Pengikut Blog Panglima

30 April 2009

Edisi Pagi : Takziah pemergian Laila Taib, Nik Abduh vs Erdogan dan Kegawatan PR di Pulau Pinang !

Cerita 1 : Bil dan talian Streamyx yang menggangu tugasan dan fikiran


Salam perjuangan untuk semua.

Pagi ini sekali lagi saya diuji dan diuji. Berbagai jenis ujian dihadapkan namun ujian ketidakstabilan talian streamyx saya sangat sangat mengganggu emosi dan juga perasaan.

Apatah lagi misi di alam siber ini memerlukan talian yang stabil dan tidak terganggu bagi melancarkan urusan yang sangat diperlukan oleh negara, bangsa dan agama kita saat ini.

Tambahan pula dengan 'sekatan' talian telefon kerana bil yang bertimbun, melengkapkan senario menjadi 'ibarat jatuh ditimpa tangga'...

Saya tidak kisah jika ia hanya saya seorang tanpa melibatkan kawan kawan namun kerana tugas saya sebagai YDP BPN maka saya merasa terkilan dan kecewa di atas masalah yang berlaku dan di luar kemampuan saya menentukannya.

Adakah ia akan berpanjangan atau akan berakhir tidak lama lagi ? Wallahu A'lam



Cerita 2 : Salam Takziah untuk Arwah 




gambar BERNAMA


Al Fatihah kita hadiahkan kepada Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam. Moga segala dosa dosa Arwah akan diampun Allah dan ditempatkan di syurga bersama Nabi2 para Syuhada dan Solehin. 

PM turut menyuarakan kesedihan seperti laporan di sini

Amin 



Cerita 3 : Berebut kerusi antara Pas dan Pkr di Penanti


permatang pauh by election pkr office area 060808 mansor othman
gambar dari sini


Pas nampaknya seperti akan menjadi huru hara kerana sudah jelas keretakan berlaku di kala PKR sudah umumkan calon mereka iaitu Dr Mansor.Pas Pusat tidak lagi sekata dengan Pas Permatang Pauh seperti laporan Mstar di sini.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409
Terkini, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa Adun Penanti akan menjadi TKM 1 Pulau Pinang...

Nampak gayanya PAS Permatang Pauh akan memboikot PRK kali ini jika mereka tidak dilayan permintaan agar meletakkan calon PAS di Penanti selepas rakyat menolak PKR yang terbukti gagal memenuhi harapan rakyat yang dahagakan kualiti sebagai pemimpin.

Sebelum beredar, mari baca blog yang mengaku ahli PAS tetapi gaya seperti ahli PKR... Anda setuju atau tidak andaian saya, sila komen di bawah ini.

Blog tersebut juga dengan serius sekali mengecam dan memburukkan Zulkifli Nordin yang ketika artikel tersebut ditulis, sedang digosipkan akan berpindah keluar parti PKR. Link ada di sini http://anakcucunabiadam.blogspot.com 

29 April 2009

Edisi Tertunda : Benarkah Ibu Manohara berhutang lebih setengah juta ?

- Artikel ini cuba disiar sejak petang semalam namun masalah talian internet telah menggagalkan hasrat tersebut. Akhirnya pagi ini barulah ia berjaya disiar untuk bacaan anda. Harap maaf di atas masalah tersebut. Selamat membaca !




Cerita 1

Saya mendapat sumber dari Malaysiakini tentang berita Manohara bahawa ibunya ada masalah hutang RM 600 k @ RM 600,000 dan telah mendesak Tengku Temenggung untuk melangsaikannya.

Bahkan dikatakan ibu bekas model tersebut juga aggresif dan atas sebab sebab tersebut maka pihak Istana meminta dilarang ibu Manohara datang ke Malaysia untuk mengelakkan dari membuat kecoh semasa Keputeraaan DYMM Sultan Kelantan baru baru ini.

Lanjutan kisah sila klik sini

Harap2 janganlah ibu Manohara meneruskan niatnya untuk menyaman Istana Kelantan kerana ia pasti akan membongkar lebih banyak rahsia yang tersimpan. Hasrat tersebut ada disiar di sini

Mungkin ia akan menjadi sebuah filem satu hari nanti kerana melibatkan seorang puteri jelita dari seberang yang dilihat seolah olah menjadi mangsa 'kerakusan' ibu yang gilakan harta walhal dirinya sangat menyintai sang suami sepenuh jiwa dan raga tanpa berbelah bagi !

Harap2 utusan Istana Kelantan yang dihantar untuk menjernihkan keadaan yang rumit melibatkan dua buah negara ini, akan berjaya dalam misinya nanti 

Berita tersebut ( klik sini )

Cerita 2

Saya juga baca tadi tentang dua anak tok guru akan berlawan merebut jawatan di Kelantan. Tulisan Sayuti Omar.

Yang menariknya ialah pada part : Tindakan Nik Abduh undur itu nanti menyebabkan orang itu akan beraya hindu!

Nak tahu lebih lanjut ? klik sini


Cerita 3


Cubaan mendirikan kembali Plak Demokrasi di Perak dibuat kembali, namun berjaya dipatahkan Majlis Bandaran Ipoh.

Tak cukup lagi ke dengan keuntungan jualan plak yang dipecahkan hari tu ? Ada orang kata geng depa juga yang pecahkan untuk buatkan rakyat makin marah dengan BN/ Kerajaan.

Tak mustahil ramai suka buat sendiri dan tuduh orang lain yang buat. Kerja senang dan untung banyak dan cepat pula.

Berita lanjut ada di sini



28 April 2009

Edisi Pagi : Apabila bukan Islam bertakbir : Allahu Akbar !!!

Artikel ini saya salin dari blog sahabat kita saudara Amir Hamzah yang begitu jitu jati diri Melayu dan Islamnya.

