Pengikut Blog Panglima

31 Januari 2009

Cubaan memburukkan nama Ketua Polis Negara oleh pembangkang di Harakahdaily dan YahooGroups Perisik Rakyat !!




Saya tidak bercadang menyentuh lagi isu polis ini. Kerana saya tidak mahu ia menampakkan saya beria ia membela polis.

Saya juga tidak mahu mengkritik lagi sesiapa sahaja tetapi apakan daya saya kena membela yang benar dan melawan yang salah.

Pertama lihat gambar ini :



Anda dapat lihat berita untuk burukkan nama polis termasuk Ketua Polis Negara kerana melanggar anak saudara Presiden PAS di Yahoo Groups Perisik Rakyat... Medium yang disalah guna bukan menyedarkan umat nasib mereka di bumi Malaysia yang semakin terhakis tetapi disalah guna untuk memburukkan penguatkuasa undang undang di negara kita.


Seterusnya lihat gambar kedua ini dari HarakahDaily :




Memang dasar pembangkang sama sahaja samada PAS atau Hindraf atau PKR atau DAP....Mereka semacam fobia dengan polis walhal polis tidak pernah menjadikan mana mana individu yang patuh undang undang sebagai sasaran atau tahanan mereka.

Kepentingan negara melebihi dari kepentingan peribadi mereka. 

Polis tetap tidak akan berkompromi dan semestinya Polis akan terus membela kedaulatan undang undang dan menangkap pengkhianat negara yang cuba melanggar undang undang atau menghasut rakyat ke arah yang sama dengannya.

Cuma satu saja yang saya boleh puji mereka, iaitu TranungKite yang telah memberi sedikit promosi percuma untuk blogger pembela negara.

Bab baik ni saya kena puji juga. Sebab kita jadi terkenal dengan sokongan dari depa juga.

Siapa mahu tengok boleh klik di sini !!!!


30 Januari 2009

Lihat gambar POLIS dihina oleh bangsat Hindraf isu mendiang Kugan demi mencetuskan huru hara di tanah air kita !!!


Temperature darah saya mendidih dan menggelegak melihat betapa KURANG AJAR golongan bangsat Hindraf ini yang sengaja ingin membuat provokasi kepada pihak berkuasa negara kita.

Apatah lagi saya baru sahaja membaca 13 protokol Hindraf di blog Shah di sini yang turut menaikkan lagi darah saya membacanya di pagi Jumaat ini...

13 Protokol tersebut ialah :

1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)-oleh itu,pastikan yg menyambut kelahiran anak anda seorang bidan yg beragama islam.
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.'hati2 makan kat kedai mamak'
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.


Gambar bawah yang disalin dari Blog Taiping Mali menggambarkan kepada kita bahawa geng Hindraf ini tidak nampak dan menghargai sebenarnya bagaimana penat lelah polis bekerja untuk keamanan kita dan ini adalah hasil kerja pembangkang ( lebih sesuai dieja pembangang ) yang saban hari menanam kebencian mendalam terhadap polis dan institusi institusi yang menjadi paksi keamanan dan kestabilan Malaysia seperti kehakiman.

Lihat dengan selamba mereka memaparkan gambar dan kata kata di bawah :

[kugan-polis.jpg]



[kugan-polis2.jpg]


Mereka nampaknya tidak sabar dan begitu mudah sekali menuduh tanpa menunggu hasil siasatan Polis. 

Jika saya seorang polis atau ada keluarga sebagai polis tentu saya akan lagi marah dengan tindakan tersebut walau pun saya tidak terlibat dengan kes tersebut.

Nampaknya sekali lagi PEMBANGANG menggunakan isu ini tanpa memikirkan kesannya terhadap kestabilan negara kita.

Mereka ingin sekali menuduh kerajaan zalim dan polis penjenayah berlesen seperti di atas.

Apa mereka mahu ?

Ya, melanggar undang undang dengan aman seperti mencuri merogol merompak dan supaya mereka tidak lagi dikacau oleh polis yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara kita siang dan malam.

Apabila polis mati siapa ada bising bising macam penjenayah ini dilayan selepas mati dalam tahanan ?

Sebelum mereka meneruskan usaha mengutuk polis tersebut sila lihat dahulu dengan teliti kes kematian dari tahun 2005 - 2008 di bawah..

