Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2009

Edisi Petang : Menteri Yang Kekal, Gugur dan Hantu Altantunya yang masih berkeliaran ~ Malaysiakini ~

Cerita I


Saya merasa resah gelisah membaca senarai Kabinet Baru kerana saya tidak pasti apakah ia akan bertahan lama. 

Kerana hantu Altantunya dijangka menggangu dan boleh menghantui Kabinet yang dinamakan 'Pasukan Baru' ini..

Sudah baca siapa yang gugur ? 

Lihat sini :

Kabinet baru: Azalina antara tujuh menteri digugurkan


PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said antara tujuh menteri yang digugurkan dalam Kabinet yang baru bentuk.



Menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Senator Datuk Amirsham A. Aziz (Jabatan Perdana Menteri),Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Luar Bandar dan Wilayah), dan Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).



Kecuali Amirsham, empat menteri lain telah tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.


Dua menteri lain, Menteri Mohd Zin Mohamed dna Datuk Seri Zulhasnan Rafique turut digugurkan.


senarai penuh klik sini

 


Langkah paling bagus ialah, cari siapakah pemuja Altantunya tersebut... 



Mahu tahu?


Lihat di link bawah ini :






Apapun sesiapa yang tersingkir jangan mudah patah semangat, sesiapa yang dilantik jangan mudah lupa diri dan sesiapa tidak terpilih hendaklah setia pada parti ....

Selamat bekerja wahai Ahli Pasukan Baru di bawah DS Najib Tun Razak.... 

Moga berjaya !!!



Cerita II


Ada penyamar menyamar menjadi anggota BPN atas nama Parpukari dan menulis perkataan tidak baik terhadap rakan kita yang lain.

Perbuatan ini disyaki dilakukan oleh mereka yang benar benar bermaksud ingin memecah belahkan geng BPN yang sudah semakin top dan mantap kebelakangan ini.

Bahkan kehadiran kita di Bukit Gantang juga telah dirasai apabila blogger sebelah sana turut menanyakan adakah rakan BPN kita ada di sana atau tidak.

Jawapan saya : RAHSIA..

kerana kita tidak mahu mengwar warkan pemergian ahli kita kerana dikhuatiri ada yang ingin mengambil gambar dan autograf blogger BPN jika bersua nanti.

Paling kurang takut ada mahu menjadi sebahagian team BPN kerana percaya kita dibiayai dengan dana yang besar sedangkan mereka terpaksa ( baca : may be berlakon ) untuk mencari derma.

Siapa tak nak duduk mengangkang ( pinjam kata Harimau Menaip ) dan menembak dari semak ( juga kata dia ).... dan tiap bulan dapat gaji yang lumayan..

Cuma ingatan sekali lagi kepada sahabat bahawa BPN mahu mewujudkan perpaduan dan sebarang tindakan bertentangan dengan aspirasi BPN akan menimbulkan konflik kepada team yang baru berusia 4 bulan ini.

BPN berhasrat mahu mewujudkan team yang kuat yang menjadi badan pembela kepada negara kita.

Jika baik BPN terlebih dahulu akan memuji tindakan pemimpin kita dan jika sebaliknya maka kita juga akan mengkritik dengan berhikmah agar ia dibaiki atau dijelaskan dengan lebih terperinci bagi manfaat rakyat jelata sekeliannya.

Jika ada perbuatan menghina sesama ahli BPN maka ia akan dipastikan tidak berulang lagi di kemudian hari...


Mari kita bersatu dan pastikan dengan satu hati dan satu suara, satu arah dan satu akidah akan membawa kejayaan kepada kita..

Hidup BPN...


14 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

rasanya semua ahli BPN tahu ade makhluk yang yang menyamar jadi parpukari..cara terbaik adalah dengan membuat tak tahu sahaja setiap komen dan blog penyamar terbabit.

biarkan si luncai terjun dengan labu labunya.

Prof. Era Pasca berkata...

parpukari mmg ade 2 lame da tau...
Surat Tok Guru

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

hilbert berkata...

Salam semua,

Setelah saya meneliti senarai nama-nama jemaah menteri yang baru dilantik untuk menganggotai kabinet baru PM Datuk Seri Najib ini, maka saya rasa kabinet ini perlu dirombak semula dalam masa yang terdekat, supaya keyakinan rakyat tidak semakin hilang walaupun telah mendapat kepimpinan yang baru. Lantiklah individu-individu yang benar-benar memahami tugas yang diberi serta tahu apa yang dia buat, tahu akan hasilnya dan juga tahu akan juga risikonya bakal dihadapinya nanti. Jangan melantik mereka sekadar hanya untuk menyedapkan hati kaum-kaum tertentu saja jadi bagaimana pula dengan yang lain.

