Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 April 2009

Edisi Petang : Suara Keadilan menipu lagi, patut pun kena haram oleh KDN ~ Malaysiakini

Harap semua blogger BPN sebarkan isu ini di blog masing masing sebagai bukti tindakan tidak bermoral PKR dan Pakatan Rakyat menipu dan berniat jahat dengan menyiarkan berita palsu di media kawalan mereka...


Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.




Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut. 

Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. 

Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008. 

Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu. 

Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang. 

Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar. 

Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru. 

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat. 

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan. 

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu. 

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak 'sedia' untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru. 

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.- 

sumber - agendadaily     disalin dari : Anwardotcom

8 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

SAY NO TO ANWAR IBRAHIM THE GILA'S KUASA

Kampung Kelawar berkata...

Beliau seorang pejuang dan berkarismatik.Sanggup dipenjara dan dizalimi sepertimana yang dialami oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan tokoh-tokoh agamawan yang tersohor.Kalau gila kuasa lebih baik beliau ikut dan ampu Mahathir semasa bersama UMNO dulu sepertimana yang dilakukan pak ampu dan mak ampu dulu,kini dan selamanya.Kena berfikir dengan waras dan berlapang dada jika mahu menjadi pejuang agama.

Prof. Era Pasca berkata...

Muka depan.
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

PAPA GOMO berkata...

SALAM..
SEMEMANGNYA HARAMJADAH BENAR-BENAR MENCABAR PIHAK KERAJAAN. FITNAH INI TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT. KITA AKAN TERUS TENTANG.

TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MENENTANG PELIWAT-PELIWAT TEGAR INI.

Ezad berkata...

kalau dah penipu tu, penipu juga lah.
tapi yang peliknya, ada pulak yang percaya.. dasar buta hati punya orang

AriffSMB berkata...

Diorang ni memang sejak dari azali lagi dilahirkan dan diwujudkan hanya semata-mata untuk menipu...diorang cuba mewujudkan isu yang tak masuk akal bertujuan untuk memperbodohkan rakyat...tujuan najib membenarkan semula penerbitan mereka adalah untuk memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri penipuan mereka...biar nanti rakyat sendiri yang akan bakar suratkhabar mereka tanpa perlu dipengaruhi oleh kerajaan.

Wong Pencen berkata...

"Pembela agama bangsa dan negara di alam siber..."

Selaku YDP Bloggers Pembela Negara (BPN), saya kira tuan adalah pemimpin kepada bloggers yang menjadi ahli, terutama mereka yang tersenarai sebagai Ahli MT BPN.

Saya telah sempat melihat dan membaca beberapa posting dalam laman-laman blog Ahli MT BPN dan banyak juga maklumat berguna yang boleh didapati darinya.

Namun ada yang sangat menjolok mata. Penggunaan bahasa kesat, lucah dan kotor sangat berleluasa dalam salah satu laman blog tersebut.

Saya berpandangan ini sama sekali tidak bersesuaian dengan slogan 'Pembela agama..." yang digunakan oleh kumpulan ini. Terlalu banyak perkataan dan ungkapan yang saya kira bercanggah dengan apa yang boleh diterima oleh Islam.

Penggunaan perkataan dan ungkapan lucah dan kotor boleh menjejaskan apa yang dikatakan sebagai perjuangan kumpulan ini. Bagaimana mungkin masyarakat Malaysia menerima pejuang yang kelihatan tidak langsung menghormati budi dan pekerti yang sepatutnya menjadi cara hidup masyarakat kita.

Saya sangat berharap Panglima Perang Cyber dapat bertindak sebagai seorang pemimpin dan ketua yang berkesan dalam menangani isu ini.

Terima kasih.

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih atas nasihat dan teguran dari saudar pemberi komen berkenaan penggunaan kata kata tidak suci dan murni oleh blogger pembela negara.

Perlu difahami penggunaan perkataan tersebut diguna atas inisiatif mereka senditi dan sama sekali tidak disyorkan oleh BPN.

BPN sentiasa menggalakkan kata kata baik dan murni dalam penulisan blog.

Walaupun begitu ada juga yang tidak mampu menahan kemarahan kerana melihat kemungkaran berleluasa seperti fitnah dan berita palsu yang dapat kita saksikan di atas.

Kemarahan mereka kerana tidak setuju dengan tindakan tidak bermoral tersebut yang mana ia lebih teruk dan bahaya berbanding kata kata agak kasar dan kesat yang digunakan oleh rakan dalam team Blogger Pembela Negara.

Dalam hal ini saya hanya dapat memberi panduan dan ingatan kepada mereka agar kata kata tersebut dapat diubah kepada nada dan maksud yang lebih enak dan lembut.

Dan lebih penting ia mestilah berasas dan tidak dipenuhi dengan fitnah atau hasutan yang jelas ditolak dan dibenci oleh agama dan juga warga negara Malaysia kita yang tercinta ini...

Jika ada mana mana blogger bpn menulis berdasarkan hasutan dan juga menfitnah hingga melanggar undang undang maka saya tentu sama sekali tidak akan teragak agak menggugurkan keahlian mereka dalam BPN dengan serta merta.

Harap semua blogger dapat menulis dan mengkritik dengan baik dan berhikmah agar hasilnya nanti dapat digunakan untuk kebaikan negara tempat kita bernaung dulu kini dan selama lamanya...

Tq.

Cari Blog Ini

Translate