Pasti anda sendiri akan terkejut dan nampak golongan mana yang sebenarnya lebih ramai meninggal di dalam tahanan !!

Statistik diperolehi dari SUARAM tersebut mencatatkan kematian dalam tahanan (death in custody ) seperti berikut t:-

i) Tahun 2005 - 5 orang Melayu dan 6 orang India.
ii) Tahun 2006 - 5 orang Melayu, 3 orang India dan 2 orang Cina.
iii) Tahun 2007- 4 orang Melayu, 2 orang India dan 4 orang Cina.
iv) Tahun 2008 - 2 orang Melayu, I orang India dan 4 orang Cina.


Jadi sebab apakah lagi golongan bangsat Hindraf ini mahu menuduh polis dahagakan darah kaum India ????

29 Januari 2009

Komen Blogger PAS ahli BPN : tamparan hebat untuk BNM

Sambil2 ambo 'kelebet' atau semak komen dari pelawat, tiba-tiba muncul satu komen seperti di bawah.

 
 

Untuk penerangan yang boleh menghapuskan kekusutan, BPN ialah Blogger Pembela Negara. Ia terdiri dari pelbagai parti politik.

Ambo sendiri dari Parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia), ahli PAS seumur hidup. Antara jentera kanan PAS peti undi dan ada (sipi2) jawatan dalam PAS Tumpat, Kelantan.

Ambo akan menyokong BPN jika BPN mengusulkan sesuatu isu, contoh Baikot Israel & USA, Isu Teresa kok, Isu Agama, mahu penggunaan nama Allah dalam bible, dsb. Disini ambo akan bersama mereka (BPN).

Jika BPN mengusulkan hal2 kepartian dalam BN, ambo akan mendiamkan diri.. dan ambo harap agar Ketua BPN (Panglima Perang Saiber) gunakan BPN sebaik-baiknya, untuk perjuangan Agama, Bangsa & Negara sahaja.

------
"
Rakyat Bota dan mula meluat, PM mereka nk jadi menteri"

Maksudnya disini, sama seperti Anwar yang nk jadi PM. Termimpi2 dan tak jadi. Bila masa pulak dia 'di angkat'?. tak tau la pulak kot2 ada sogokan. (
psss.. join PKR, nanti aku angkat ko jadi menteri di kemudian hari; kata anwar).

Fahamilah betul2 apa yang tersirat. (nk) Nak jadi sama seperti bercita2.

----

Bagi ambo, PAS memang patut berjuang sendirian. Kita boleh berjaya, contohnya di Kuala Terengganu. Memang kita 'tendang' kumpulan2 edargon dari KT, kita tak perlukan mereka, lebih2 lagi Kepala Temberang Anwar Ibrahim.

Bagi penyokong PAS, kenyataan siapa yang anda sokong?

1. Ustaz Mat Sabu (abe Mat - PAS) : 
Mengatakan Anwar sebagai Al-Juburi, ketika berceramah di Kubang Kerian, tahun 1998, (juga) "Jika batang kelapa di pakaikan skirt, batang kelapa itupun akan di Anu-nya".

2. Anwar Ibrahim (dalang PKR) : "
Itu semua konspirasi & fitnah ke atas saya!!".

(Saya menyokong abe Mat sebab dia Panglima PAS, anwar tu hanyalah mahu merosakkan PAS)

-----
Semoga perjuangan BPN berjaya.

wassalam.

Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati para pemimpinku, agar mereka berubah & keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Amin..

Artikel ini salinan dari http://mimpi916.blogspot.com


Komen saya :

Siapa nak sokong benda korupsi ? 

Siapa nak sokong politik wang dalam parti ?

Siapa nak sokong pemimpin tolak Islam sebagai agama rasmi ? 

Siapa nak sokong kezaliman dan ketidak adilan di negara ini ?

Siapa nak sokong halal guna nama Allah untuk pengundi agama Kristian ? 

Siapa nak sokong BABI diternak ? 

Siapa nak sokong Camry jadi ganti Proton ?


Siapa tak sokong maknanya dia akan bersama BPN... 

Siapa tak sokong maknanya dia masih sedar beza antara negara dan parti.

Negara ialah hak kita semua. Parti ialah milik sebilangan rakyat Malaysia.. 

Hancur negara semua akan hancur dan bangun negara akan bangunlah semua ahli parti apapun namanya di Malaysia.

BPN nak jaga negara ini dari digadai.

BPN tidak kira siapa akan lawan jika ia menggadaikan nasib agama bangsa dan negara kita.

Sudah jelas BPN bukan alat UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.

BPN blogger bersemangat juang membela negara memerangi petualang yang mencari sedikit untung berniaga politik sehingga tergadai nasib agama bangsa dan negara di tangan mereka.

Ada logo UMNO di blog BPN ??

Jika tahu tak apa......


Kickdefella sedarah dengan Kugan ? artikel hebat dari Ahli baru BPN blogger AyorLemuju !

Ini kata kickdefella dalam posting terbarunya "Kugan's blood is as red as ours" (tak payah bagi link percuma la orang cenggini):-

Kugan Ananthan is innocent until proven guilty and by the manner of the law in this country, Kugan has died as an innocent man.

O, gitu!

Saya meninggalkan komen sedikit:-

Kugan is innocent until proven guilty unless he was shot during shootout with the police while getting away from the scene of crime orelse he will escape and at large and rape your mother. Just because acriminal is not (yet) sentenced in court doesn’t mean that he is innocent. Recently a statutory rapist was set free due to flaw in prosecution. He is innocent, right? Yeah, until he meets your daughter. Police are doing their jobs and sometimes they make mistakes. But they caught the criminal, that’s a relief to a lot of people especially owners of luxury cars. You always criticise the police for not acting fast enough to catch kidnappers and pickpockets and you want to protect big time car thieves and robbers? Cheh!

Keinginan kickdefella ialah polis hendaklah melayan penjenayah dengan budi bahasa dan sopan santun.

"Apa khabar Encik Kugan. Kami terpaksa menahan encik kerana encik mencuri kereta secara mengugut tuan punya kereta dengan parang/pistol. Sila ikut kami ke balai polis sekarang."

Dan di balai polis, "Encik Kugan silalah beri kenyataan berhemah untuk kegunaan semasa pendakwaan di mahkamah nanti. Kerjasama encik amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih."

Car-thief-shot-dead-after-3-hour-pursuit_1233080595044Penjenayah tentu akan memberi kerjasama yang baik kepada polis yang berbudi bahasa. Kerana penjenayah adalah dianggap tidak bersalah selagi mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kerana tidak bersalah, tidak perlulah tidur lokap dan digari. Walaupun perogol atau pembunuh, kerana belum dibuktikan bersalah, hendaklah dilepaskan bebas. Itulah impian kickdefella terhadap etika dan tatakerja polis.

Sebelum-sebelum ini kickdefella dan ramai lagi blogger anti-establishment yang dikepalai oleh RPK (benci menyebut namanya pun) mengkritik polis kerana pengecut dan lambat bertindak dalam kes-kes samseng, penculikan dan sebagainya. Kata mereka polis hanya rajin menghalang pembangkang ektremis berdemonstrasi menentang kerajaan.

Serba salah menjadi anggota polis. Ketua-ketua polis pula dianggap bodoh dan rasuah.

Pihak anti-establishment ini, termasuk kepala-kepala pembangkang dan komunis-komunis moden ini, serta penyokong-penyokong mereka yang tolol yang otak berisi kebencian terhadap kerajaan dan jentera-jentera kerajaan yang selama ini melindung mereka dan memberi mereka kebebasan dan pelbagai kemudahan dan kemewahan, tidak pernah akan berpuas hati. Apa saja yang dilakukan oleh polis, SPR, BPR (sekarang SPRM), badan kehakiman dan menteri-menteri semuanya tidak betul jika sekiranya mereka yang terkena. Tetapi apabila mereka yang mendapat manfaat dan keuntungan, semua dipuji. Anwar dihukum - hakim zalim, Anwar dibebaskan - hakim adil. Kalah pilihanraya - SPR tidak telus, menang piliharaya - SPR telus. Wakil Rakyat pembangkang kena tangkap - BPR perangkap, ahli politik pro kerajaan kena tangkap - BPR cekap. ADUN Bota dalam UMNO - jahat, rasuah, penting diri..., ADUN Bota masuk PKR - bijak, kurniaan yang amat besar dari Allah (Nik Aziz kata).

Anak Melayu yang mati dalam kem PLKN ditendang budak India... ibu bapanya reda pemergiannya, walaupun ternyata budak itu bukan penjenayah, dan sememangnya tidak bersalah. Banyak kes anak Melayu yang jahat, ditangkap polis, diintegorasi, kadang-kadang cedera (mungkin mati, wallahua'lam), tapi ibu bapa dan saudara mara tidak membuat kecoh kerana menerima takdir itulah balasan yang harus diterima oleh seorang yang jahat. Memanglah undang-undang ada, mahkamah ada, tetapi kalau seorang bapa menangkap anaknya mencuri, biasanya dibedal anaknya dulu setengah mati. Tak payah masuk lokap, tak payah pergi mahkamah dan tak payah masuk penjara. Kalau boleh insaf, berubahlah jadi baik. Tapi kalau tak insaf, jadi lagi jahat. Kalau orang jahat dibela dan dilindungi, jahatnya akan semakin besar.

Armed-robber-shot-dead_1233080148993Ibu bapa Kugan dan Samy Velu serta 2 timbalan menteri bangsa India itu tidak harus menyesali kematian Kugan, apa cara sekalipun, kalau memang benar dia seorang gengster yang jika dibiarkan hidup dan bebas boleh menyusahkan orang lain. Mungkin Kugan mati semasa tembak-menembak dengan polis atau semasa diserbu di banglo bersama ahli kumpulannya atau di dalam lokap dikerjakan oleh seorang tahanan lain yang sakit mental. Sekiranya Kugan seorang baik seperti Mutusamy dan Logan (kawan-kawan saya) yang tidak minum arak pun, apa lagi hendak mencuri kereta mewah dan merompak, pastinya dia tidak ditahan polis. Penjenayah yang ganas memang telah menempah hidup dan mati dalam keganasan. Dia tidak fikir akan dilayan polis dengan baik. Dia fikir satu hari nanti dia akan kantoi dan dipukul orang, ditembak polis, dipenjara atau dihukum gantung.

Kickdefella dan RPK dan sitolol-sitolol yang lain yang memperjuangkan prinsip innocent until proven guilty tentu tidak suka mendengar kes-kes penjenayah yang dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Apakah hati anda berkata penjenayah-penjenayah ini benar-benar tidak bersalah? Walaupun polis telah melakukan kesilapan kerana keterlaluan dalam proses interogasi, jika benarlah dengan bukti penyiasatan yang cukup bahawa simati itu benar-benar penjenayah yang bahaya dan menyusahkan orang awam semasa hidupnya, redakan saja "hukuman" itu berjalan sebelum diadili di mahkamah. Malaysia tidak ada Batman untuk penjahat yang licik yang boleh terlepas tindakan undang-undang.


Komen Panglima :


Kredit kepada Blogger Baru BPN Ayor Lemuju ( klik sini )  dan siapa ingin ' belasah ' Kickdefella boleh lah ke sana dengan klik di sini juga..

28 Januari 2009

MB Nizar : Lompat parti tindakan CERDIK!!!

``Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,'' katanya. - Utusan

Itu antara komen seorang ahli Parti Islam SeMalaysia bernama Nizar MB Boneka Dap Perak berkenaan isu lompat parti oleh Adun Bota Kanan yang semua sudah kenal namanya sehari dua ini.

Jika artis menjadi popular dengan cepat dan pantas sekarang ini dengan mengirim gambar bogel atau video seksnya ke internet, atau membiarkan diri ditangkap khalwat atau biarkan bergaduh antara suami isteri hingga naik mahkamah syariah maka orang yang ingin popular dan cepat naik ke atas di dalam politik perlu lompat parti macam YB Bota Kanan tersebut buat.

Siapa yang ingin popular macam mee segera perlu lompat parti dan khianati undi walau maruahnya akan hilang asal dapat wang atau ganjaran berupa jawatan..Ura ura menjadi MB Perak juga sudah heboh diperkatakan.

Jangan risau jika takut dikutuk atau dihina kerana mereka akan dipuji dipuja seperti contoh kenyataan di atas. Apatah lagi ahli Parti Islam yang puji pasti laku untuk bekalan dan jaminan alam akhirat anda nanti.

Cuma walau nampak cerdik komen diatas,saya keliru juga adakah agama kita Islam ada benarkan khianat?

Adakah Islam benarkan perbuatan tikam belakang jemaah @ parti selepas diberi amanah sebagai pemimpin hingga dilantik menjadi calon parti ? hingga dilabel sebagai tindakan CERDIK! oleh beliau yakni Nizar ?

Lupa pula tanya anda, cerdik ke tidak orang puji manusia yang tidak ada moral dan intergriti macam Yb Bota yang dah buta hati itu ?

jika benar benar cerdik memang patutlah Nizar jadi MB dan juga sanggup bagi tanah pajak seribu tahun kurang satu, kepada bangsa Cina di Perak.

Kerana cerdik membuat keputusan dan cerdik memuji pengkhianat yang mementingkan diri dari Perjuangan membela nasib golongan Muslim Melayu di Malaysia.

tak cerdik takkan jadi MB!

Salam Perjuangan !!!


kenyataan cerdik di atas sila rujuk link asalnya di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

27 Januari 2009

MB Nizar yang pandai sudah komen isu lompat parti

MB Perak dakwa lagi ADUN BN mahu keluar parti
26/01/2009 6:13pm

IPOH 26 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini. - Bernama.

Pertama sekali saya minta maaf agak lambat mengulas isu katak ini. Ekoran bercuti dan sibuk urusan kekampungan.inipun saya curi masa sebelum bertolak pagi esok pulang ke ibukota agar isu ini dapat disentuh sebelum ia akan jadi macam nasi basi. walau sudah jam 1.30 am sekarang ini

kedua saya tersenyum membaca komen Nizar di atas. Alahai tak sampai setahun dah pandai jual beli ke?tak ubah macam berurus niaga saja diorang ni.

Perak dulu memang tempat komunis dan perjanjian damai juga di sana.Adakah saki baki penganut komunis di sana sekarang ini,wallahu a'lam.

Adakah ini strategi baru cina Dap di sana ingin mendominasi kuasa di Perak selepas selepas tidak cukup puas hati dengan MB taraf boneka dari Pas ini ?

ATAU IA SEBAGAI ANG POW RAYA KEPADA CINA DALAM ATAU LUAR PKR?

Peliknya, KENAPA IA BERLAKU SELEPAS ANWAR AZIZAH KEMBALI DARI LUAR NEGARA?

ADAKAH KERANA DANA BERADA DI SANA?

ADAKAH NILAI DEAL INI CUKUP UNTUK DINIKMATI TUJUH GENERASI SI KATAK YANG MELOMPAT?

Ura ura Adun Bota yang baru menjadi 'katak' sertai PKR bakal menjadi MB Perak tidak mustahil dan taktik memujuk personaliti yang kecewa dalam parti umno adalah taktik terkini PKR.

Ada blogger kita bagitahu punca dia keluar ekoran merasa sangat kecewa selepas kalah pemilihan jawatan parti dan kecewa tidak lagi dipilih bertanding jawatan wakil rakyat di Parlimen?

yang ralatnya ke mana mahu diletakkan muka tatkala mengambil keputusan melompat? Walhal undi majoriti yang diterima adalah dari penyokong BN pada Pru 12 sebelum ini ?

Baik kalau diletakkan jawatan dulu sebelum melompat dan. tanding semula atas nama PKR dan tunggu ketika itu sejauh mana sokongan rakyat.

baru betul tidak mengkhianati undi rakyat yang tahu BN sajalah parti benar benar berkebajikan kepada rakyat !!!

yang pandai cakap dan pandai buat..

salam perjuangan dan doakan saya selamat pulang esok.serta lancar perjalanan hingga sampai ke rumah saya di sana.

Happy Chinesse New Year to all chinesse man and women.

25 Januari 2009

Isu BPN dan Promosi Percuma Celcom dari hulu Kelantan



Hari ini hari kedua saya berada di kampung. Dengan Celcom sebagai broadband terbaru saya selepas gagal menggunakan maxis pada percubaan sebelum ini ( ketika bercuti tempoh hari ) di tempat yang sama di sini ( hulu kelantan ), maka saya merasa sangat gembira dengan kepoweran ( malay-eng ) talian celcom yang sangat hebat dan mantap di sini.

Tidak sia sia usaha saya mengambil keputusan mendaftar pelan broadband ini selepas mendaftar sehari sebelum pulang Jumaat lalu..dan tidak sampai 24 jam talian sudah sedia digunakan.

Begitu pantasnya Celcom sebagai pengendali unggul data di Malaysia yang paling berpengalaman.

