Pengikut Blog Panglima

31 Mei 2009

Edisi Khas : Undilah selain calon PKR / PR esok !!!

Sokongan saya ialah kepada sesiapa sahaja yang mampu menjadi alternatif kepada calon Parti Kencing Rakyat...Atau Pakatan Rosak yang telah kalah berkali-kali dan tidak mustahil kalah lagi.

http://www.agendadaily.com/cmspreview/storage/images/com.tms.cms.image.Image_6ef4728f-7f000010-96478e00-948983d9/1/Penanti-Calon.jpg

gambar : Agenda Daily


Emosi marah perlu diterjemahkan kepada undian dan penduduk di sana ( Penanti ) boleh mengajar de facto PKR Anwar Ibrahim untuk memalukannya di kawasan parlimen beliau sendiri.

Isu rakaman sogokan wang kepada kak min pasti menjatuh imej PKR / PR yang cuba digambarkan sedaya upaya, seolah-olah setaraf makhluk suci seperti Nabi atau Wali....

Ayuh undilah selain calon PKR atau PR untuk kesejahteraan dan kemajuan fizikal dan mental negara kita.

Cukuplah permainan politik 'main-main' ini dihentikan atau negara akan terbantu ekoran kesibukan kita semua bermain politik tanpa memikirkan nasib negara !!!!


Sokong kepada sesiapa yang mampu melawan esok especially calon bebas Kak Min yang digelar ronggeng oleh 'anu' tempoh hari.

Jika kak min menang, tentu lebih besar peluang krisis dalaman mereka didedahkan untuk sidang dewan undangan negeri tentang sikap sebenar PKR / PR selama ini.


Semoga keputusan esok memihak kepada beliau...



Salam perjuangan dari Kelantan !



p/s : saya berada di Kelantan selama beberapa hari untuk majlis kenduri sepupu... Kebetulan ada wifi di rumah tersebut.

Sebab itu saya dapat mengemaskini blog dan harapnya esok dapat lagi gunakan line 'percuma' ini.....

Semoga blogger kita akan terus berjuang tanpa pandang kiri kanan lagi selepas ini...

28 Mei 2009

Edisi Khas : Kenapa artikel Syed Azman Syed Nawawi @geng Erdogan dalam Harakah disorot Malaysiakini ?

Soalan di atas perlu dicari berdasarkan link di bawah.... 

Sebelum itu lihat gambar beliau di bawah :


Peserta Malaysia yang dihantar Anwar ke Turki :
 Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (Keadilan) dan Teresa Kok (DAP)
  • Jawapannya dan sumber asal gambar atas ada di sini :blog anwaribrahim 
  • Laporan Malaysiakini tersebut ada di sini http://www.malaysiakini.com/news/105309
  • Komen anda sila nyatakan bawah ini.......
  • Agenda mengangkat artikel Syed Azman sangat jelas untuk memburukkan team ulama demi memastikan geng pro Anwar dalam PAS akan menang dan Islam Liberal tajaan Barat akan menjulang dan pluralisme itu pasti akan tersebar ke seluruh alam.....

Adakah kita mahu keadaan begitu di negara kita ? 

Tidakkkkkkkkk sama sekali !!!!

Edisi Khas : Kenapa orang kuat Anwar Ibrahim pakai baju komunis ?


Nampak gaya komen isu Amin Iskandar puji Parti Komunis Malaya mendapat sambutan hangat dan sokongan padu dari sahabat BPN. Terima kasih atas ulasan dan komen anda yang begitu hebat sekali di dalam membanteras fahaman yang mengatakan komunis berjuang untuk kemerdekaan walhal merekalah yang berjuang untuk kesamarataan yang bercanggah dengan Islam.

Terkini, saya baru saja menemui dua artikel menarik tentang komunis yang perlu anda baca. Satu keterangan lanjut tentang komunis dan juga kaitannya dengan Freemason / Illuminati dan perancangan jahat Dajal untuk memusnahkan kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini...



Juga ada kiriman istimewa dari peminat blog saya tentang gambar Khalid Jaafar berpakaian komunis yang tidak dinyatakan di manakah lokasi gambar tersebut diambil. Tetapi agakan saya barangkali di China...

Sila lihat gambar di bawah dan berikan pendapat anda tentang gambar tersebut !



Cuma sesiapa ada kelapangan bolehlah cari dan gali hasil tulisan beliau di sini http://www.khalidjaafar.org


takut takut ada terjumpa sebarang pujian dan sanjungan terhadap perjuangan komunis di sana... Saya takut saya tidak berkesempatan mengkajinya.... Jika ada sila maklumkan kepada sahabat kita di ruang komen blog ini. 

