Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 April 2009

Edisi Rabu : Adakah ini respon SPR tinjauan pendapat kita semalam ?


PETALING JAYA: Sudah mula wujud trend kekosongan disengajakan untuk diadakan pilihan raya kecil? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.

Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.

Daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dua pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau diadakan disebabkan penyandangnya mengosongkan kerusi tersebut.

Kedua-duanya telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang menurunkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SPR bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan pilihan raya kecil keenam iaitu membabitkan DUN Penanti.

Kekosongan Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti berpunca daripada keputusan penyandangnya meletakkan jawatan.

Tiga kerusi lain kosong disebabkan kematian penyandang.

Justeru jelas Wan Ahmad, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkan kerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalah dalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorang dapat dielakkan.

"Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya... saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula," kata Wan Ahmad ketika dihubungi mStar Online.

"Malah saya sangat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melihat pada 'loop-holes' ini agar kecacatan ini tidak digunakan untuk tujuan kepentingan diri dan kepentingan tertentu," katanya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha SPR memberitahu, situasi politik sudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakan kekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.

Kini menurut beliau, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja sesuatu kekosongan wujud tidak kira apa puncanya.

"Saya berpendapat bahawa perlu ada dasar baru dalam hal ini... kerajaan perlu menentukan dasarnya (mengenai klasifikasi dan skop sesuatu kekosongan itu).

"Sebaik sahaja adanya dasar sedemikian, Jabatan Peguam Negara boleh menggubal undang-undang yang sesuai, dan jika ada undang-undang sesuai, kami di SPR akan menguatkuasakan undang-undang itu nanti," katanya.

Beliau juga menambah, pilihan raya kecil juga menyebabkan amalan berlebihan berpolitik selain secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kestabilan dan perpaduan negara terjejas.

Pindaan yang dibuat dua dekad lalu hanya melarang wakil rakyat yang melepaskan kedudukan mereka sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen daripada bertanding untuk satu tempoh selama lima tahun.

Selain itu, juga terdapat peruntukan di mana pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Sumber mStar Online


Hari ini juga saya sibuk dengan menambah 'tab' di blog yang anda dapat saksikan di kanan blog saya ini. Namun masalahnya jika dipasang dua widget tab maka salah satu akan 'hang' dan tidak dapat diklik.

Saya telah mencuba dari pagi untuk menyelesaikan masalah ini dan saya harap jika ada yang dapat membantu agar dapat menolong saya menyelesaikan masalah ini.

Maaf kerana tersangat sibuk dengan 'eksperimen' tersebut hari ini !!!!


Lihat video terbaru Nga Kor Ming berceramah atas pentas PAS  dan sila nyatakan respon anda di bawah !!!


1 ulasan:

hilbert berkata...

Salam sejahtera Pang5,

Bagi saya, apa saja langkah yang akan diambil oleh SPR dan Kerajaan untuk menangani masalah "letak jawatan sesuka hati" oleh wakil-wakil rakyat sejak kebelakangan ini, maka saya akan sokong 100%. Tak ada bantah punya, asalkan dapat membendung taktik yang tidak bertanggungjawab seperti itu dari terus diamalkan oleh parti politik yang tertentu.

Ingin saya bagi sedikit saranan, seandainya kelak akan menjadi realiti akta yang sesuai khas untuk kes seperti itu(letak jawatan sesuka hati oleh YB/YB)adalah paling bagus sekali sekiranya "sistem dimerit" diperkenalkan serta digunapakai terhadap parti yang mana ahli-ahlinya sering meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Kita boleh ambil contoh dari sistem yang telah digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) terhadap para pemandu yang tidak mengikuti peraturan dijalanraya. Sistem itu saya fikir boleh dipertimbang untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada peraturan di dalam akta itu nanti jika ianya diluluskan.

SPR boleh tambah mana yang patut ditambah, misalnya.. markah yang memungkin sesebuah parti itu terlucut hak untuk mengambil bahagian didalam piliharaya. Katakan lah untuk pertama kali ahlinya meletak jawatan tanpa sebab, maka markah yang telah dsediakan sebanyak 169(bukan 16 September) akan dikena potong markah sebanyak 30(bukan 30 ahli parlimen BN yang kononnya akan join pembangakang) mata..dan baki mata yang tinggal adalah sebanyak 139 mata. Jadi sekiranya mereka takut akan kehilangan mata markah lagi dan disitulah nanti pertimbangan akan mereka buat. Sekira mereka akan buat hal lagi dengan main letak jawatan terus menerus..nescaya markah mereka akan hilang kesemuanya dan tentu sekali kelayakkan untuk parti mereka ikut serta dalam setiap piliharaya akan lenyap.

Mengenai klip video Nga Kor Ming yang memberi ceramah depan pengampu-pengampu(tak boleh sebut penyokong) PAS yang saya percaya semuanya Melayu Islam dan sekilas pandang ada muka Nick Aziz, cuma satu yang ingin saya kemukakan disini. Kalau dalam klip video yang terdahulu, Nga Kor Ming mendakwa beliau sebagai seorang yang beragama Kristian mazhab apa saya tak tau..maka disini, saya juga sebagai orang Kristian "MENCABAR" beliau untuk memeluk agama Islam dengan "mengucap dua khalimah syahadat" dengan bersaksikan Nick Aziz dan Husam Musa, jika beliau benar-benar ikhlas.

Disini makanya saya telah melihat maruah, jati diri dan harga diri orang-orang PAS yang taksub seperti sudah lenyap, tiada berpendirian teguh dan sentiasa goyah dalam membuat sebarang keputusan. Dalam hal agama pun mereka boleh bertolak ansur dengan orang yang dulu mereka jijik untuk bercampur, tapi sekarang?????..betul-betul dah terpesong jauh daripada pegangan asal perjuangan PAS yang dulu.

Apa-apapun saya fikir, alangkah baiknya sekiranya pengikut-pengikut PAS ini jangan terlalu berpegang kepada apa yang diucap oleh pemimpin mereka, janganlah terlalu berpaut kepada rentak dan tindak tanduk pemimpin PAS. Jadilah anda sebagai diri anda sendiri tanpa tekanan, jadi orang yang tahu membuat perhitungan sendiri tanpa terlalu terikat.

Maka, oleh itu..contohilah kami yang menjadi penyokong BN dan kerajaan. Kami walaupun menyokong, tetapi kami ada ruang yang diberikan untuk menjelaskan pendirian masing-masing mengenai dasar-dasar kerajaan. Pemimpin-pemimpin BN mempunyai fikiran terbuka tentang perkara ini dan para pemimpin BN juga tidak mau pengikut-pengikutnya menjadi taksub kepada mereka. Oleh itu wahai orang-orang PAS,..contohilah BN..atau lebih baik sertailah BN, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sekian, Terima Kasih.

Cari Blog Ini

Translate