Dengan TIADA BAYARAN dikenakan semasa mendaftar ( fuhh jimatnya ) maka pelan unlimited ini berjaya saya gunakan sejak semalam dan hari ini dengan bantuan smart phone Sony Ericsson P1i saya ( yang masih belum habis dibayar lagi sepenuhnya kepada kawan saya ) hehe :).


Namun agak susah mengupdate blog menggunakan smart phone kerana paparan skrin yang sangat kecil.Dan ketika ini saya sedang cuba menulis di notepad dan cuba menghantarnya ke bluetooth HP sebelum menyalin ke posting terbaru. Moga berjaya sekejap lagi.

Jika anda membaca tulisan ini di blog saya bermakna usaha saya menulis di laptop dan menghantar ke hp sebelum mengupdate ke blog, telah BERJAYA....


Kenapa tak pakai laptop dan hp sebagai modem ? Pertanyaan yang agak agak saya, mesti bermain di fikiran saudara tersebut sebenarnya kerana kelupaan saya membawa sambungan kabel USB...

akibatnya hp tidak dapat diguna sebagai modem bagi menjelajah alam maya dengan mudah dan selesa !!


Saya juga berjaya membuat sidang conference semalam dengan kawan kawan sekolah lama dan sempat berchatting juga dengan Blogger Rajah Mas yang turut menyuarakan kebimbangannya tentang BPN yang dilihat sudah malap.


Barangali kegagalan BPN membuat sidang harian mengundang keresahan beliau !


Sebenarnya situasi terkini yang terjadi memerlukan kita menyemak kembali asal usul yang menjadi punca kepada senario yang terjadi itu.Untuk makluman Blogger Waadat ( Cheguman ) dan Setiausaha ( Che Moq ) ada komitmen yang tinggi dengan urusan pengajian Master dan bisnes syarikat yang baru dibina dan mereka tidak dapat menggantikan tugas mengendalikan sidang ketika ketiadaan saya.



Saya juga ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan kebelakangan ini berkenaan bisnes saya. Hingga sukar online tiap malam bersama sahabat sahabat semua. Meskipun sudah memiliki hp black berry namun 'line' pula jadi halangan. Tunggakan bil menyebabkan 'saluran keluar' sudah ditutup sementara oleh Celcom.

Ujian Allah !!!

Tambahan pula dengan kehadiran ahli yang tidak seramai mana tentu tidak 'membangkitkan selera' saya untuk membuat conference.Kita kena faham juga PRK Kuala Terengganu baru sahaja berlalu dan persiapan menghadapinya dibuat sejak awal. Maka di situlah antara punca ramai ahli tidak dapat hadir memberi sokongan semasa sidang.Lagipun BPN sudah mempunyai logonya sendiri serta telah berjaya menghasil puluhan resolusi dan sudah ada hampir 100 ahli..

Namun yang mengharukan saya sepanjang menjayakan team kita ini ialah kesungguhan ahli ahli BPN yang sibuk serta tidak dapat bersama dalam sidang tetapi mereka
tetap menghubungi saya melalui sms, YM atau panggilan telefon memberitahu kesibukan mereka.

Tanda mereka masih lagi'cintakan' team Blogger Pembela Negara yang kita bina bersama sama ini.Jika tidak kerana kerisauan Rajah Mas saya tidak ingin menceritakannya di sini.Namun demi memberi penjelasan agar kerisauan akan segera hilang maka saya terpaksa menceritakannya sedikit.

Yang indahnya, BPN yang baru berusia dua bulan sudah mencapai beberapa kejayaan... Antaranya, isu blog hina Nabi telah disiarkan oleh utusan Malaysia dan tv3 sehingga mendapat perhatian ramai pihak termasuk
Perdana Menteri...


walaupun tidak disebut nama BPN namun ia antara detik manis yang kita semua sedar yang kita juga antara ' watak belakang tabir' yang membongkar blog tersebut.
Kitalah yang sama sama menghantar email kepada pihak tersebut bersama sama tempoh hari..



Itulah kejayaan kita dan saya amat berharap semua dapat terus setia menyokong BPN sebagai pembela negara yang berani dan berjuang tanpa mengharapkan ganjaran atau nama di sisi manusia.Sidang kita akan berjalan seperti biasa mengikut bilangan ahli yang dapat hadir dan keputusan mengadakan sidang berdasarkan jumlah kehadiran terpaksa saya buat demi mengelakkan kita membuat sidang yang hambar kerana tiada percambahan fikiran yang benar benar menghasilkan resolusi yang mantap ekoran bilangan kehadiran yang kecil.



