PKR?

"... orang PAS bukan bodoh!", kata Dato Seri Haji Hadi bin Awang.


Begitulah antara perkataan yang terlafaz dari mulut Haji Hadi dalam temuramahnya dalam Harakah bertarikh Julai 8hb, 2008 baru-baru ini mengakui ada membuat perbincangan dengan pihak-pihak tertentu dari UMNO.

Masih teringat Haji Hadi menjawab soalan beberapa orang jurublog mengenai slogan Malaysian Malaysia DAP, Darul Islam dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Majlis Makan Malam Rakan Media pada Mei 13hb, 2008. Semasa itu mereka baru mengumumkan persepakatan Pakatan Rakyat. (Gambar di atas)

Katanya, itu semua hanya istilah dan perkara penting dalam pentadbiran adalah mengamalkan ketelusan, bersih dari rasuah, keberkesanan, dan lain-lain. Ramai yang biasa pergi mendengar ceramah PAS agak terperanjat dengan sikap keterbukaan baru PAS. Yang menyebut pun adalah orang yang sama mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1986.

Dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui ideologi PAS dan DAP ada perbezaan fundamental dalam isu Islam. Jika dahulu, Semangat 46 yang menjadi gam antara mereka berdua, kini PKR, khususnya Anwar Ibrahim yang membolehkan mereka berkerjasama mengadakan persepakatan untuk pilihanraya umum baru-baru.

Tetapi mutakhir ini, pelbagai peristwia masakini menunjukkan ada yang semacam tidak kena antara PAS dan PKR. Belum lagi timbul kata-kata yang jelas antara mereka. Namun pelbagai peristiwa menunjukan sesuatu sedang menggelegak dan menunggu masa untuk meledak. - end -


Kita tunggulah nanti apakah Anwar akan lakukan di dalam menyelesaikan isu liwatnya dan juga PAS sendiri di dalam menghentikan kerjasama yang sudah 'lewat' dan 'terlambat' ini.

Moga perpaduan Islam di Malaysia akan kukuh dari hari ke hari nanti, Insya Allah !

11 Julai 2008

Tiada siapa jadi Ketua Pakatan Rakyat !!!! - Kata Hj Hadi

Hj Hadi sudah tidak dapat menahan kemarahannya. Edisi terbaru Harakahdaily telah menyaksikan komen komen ibarat peluru penabur yang akan anda baca satu persatu di bawah ini nanti. Komen yang saya rasa sudah lama disimpan sejak kemenangan besar PAS dengan DAP serta PKR pada pilihanraya yang lepas.

Komen yang sudah tidak dapat ditahan lagi demi kelangsungan survival PAS selaku teraju utama, bukan ' tunggangan utama' oleh Anwar Ibrahim.
Apabila kes liwat Anwar timbul PAS sudah tidak menyokong lagi dan Anwar keseoranga menghadapi kes peribadi yang berulang ini... PAS sudah menjauhkan diri sedikit demi sedikit selepas sudah sekian lama dijauhkan atau jauh hati dengan karenah PKR dan DAP yang semakin 'takabur' dan 'sombong' atas kejayaan bersama dengan PAS sepanjang pilihanraya lepas.

Rasanya Hj Hadi sudah dapat merasa protes terbaru Ahad lepas ternyata menzahirkan kemarahan anak anak muda bersemangat Islam dan inginkan perubahan dari terus mereka dijadikan ' melukut di tepi gantang' atau ' hidung tak mancung pipi tersorong sorong' di arena politik Malaysia sekarang ini. Kebaikan PAS mengorbankan idea Negara Islamnya yang sangat dibela Husam Musa, tidak susah dibaca kerana adalah ' hasutan' Husam Musa dan rakan rakan ' pro Anwar' di dalam PAS termasuk Kamarudin Jaafar sendiri selaku S/U AgungPAS meskipun dikenali sebelum pemecatan Anwar sebagai kawan rapat Anwar dan banyak menerima berbagai ' ghanimah' atas kedudukan Anwar selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Baca kenyataan ' geram' Hj Hadi dan anda fikirlah sendiri tersirat dan tersurat di sebaliknya.




Hadi akui rundingan PAS-Umno, ulas impak isu dakwaan meliwat Anwar

11-07-2008 06:10:00 AM
Oleh G. MANIMARAN

MASA DEPAN PAKATAN... Pertemuan pemimpin komponen Pakatan Rakyat yang diumumkan kelahirannya sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu. (Depan dari kiri), Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
PETALING JAYA: Dalam temu bual yang dilihat sebagai pendirian terbuka dan tegas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil mengakui PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno bagi menerokai kerjasama masa depan menegaskan, parti itu "berhak" berbuat demikian sambil menegaskan peranan PAS yang telah membawa kejayaan Pakatan Rakyat tidak harus "diketepikan" begitu sahaja.

Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka memang telah diadakan selaras dengan sikap keterbukaan parti itu.

Mengenai peranan PAS, kata beliau, "orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan."

"PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain.

"Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya," kata beliau dalam temu bual dengan akhbar parti itu, Harakah dalam keluaran terbaru yang mula dijual semalam.

Mengenai perundingan dengan mana-mana parti politik, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan.

"Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," kata beliau yang merujuk kepada kenyataan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa pihaknya sudah mula mengadakan rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mengenai kemungkinan melompat parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang bertanya mengapa PAS tidak boleh mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak.

"Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat.

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno," katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas kemenangan barisan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri.

"Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri," jelas beliau.

Mengenai isu dakwaan meliwat dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini memainkan peranan sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, beliau berkata, pihaknya mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah.

Ia harus dibawa ke Mahkamah Syariah jika tidak boleh diselesaikan di mahkamah sivil, katanya.

"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah," katanya lagi.

KANDUNGAN ulasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Harakah pada 8 Julai lalu.
HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?

USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?


Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.


Hasil pertemuan dan rumusan PAS?

Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.

Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.

Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.

( Jap nak mencelah sikit yer ; UMNO memilih calon MIC MCA dan UMNO menjadi ketua Barisan Nasional bukan sebagai gurkha atau keldai kepada parti komponen yang lain, ada faham ke ? - panglima perang cyber )

Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?

Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.

Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.

Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?

Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.

Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.

Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.

Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.


Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.


Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?

Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.

Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?

Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.

Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.

Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?

Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.

Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?

Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.

Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?

Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....

Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?

Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?

PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.

Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?

Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.


Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?

Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.

Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.

Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.

Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.

Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi.