Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 April 2009

Edisi Petang : cadangan untuk SPR bagi kes seperti Dun Penanti / Selambau


    gambar : http://jeratpelandok.blogspot.com/ 



Pagi tadi saya sempat menghantar secara pukal soalan di bawah kepada rakan dalam YM. Ia berkenaan cadangan saya berhubung kes perletakan jawatan Adun/MP melibatkan Pakatan Rakyat sehingga memenatkan kita terpaksa mengadakan beberapa PRK hingga tahun ini 2009 mencatat rekod PRK paling banyak.. 


Cadangan ini demi untuk diteliti bagi memberi manfaat / kebaikan semua pihak !



Soalannya :

 saya nak tanya apa pandangan jika seorang Adun atau MP meletak jawatan, wajar atau tidak kerusi tersebut diberi kepada calon lawannya yang mendapat undi kedua tertinggi ? ini utk mengelakkan wang rakyat dibazirkan dan mengelak masa terbuang utk politik sepanjang masa hingga fokus memulih ekonomi akan terjejas...


 

Ia diajukan kepada 243 contact meliputi rakan dalam BPN dan juga yang bukan pro kerajaan/ BN.

 

Berikut ialah hasil respon mereka yang menyokong atau memperlekeh pandang yang saya utarakan..

 




No.1 -

blogger pena minang: yah saya sokong



blogger pena minang: selain dari mengurangkan kos bagi mengadakan sesuatu prk, rakyat juga tak perlu nak ambil cuti semata-mata nak membuang satu undi

 



No 2 -


Delima_merah 80: setuju

 



No 3 -

Little Rockstar Boyz: klu ikut kn logik ok gak pndangan ni


Little Rockstar Boyz: tp mgkin akn timbulkn bntahan dr pihak lawan la


Little Rockstar Boyz: bnyak msalah akn brlaku


Little Rockstar Boyz: tp sbaik baiknya adakan pilihanraya baru


Little Rockstar Boyz: adil dan saksama


Little Rockstar Boyz: undi rakyat sngt penting


Little Rockstar Boyz: demokrasi ttap demokrasi


Little Rockstar Boyz: hihii

 


No 4 -



Arisfx Daniel: setuju sgt2...sepatutnya kerajaan slps ini gubal semula akta p/rya kena tokok tmbh...pmbgkng skrg ambil ksptn diatas klmhan yg ada semata myusahkn kerajaan dgn menggunakn rakyat yg hipokrit dn boboh...

 



No 5 -



Tok Pawi: most brilliant idea. sepatutnya, saya rasa. sebab dalam kes apabila seorang wakil rakyat diprotes kemenangannya, sekiranya mahkamah putuskan dia terlucut kerusi, calon yg paling tinggi undi selepas dia diberi kerusi yg dikosongkan tersebut.

 



No 6 -



hani nasution: ingat sukan ke

hani nasution: takkan takut kalah lagi kot

hani nasution: kalau taknak bazirkan wang..buatla cara yng betol

hani nasution: takyah tabur duit..takyah buat projek mee segera..takyah buat martek besar2

 



No 7 - 



MUHAMAD IBRAHIM: pilihanraya adalah jalan terbaik utk mengelakkan buruk sangka..kerana jalan itu adalah jalan demokrasi..

 



No 8. -



mohd khairul idzwan mohd saad: maybe kot

mohd khairul idzwan mohd saad: GAP pun Nak bertanding

 



No 9 -



reezqeenos: jwpannye wajar, selain menjimatkan kos utk adakan p/raya kecil lg.

 



No 10 - 



abg_tuah2008: YE...SAYA RASA ITU LAH CARA YANG TERBAIK BAGI MENYELAMAT MASA. TENAGA DAN WANG RAKYAT. TAPI SUDAH TENTU TIDAK DISUKAI OLEH PARTI YANG TERPAKSA MELEPASKAN KAWASAN TERSEBUT.

 



No 11-



Rosyaleen: mungkin ada wajarnya juga bg mengelakkan wang dibazirkan..serta masa dibazirkan..terutama kpd pengundi2 yg tinggal dibandar2 lain..memerlukan cuti,memerlukan duit poket sendiri dsbnya.. mungkin ada juga sesetengah rakyat menganggap jika cara ini dilakukan mungkin dianggap tidak adil..what ever is happen..4 me..lebih baik jika tidak membazir..

