Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 April 2009

Edisi Pagi : Gagasan PM ke 6 Malaysia dan cerita gelaran Ir Nizar yang meragukan kita ~ Malaysiakini

CERITA 1

Tahniah atas selesai dengan rasminya perlantikan DS Najib Tun Razak sebagai PM ke 6 kita... Pasti ramai menggigit jari kerana gagal menghalang beliau naik sebagai Perdana Menteri meskipun ribuan fitnah telah ditabur untuk mengaburi mata rakyat dan mensabotaj kepimpinan beliau...

Sila baca Gagasan Perdana Menteri baru Malaysia ( petikan Utusan Malaysia )


Gagasan Najib


TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan Najib Tun Razak selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, semalam. – BERNAMA


Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.



CERITA 2



Respon kepada saudara pemberi komen tentang kata kata kesat oleh blogger BPN di sini :

Terima kasih atas nasihat dan teguran dari saudar pemberi komen berkenaan penggunaan kata kata tidak suci dan murni oleh blogger pembela negara.

Perlu difahami penggunaan perkataan tersebut diguna atas inisiatif mereka senditi dan sama sekali tidak disyorkan oleh BPN.

BPN sentiasa menggalakkan kata kata baik dan murni dalam penulisan blog.

Walaupun begitu ada juga yang tidak mampu menahan kemarahan kerana melihat kemungkaran berleluasa seperti fitnah dan berita palsu yang dapat kita saksikan di atas.

Kemarahan mereka kerana tidak setuju dengan tindakan tidak bermoral tersebut yang mana ia lebih teruk dan bahaya berbanding kata kata agak kasar dan kesat yang digunakan oleh rakan dalam team Blogger Pembela Negara.

Dalam hal ini saya hanya dapat memberi panduan dan ingatan kepada mereka agar kata kata tersebut dapat diubah kepada nada dan maksud yang lebih enak dan lembut.

Dan lebih penting ia mestilah berasas dan tidak dipenuhi dengan fitnah atau hasutan yang jelas ditolak dan dibenci oleh agama dan juga warga negara Malaysia kita yang tercinta ini...

Jika ada mana mana blogger bpn menulis berdasarkan hasutan dan juga menfitnah hingga melanggar undang undang maka saya tentu sama sekali tidak akan teragak agak menggugurkan keahlian mereka dalam BPN dengan serta merta.

Harap semua blogger dapat menulis dan mengkritik dengan baik dan berhikmah agar hasilnya nanti dapat digunakan untuk kebaikan negara tempat kita bernaung dulu kini dan selama lamanya...

Tq.



CERITA 3


Sekarang saya berada di Kelantan selepas bertolak semalam dari rumah di lokasi dot dot ( dirahsiakan )...

Pagi ini saya sudah berada di Kelantan dan sudah pun menjamah nasi kerabu daging bakar di Ketereh dalam perjalanan ke Kota Bharu.

Pada awalnya saya bercadang ke Bukit Gantang namun terpaksa pulang ke Kelantan kerana ada majlis yang perlu dihadiri dan saya pulang bersama rakan rakan seperjuangan.

Beberapa rakan blogger kita telah berada di sana dan nama mereka terpaksa dirahsiakan demi menjaga keselamatan mereka semasa bertugas di sana.

Pemergian mereka juga telah dihidu oleh blogger sebelah sana dan dikhabarkan kepada saya bahawa mereka sedang mencari siapakah geng kita yang telah pergi ke sana. Khasnya blogger pedas berapi seperti Parpukari dan Gomo termasuk GAP dan Perak Bangkit.

Ada orang memperli BPN tidak turun padang seperti BNM tetapi bagi saya bukan masalah hadir ke tempat lokasi atau tidak, tetapi bagaimana info info dapat disalurkan dan diterima untuk didedahkan kepada rakyat.

Setakat ini ramai pihak telah bermurah hati menyalurkan info berkenaan PRK tersebut dan mereka berganding bahu dengan geng BPN untuk misi membetulkan salah faham rakyat kepada kerajaan dan juga mendedahkan penipuan dan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kerajaan agar mereka dapat keuntungan politik di atas perlakuan kotor tersebut.




Cerita 4


Saudara GAP di blognya ( klik sini ) telah menulis isu gelaran IR pada nama bekas MB Perak... Siapa ada jawapan sila kemukakan di sini atau di sana...

Jika benar dia bukan IR, kenapa gelaran tersebut diguna sesuka hati oleh Nizar?

Soalan yang penuh misteri dan perlu dijawab oleh Pas dan Pakatan Rakyat !!!!





Itu dulu untuk pagi ini. Mata perlu dipejam sekejap kerana masih belum berehat lagi selepas tiba di kampung jam 9 pagi tadi.


Kepada sahabat, sila teruskan perjuangan dan jadikan semangat mendapat PM baru iaitu DS Najib Tun Razak sebagai satu semangat untuk meningkatkan lagi perjuangan kita yang tidak dijanjikan apa apa ini...

melainkan demi menjaga agama bangsa dan tanah air kita semata mata...


Salam perjuangan.....

22 ulasan:

Ir. Wan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ir. Wan berkata...

yang nie sape kalp bkn Ir. Nizar jamaluddin..
MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

Ir. Wan berkata...

org2 umno nie mmg ketandusan maklumat yang betul laa...tuk pengetahuan puak2 be end, Ir. nizar jamaludin telah di anugerahkan fellow IEM/BEM baru2 ini. xkn xtahu kot.semua surat khabar n media be end control.
nie mesti org2 be end xtngk tv be end sndr nie....wakaka

Ir. Wan berkata...

aku dah bagi full information pasal Ir. Nizar...xcaye lagi contact IEM sndr laa....

Aiman berkata...

puak BPN mane tau cr maklumat yg btol..staakt g website search xjumpe dh kate xda...BPN nk cari point..jap nk tnye tn panglima BPN ni..dari mane dpt jawatan ni???sape yg angerahkan??n BPN ni persatuan yg sah ke??dh didaftarkan??semua jawatan ade ni...ape program/aktiviti tahunan??fitnah n caican??oo..haha@!!

Tok Pawi berkata...

Gelaran IR bukanlah terlalu eksklusif hingga hanya 4 orang Nizar sahaja di Malaysia ini yang boleh menggunakannya. Pada pendapat saya, setiap jurutera profesional yang telah mendapat latihan dan kelayakan akademik di bidang itu boleh meletak pangkal Ir sebelum namanya seperti mana seorang doktor perubatan meletakkan pangkal Dr sebelum namanya. Saya juga berpendapat seorang profesional apa jua bidang berhak meletak pangkal (atau akhiran) pengenalan tertentu di hadapan namanya, termasuk arkitek dan peguam. Hanya mungkin doktor sahaja yang secara konvensional mesti meletak pangkal Dr kerana saya fikir ini dapat membantu memberi keyakinan orangramai terhadap mereka, sebab mereka berhubung secara langsung dengan patien.

Kesimpulannya, tidak perlulah dipertikaikan Nizar menggunakan Ir pada namanya jika dia benar-benar seorang jurutera profesional.

Bunyinya saya seperti menyokong Nizar. Sebenarnya saya membenci dia kerana kebiadabannya tidak melambangkan dia seorang profesional.

Oh ya, jangan lupa, Dr pada nama MB Dr Zambry itu bukan menunjukkan dia seorang doktor perubatan. Itu untuk Doktor Falsafah. Untuk mendapatkan itu dia telah menyediakan tesis dan tesis kajiannya adalah sejarah, dasar dan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia atau PIS-M (lebih popular dengan panggilan Pas). Ini bermaksud, pengetahuan Dr Zambry tentang parti tersebut adalah menyeluruh, melebihi pengetahuan Ir (infrared) Nizar sendiri tentang parti yang dipimpinnya.

Dan untuk pengetahuan penganut-penganut Pas yang suka merendah-rendahkan pengetahuan agama Islam orang lain khususnya ahli-ahli UMNO, bidang pengajian Dr Zambry di universiti adalah yang berkaitan pengajian Islam, selain Sains Politik.

MyIdea berkata...

Mr IR WAN..

cita sikit, dapat kat mana? Puas ana mencari.. masuk nombor xdapat..nama xdapat..

Ir. Wan berkata...

mimpi916.....

i think online database is not fully updated.i have full list of IEM's members.189 pages.softcopy....

Ir. Wan berkata...

aku rasa da boleh delete da laa "cerita no. 4" tu...bnda dah terjawab...PAS n pakatan rakyat da jawab...bnda2 remeh temeh mcm nie just bagi kat anak2 murid PAS n pakatan rakyat jelaa jwb n tangkis...hahahaha.knowledge anak murid PR=mahaguru Be End..wakaka..

cucu_tokwan berkata...

Confirm la Si Nizar tu ada Ir. Tak payah la hangpa pertikaikan lagi no..sapa boleh jawab dia pi belajaq kat lon don sana dia cekau duit kat mana???

Aiman berkata...

PNGLIMA BEFORE POST SATU2 CITE MAKESURE LAA CITE TU DI SELIDIK ABIH2..KATE PEMBELA NEGARA..HAHAHA

Xenan berkata...

Pembela negara?pemfitnah ade la.

Baik ko sebok g fitnah KJ lagi bagus kasi jatuh.Die kompom nyer perasuah.Dah lupa ke korg berketuakan perasuah???

hilbert berkata...

Ideologi DAP dan PKR sama saja seperti fahaman Komunis atau PKM(Parti Komunis Malaya) dulu yang telah diharamkan atas sebab-sebab keselamatan Negara. Jika kedua-dua Parti ini(DAP/PKR) masih lagi dengan cara serta kaedah yang sama dengan perjuangan pengganas komunis suatu ketika dahulu, lebih baik kedua-dua parti ini diharamkan juga.

Hanya ada satu saja yang membezakan perjuangan antara PKM dengan DAP dan PKR ini adalah pendekatan yang diambil demi untuk mencapai niat buruk mereka. Jika PKM, mereka mengguna senjata api seperti senapang patah dan bom untuk memenuhi matlamat kejam mereka, tetapi DAP dan PKR mengamalkan fitnah sebagai ganti senjata dan pembohongan, penipuan dan janji palsu sebagai bom jangka.

hilbert berkata...

Kepada semua penyokong-penyokong tegar pembangkang, saya berharap supaya mereka semua ini kikislah sedikit demi sedikit sikap terlalu taksub kepada pemimpin tertentu yang sudah sebati dalam jiwa masing-masing. Kembalilah kepada perjuangan asal, iaitu kita akan menyokong perjuangan yang benar-benar berlandaskan kebenaran dan kejujuran.

Seandainya sikap serta mentaliti lama seperti sentiasa menyanjung serta memuja dengan membuta tuli seseorang pemimpin itu masih menjadi budaya kalian, maka selagi itulah fikiran kita akan dikuasai oleh pengkhianat bangsa dan negara.

Aiman berkata...

OII..HILBERTMONTELL..NAME KO PON DH CAM OMPUTI..APE MCM NI PEJUANG BANGSA??KO CKP SUH PENYOKONG PMBANGKANG KIKIS CKET SIKKAP TAKSUB..YANG KORG TU NAPE XNK KISKIS??KLU BENAR KO PERJUANGKAN KEJUJURAN DAN KEBENARAN..NAPE KJ LEH DIANGKAT JD KP??NAPE ALI RUSTAM MASIH LG DOK SYOK TDO KT UMAH??XDITANGKAP MSUK JEL SBB KES RASUAH??TEGUR DLU PMIMPIN KORG BR TEGUR ORG LEN..KLU BTOL LAA KEBENARAN DI PERJUANGKAN OLEH KORG.KORG AKAN TTENTANG UMNO ABEH2 SAN..NAPE AKU CKP MCM TU??LIHAT LAA SNDRI PEMIMPIN KORG..NGAN RASUAH..KES KHIR TOYO APE CITE??ORG CMTU PON MASIH LEH JD CALON KP/..KO PK LAA SNDRI

Wong Pencen berkata...

Sebagai ulasan kepada Cerita 2.

Memang kadangkala kemarahan yang terlampau boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Mungkin itu yang menyebabkan keluarnya ungkapan-ungkapan kotor dan kesat.

Walaupun demikian sebagai pejuang pembela negara, kesabaran adalah suatu perkara utama. Kesabaran kita akan menyerlahkan kekuatan kita. Ia akan menunjukkan bahawa kita mampu mengawal diri kita sendiri dan apabila kita sudah mampu mengawal diri kita sendiri barulah kita dapat mengawal perlakuan orang di sekeliling kita.

Memang ada kalanya kebejatan pihak lawan kelihatan terlampau lalu kita berpandangan ungkapan kesat dan kotor yang kita lemparkan kepada mereka sebagai patut dan ringan berbanding onar yang mereka bawa.

Namun, bukankah yang kotor itu tetap kotor melainkan ianya dibersihkan. Juga, sesuatu yang kotor tidak akan dapat membersihkan. Kotoran hanya boleh dibersihkan menggunakan sesuatu yang bersih. Melemparkan ungkapan kotor, walau sedikit, kepada kebejatan dan kotoran yang dibawa oleh pihak lawan hanya akan menambahkan kotoran yang sedia ada.

Lalu setiap kali sesuatu kotoran itu bertambah, akan lebih sukar untuk kita membersihkan.

PUTRAKENCANA berkata...

Apalah nak jadi dengan pengikut Pas ni. Masih lagi menjadi kuda tunggangan DAP yang ingin melihat bangsa Melayu Islam ini bersengketa sesama sendiri.
Dap sanggup mempersendakan dengan ayat Al-Quran.
Pengikut Pas ni tepuk tangan plak kat bangsa kafir laknat ini membaca surah Al-Quran.