Siapa Khalid Jaafar ini ? Sila baca artikel saya pada 7 Jun 2008 di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/06/ikd-dan-khalid-jaafar-pkr.html untuk mengenali beliau.

Lagi jelas keterangan siapa beliau sila ke AIDC di sini http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/01/mengenal-pemikiran-anwar-ibrahim.html

Selepas anda melihat pujian Amin Iskandar, gambar Khalid Jaafar dan juga pembelaan terhadap PKM oleh pendikar gunung kriang dan semut api, maka sangat mudahlah anda menilai sendiri siapakah yang berjuang menolak atau menyokong komunis....

Adakah BN/UMNO atau Pakatan Rakyat ?

Ok, ada masa kita sambung lagi.. Jangan lupa klik sini untuk baca artikel menarik tentang komunis yang menyembelih orang kita ketika zaman sebelum merdeka 


26 Mei 2009

Edisi Pagi : Amin Iskandar puji Parti Komunis Malaya ?



Selepas tuan/puan membaca pujian Amin Iskandar, silakan pergi ke blog Angin Perubahan untuk mengetahui dengan terperinci kekejaman komunis di Malaysia dan adakah Umno/ BN sekejam komunis sehingga digambar PKM lebih baik dari BN/ Umno !!!

Berikan komen anda di bawah.

25 Mei 2009

Edisi Tergempar : Video dan berita Aminah serah bukti diumpan oleh PKR kepada SPR



http://sesamaislam.files.wordpress.com/2009/04/aminah-abdullah1.jpg

Aminah serah cakera padat perbualan berhubung jawatan TKM 1 kepada SPR

25/05/2009 11:25am

BUKIT MERTAJAM 25 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar esok untuk menyerahkan cakera padat perbualannya dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tiga tawaran yang dikemukakan kepadanya.

Tawaran itu ialah jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang RM80 ribu sebagai gantirugi kepada beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Aminah berkata, bukti yang dikemukakannya itu diharap dapat diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. - Utusan

24 Mei 2009

Edisi Ahad : Blog Komunis sudah muncul untuk meracun minda rakyat Malaysia !!!


Saya petang ini selepas kembali pulih dari gangguan bekalan internet, berkesempatan membelek blog mummy rokiah yang membawakan tajuk : parti komunis malaya pun dah berblogging. Tajuk yang diutarakan sangat menarik kerana jarang dan pertama bagi saya membaca pendedahan seumpamanya...

Di sana ada isu yang sangat penting berkenaan Komunis untuk diketengahkan kerana ia rentetan kepada desakan GERAKAN, parti komponen BN yang mahu Chin Peng dibenarkan pulang... Satu desakan yang TIDAK WAJAR sama sekali apatah lagi pasti akan mengguris hati-hati para parajurit negara yang masih bernafas dan dapat mengimbau kenangan pahit semasa berjuang memerangi komunis sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan..

gambar hiasan dari Umno Reform

Sebelum saya meneruskan cerita tentang komunis tersebut,  saya ingin memberitahu khabar gembira kepada rakan rakan dan juga lawan BPN bahawa talian internet saya sudah pun pulih seperti biasa. Bahkan dengan modem yang lebih canggih dan baik, tentu perjuangan di alam siber tidak akan lagi terganggu seperti yang kita semua tahu dan sedikit 'menyampah' termasuk saya sendiri sebelum ini...

Rupa-rupaya gangguan streamyx yang sekejap elok dan dua tiga kejap tidak elok, adalah berpunca dari usia modem saya yang sudah menjangkau hampir empat tahun... Sebelum ini ketika pemeriksaan dibuat juruteknik tidak berkesempatan memeriksa modem kerana ketika beliau datang, streamyx di rumah saya kembali ok seolah olah tidak ada apa apa berlaku. Walhal ia selalu on off dan tidak stabil taliannya...

Ajaib bukan ??

Namun hari ini kiranya segala masalah tersebut akhirnya selesai dengan izin dan inayah dari Allah juga. Juruteknik telah bermurah hati memberi saya modem baru yang lebih kecil dan berkuasa dan setakat ini tidak ada lagi masalah talian.... Mujurlah saya pelanggan pakej RM 110 sebulan / 1 mbps maka saya tidak dikenakan sebarang bayaran atas penukaran modem tersebut.

Perasaan saya ? Sangat-sangat gembira !

Allah, Tuhan kitalah yang mentakdirkan semua ini. Tentu ada tersirat di sebalik tersurat yang berlaku...