Saya rasa artikel beliau itu, amat sayang jika tidak dihayati oleh kita semua. Apatah lagi usaha beliau meletakkan poster yang bersesuai, menambahkan lagi 'perisa' yang melazatkan santapan minda ketika membaca analisa serta kupasan saudara Amir tersebut.

Jika anda ada blog, silalah linkkan blog beliau ini tanda sokongan kita kepada blogger ini yang serius menulis untuk menyedarkan bangsanya dan amat sedar nasib bangsanya sekarang ini !

Sila baca artikel bertajuk :

Apabila Orang Bukan Islam Bertakbir.


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar begitu bangga memberitahu makin ramai masyarakat bukan Islam bertakbir masa ceramah PAS. "Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun sebutannya tidak berapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan (dakwah) PAS,” katanya. 
Berita ini dipetik dalam Harakahdaily Isnin yang bertajuk ‘ Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS’ 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Takbirrrrrrrrr.....


Kalau difikirkan secara positif, ianya memang satu permulaan yang baik agar bukan Islam lebih mendekati kepada Islam. Mudah-mudahan agar sebutan itu akan benar-benar membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Alangkah indahnya jika selepas ini mereka bukan sahaja bertakbir tetapi memakai kopiah putih atau berserban. Begitulah indahnya Islam menerima sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya tanpa mengira bangsa, warna kulit dan asal keturunan.

Alangkah baiknya juga, mereka itu akan sama-sama meraikan majlis-majlis maulidurrasul yang sekarang ini masih berlangsung di seluruh negara. Baik di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung masih lagi mengadakan sambutan maulud. Biasanya majlis akan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan rawi berzanji serta marhaban dan diakhiri dengan ceramah maulud nabi. 


Kalau benar lah mereka yang bukan Islam menyokong perjuangan PAS secara ikhlas datanglah ke majlis-majlis ilmu juga seperti majlis sambutan maulidurrasul, ceramah-ceramah fardhu ain atau kelas-kelas agama yang lain. Jika majlis-majlis seumpama ini turut dibanjiri oleh orang-orang bukan Islam dengan melimpah ruah seperti mana program-program ceramah politik PAS, hari ini juga saya menghantar borang keahlian saya untuk menjadi ahli PAS seumur hidup.

Saya juga berasa amat berbesar hati jika semakin ramai orang-orang bukan Islam akan pergi ke kedai-kedai buku mencari kitab-kitab agama Islam untuk dibaca di rumah. Di samping itu mereka juga akan berebut-rebut membeli buku-buku tafsiran Al-Quran untuk dijadikan bahan perbincangan mereka semasa minum kopi di kedai hailam. 

Jika ini berlaku saya tidak menyesal meninggalkan parti UMNO walaupun parti ini banyak berjasa kepada diri saya, keluarga, bangsa dan agama saya. Saya telah memilih PAS, satu parti yang bukan sahaja menjaga bangsa dan agamanya tetapi telah berjaya mendakwahkan orang-orang bukan Islam di seluruh negara dari kalangan Cina, India dan Benggali. 


Namun dalam saya menghayalkan yang indah-indah datang pula perasaan jahat seperti kata orang-orang tua, jangan fikir yang baik-baik sahaja fikirkan juga apa yang tersirat. Maka hati saya berdetik, kalau setakat bertakbir oleh golongan bukan Islam pun sudah dikira sebagai kejayaan dakwah PAS maka saya tersenyum sumbing. Saya terbayang tentang saudara-saudara baru yang diIslamkan oleh PERKIM dari zaman Tunku Abd Rahman hingga zaman Taib Mahmud sudah berpuluh ribu orang kesemuanya. Malah ada mereka ini 'lebih Islam' daripada orang Islam PAS atau UMNO. Lihatlah beberapa contoh iaitu seperti sdr Riduan Tee Abdullah dan Sdr Ravi Abdullah. Mereka bukan sahaja memeluk Islam malah menjadi pendakwah yang berjaya.

Saya juga ingin bertanya kepada Cina-Cina dan India-India yang bertakbir itu, tahukah mereka makna takbir yang dilaung-laungkan itu. Allah maha besar! Allah maha besar! Allah maha besar!. Adakah orang-orang PAS memberitahu kepada mereka itu makna sebutan takbir dan memberi sedikit huraian ringkas tentang Allahuakbar itu? Adakah setelah diberitahu maknanya itu maka mereka akan bertakbir juga?.



Jawapannya mereka akan terus bertakbir. Sebab agama mereka tidak ada haram dan halal. Yang ada boleh dan tidak boleh atau baik dengan tidak baik.Ianya tidak menyalahi 'akidah' agama mereka. Bagi mereka tidak salah menyebut kerana mereka bukan memeluk agama Islam.

Bagi mereka yang penting jatuhkan Barisan Nasional. Takbirlah dan bacalah ayat Quran walaupun tunggang langgang asal Melayu PAS tidak lari dari Pakatan Rakyat. Orang Cina akan memberikan gambaran bahawa mereka sudah serasi dengan PAS agar Melayu PAS tidak lari daripada Anwar Ibrahim. PAS pun sudah tidak mementingkan negara Islam dan hukum Hudud. Slogan 'membangun bersama Islam' pun sudah diganti dengan slogan sebuah 'negara kebajikan'. 

Bagi orang bukan Islam, mereka sangat takut jika PAS berbaik dengan UMNO. Kalau hal itu terjadi, Pakatan Rakyat akan bungkus bersama-sama dengan harapan baru rakyat Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan mereka sama rata sama rasa dengan Melayu UMNO. Sokong Anwar Ibrahim jadi PM, cita-cita Malaysia Malaysian yang mereka perjuangkan puluhan tahun akan tercapai. Oleh itu hati orang-orang PAS perlu dibelai agar mereka tidak lari kepada UMNO. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.

Kemungkinan juga mereka bertakbir beramai-ramai adalah untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana budi baik Nizar Jamaluddin bekas MB PAS Perak telah banyak berjasa kepada mereka. Pemberian hak milik kekal 999 tahun Kampung Baru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.


Akhirnya siapa yang tipu siapa dan siapa yang belit siapa. Jangan lah buat andaian yang boleh membuatkan orang tersenyum seorang diri. Belajarlah daripada sejarah silam. Jangan cepat sangat bersorak nanti kampung yang tergadai.

Takbir!
Takbir!
Takbir!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

27 April 2009

Edisi Petang : Portal Malaysiakini suka tajuk - UMNO penyeru neraka jahanam !


 

DIMENSI telah menyiarkan tajuk : UMNO penyeru neraka jahanam dengan memaparkan video terbaru Malaysianews a.k.a hanief, orang yang sama yang mengedit ucapan DS Najib menjadi ucapan yang jauh mengelirukan rakyat Malaysia.

Anda berminat boleh tengok di sini.

Saya tertanya tanya juga kenapa Malaysiakini berminat dengan tajuk tersebut sehingga link percuma telah dibuat ke blog DIMENSI di atas. Walaupun ia tidak ada memetik dari laman Malaysiakini atau menulis tulisan Malaysiakini di tajuk posting beliau !!

Adakah begitu berminat Malaysiakini kepada tajuk tajuk neraka, jahanam sebagai tajuk membelasah UMNO hingga memberi liputan percuma tersebut ? Begitu juga dengan tajuk Melayu sesat kerana UMNO sesat yang di bawah link tersebut.

Apa itu fokus Malaysiakini ? Anda fikir macam mana ????? sila berikan komen. 

Edisi Pagi : Apa kata kita guna widget ini untuk team BPN kita ?

Salam perjuangan.

Semalam saya mengedarkan kod widget untuk counter hits yang boleh dilihat di sebelah kanan blog saya ini ( lihat gambar bawah ). Ia jika diklik, akan memaparkan topik terhangat geng BPN yang sudah memasang widget tersebut.



Usaha ini diambil setelah saya memikirkan kaedah bagaimana mahu meningkatkan promosi blog blog BPN agar ia dapat menjalin antara satu sama lain dengan tujuan memudahkan rakyat meneliti topik paling hangat dan terkini yang disentuh oleh rakan BPN kita.

Ia juga memudahkan melihat info berkaitan seperti dari mana pembaca blog team kita, berapa ramai satu masa pembaca blog dan juga hits tertinggi mengikut jam, hari, bulan atau tahun. Semuanya dengan satu widget yang sangat mudah dipasang dan hanya diberi kepada team BPN sahaja.

Mudah mudahan semakin kita dikenali dan mendapat perhatian, semakin berkesan usaha kita membina jati diri agama, bangsa dan negara di alam siber ini menerusi team yang kita semua namakan ia sebagai BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN)

Biarkan sesiapa yang tidak lagi mahu bersama kita tanpa rasa dendam atau marah kerana kita yakin kata orang :  '' patah tumbuh hilang berganti, mengertilaaaaaaaaaaaaaaaaah - lirik lagu " 

Setakat ini blogger Adijagat, Beranikan hati, Aleen, dan Pasmuda antara yang sudah memasang widget yang saya sebar menerusi YM tersebut.

Anda pula bila nak pasang ?


 

26 April 2009

Edisi Petang : Cerita tentang AF, Jed Yong dan bakal YB PAS bernama Ah Chong !

Cerita 1


[jedyoong] Jed Yoong Yui Foong
gambar Jed Yoong disalin dari : http://www.whohub.com/jedyoong 

Saya tidak bermaksud menghangatkan lagi isu Raja kecuali sekadar memanjangkan sedikit berita yang dibawa oleh Rocky Bru di sini.

Ia perihal tentang blogger yang telah disiasat ekoran dakwaan menghina Raja seperti yang didedahkan oleh Bigdotcom , sehingga polis Bukit Aman telah memanggil blogger tersebut. 

Akhirnya blog kepunyaan Jed Yoong terpaksa dihapuskan seperti berita RB di atas.

Yang menariknya Jed Yoong ini adalah Presiden kelab peminat Husam Musa http://hasbullah.pit.my

Wow !!!!

Terima kasih atas usaha sikit atau banyak oleh saudara/i  semua demi untuk menjaga kedaulatan Raja kita ! 


Raja Payung Rakyat !!!


Daulat Tuanku !



Cerita 2


Pas dijangka semakin liberal sehingga mahu membuka peluang bukan Islam menggunakan lambang parti tersebut ( klik sini ).

Maknanya PAS sangat serius mendapatkan kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan isu membuka logo kepada bukan Islam yang berminat bertanding pilihanraya dengan lambang PAS seperti calon dari PKR pada PRU yang lepas di DUN Seri Medan, Johor. Walaupun calon tersebut Saja @ Mearaj Patani kalah kepada BN.


gambar hiasan : Sahabat Mantap

Tentu cadangan ini akan menghakis peluang wakil PAS yang sedia ada untuk menjadi calon parti kerana tentu DAP dan PKR akan menghantar wakil mereka bertanding menggunakan lambang PAS untuk meluaskan cengkaman politik mereka tanpa kerugian melepaskan kerusi yang diperuntukkan.

Ini setakat yang saya nampak implikasi cadangan tersebut dan anda fikir macam mana pula tentang isu ini ? Mungkinkah Ah Chong, Balakrishnan atau siapa saja akan menjadi wakil PAS selepas ini ? Dan mereka pasti akan meneruskan langkah 'suci' Nga Kor Ming berceramah guna agama kita atas pentas untuk mengutuk bangsa Melayu Muslim kita juga dari parti BN/ UMNO ?

Harap kita dapat luangkan masa fikirkan perkara ini demi agama bangsa dan negara kita !