Pelik-pelik dengan pengikut dan pemimpin Pas la ni.

Aiman berkata...

KEPADA PUTRAKECANA..

NAPE KATE MEREKA HINA ISLAM BILE MEREKA MEMBACA AYAT AL QURAN?YA..MAYBE SEBUTAN MEREKA TIDAK BTOL..TP CUBE PK BLK..ADAKAH SAUDARA BARU CTH MMUALAF DAPAT SEBUT DEGAN BAIK KETIKA MMBACA ALQURAN??ALQURAN DI TURUNKAN UNTUK UMAT MANUSIA DI MUKA BMI INI..SEKIRANYA MEREAKA MGAMBIL SEPOTONG AYAT DARIPA KITAB AL QURAN..KITA PTT BSYUKUR KERANA MEREEKA TTELAH MULA MMPERCAYAI WUJUDNYA ALLAH DAN YAKIN DENGAN AGAMA KITA..SEPATUTNYA KITA TRUSKAN BERDOA AAGAR MEREKA TRUS MENGUCAP SYAHADAH DAN MEMELUK AGAMA ISLAM..SELAGI NIAT MEREKA BAIK DAN TIDAK MEMESAONGKAN MAKSUD AYAT TERSEBUT..RSNYE TIDAK SALAH MEREKA NK BACA..PHMKN??

Aiman berkata...

KEPADA PUTRAKECANA..

NAPE KATE MEREKA HINA ISLAM BILE MEREKA MEMBACA AYAT AL QURAN?YA..MAYBE SEBUTAN MEREKA TIDAK BTOL..TP CUBE PK BLK..ADAKAH SAUDARA BARU CTH MMUALAF DAPAT SEBUT DEGAN BAIK KETIKA MMBACA ALQURAN??ALQURAN DI TURUNKAN UNTUK UMAT MANUSIA DI MUKA BMI INI..SEKIRANYA MEREAKA MGAMBIL SEPOTONG AYAT DARIPA KITAB AL QURAN..KITA PTT BSYUKUR KERANA MEREEKA TTELAH MULA MMPERCAYAI WUJUDNYA ALLAH DAN YAKIN DENGAN AGAMA KITA..SEPATUTNYA KITA TRUSKAN BERDOA AAGAR MEREKA TRUS MENGUCAP SYAHADAH DAN MEMELUK AGAMA ISLAM..SELAGI NIAT MEREKA BAIK DAN TIDAK MEMESAONGKAN MAKSUD AYAT TERSEBUT..RSNYE TIDAK SALAH MEREKA NK BACA..PHMKN??

hilbert berkata...

Salam,dan terima kasih Aiman atas perhatian anda.

Sdr Aiman harus ingat, bahawa "bahasa jiwa bangsa" dan bahasa juga adalah mencerminkan budi pekerti seseorang penutur itu. Apa-apapun kita harus bagi salam dengan orang terlebih dahulu sebelum memulakan apa jua bicara...

Pasal nama saya tu, ye lah sebab saya Roman Chatolic..jadi tak patut juga kalau nak taruh nama macam orang Arab kan. Tapi kita lupakan soal itu, sebab bak kata orang dulu-dulu "apa ada pada nama". Tetapi jika itu juga dijadikan satu ukuran untuk melayakkan kita dianggap sebagai pejuang bangsa, saya rasa saudara Aiman telah silap. Cuba saudara Aiman pikir balik, nama seperti Anwar Ibrahim, Mohd Nizar Jamaluddin dan mereka yang sama pakatan dengan pembangkang, apakah mereka juga boleh digelarkan sebagai pejuang bangsa? Nama mereka Melayu, tetapi mereka mengkhianati bangsa sendiri sehingga sanggup menderhaka kepada Raja Melayu serta mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Baginda Sultan. Sanggup memberi status tanah sebagai hak milik kekal 999 tahun kepada orang bukan Melayu. Anwar pulak sanggup membelakangkan para Ulama serta kepentingan Agama demi agenda politik dia dengan merestui agama lain boleh menggunakan Kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Jika dalam hubungan kaum bolehlah bertoleransi, tetapi bagi saya dalam hal Agama tiada timbul soal bertolak ansur.