 



No 12. Buaya Merah: tidak wajar

 



No 13. 



qasehnuryz: jika di fikirkan ada kewajaran...juga sbg pengajaran jgn sesekali Mp ni ingt senang2 hati nak letak jwtan sesuka hati.musibahnya nanti pihak lawan yg akn dpt jawatan... 


qasehnuryz: ya....vice versa..klo pihak kita yg letak..mrk pulak untung.jd sama2 akn pk masak2 sekiranya ada niat nk letak2 jwtan.SPR kne kaji bende ni.bosan sgt2 dah rasanya bile asek buat PRK atas alasan letak jawatan nih.kerja x buat,asek buat kontroversi je

 



No 14. 



Nazmi Jimie: ok ni jawapan sy



Nazmi Jimie: br sy itu hak individu nk letak jawatan or tidak



Nazmi Jimie: sekiranya dia ada masalah dan x mampu untuk pikul tugas dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada pucuk pimpinan



Nazmi Jimie: peletakan jawatan itu lah jalan terbaik



Nazmi Jimie: dari segi kewajaran nya pula, sy rasa tidak wajar lah sekiranya kerusi Adun diberi pd pihak lawantampa melalui pilihan Raya, biarlah rakyat yg menentukan pemimpin yang mereka mahu



Nazmi Jimie: supaya mereka akan selesa dengan pemimpin yang mereka pilih itu



Nazmi Jimie: bukan terpaksa menyukai pemimpin pilihan orang lain



Nazmi Jimie: itu saja pandangan sy

  


Selanjutnya, saya menunggu jawapan anda di ruang komen di bawah. Jawapan yang pendek dan padat lagi bagus untuk soalan tersebut.


Terima kasih !

14 ulasan:

taipingmali berkata...

saya juga menyokong. sekiranya calon meletakkan jawatan sesuka hati maka lawan yang mendapat kedua terbanyak yang dipilih menggantikan.

PKR suka hati saya ingat main aci,,,kah.

andaksz berkata...

saya setuju .. tp maybe patut di umumkan sebelum pilihanraya umum.. supaya semua parti2 , calon dn pengundi alert ..

AriffSMB berkata...

Saya setuju...calon yang meletak jawatan tanpa sebab yang bernas perlu diambil tindakan dan disenaraihitamkan...wakil rakyat bukanlah jawatan main-main...ia satu tanggungjawab dan amanah rakyat...orang yang betul-betul layak dan bersedia sahaja yang boleh menjadi wakil rakyat...

Suara Pemuda berkata...

Salam..

Undang2 ini telah wujud dalam SPR.. Jikalau penyandang gagal/letak jawatan/ hilang kelayakan memegang jawatan, SPR boleh memilih samada buat PRK atau memberikan kerusi tersebut kepada calon yang mendapat undi kedua terbanyak..

Isu ini pernah timbul semasa PRK P44-Permatang Pauh..

Tetapi SPR mengambil pendekatan untuk mengadakan PRK semula.

Wassalam..

* Saya sarankan : adakan PRK semula.. nanti ada yang x puas hati.. huru-hara negara kita

Tok Pambu berkata...

Kalau ada penyokong UMNO yang TIDAK SETUJU sah DAH GILA.

Panglima Perang Cyber berkata...

TQ KOMEN SEMUA..

Danielle_Corleone berkata...

Saya tertarik dengan gambar itu.

Apache berkata...

Setuju...

kembara putih berkata...

Kena buat undang2 dulu la. Kalau setuju 4 juta peratus pun kalau undang2 membenarkan tak guna juga. Setakat sekarang, tindakan mengosong kerusi Dun @ Parlimen tak menjadi kesalahan.

Cuba berfikir secara positif la UMNO. Kerusi Penanti tu kerusi PR, jika kosong UMNO lah sepatutnya gembira terlompat2..ada peluang la nak rebut balik. Tapi PM sendiri pun dah mengaku kalah, tak dapat den nak nolong yo.

Cepat sungguh UMNO ni tak konsisten. Sekejap suka sekejap tak suka. Jadi kena lah gubal undang2 yang fleksibel..menjadi kesalahan bila UMNO tak suka..dan bertukar sebaliknya, tak salah pula bila UMNO suka..