Cerita 3


AKSI ARIL... Sama ada disengajakan atau tidak aksi Aril memeluk tenaga pengajar wanita pasti mengundang kontroversi.sumber : Mstar Online
Aril peluk tenaga pengajar wanita ? itulah perkara yang baru saya baca hari ini di Mstar online. Kisah AF yang semakin hanyut dari landasan agama. 

AF medan mengasah bakat menjadi penyanyi dan nampak gayanya ia perlu dikaji semula model pengajaran dan juga matlamat agar tidak lari jauh dari asas ketimuran ( jika pun tak nak ikut Islam)

Kerana kebanyakan yang menonton AF adalah Melayu dan tentunya Muslim.

Justeru di mana yang baik dalam AF boleh dikekalkan seperti teknik2 nyanyian namun kekurangan seperti motivasi berbentuk rohani perlu dimasukkan agar mereka sedar bahawa tujuan menghibur perlu juga ditumpukan untuk membina jati diri agama, bangsa dan juga negara.  Seperti saranan Dr Rais Yatim yang mahukan unsur bina negara diterapkan di dalam program tv tempatan yang dihebahkan di sini

Bukan setakat bersukaria / berseronok yang perlu dikejar, namun kosong dari pengertian atas apa yang mereka nyanyi dan pelajari atau persembahkan kepada penonton. Akhirnya kesan negatif akan melekat di minda anak anak kita dan mereka juga tentu terpengaruh hingga menjadi semakin jauh dari memikirkan nasib agamanya atau bangsanya atau negaranya. 

Paling kurang pun, bagaimana nasib dirinya untuk masuk Universiti, alam pekerjaan dan alam rumahtangga serta sumbangan yang boleh mereka hulurkan untuk tanah air kita kemudian hari, yang memerlukan persiapan dari awal dan juga perancangan serta fokus yang tidak berbelah bagi.

Apatah lagi persiapan kita ke saat terakhir  sebelum berpindah ke alam sebelah sana yang kita panggil sebagai KEMATIAN yang pasti akan dirasai oleh semua tidak kira pangkat Raja, hamba, Perdana Menteri atau penyapu lantai di kaki lima.


Jom kita fikir fikirkan bersama....


Jumpa lagi. Salam Ahad untuk semua !

Edisi Pagi : Anak Nik Aziz diserang geng Erdogan dalam PAS



Pagi ini saya tertarik menyentuh isu Erdogan dan juga anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh. Selepas tampil dengan posting panas bertajuk kerja kerja bodoh dalam PAS ( nak baca ? klik sini ), maka beberapa blog telah menghentam beliau dengan teruk sekali.

Antaranya blog Malaysiawave yang terkenal sangat pro kepada Anwar dan jelas penganut anwarisme di kalangan ahli PAS. Blogger yang terkenal dengan gelaran Tulang Besi dan ada orang meneka ia blog tulisan Zaharuddin dan saya tidak mengia atau menafikannya.. Cuma saya nak tambah gelaran tulang besi kena lengkapkan dengan urat dawai ;) 

Blog yang saya lihat turut menyokong Tulang Besi ialah PerakExpress yang barangkali anak buah Nizar, salah seorang geng Erdogan penganut Anwarisme  (mungkinkah Karpalisme juga ? ) Selain itu blog Marhaen juga turut menyokong Tulang Besi dengan menyiarkan kembali artikel tersebut di sini http://www.marhaen.info

Posting beliau menghentam dan menghina anak Nik Aziz jelas dengan tajuk : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya.

Selain itu Penarik Beca turut dengan sinis mengulas isu tersebut walau turut berhati hati agar tidak dipandang sini oleh team Ulama di sini http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/ayat-puteri-gunung-ledang-tok-guru-nik.html

Saya melihat isu yang diutarakan Nik Abduh adalah realiti yang berlaku serta suara akar umbi yang jelas sudah nampak dengan jelas peranan geng Erdogan yang disifatkan pembantu yang telah sesat seperti mana yang disebut dalam artikel Nik Abduh itu. 

Bahkan jelas artikel tersebut ditujukan kepada ahli yang berasal bukan dari PAS dan menjadi orang besar dalam PAS hingga membentuk team Erdogan yang disokong oleh beberapa orang PAS untuk naik lebih tinggi dalam hieraki parti. 

Lihat komen terakhir sebagai bukti :

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!


Yang jelas, beberapa blog rasmi dan peribadi penyokong PAS telah menyiarkan artikel panas Nik Abduh seperti :










Jika anda teliti satu persatu link di atas ( yang sebenarnya banyak lagi blog yang menyalin artikel tersebut ) maka anda dapat melihat segenap lapisan dalam PAS sangat meluat dengan proksi Anwar bergelar Erdogan itu. Bahkan blog yang menyiarkan artikel Nik Abduh lebih ramai dari blog yang menyiarkan tulisan Tulang Besi.

Mereka yang pro Ulama, merasa sangat gembira dengan komen pedas berapi Nik Abduh dan menyokongnya dengan menyiarkan kembali tulisan tersebut di blog blog mereka samada peribadi, atau blog rasmi parti.

Sebab itu mereka yang pro Erdogan telah melenting dengan kritikan pedas tersebut dan bacalah komen blog Malaysiawave tulisan Tulang Besi di atas menghentam anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sangat disanjung oleh ahli ahli PAS.

Kata Tulang Besi : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya !


Habis jika anak sendiri tak faham siapa lagi ? Husam lebih faham ka ?


Orang pasti tanya saya, kenapa panglima sibuk2 ulas pasal PAS ni ? 

Sebab saya takut parti yang memiliki keahlian orang sebangsa dan seagama dengan saya ini, akan hancur kerana proksi Anwar di dalam PAS yang tidak lagi tulen niat mereka membela agama kerana sudah terpesona dengan janji janji dunia melebihi akhirat. Dan mereka inilah yang akan bawa Islam Liberal hingga persoalan agama makin bercelaru termasuk membenarkan kalimah Allah untuk non Muslim demi mendapat sokongan politik bangsa lain..