Dia yang memberi dan menarik  serta membina atau meruntuh dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala-galanya...

Isu yang saya ingin beritahu anda malam ini ialah bagaimana sebuah blog yang ingin mengangkat penderhaka/pengkhianat negara iaitu golongan tentera komunis sebagai pejuang. Mereka telah semakin ke hadapan dengan membuat blog yang anda boleh klik di sini : http://matamin.blogspot.com

Apa isinya ?

Dalam blog tersebut ada video dan juga lagu mereka dicipta 60 tahun yang lalu. Yang mana di rangkap ke - 3 berbunyi :

Kami Tentera Pembebasan Nasional
mara ke hadapan di garisan muka 
siap menyerang musuh hingga hancur lebur
Tentera Pembebasan Nasional cukup kuat semangat waja
membentuk republik rakyat
kekal hibupnya abadi.

Rasanya cukup jelas tulisan 'republik' di situ dan tidak perlulah saya menjelaskan lebih lanjut apakah matlamat dan tujuan perjuangan mereka kerana di negara Komunis sememangnya tidak ada Raja lagi yang bertakhta seperti yang ada di negara kita dan Brunei sekarang ini. 

Saya juga ada mendengar tugu peringatan atau memorial komunis ada dibina di 25 tempat berlainan di seluruh negara, apakah anda tahu fakta ini ?

Apa yang dirunsingkan ialah, pergerakan komunis sekarang menggunakan politik untuk menggapai cita cita mereka selepas perjuangan bersenjata mereka lakukan telah gagal sebelum ini....

Tahukah anda siapakah mereka ?

Tidak syak lagi tentu kita tahu siapakah mereka yang sanggup lakukan apa sahaja waima membaca ayat quran untuk dapatkan perhatian serta sokongan !!!


[baca+ayat+quran.JPG]

gambar : Blog Angin Perubahan

Apa lagi ayuh kita sedarkan rakyat tentang realiti hari ini dan pastikan langkah langkah mereka akan gagal dan tersungkur di hadapan kota pertahanan negara yang kita adalah binaan batu batanya..




Edisi Diraja : Doa Untuk Kesembuhan DYMM Sultan Kelantan !!!

[sultan.jpg]

Berita Utusan Malaysia hari ini melaporkan :

Sultan Kelantan stabil

KOTA BHARU 23 Mei - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akan dipindahkan ke Hospital Mt. Elizabeth (HME), Singapura untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM, Dr. Zaidun Kamari berkata, baginda berada dalam keadaan stabil sejak dimasukkan ke HUSM 14 Mei lalu namun masih belum pulih sepenuhnya.

"Setelah diperiksa, baginda didapati mengalami masalah jantung. Baginda telah dirawat oleh pakar dari HUSM, Institut Jantung Negara (IJN) dan HME.

"Sultan Kelantan akan dibawa ke HME untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaidun bagaimanapun ketika dihubungi belum dapat menyatakan tarikh baginda akan dibawa ke hospital tersebut.



Ulasan saya :


Mohon jasa baik seluruh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk mendoakan kesihatan DYMM Sultan Kelantan akan kembali pulih seperti sedia kala...

Ujian ini diharapkan dapat mendekatkan lagi diri baginda Tuanku sekeluarga dengan hadrat Allah Taala..

Semoga baginda akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dikekalkan kesihatan dalam keimanan kepada Allah setiap masa.




Edisi Khas : Petisyen Satu Sekolah Untuk Rakyat Malaysia


Saya baru sahaja melihat petisyen untuk mendesak dihapuskan sekolah Vernakular di sini http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua

Saya temui perkara tersebut di blog Lenggong Valley, seorang blogger yang juga bekas orang lama di dalam bidang kewartawanan..



Ia selaras dengan hasrat PM kita yang telah melancarkan slogan 1Malaysia.. Kerana kita sedang diancam perpaduan kaum yang tidak berkesudahan kerana dihangatkan oleh sebilangan orang yang berkepentingan.


Ayuh kita isi petisyen online tersebut !


Moga ada baiknya dari usaha kita ini untuk perpaduan dan semangat Satu Malaysia DS Najib !!!


Apa kata kita siarkan logo di atas di blog kita ?

Jom....

Polis periksa pejabat DAP kumpul bukti risalah hasutan

 

KUALA LUMPUR: Polis telah melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hasan berkata pihaknya telah membawa salah seorang daripada 16 orang yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram Khamis lepas untuk membantu dalam pemeriksaan selama sejam itu.

Katanya selain lelaki itu, seorang ahli DAP, bersama peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, beberapa ahli DAP lain turut berada di pejabat itu semasa polis tiba pada pukul 4 petang tadi.