Panglima Perang Cyber berkata...

mungkin kita kena buat resolusi untuk desak SPR gubal undang2 macam yang kita bincang ni ?

apa macam ?

perompak harta rakyat berkata...

Mengapa menjadi satu masalah besar bagi Umno untuk memutuskan samada perlu atau tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Dun Penanti yang telah dikosongkan sekarang? Apakah Umno kini sudah kehabisan `peluru' untuk bertempur dengan PR setelah tersungkur di dalam beberapa Pilihanraya Kecil baru-baru ini? Saya rasa tidak begitu, kerana Umno dikenali terlalu banyak menyimpan `peluru' mereka walaupun sekadar memiliki `peluru' kosong. Atau mungkin juga Umno mempunyai banyak `peluru' tetapi tiada `panglima' yang benar-benar berani dan layak untuk membawa bala tenteranya ke medan perang di Penanti. Sekiranya ada panglima sekalipun, mana mungkin untuk bertempur jika ketiadaan askar? Wah ! sememangnya Umno benar-benar menghadapi kesulitan sekarang.

Setakat ini dari pemerhatian kita, majoriti rakan-rakan dalam komponen Bn serta tokoh-tokoh politik dalam Umno dan Bn bersetuju sekiranya Umno menarik diri dari bertanding di Penanti. Banyak alasan yang masing-masing berikan tetapi tiada satu pun yang berani menyatakan bahawa jika Umno bertanding Umno bakal akan di`telanjang'kan sekali lagi di Penanti. Hampir kesemuanya hanya berkata sepertimana yang Najib kata kerana sudah menjadi tradisi dan tabiat `burung kakak tua' atau `belatuk'. Ulasan dari seorang tokoh Umno di P.Pinang lagi melucukan, beliau berkata pilihanraya tersebut tidak memberi apa-apa makna pada Umno samada kalah atau menang. Benarkah begitu? Ini bermakna bahawa Umno selama ini bertanding hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata, jika menang tetapi tidak boleh mengambil kuasa ia bererti membuang masa. Realiti di P.Pinang jelas bahawa jika calon Umno menang sekalipun, Umno tidak boleh mengambil alih kuasa di P. Pinang. Justeru itu, pada pendapatnya Umno membuang masa jika bertanding di sana. Jadi, tidak perlu lagi kita hendak menuduh bahawa Umno sememangnya gila kuasa bukan untuk berkhidmat untuk rakyat kerana kenyataan tokoh terbabit jelas menggambarkan sikap Umno P.Pinang.

Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah berlaku di Perak, betapa kerana inginkan kuasa Umno sanggup membelakangkan demokrasi di Perak. Mereka tidak hiraukan berapa lamakah rakyat Perak akan tinggal di dalam negeri yang tidak tentu hala pemerintahannya apatah lagi ekonominya, asalkan Umno boleh berkuasa di Perak. Jika benar Umno ingin mencurahkan khidmatnya yang dikatakan lebih baik dan telus dari PR, mengapa perlu takut untuk mencuba nasib di Penanti? Apakah kerana sayangkan duit kononnya pembaziran besar jika diadakan pilihanraya? Memang banyak pembaziran berlaku sebelum ini dalam setiap pilihanraya kerana seluruh jentera kerajaan dikerah untuk membantu calon Umno/Bn termasuk dari pasukan keselamatan yang dikerah bertugas siang dan malam yang mempunyai jumlah kakitangannya mencapai bilangan yang tidak munasabah. Peranan media elektronik seperti TV dan radio yang siang malam berkempen untuk calon Umno/Bn bukannya sedikit perbelanjaan yang digunakan.

Saya bersimpati juga dengan Umno kerana begitu sukar untuk mendapatkan calon yang sesuai untuk diletakkan di Dun Penanti. Sememangnya Pemuda Umno Permatang Pauh begitu kepingin agar Umno meletakkan calon di sana kerana dengan adanya pilihanraya nanti mereka sudah pasti mendapat `habuan' dan dapat bersukaria dan berkhemah, berkelah di Penanti sambil menikmati wang peruntukan yang banyak. Kita dapat lihat betapa golongan-golongan pemuda dan puteri mereka begitu mewah setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Jika Umno meletakkan calon mereka di Dun Penanti nanti, belum sempat kotor atau lusuh topi, baju dan payung Umno/Bn yang diberi semasa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, mereka bakal perolehi topi, baju dan payung yang lain pula. Jadi, memang tindakan bijak Pemuda Umno mendesak agar Umno meletakkan calon mereka di Penanti nanti.