Moga Allah mengekalkan semangat kita dan semoga ALLAH menyingkirkan pengkhianat yang cuba meresap masuk BPN untuk tujuan jahat.



Doa saya :Ya Allah jika mereka datang kerana NIAT JAHAT maka sedarkanlah mereka.

Kerana Engkau Ya Allah Tuhan Kami dan Tuhan mereka dan Tuhan sekelian
makhluk seluruhnya.



FASAYAKFIKAHUMULLAH WAHUWASSAMIUL ALIM

WALA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHILALIYYILAZIM


Salam dari pendalaman Kelantan..





PROMOSI CELCOM ini dibawakan secara percuma oleh Panglima Perang Cyber :)

24 Januari 2009

Salinan report blog sesat di laman JAKIM

[jakim.bmp]




Alhamdulillah ahli BPN kia,  AzizahNS sudah melaporkan blog sesat di atas kepada JAKIM..

Syabas AzizahNS...

Untuk makluman, sempena Hari Raya Cina ini saya kemungkinan mengalami kesukaran mengakses internet kerana pulang bercuti di Kelantan...

Justeru, saya memohon maaf atas kekurangan saya dan mendoakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.

Artikel ini dijadualkan terbit jam 10.10 pm Hari Sabtu 24 Januari 2009.

 Ketika itu mungkin saya sedang tidur di kampung atau sibuk dengan adik beradik yang bukan selalu dapat bersama berbual mesra.

salam perjuangan. ...

23 Januari 2009

Sajak Maharaja Zhou untuk PAScinta hamPAS yang PASti rugi jika terlePAS

Sajak untuk PAS

Cinta PAS bukan untuk yang fana kononnya,
Mungkinkah ia untuk Kopi Janda?
Ataupun ia untuk Minyak Maharaja?

Belum apa-apa suara Parti Islam
Ia sudah menjadi kelam
Mulut pembacanya sudah dipalam
Kalau kritik sikit katanya melawan Islam

Haji Hadi kata nama calon dalam poket
Erdogan PAS mula berpeluh melekit-lekit
Rupanya nama tiada, sekadar sedapkan hati yang sakit
Geng Fraksi UMNO yang dipilih namanya Wahid
Tak sangka Tuan Guru pun bohongnya tinggi membukit

UMNO dikatakan jual negara
Tapi PAS baru setahun jagung sudah pecah rekod dunia
Tanah diberi kepada cina
Milik mereka selama-lama
Tak pernah dibuat oleh UMNO kita
Lepas ni depa nak gadai apa?

Hukum hudud mahu dilaksana
Baru disergah Singh,menggigil pula
Didepan tuan guru lim guan eng menolaknya
Dalam markaz PAS kuala Ibai disebut-sebutnya

Mendengar itu tuan guru menggaru-garu
30 tahun pun sanggup tunggu
Mungkin masa itu tuan guru mereput dulu
Yang hendak mengadap,anak buah yang termanggu-manggu

Parti itu namanya PAS
Tapi ramai yang menjadi agas
Kerana ingat jaminan syurga yang Tuan guru sendiri tak lepas
Di dunia hilang,di akhirat melepas


Syabas SPRM atas tindakan tegas dan pantas demi menjaga nasib bangsa agama dan negara Malaysia

Tiga didakwa rasuah


Junaidi Abdul Hamid didakwa memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 13 September 2008.
Johari Ibrahim didakwa memberi suapan wang tunai RM200 kepada Nadiah Roslan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 November lalu.
Azman Noh didakwa memberi RM300 kepada Davad @ Daud Parman di sebuah rumah beralamat No. 10A, Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar pada pukul 12 malam, 11 Oktober 2008.


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.


Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.


Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.


Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.


Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.


Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.


Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.


Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.


Di Ipoh, seorang kontraktor yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Beruas, Azman Noh, 42, juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang ahli UMNO pada pemilihan Bahagian Beruas, Oktober tahun lalu.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi RM300 kepada Davad @ Daud Parman di sebuah rumah beralamat No. 10A, Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar pada pukul 12 malam, 11 Oktober 2008.


