Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.
"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."
Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.
Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata:
"Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.
"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.
"Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."
Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.
Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".
Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.
"Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.
"Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihanraya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina, malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam wawancara tersebut.
"Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.
"Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap Umno, tetapi Umno yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, Umno yang adil, Umno yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah."
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia."
"Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.
"Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."
Chang sebaliknya mencadangkan idea "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak haruslah diberikan lebih penekananan kerana ia boleh memberi makna sebenar perjuangan BN.
Selain mencadangkan kempen bersama antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk semua kaum, Chang menambah, ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat
Sementara tokoh DAP Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai "pengesahan" bahawa BN mengaku bersalah mengamalkan politik wang ketika pilihanraya, menggunakan dana awam khususnya dalam bentuk projek pembangunan sebagai umpan untuk meraih sokongan pengundi.
Mengulas wawancara dengan ahli parlimen Pagoh bertajuk 'Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah', Lim menafikan pengundi Cina dan India ingin menjadi "kuasa penentu" politik dengan menyisihkan Melayu dalam lanskap baru politik.
Beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu "jelas sekali tidak sesuai, paling mengejutkan dan menyinggung perasaan" sebagai timbalan perdana menteri yang baru dan bertanya "apakah ini yang dimaksudkan oleh 'Satu Malaysia' Najib?"
"Tugas pertama jemaah menteri Najib pada mesyuarat pertama Rabu ini ialah menakrifkan maksud slogan 'Satu Malaysia' bagi memastikan ia menjadi motto perpaduan dan bukan perpecahan," kata Lim.
Dalam kenyataan sama, Lee menambah pengundi Bukit Gantang menolak BN berdasarkan beberapa faktor, termasuk isu tanah milik sementara (TOL) dan rungutan nelayan di Kuala Sepetang yang belum berjaya diselesaikan.
Isu-isu nasional yang dipertikaikan pengundi bukan Melayu termasuklah pengagihan tidak sama rata biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diskriminasi untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak kebebasan berpolitik yang terhad.
Lee turut mengungkit sumbangan kaum Cina sejak sebelum 1957, menghantar perwakilan negara untuk berunding kemerdekaan di London sehinggalah menentang Indonesia pada era Konfrontasi 1960-an.
"Oleh itu, untuk memenangi semula hati masyarakat Cina, BN mesti melakukan lebih daripada sekadar menyumbang RM1 juta pada pilihanraya kecil," katanya.

Apa pendapat anda ????
bukankah ini kerana suara lantang TPM kita menakutkan mereka ?
5 ulasan:
INI BERITA YANG TELAH DI PUTAR BELITKAN OLEH AKHBAR CINA LA TUAN PANGLIMA!
MUAHAHAHAHAHAAHAHA!
KESIAN TAN SRI MUHYIDDN TAU, SAYA DAH BUAT POSTING PASAL HAL INI!
salam panglima,
saya bukan anggota BPN, tapi saya rasa amatlah afdal, jika BPN meng'resolusi'kan sokong dan kepercayaan penuh kepada TPM.
Hakikatnye, pengundi non-malays telah TIDAK mengundi BN, hatta walau pun ahli2 mca/gerakan/mic di sana.. err ker takde ahli kat bkt gantang? hehe. Mereka mengundi untuk nizarPAS aka kuda-DAP, dan mengundi kepada kerajaan bonekaPAS (read kerajaan cina DAP di perak).
wALLAHhualam.
aka MP-MelayuPuchong.
Salam Pang5...
Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.
Saya sendiri tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?
Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.
Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.
Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.
Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.
Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?
Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?
Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.
Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.
Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:
Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.
Sama-samalah kita renungkan.
Taminsari
Parpu - bagus..kita kena buat artikel menyokong TPM kita.
SinisMalaysia - Saya akan buat resolusi selepas bertanyakan pendapat ahli2.
Taminsari - saya tersangat hiba membaca komen luahana hati anda..saya akan jadikannya ruang utama posting saya pagi ini..
Tq sahabat semua..
dan juga pada PAS for All, anda akan lihat apa kesannya jika pakatan anda memerintah Malaysia nanti...
Contoh Singapura sudah cukup dan itulah bakal berlaku di negara kita..
BPN akan memastikan dengan berkat nama MAHA PERKASA bahawa ia tidak akan berlaku....
Mereka pengkhinat dari bangsa melayu atau cina atau india akan diperangi habis2an..
di ruang siber ini...
Allahu Akbar !!!
tengok masyarakat bukan melayu!!!!
di beri pun mereka berpaling tadah..yg terbaik adalah tidak di beri apa2..tetapi hanyalah janji2 manis dan janji kosong..itukah sebenarnya yg mereka2 ini mahu???
adakah semasa pilihanraya sahaja sekolah mereka dapat buku teks?dapat subsidi yuran?cikgu2 yg di bayar gaji?dapat subsidi membaiki infrustruktur sekolah?
kenapa cepat sangat melatah hanya kerana PM bukan bangsa bukan melayu??timbalan PM bukan bangsa mereka?menteri pertahanan bukan mewakili mereka?perlu di ingat menteri kabinet dan juga semua pemimpin2 besar negeri adalah untuk sume kaum.kenapa ade perasaan irihati sebegitu sekali??walhal peratusan mereka tidak sampai separuh pun majoriti penduduk malaysia..
mungkin kerana sudah terlalu lama mereka selesa memungut kekayaan dalam malaysia ini sudah tiba masanya nak memerintah??!!
orang melayu!!
sedar lahh..bangun lahh..matlamat kita hanya inginkan kemajuan negara islam berbangsa melayu.dan di sokong oleh kaum2 lain di dalamnya.kekalkan lah keamanan ini,jgn porak perandakan malaysia dengan memecahbelahkan perpaduan antara sume kaum..
anwar ibrahim perlu bertaubat!!
Catat Ulasan