Lelaki itu adalah antara 16 orang yang ditahan reman selama dua hari sejak semalam kerana mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai di Ampang.

Polis turut menemui lebihan risalah yang berbau hasutan yang diedarkan semasa perhimpunan itu di pejabat tersebut, katanya. 


BERNAMA




Apa lagi mereka mahukan ? Tak terima keputusan nak mogok lapar pula ? Apakah permainan politik mereka ini perlu dilayan ? Adakah rakyat perlu menyokong tindakan terdesak parti yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah kalah dan gagal meneruskan pemerintahan di negeri Perak?


Adakah ia juga berkaitan penyelewengan yang mereka buat semasa memerintah ? Atau berkaitan dengan janji janji yang belum dan gagal dipenuhi kepada kroni kroni ?


Apakah itu sebab mereka jadi sangat terdesak dan berang ????? 


Entahlah labu,,,,, Allah tentu lebih tahu,

22 Mei 2009

Edisi Jumaat : Al Fatehah untuk Allahyarham YB Ismail Yaakob, Adun Manik Urai

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

“Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi… kita akan adakan sidang media pagi ini,” kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.


http://mstar.com.my

20 Mei 2009

Edisi Soalan : Sila Berikan Komen Jika Anda Tidak Sesekali Setuju Chin Peng kembali ke Malaysia !

Soalan saya : Adakah anda bersetuju tindakan GERAKAN desak Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia ?

Respon kawan kawan :

penaminang: ini semua tindakan populis yang diambil oleh parti komponen BN GERAKAN yang kini hilang taring. 
panglimaperangcyber: yer memang
penaminang: ini bukan kali pertama Gerakan buat perkara ni. Dulu sekali.                                                                                                                                                                                                                               
puteri_kencana_dewi1: Cina celaka tu tak layak jadi warga negara.
panglimaperangcyber: lagi?
puteri_kencana_dewi1: Dia menjatuhkan imej orang cina di malaysia.


Taipingmali : tidak setuju
panglimaperangcyber: lagi
Taipingmali : sebab ramai tentera kita yang merana kerana PKM
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Anda fikir ?


Maafkan saya tetapi saya kena tidur sekarang...mata dah 'rapat' dan tersengguk-sengguk...
                                                                                                                                                                          


Sekian dan jumpa lagi...

Edisi Tertunda I : Beberapa Berita Beberapa Hari Lalu

UTUSAN MALAYSIA 18 MEI 2009

1. SABAH haramkan import babi sebagai baka pembiak dan semua produk haiwan tersebut sebagai langkah mengawal virus influenza A menular ke negeri tersebut.

2. DESAK TH TURUNKAN TAMBANG
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Datuk Md Saleh Md Ahmad menggesa Tabung Haji menimbang semula kenaikan 11 peratus untuk tahun ini. Ini bermakna setiap bakal jemaah akan dikenakan bayaran RM
9,980 berbanding RM 8,873 ketika ini.

Manakala Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA) Muhammad Sha'ani
Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat
dielakkan.

Nota: jumlah kenaikan harga tambang haji jika diluluskan ialah sebanyak 11 peratus dari harga asal ketika ini iaitu
sebanyak RM 1,003.

2.SAMAN FITNAH
Anifah tidak layan saman Anwar ke atasnya dan menyifatkannya satu perkara remeh dan tidak perlu dilayan. Bernama semalam melaporkan Anwar menafikan kenyataan Anifah di Washington yang dibuat semasa
sidang akhbar bersama SETIAUSAHA AGUNG AS yang beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya melompat parti selepas PRU 12 tahun lepas. Anwar melalui peguam S.N.Nair meminta
Anifah menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf dalam tempoh 24 jam. Anifah mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton selama dua hari
bermula 14 MEI yang lalu.

3. HUSAM ARAH KETUA DEWAN ULAMA MENGADAP DEWAN HARIAN PAS PUSAT PADA MESYUARAT KHAS  HARI INI 18 MEI 2009 BERHUBUNG KENYATAAN BELIAU TENTANG AMALAN MEMMBERI HADIAH KEPADA PERWAKILAN MENJELANG PEMILIHAN PARTI TERSEBUT. HUSAM BERKATA SEKIRANYA ADA BUKTI IA AKAN DIPANJANGKAN KEPADA JAWATANKUASA DISIPLIN UNTUK MEMBOLEHKAN TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP MEREKA.