Walau bagaimanapun kita berpegang kepada janji PM tadi bahawa pemantauan prestasi para menteri akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas masing-masing mengangkat sumpah nanti dan penilaian semula prestasi mereka akan dibuat setelah 6 bulan berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri. Saya rasa PM bermaksud, kedudukkan para menteri serta timbalan mereka akan bergantung kepada mutu kerja mereka sepanjang berkhidmat kepada rakyat sebagai ukuran, samada khidmat mereka akan dikekalkan ataupun ditamatkan dan digantikan dengan orang yang lain.

Esok Majlis Angkat Sumpah mereka yang terpilih untuk membentuk kabinet baru itu setelah diperkenankan oleh KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sekian. Terima Kasih.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

BAGINDA REFORMASI

Nik Aziz mtak pandai menulis surat macam tu..dia tahu mencarut sahaja...surat tu orang lain tulis..

kalau nak dakwah Islam tu baik, tapi kenapa perlu hina UMNO pula.

Kalau nak dakwah Islam baik tapi kenapa perlu hina ulama yang tak sokong PAS....

kalau nak dakwah Islam tu baik, perlukah menghina PM, Najib dan orang Melayu...

kalau nak dakwah Islam tu baik, perlukah kata allah untuk semua macam pas for all...

TAK PERLULAH PROPAGANDA BODOH ITU UNTUK MEMBUKTIKAN ISLAM SUDAH BANGKIT ATAU MEMBANGUN...

hudud mana?

abe MIE 'TERJAH' berkata...

kesian KJ...mukhriz ada juga jadi Timbalan menteri..

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

selamat berjuang....dan selamat bertugas...kabinet BN..



nik aziz umum
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
(Bawah pokok kerajaan haram..)
sebagai Menteri Agama PAS...

PaKMie berkata...

Salam Pg5Perangcyber dan kwn2...

Surat itu bukan ayat Nik Aziz - Pakmie sokong kata abgMie terjah.

Melalui tulisan abgMie Pakmie rasa abgMie lebih mengenali siapa Nik Aziz sebenarnya.

Sila layari Pakmie.blogspot.com sebagai sokongan kpd abgMie terjah.

pisau berkata...

tu tandanya nik aziz nyayuk

Nga kristian tu bukan nak sangat islam, modal politik jer tu..apa ? ingat bodoh sangat ka puak DAP tu

PARPUKARI berkata...

TQ PANGLIMA KERANA TELAH MENCERITAKAN KEBENARAN!

SAYA RASA NIZAR SURUH BUAT ID DUPLICATE KOT SEBAB PARPUKARI SANGAT PEDAS!

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA

Ex-UMNO berkata...

Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih komen kawan2 di atas...

jika tak ada kawan2 di alam siber ni sunyilah hidup kita..

surat nik aziz sebenarnya cubaan untuk menjernihkan balik nama kudus nik aziz...

sekarang dua nama perlu dipastikan tidak lagi kudus iaitu Anwar Ibrahim dan juga Nik Aziz..

Yang lain dari DAP PKR lu pikir lah sendiri..

Takkan nak sokong juga ?

Bro Jinggo berkata...

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

Blogger UMNO berkata...

Salam Perjuangan Saudara.

Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

www.umnoblogger.blogspot.com

Panglima Perang Cyber berkata...

alhamdulillah KJ matang dalam menerima keputusan PM..

Inilah sikap perlu dicontohi semua pihak.

Bukannya melenting atau mendesak sesuka hati sehingga memalukan bangsa kita sendiri..

Perjuangan membela agama bangsa dan tanah air perlu diletakkan di hadapan melebihi kepentingan diri..

Rasanya kita masih ramai yang bersemangat dan ikhlas cuma mereka masih lagi tidak dikenali atau tidak memperkenalkan diri..

Mari kita berjuang tanpa meletakkan jawatan, kekayaan, kemasyhuran sebagai tonggak utama cita cita kita.

terima kasih komen Bro Jinggo dan juga pelawaan Blogger UMNO di atas..

Sebarang usaha baik pasti BPN akan sokong..


salam.

Cari Blog Ini

Translate