Berbalik kepada soal perjuangan memertabatkan bangsa dan negara, kami sebagai kaum Peribumi minoriti di Malaysia ini yang bukan dari kaum Melayu, sentiasa mengharapkan agar Konsep Ketuanan Melayu harus diteruskan serta tidak diganggu-gugat. Kami selalu mengharapkan supaya kepimpinan di Malaysia ini terus diterajui oleh orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional. Ini penting bagi menjaminkan kelangsungan nasib maju mundur kami sebagai sebahagian daripada kaum Bumiputera di negara ini tetap terbela dan diberi perhatian.

Kepada semua penyokong pembangkang, "berubahlah, atau anda akan diubah", bukalah kembali pemikiran yang telah lama "tertutup" kepada sesuatu pembaharuan. Bukalah minda kepada setiap perubahan. Keluarlah pemikiran lama yang senantiasa menghantui dalam diri. Dengarkanlah muzik baru, jangan asyik mendengar lagu lama. Lagu lama biar ia jadi nostalgia serta iktibar..dan lagu baru jadikan inspirasi dan aspirasi kita.

Perjuangan UMNO, dan kompanen BN yang lain memang telah jelas terbukti berjaya memajukan bangsa dan negara. Ramai yang telah berjaya dalam hidup kerna bantuan menerusi perjuangan murni UMNO/BN. Tetapi malangnya, ada segelintir daripada mereka yang telah berjaya itu tetapi mengambil sikap "seperti kacang lupakan kulit".,ada juga yang bersikap seperti mana kata pepatah Melayu dulu-dulu "seperti melepas anjing yang tersepit". Tetapi ada satu peribahasa yang sesuai untuk UMNO/BN "Tangan yang memberi, lebih mulia dari tangan yang menerima", ini bukan mengungkit tapi sekadar mengingatkan saja.

Sekian, Terima kasih.

Aiman berkata...

SALAM HILBERT..

MINTAK MAAF LAA KLU MGURIS PERASAN..NAPE ANDA YAKIN SGT YG NIZAR AND ANWAR DERHAKA KEPADA RAJAANDAI KATE MEREKA BTOL DERHAKA..ADAKAH MEREKA SAJA YG DERHAKA??MCM MANE NGAN PIHAK UMNO YG DERHAKA??RSSNYE DH RMAI BLOGGER N KOMEN YG MEMBERIKAN LIST PENDERHAKAAN UMNO KEPADA SULTAN RAJA??NAPE ANDA XPERSOALKAN INI??NAPE SY XSUKE UMNO..SBB MCM NI LAA..PIHAK UMNO DERHAKA BYK KALI KORG STILL PERTHNKAN..TP BILE NIZAR OR PR BR DERHAKA SEKALI KORG DH HANGATKAN ISU INI..PUAK2 BN N UMNO NI SEOLAH2 MCM XNMPAK KESALAHAN DIRI MEREKA..MEREKA HANYA TAHU BLAME ORG LAIN..OK SAUDARA HILBERT..NK TANYE LAA..BG JAWAPAN YG RASIONAL..MAJLIS ANGKAT SUMPAH NAJIB JD PM 6..NAPE SURAT JEMPUTAN DH DI KELUARKAN SEBLUM PM KE 5 JUMPE AGUNG NTOK MELETAKKAN JAWATAN??SIAP DH ADE TENTATIF LG JEMPUTAN ITU..XDERHAKA KE BERBUAT SEDEMIKIAN??SEOLAH2 MMBELAKANGKAN KEPUTUSAN SULTAN..SEKIRANYA SULTAN TIDAK SETUJU APE AKAN JF DENGAN MAJLIS ITU??STAKAT NI XDA SAPE YG DPT BG JAWAPAN YG BERNAS..SEMUA CKP SULTAN AKAN TERIMA PUNYE SBB DIE BIJAK..MMG SULTAN BIJAK..TP PERBUATAN INI SEPERTI DERHAKA BUKAN??SEOLAH2 MEMAKSA SULTAN DALAM MMBUAT KEPUTUSAN..

SRY YE HILBERT..

SY DLU PENAH SYG UMNO N SAME2 PERJUANGKAN..TP BYK SGT KEPINCANGAN..WALAUPON PR PERTUBUHAN BARU..TP PERUBAHAN YG DI LAKUKAN AMAT TERASA..-END-

Aiman berkata...

OH YEE..MGENAI TANAH YG DAPAT KT CINA TU..BKN KAWASAN TU MMG DH MENJADI TEMPAT PENDUDUK CINA SEJAK BERKURUN2 KE??APE SLHNYE BG HAK MILIK..MEREKA PENDUDUK MALAYSIA JUGAK..LAIN LAA KLU TNH ITU MERUPAKAN TANAH YANG DIDUDUKI ORG MELAYU TETAPI BG KT CINA..ITU SY PON XSOKONG..

Cari Blog Ini

Translate