Itu saja alasan saya.


PAS sepatutnya menjadi KAWAN bukan LAWAN kepada UMNO dan golongan Erdogan adalah mereka yang meLAWAN kepada usaha berKAWAN segelintir pemimpin PAS dengan UMNO !!!!


Usaha mereka yang mahukan perpecahan umat Islam ini pasti akan ditentang BPN kerana kita mahu semua umat Islam bersatu tidak kira di mana jua tempat mereka berada...


Takbir !!!!!!!!!!!!!!!!    Allahu Akbar.....

25 April 2009

Edisi Pagi : Karpal Sing jatuh tanda awal kejatuhan negeri PR ?

Cerita 1

Saya tertarik dengan komen berkenaan isu Karpal Singh jatuh dari kerusi roda oleh blogger angin perubahan di sini : http://anginperubahan.blogspot.com 

Memang Karpal menerima nasib malang semalam semasa menghadiri perbicaraan di Pahang berkenaan MB Pahang yang diperintah membayar RM 63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakilinya.

Kali pertama mendengar berita Karpal jatuh kerusi, memang saya merasa sangat gembira kerana Tuhan sudah menunjukkan sedikit kuasaNYA kepada manusia bergelar Karpal Sing yang mengatakan dengan bongkaknya bahawa Singh is King ini.

Namun, saya masih belum gembira sepenuhnya kerana selagi Karpal hidup dan menderhaka, saya risau perbuatan buruk tersebut akan diikuti oleh sesiapa yang cenderung untuk melawan dan menderhaka Raja kita. Tidak kiralah anaknya Gobind Singh atau anak Nga Kor Ming atau Kamarudin Jaafar selaku SU PAS masa kini, pada masa akan datang.

Apa pun, mujurlah Karpal masih hidup kerana kita sudah penat untuk menambah lagi PRK bagi  memilih YB  terutama YB PR yang sangat suka meletak jawatan tanpa ada alasan munasahab seperti YB Fairus dan Adun Selambau yang lalu.

Hidup atau mati Karpal bergantung kekuasaan Allah. Biarkan Allah menentukan amalan dan saat terbaik untuk diambil nyawanya.

Kita hanya menunggu dan yakin penderhaka pasti akan mendapat balasannya dengan segera !!!



Lihat gambar dan berita yang disalin dari Berita Harian klik sini :



KARPAL Singh menahan sakit selepas terjatuh dari 
kerusi roda di Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam. 



Cerita 2

Mesyuarat MT sudah pun selesai bersidang dan jelas keputusan telah diketahui semua dan sila klik di sini untuk mengetahui keputusan terperinci yang saya lihat menggambarkan sikap tolak ansur YAB DS Najib di dalam menyusun MT UMNO yang baru demi menghadapi PRU 13 akan datang setahun dua lagi barangkali..



Cerita 3





Ketika mendengar berita bahawa agama anak pasangan yang menukar agama kepada Islam hendaklah mengikut agama asal semasa berkahwin begitu merisaukan saya. Untuk itu saya rasa lebih elok jika Kerajaan menimbangkan kembali perkara tersebut kerana ia bercanggah dengan syarak seperti mana yang diulas oleh ahli fatwa kita di sini... 

Saya sangat bimbang keputusan tersebut boleh menimbulkan keresahan orang Islam dan seharusnya ia perlu dikaji dan dijelaskan lebih mendalam supaya tidak merunsingkan kita semua yang semakin risau dengan dasar dasar baru kerajaan yang nampak seolah olah terlalu ingin mendapatkan sokongan Cina dan India sehingga sanggup mengorbankan MECD, Kuota 30 persen dan terbaru isu status agama anak pasangan Mualaf di atas.  

Kita di team BPN tidak mahu persepsi negatif menghantui kita semua samada pro atau anti kerajaan dan memungkinkah ia akan dieksplotasi oleh pembangkang yang begitu dahagakan isu isu panas demi meraih kembali keuntungan politik yang sudah terancam dengan  kes kes yang berlaku akhir akhir ini....


Jika tidak tentu BPN akan mendesak agar ia dikaji semula demi menjaga nasib agama dan bangsa kita yang menjadi teras perjuangan BPN selama ini..


p/s : senarai BPN dan penyokong BPN sedang dibina kembali dan saya mohon maaf mengambil masa yang lama kerana talian internet yang tidak stabil walaupun sudah diperiksa kakitangan TM pagi tadi. Antara punca saya difahamkan mungkin kerana serangan virus pihak pihak yang tidak senang barangkali dengan kumpulan BPN sehingga berhasrat mahu menghalang saya dari terus menggunakan internet untuk menguburkan perjuangan BPN kita ini !!!

Namun bagi saya, perjuangan ini samada dua, terkorban atau menang !!! 

Lawan pasti lawan habis habisan.

24 April 2009

Edisi Pagi : Maaf Dr Rais kerna tidak dapat hadir

Cerita 1

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MOI khasnya Menteri Penerangan yang baru Dr Rais Yatim yang telah menjemput blogger2 termasuk panglima ke majlis pertemuan menteri dengan bloggers di Restoran seri Melayu Jalan Conlay hari Rabu lepas. Sangat gembira dijemput bertemu Menteri kerana ia bermakna peranan BPN telah pun dihargai oleh kerajaan kita.

Tetapi, oleh kerana saya mendapat panggilan penting 'emergency case' pada malam tersebut maka saya tidak dapat menghadirkan diri walau tersangat ingin hadir di sana.  Maaf juga kepada Mr Fadil dari MOI kerana tidak dapat maklumkan awal awal kerana line phone saya disekat dan segala urusan call out dan message out tidak dapat berjalan seperti biasa. Hingga hari ini pun masih disekat lagi.

