Cerita 1
gambar Jed Yoong disalin dari : http://www.whohub.com/jedyoong
Saya tidak bermaksud menghangatkan lagi isu Raja kecuali sekadar memanjangkan sedikit berita yang dibawa oleh Rocky Bru di sini.
Ia perihal tentang blogger yang telah disiasat ekoran dakwaan menghina Raja seperti yang didedahkan oleh Bigdotcom , sehingga polis Bukit Aman telah memanggil blogger tersebut.
Akhirnya blog kepunyaan Jed Yoong terpaksa dihapuskan seperti berita RB di atas.
Yang menariknya Jed Yoong ini adalah Presiden kelab peminat Husam Musa http://hasbullah.pit.my
Wow !!!!
Terima kasih atas usaha sikit atau banyak oleh saudara/i semua demi untuk menjaga kedaulatan Raja kita !
Raja Payung Rakyat !!!
Daulat Tuanku !
Cerita 2
Pas dijangka semakin liberal sehingga mahu membuka peluang bukan Islam menggunakan lambang parti tersebut ( klik sini ).
Maknanya PAS sangat serius mendapatkan kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan isu membuka logo kepada bukan Islam yang berminat bertanding pilihanraya dengan lambang PAS seperti calon dari PKR pada PRU yang lepas di DUN Seri Medan, Johor. Walaupun calon tersebut Saja @ Mearaj Patani kalah kepada BN.
gambar hiasan : Sahabat Mantap
Tentu cadangan ini akan menghakis peluang wakil PAS yang sedia ada untuk menjadi calon parti kerana tentu DAP dan PKR akan menghantar wakil mereka bertanding menggunakan lambang PAS untuk meluaskan cengkaman politik mereka tanpa kerugian melepaskan kerusi yang diperuntukkan.
Ini setakat yang saya nampak implikasi cadangan tersebut dan anda fikir macam mana pula tentang isu ini ? Mungkinkah Ah Chong, Balakrishnan atau siapa saja akan menjadi wakil PAS selepas ini ? Dan mereka pasti akan meneruskan langkah 'suci' Nga Kor Ming berceramah guna agama kita atas pentas untuk mengutuk bangsa Melayu Muslim kita juga dari parti BN/ UMNO ?
Harap kita dapat luangkan masa fikirkan perkara ini demi agama bangsa dan negara kita !
Cerita 3
Aril peluk tenaga pengajar wanita ? itulah perkara yang baru saya baca hari ini di Mstar online. Kisah AF yang semakin hanyut dari landasan agama.
AF medan mengasah bakat menjadi penyanyi dan nampak gayanya ia perlu dikaji semula model pengajaran dan juga matlamat agar tidak lari jauh dari asas ketimuran ( jika pun tak nak ikut Islam)
Kerana kebanyakan yang menonton AF adalah Melayu dan tentunya Muslim.
Justeru di mana yang baik dalam AF boleh dikekalkan seperti teknik2 nyanyian namun kekurangan seperti motivasi berbentuk rohani perlu dimasukkan agar mereka sedar bahawa tujuan menghibur perlu juga ditumpukan untuk membina jati diri agama, bangsa dan juga negara. Seperti saranan Dr Rais Yatim yang mahukan unsur bina negara diterapkan di dalam program tv tempatan yang dihebahkan di sini
Bukan setakat bersukaria / berseronok yang perlu dikejar, namun kosong dari pengertian atas apa yang mereka nyanyi dan pelajari atau persembahkan kepada penonton. Akhirnya kesan negatif akan melekat di minda anak anak kita dan mereka juga tentu terpengaruh hingga menjadi semakin jauh dari memikirkan nasib agamanya atau bangsanya atau negaranya.
Paling kurang pun, bagaimana nasib dirinya untuk masuk Universiti, alam pekerjaan dan alam rumahtangga serta sumbangan yang boleh mereka hulurkan untuk tanah air kita kemudian hari, yang memerlukan persiapan dari awal dan juga perancangan serta fokus yang tidak berbelah bagi.
Apatah lagi persiapan kita ke saat terakhir sebelum berpindah ke alam sebelah sana yang kita panggil sebagai KEMATIAN yang pasti akan dirasai oleh semua tidak kira pangkat Raja, hamba, Perdana Menteri atau penyapu lantai di kaki lima.
Jom kita fikir fikirkan bersama....
Jumpa lagi. Salam Ahad untuk semua !
5 ulasan:
betul tu panglima
saya dah ulas isu ini di blo saya..
saya rujuk link ini dan kita hebahkan...
http://amzcampro.blogspot.com/2009/04/pusatinstitut-pengajian-tinggi-ipt-yang.html
saya bukan sekadar baca tp tgk sendiri apa yang telah terjadi dlm AF dan semua rancangan hiburan ini...diharapkan panglima dpt hebahkan hal ini melalui link saya...
betul tu panglima
saya dah ulas isu ini di blog saya..
saya rujuk link ini dan kita hebahkan...
http://amzcampro.blogspot.com/2009/04/pusatinstitut-pengajian-tinggi-ipt-yang.html
saya bukan sekadar baca tp tgk sendiri apa yang telah terjadi dlm AF dan semua rancangan hiburan ini...diharapkan panglima dpt hebahkan hal ini melalui link saya...
ok tq amz... saya akan pastikan mesej ini sampai ke rakan2 kita.
hapuskan AF..tak bermanfaat langsung..merosakkan pemikiran dan minda anak muda semata-mata..hanya memberi peluang astro mencari keuntungan berlebihan..
salam sejahtera,
semua apa yang telah terjadi dan berlaku sejak kebelakangan ini di atas muka bumi adalah jelas menunjukkan tanda-tanda bahawa akan berlakunya akhir zaman dan telah dekatnya hari kiamat.
timbul begitu banyak macam jenis penyakit,..coksackie b, j.e, aids, virus nipah, selsema burung dan yang terbaru selsema babi.
banyak orang telah menghina agama mereka sendiri. menghina bangsa mereka sendiri. memfitnah, menjatuhkan maruah orang lain seperti apa yang telah pkr/dap/pas telah lakukan.
Catat Ulasan