Azman dituduh memberikan wang itu sebagai dorongan kepada Daud supaya mengundinya untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Beruas dan Azhar Ahmad bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas pada pemilihan yang berlangsung 12 Oktober 2008.


Azman yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 oleh seorang penjamin dan kesnya akan dibicarakan dari 1 hingga 3 Jun depan.


Sementara di Melaka, Ketua UMNO cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana dituduh memberi rasuah sebanyak RM200 kepada salah seorang perwakilan parti itu.


Johari, 46, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Alor Gajah didakwa memberi suapan wang tunai RM200 kepada Nadiah Roslan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 November lalu.


Tertuduh didakwa melakukan per buatan itu sebagai dorongan kepada Nadiah untuk mengundi calon ketua bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Kadir Daud.


Johari juga mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan mulai 18 Mei ini.




KOMEN SAYA :


Unsur tidak sihat memang wujud walau tindakan tegas dibuat. Namun jika dibiarkan pasti barah ini akan menjalar ke seluruh tubuh badan dan tidak mustahil jika didiamkan, satu tubuh akan menemui 'ajal'


Mendaki hieraki politik melalui lorong 'gelap' dan 'curam' seperti ini bukan kaedah orang Islam yang beriman.


Ia satu tindakan bagi memenuhi kehendak syahwat dan juga mencari nama serta glamour sahaja..


Yang benar benar berkhidmat pasti tidak memerlukan sokongan berasaskan wang kerana ia tidak diajar oleh agama Islam atau mana mana agama sekalipun.


Biar malu tetapi yang penting hayati sabda Nabi : 


Jika anakku fatimah binti muhammad mencuri, pasti aku akan potong tangannya....


Keadilan tidak mengira sesiapa dan wajar sekali parti UMNO dibersihkan dari unsur tidak sihat ini dengan segera..


Syabas dan tahniah kepada SPRM dan moga jangan ada lagi yang terlepas tak kira sekecil kecil hingga ke sebesar besar yang menggadai nasib kita dengan perbuatan rasuah wang mereka.






22 Januari 2009

Melayu untuk Melayu






Tajuk : Melayu

 

Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka 
Budi bahasanya tidak terkira 
Kurang ajarnya tetap santun 
Jika menipu pun masih bersopan 
Bila mengampu bijak beralas tangan. 

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: 
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu 
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, 
Jakun dan Sakai asli Melayu, 
Arab dan Pakistani, semua Melayu 
Mamak dan Malbari serap ke Melayu 
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman 
Begitu luas daerah sempadan 
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya 
Kias kata bidal pusaka 
Akar budi bersulamkan daya 
Gedung akal laut bicara 

Malangnya Melayu itu kuat bersorak 
Terlalu ghairah pesta temasya 
Sedangkan kampung telah tergadai 
Sawah sejalur tinggal sejengkal 
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga 
Tangan masih memegang tali 
Sedang orang mencapai timba. 

Berbuahlah pisang tiga kali 
Melayu itu masih bermimpi 
Walaupun sudah mengenal universiti 
Masih berdagang di rumah sendiri. 

Berkelahi cara Melayu 
Menikam dengan pantun 
Menyanggah dengan senyum 
Marahnya dengan diam 
Merendah bukan menyembah 
Meninggi bukan melonjak. 

Watak Melayu menolak permusuhan 
Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga 
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing 
Maruah dan agama dihina jangan 
Hebat amuknya tak kenal lawan 

Berdamai cara Melayu indah sekali 
Silaturrahim hati yang murni 
Maaf diungkap senantiasa bersahut 
Tangan diulur sentiasa bersambut 
Luka pun tidak lagi berparut 

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan 
Selagi yang ada sanggup diberikan 
Sehingga tercipta sebuah kiasan: 

“Dagang lalu nasi ditanakkan 
Suami pulang lapar tak makan 
Kera di hutan disusu-susukan 
Anak di pangkuan mati kebuluran” 

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang 
Jika pantang menghalang kemajuan; 
Jangan segan menentang larangan 
Jika yakin kepada kebenaran; 
Jangan malu mengucapkan keyakinan 
Jika percaya kepada keadilan 

Jadilah bangsa yang bijaksana 
Memegang tali memegang timba 
Memiliki ekonomi mencipta budaya 
Menjadi tuan di negara Merdeka. 

( Usman Awang)