Namun SU II  BPN Saudara ParpuKari turut hadir di Restoran Seri Melayu tersebut dan saya berharap mesej Menteri Penerangan akan disampaikan kepada BPN oleh beliau.

Mungkin ada hikmah yang besar di sebaliknya.

Paling menarik ialah saranan Dr Rais Yatim agar ada perpaduan sesama blogger sangat saya sokong. Dan harapan saya agar BPN menjadi penjana perpaduan sesama blogger yang mahu membela nasib agama bangsa dan negara !

Ucapan Dr Rais Yatim malam tersebut yang amat perlu dihayati oleh blogger2 khasnya blogger BPN boleh anda tonton di sini :




Cerita 2

Ada orang marah marah pasal MECD tempoh hari akhirnya akur dengan penjelasan kerajaan bahawa agensi di bawahnya telah diserap ke beberapa kementerian tertentu dan bajetnya tidak dikurang. Maka mereka telah diam dan reda sekejap.

Terkini isu kuota 30 persen telah ditimbulkan sejak semalam dan nampaknya rakan rakan kita juga ada yang belum mendapat maklumat secukupnya berkenaan isu tersebut dan nampaknya tergesa gesa melatah, telah merunsingkan kita semua.

Sedangkan jika kita bersabar dan relaks maka kita akan tidak mudah terikut ikut dengan rentak pembangkang yang suka mencari isu isu yang boleh menjatuhkan maruah dan mengganggu pentadbiran negara kita.

Adakah ini kenyataan membodek sesiapa ?

Tidak sama sekali !!!

Bahkan kita sebenarnya menyokong apa yang baik dilaksanakan oleh kerajaan walau pada awalnya kita tidak jelas misi yang tersirat di sebalik tindakan tersebut. Paling penting ada beberapa perkara yang perlu kita taati kepada Umara walau kita tidak dijelaskan strategi yang tersirat di sebaliknya.

Bukankah ayat Ulil Amri jelas di sini:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa 4: 59).


Kita wajib mentaati Allah, Rasul, Ulil Amri hatta IbuBapa walaupun tidak mengikut selera kita . Kerana keputusan dan ketetapan mereka tidak semua kita fahami atau mereka mahu perincikan..

Untuk lebih menenangkan jiwa anda maka saya bawakan ulasan seorang agamawan bertaraf Dr dari negara seberang yang tentu bukan ahli PAS, UMNO atau PKR apatah lagi DAP tentang tajuk taat kepada Ulil Amri tersebut... Ini bagi mengelakkan sebarang bias kepada tulisan beliau tentang Ulil Amri yang saya maksudkan.

Tidak percaya dan mahu baca ? Sila  klik sini

Ada juga ulasan tentang isu sama blogger BPN yang baru daftar semalam di sini  ustazmoden 


Penjelasan isu kuota 30 % tersebut anda perlu pergi ke sini 


Itu saja dulu, salam perjuangan.



23 April 2009

Edisi Khas : Isu Manohara Odelio Pinot, foto, cerita serta pandangan saya ~ Malaysiakini



Pertama sekali isu ini telah timbul di saat saat isu bekas TKM 1 Pulau Pinang yang meletak jawatan dan memberi alasan sangat bijak iaitu untuk menyambung pelajaran.

Isu ini juga timbul ketika Anwar ditempelak Lim Guan Eng kerana isu perletakan jawatan Fairus dan juga telah gagal memberi nama untuk menggantikan tempat Fairus sehingga Anwar terpaksa memohon maaf kepada LGE

Cuba lihat video yang dibuat oleh Malaysianews ini ( klik sini ), iaitu orang yang sama membuat video bertajuk BABI dan Politik Wang menghina DS Najib tempoh hari ( klik sini ). 

Apakah agenda mereka ?

Mudah saja, mengadu domba antara Malaysia dan Indonesia bagi percubaan memburukkan lagi nama DS Najib Tun Razak dan juga membunuh karakter Susilo Bambang Ydoyono (SBY) yang bakal menjadi Presiden Indonesia sekali lagi.

Kenapa SBY mahu dicantas ?

Kerana beliau disokong kuat oleh ulama haqiqi bertaraf pewaris Nabi ( klik sini ) dan menyebabkan calon lain yang agen pro Barat telah ketinggalan jauh semasa pengundian dijalankan yang telah diketahui keputusannya setakat ini...

Dengan membuat isu tersebut maka pihak tertentu akan untung, kerana DS Najib, SBY dan juga institusi Raja Malaysia khasnya Kerabat diRaja Kelantan akan dipalit lumpur hingga menimbulkan penolakan dan juga kebencian oleh rakyat.

Ini kerana isu isu sebelum ini tidak berjaya digunakan oleh pihak yang terlibat untuk menanam kebencian kepada PM Malaysia, Indonesi, dan Sistem Raja Berpelembagaan sehingga mereka terpaksa mengeksplotasi isu ini bagi kepentingan mereka yang mahukan kita menjadi sebuah negara republik tanpa Raja penjaga ketuanan bangsa agama dan negara kita.

Lagi lagi parti sekutu PKR dan DAP iaitu PAS akan mengalami proses pemilihan muktamar akan datang dan tentu sekali ia paling menarik untuk disoroti kerana dijangka satu transformasi akan berlaku pada masa muktamar tersebut Jun ini.

Kerana jangkaan saya dan rakan2 bahawa  team Erdogan diramal akan memegang saf kepimpinan utama PAS untuk membawa acuan Islam Demokrasi/ Liberal tajaan Barat dan disokong Anwar ke dalam sebuah parti Islam SeMalaysia. Jika berjaya maka Yahudi dan Nasrani akan bertepuk tangan ketawa kerana mereka berjaya merosakkan Islam asli dengan Islam tiruan yang indah di luar tetapi rosak di dalamnya. 