Tentang calon, jika Umno buntu untuk memikirkan siapa yang layak untuk di`sabung'kan di Dun Penanti, mungkin cadangan saya ini dapat membantu Umno sedikit sebanyak. Saya ikhlas ingin mencadangkan agar pertamanya Tun Mahathir di calonkan di Dun Penanti kerana beliau salah seorang tokoh yang benar-benar mahukan Umno bertanding di sana. Manalah tahu kalau-kalau masih ada golongan tua yang hampir tiada gigi di Penanti akan menyokongnya. Golongan-golongan ini kebiasaannya menebal dengan prinsip `takut kembali makan ubi kayu' jika sokong pembangkang. Tokoh kedua yang pada fikiran saya mungkin Umno boleh pertimbangkan adalah dengan meletakkan Sdr Ezam Mohd Noor bertanding di sana. Bukankah semangat `asas perjuangan melayu' Sdr Ezam teramat tebal dan sesuai untuk bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu di sana? Meskipun sebelum ini Sdr Ezam yang digelar `Raja Sesumpah' sering membawa `bala' buat Umno di dalam beberapa Pilihanraya Kecil baru-baru ini, tetapi manalah tahu `badi'nya akan hilang jika ia menjadi calon. Calon ketiga yang pada saya mungkin dapat dipertimbangkan oleh Umno ialah dengan meletakkan mana-mana pemimpin Umno P.Pinang yang Umno rasa ingin `korban'kan kerjaya politiknya secara perlahan-lahan untuk bertanding di Penanti. Jika calon tersebut menang, ia merupakan bonus buat Umno dan jika ia kalah sekali pun tentunya boleh buat Umno P.Pinang bergembira.

Bagi Parti KeAdilan Rakyat khususnya dan PR amnya, pilihanraya yang bakal ditempuhi nanti diibaratkan sebagai proses `pembersihan' kepimpinan PR di P.Pinang. Demi merealisasikan proses ini, sudah tentu calon dari PKR nanti terdiri dari tokoh yang bersih jiwanya zahir dan batin. Samada Umno bersikap `jantan' atau tidak, PR harus berusaha gigih mendapatkan keyakinan rakyat di Penanti. Apa yang pasti, pilihanraya tetap diadakan dan pertandingan tetap wujud samada Umno bertanding mahu pun calon bebas yang pastinya pro- Umno akan bertanding. Mungkinkah rekod calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau akan dipecahkan di Penanti? Segalanya tidak mustahil kerana di era Najib, tiada yang mustahil. Kita bakal menyaksikan kembali `roh' Altantuya menjelma di Penanti selepas ini.

Tok Pambu berkata...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan mengunggu rebah kebumi.

4 PRK, BN/UMNO tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

zakiahnaim berkata...

terima kasih tuan.
maaf..saya blum jadi puan lagi..

mat berkata...

perompak harta rakyat, CAYALA BRO HUHUUUHUUUU..

KORG MST INGT SIAPA ITU RAHMAN??? BELIAU ADALAH MENTERI PERTAMA MALAYSIA.. RAMAI YG TAHU DAN TIDAK KETERLALUAN JIKA SY CKP KAN NAME INI BEGITU BERHANTU DAN AMAT DITAKUTI ORG2 BN.. NAK TAHU KENAPA??????????

R = RAHMAN
A = ABD. RAZAK
H = HUSIN ONN
M = MAHATHIR
A = ABD. AHMAD BADWI
N = NAJIB ABD. RAZAK

SMUANYA INI ADALAH BEKAS PM KITA KECUALI NAJIB YG MSH PM KITA ARI INI.. DAN SELEPAS HURUF N ITU, TIADA LA LG WARIS BN YG MENJADI PM.. DAN KPD ORG2 BN SEKALIAN BERSEDIA LA PRU 13 NNT KRN ANDA AKN DIKUBURKAN BERSAMA2 SEMANGAT TUNKU ABD RAHMAN PM PERTAMA KITA...

TAKBIR.. ALLAHHUAKBAR..

Cari Blog Ini

Translate