Saya rasa begitu dan harap anda bagi apa 'rasa minda' anda di bawah.... Tq kerana datang !



Link berkaitan :







Edisi Pagi : Berita Penting untuk Ahli BPN



salam semua.

selepas berbincang dan meneliti implikasi dari syarat keahlian BPN dengan beberapa orang kawan, dan mendengar maklum balas sahabat sahabat semua, maka saya telah mengambil keputusan untuk memaklumkan beberapa perkara berikut.

1. Blog yang menjadi ahli BPN tidak disyaratkan pasang chatroll bagi mengelakkan over load Chatroll atau memberatkan proses loading blog. Ini kerana pembaca tidak menyukai blog yang berat dan lambat untuk diakses. Justeru itu Chatroll boleh dibuang dan terpulang jika anda tetap ingin memasangnya di blog masing2. Cuma pastika anda membuat link ke Chatroll BPN yang beralamat di sini :  http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

2. Logo flash didapati tidak berjalan dengan baik dan saya mencadangkan logo asal yang ada bulatang dipasang bagi mengelakkan ia mengganggu proses loading blog yang pasti mengganggu dengan logo yang berbentuk flash. Selain itu logo flash juga didapati menimbulkan masalah jika talian internet perlahan sehingga tidak berfungsi dengan baik dan mengganggu paparan blog.

3. Keputusan juga bersetuju untuk mengecualikan syarat memasang senarai BPN ini untuk kebaikan semua ahli BPN dan pastinya selepas ini keahlian boleh diperiksa di blog rasmi BPN atau di blog saya sendiri. Senarai ahli BPN juga akan diletakkan di blog rasmi BPN atau blog saya dan anda hanya perlu memasang link kepada logo BPN dan mencatatkan : klik untuk senarai ahli BPN.

Ini kerana ramai tidak dapat, sempat atau tidak mahu memberatkan blog mereka dengan link link blogger BPN yang mencecah seratus blog buat masa ini. Keputusan ini demi melicinkan lagi perjalanan BPN agar semakin berkembang dan digeruni oleh lawan.

Yang paling mustahak ialah semua blogger BPN mestilah mengaktifkan Yahoo Messenger mereka samada di email atau di YM bagi urusan menghantar link2 yang perlu diteliti atau diberi respon dalam misi untuk membela negara bangsa dan juga agama kita di persada siber ini..

Terima kasih kepada semua sahabat dan selepas ini kita doakan BPN akan semakin meriah dengan ahli2 baru yang sebelum ini mungkin agak berat untuk memenuhi syarat2 yang kita tetapkan.


Selamat berjuang dan pastikan keikhlasan tunjang perjuangan kita bukan untuk menjana wang ringgit, pangkat atau duniawi yang bersifat sementara dan fana...


BPN akan berjuang demi kebenaran, dan membela pejuang kebenaran dan menolak serta menentang agen penyebar kebatilan yang  berhasrat meruntuhkan keamanan dan kesucian !!!!

22 April 2009

Edisi Rabu : Adakah ini respon SPR tinjauan pendapat kita semalam ?


PETALING JAYA: Sudah mula wujud trend kekosongan disengajakan untuk diadakan pilihan raya kecil? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.

Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.

Daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dua pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau diadakan disebabkan penyandangnya mengosongkan kerusi tersebut.

Kedua-duanya telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang menurunkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SPR bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan pilihan raya kecil keenam iaitu membabitkan DUN Penanti.

Kekosongan Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti berpunca daripada keputusan penyandangnya meletakkan jawatan.

Tiga kerusi lain kosong disebabkan kematian penyandang.

Justeru jelas Wan Ahmad, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkan kerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalah dalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorang dapat dielakkan.

"Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya... saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula," kata Wan Ahmad ketika dihubungi mStar Online.

"Malah saya sangat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melihat pada 'loop-holes' ini agar kecacatan ini tidak digunakan untuk tujuan kepentingan diri dan kepentingan tertentu," katanya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha SPR memberitahu, situasi politik sudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakan kekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.

Kini menurut beliau, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja sesuatu kekosongan wujud tidak kira apa puncanya.

"Saya berpendapat bahawa perlu ada dasar baru dalam hal ini... kerajaan perlu menentukan dasarnya (mengenai klasifikasi dan skop sesuatu kekosongan itu).

"Sebaik sahaja adanya dasar sedemikian, Jabatan Peguam Negara boleh menggubal undang-undang yang sesuai, dan jika ada undang-undang sesuai, kami di SPR akan menguatkuasakan undang-undang itu nanti," katanya.

Beliau juga menambah, pilihan raya kecil juga menyebabkan amalan berlebihan berpolitik selain secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kestabilan dan perpaduan negara terjejas.

Pindaan yang dibuat dua dekad lalu hanya melarang wakil rakyat yang melepaskan kedudukan mereka sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen daripada bertanding untuk satu tempoh selama lima tahun.

Selain itu, juga terdapat peruntukan di mana pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Sumber mStar Online


Hari ini juga saya sibuk dengan menambah 'tab' di blog yang anda dapat saksikan di kanan blog saya ini. Namun masalahnya jika dipasang dua widget tab maka salah satu akan 'hang' dan tidak dapat diklik.

Saya telah mencuba dari pagi untuk menyelesaikan masalah ini dan saya harap jika ada yang dapat membantu agar dapat menolong saya menyelesaikan masalah ini.

Maaf kerana tersangat sibuk dengan 'eksperimen' tersebut hari ini !!!!


Lihat video terbaru Nga Kor Ming berceramah atas pentas PAS  dan sila nyatakan respon anda di bawah !!!


21 April 2009

Edisi Petang : cadangan untuk SPR bagi kes seperti Dun Penanti / Selambau


    gambar : http://jeratpelandok.blogspot.com/ 



Pagi tadi saya sempat menghantar secara pukal soalan di bawah kepada rakan dalam YM. Ia berkenaan cadangan saya berhubung kes perletakan jawatan Adun/MP melibatkan Pakatan Rakyat sehingga memenatkan kita terpaksa mengadakan beberapa PRK hingga tahun ini 2009 mencatat rekod PRK paling banyak.. 


Cadangan ini demi untuk diteliti bagi memberi manfaat / kebaikan semua pihak !



Soalannya :

 saya nak tanya apa pandangan jika seorang Adun atau MP meletak jawatan, wajar atau tidak kerusi tersebut diberi kepada calon lawannya yang mendapat undi kedua tertinggi ? ini utk mengelakkan wang rakyat dibazirkan dan mengelak masa terbuang utk politik sepanjang masa hingga fokus memulih ekonomi akan terjejas...


 

Ia diajukan kepada 243 contact meliputi rakan dalam BPN dan juga yang bukan pro kerajaan/ BN.

 

Berikut ialah hasil respon mereka yang menyokong atau memperlekeh pandang yang saya utarakan..

 




No.1 -

blogger pena minang: yah saya sokong



blogger pena minang: selain dari mengurangkan kos bagi mengadakan sesuatu prk, rakyat juga tak perlu nak ambil cuti semata-mata nak membuang satu undi

 



No 2 -


Delima_merah 80: setuju

 



No 3 -

Little Rockstar Boyz: klu ikut kn logik ok gak pndangan ni


Little Rockstar Boyz: tp mgkin akn timbulkn bntahan dr pihak lawan la


Little Rockstar Boyz: bnyak msalah akn brlaku


Little Rockstar Boyz: tp sbaik baiknya adakan pilihanraya baru


Little Rockstar Boyz: adil dan saksama


Little Rockstar Boyz: undi rakyat sngt penting


Little Rockstar Boyz: demokrasi ttap demokrasi


Little Rockstar Boyz: hihii

 


No 4 -



Arisfx Daniel: setuju sgt2...sepatutnya kerajaan slps ini gubal semula akta p/rya kena tokok tmbh...pmbgkng skrg ambil ksptn diatas klmhan yg ada semata myusahkn kerajaan dgn menggunakn rakyat yg hipokrit dn boboh...

 



No 5 -



Tok Pawi: most brilliant idea. sepatutnya, saya rasa. sebab dalam kes apabila seorang wakil rakyat diprotes kemenangannya, sekiranya mahkamah putuskan dia terlucut kerusi, calon yg paling tinggi undi selepas dia diberi kerusi yg dikosongkan tersebut.

 



No 6 -



hani nasution: ingat sukan ke

hani nasution: takkan takut kalah lagi kot

hani nasution: kalau taknak bazirkan wang..buatla cara yng betol

hani nasution: takyah tabur duit..takyah buat projek mee segera..takyah buat martek besar2

 



No 7 - 



MUHAMAD IBRAHIM: pilihanraya adalah jalan terbaik utk mengelakkan buruk sangka..kerana jalan itu adalah jalan demokrasi..

 



No 8. -



mohd khairul idzwan mohd saad: maybe kot

mohd khairul idzwan mohd saad: GAP pun Nak bertanding

 



No 9 -



reezqeenos: jwpannye wajar, selain menjimatkan kos utk adakan p/raya kecil lg.

 



No 10 - 



abg_tuah2008: YE...SAYA RASA ITU LAH CARA YANG TERBAIK BAGI MENYELAMAT MASA. TENAGA DAN WANG RAKYAT. TAPI SUDAH TENTU TIDAK DISUKAI OLEH PARTI YANG TERPAKSA MELEPASKAN KAWASAN TERSEBUT.

 



No 11-



Rosyaleen: mungkin ada wajarnya juga bg mengelakkan wang dibazirkan..serta masa dibazirkan..terutama kpd pengundi2 yg tinggal dibandar2 lain..memerlukan cuti,memerlukan duit poket sendiri dsbnya.. mungkin ada juga sesetengah rakyat menganggap jika cara ini dilakukan mungkin dianggap tidak adil..what ever is happen..4 me..lebih baik jika tidak membazir..

 



No 12. Buaya Merah: tidak wajar

 



No 13. 



qasehnuryz: jika di fikirkan ada kewajaran...juga sbg pengajaran jgn sesekali Mp ni ingt senang2 hati nak letak jwtan sesuka hati.musibahnya nanti pihak lawan yg akn dpt jawatan... 


qasehnuryz: ya....vice versa..klo pihak kita yg letak..mrk pulak untung.jd sama2 akn pk masak2 sekiranya ada niat nk letak2 jwtan.SPR kne kaji bende ni.bosan sgt2 dah rasanya bile asek buat PRK atas alasan letak jawatan nih.kerja x buat,asek buat kontroversi je

 



No 14. 



Nazmi Jimie: ok ni jawapan sy



Nazmi Jimie: br sy itu hak individu nk letak jawatan or tidak



Nazmi Jimie: sekiranya dia ada masalah dan x mampu untuk pikul tugas dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada pucuk pimpinan



Nazmi Jimie: peletakan jawatan itu lah jalan terbaik



Nazmi Jimie: dari segi kewajaran nya pula, sy rasa tidak wajar lah sekiranya kerusi Adun diberi pd pihak lawantampa melalui pilihan Raya, biarlah rakyat yg menentukan pemimpin yang mereka mahu



Nazmi Jimie: supaya mereka akan selesa dengan pemimpin yang mereka pilih itu



Nazmi Jimie: bukan terpaksa menyukai pemimpin pilihan orang lain



Nazmi Jimie: itu saja pandangan sy

  


Selanjutnya, saya menunggu jawapan anda di ruang komen di bawah. Jawapan yang pendek dan padat lagi bagus untuk soalan tersebut.


Terima kasih !