4. Majlis Peguam menggesa Ketua Polis Negara meletak jawatan selepas Mesyuarat Tergempar (EGM) kelmarin berikutan penahanan lima peguam BIRO BANTUAN GUAMAN di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei lepas.
Bagaimanapun ia dibantah oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menegaskan tindakan tersebut sebagai  keterlaluan seolah-olah badan tersebut tunduk kepada golongan
peguam terbabit. Katanya : Gesaan Majlis Peguam itu adalah terburu-buru, keanak-anakan
dan amat tidak bijak yang dilakukan oleh sebuah badan mulia. Janganlah bersikap sedemikian sekiranya hanya mahu memuaskan hati sesetengah peguam tertentu.

6. AS haramkan bersalaman ketika majlis penganugerahan diploma, High Five yang telah menjadi tradisi rakyat Amerika Ketika menyaksikan pertandingan sukan. Ia berikutan wabak selesema pandemik H1N1 yang telah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Larangan tersebut dikeluarkan sehari selepas pengumuman
amaran oleh pertubuhan tersebut. Universiti Negeri Wichita di Kansas telah mengharamkan berjabat tangan ketika majlis penganugerahan diploma sejak dua minggu yang lalu ekoran penularan wabak tersebut..




Edisi ini sepatutnya disiar beberapa hari lalu tetapi tertunda ekoran masalah talian !!! 

Harap maaf

18 Mei 2009

Edisi Terkini : Umno tidak bertanding di Penanti !

BN tidak bertanding pilihan raya kecil Penanti ( berita klik sini )

18/05/2009 6:53pm

KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.




Jika UMNO / BN tidak bertanding bukan bermakna PKR/ PR akan menang mudah. Dilaporkan bekas orang kuat PKR di sana akan beradu dengan calon PKR yang bakal diletakkan bertanding di sana...






p/s : Saya nak tanya siapa di sini boleh mengesahkan tulisan yang diterbit di blog Kickdefella di sini adalah hasil minda Nik Aziz ?

http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/14/pas-dan-perpaduan-kaum/


Adakah ia untuk kempen pemilihan Husam Musa ? 


Wallahu A'lam


16 Mei 2009

Edisi Khas : Selamat Hari Guru untuk Cikgu Cikgi di seluruh Malaysia !!!


Sajak khas untuk Guru Guru yang berbakti membina generasi hadapan yang cemerlang !!!


Sekadar gambar hiasan...
Sila klik gambar  untuk melihat blog asal gambar di atas


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



Edisi Sabtu : Tulang Besi cuba mengaitkan Hakim Mahkamah Rayuan sebagai pro Kerajaan !!!





Untuk melengkapkan tulisan tentang artikel ini, saya sudah copy screen blog tersebut seperti imej di atas, agar jelas kepada kita semua sebagai rakyat untuk melihat sendiri apakah benar dakwaan saya ini bahawa PR sebuah pakatan yang hipokrit dalam menerima keputusan yang diputuskan kepada mereka.. 

Saya tidak bercadang untuk menyalin semua tulisan blogger Tulang Besi yang dilihat kerap membela Erdogan dan Anwar ini. Cukuplah saya sekadar memberitahu kepada anda bagaimana sikap sebenar pakatan 'rosak' mereka itu.

Bahkan dalam artikel Nizar bintang tiga, ada juga pengunjung menyalin artikel beliau dan meletakkan gelaran Tulang Besi di bawah komen tersebut.

Seperti dijangka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka maka tidak kiralah samada 

RAJA        @    MUFTI      @   HAKIM  akan dikaitkan dengan apa jua cara dan maklumat sekalipun agar dilihat memang pro kepada KERAJAAN.


Taktik yang sama ini sudah diulang ulang banyak kali dan tidak mustahillah jika kes liwat Anwar sekalipun diputuskan selepas perbicaraan bermula Julai nanti, rakyat tidak akan percaya sedikitpun kepada keputusan tersebut.

Apatah lagi Anwar Ibrahim sudah berjaya menanam minda rakyat bahawa yang jahat dan keji hanyalah Barisan Nasional sedangkan sebaliknya yang berlaku seperti yang kita dapat lihat akhir akhir ini....



Ini ekoran kerana mereka sudah berjaya menanam keraguan terhadap ketiga tiga institusi utama negara kita selama berbelas belas tahun selepas Anwar Ibrahim dijatuhkan Allah dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ekoran isu liwat.

Jika anda berminat membaca cubaan mereka untuk memburuk sangkakan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, sila ke sana dengan menggunakan link di bawah !!!! 





Sila nyatakan komen anda tentang tindakan pembangkang ini....Tq

12 Mei 2009

Edisi Khas : Nizar bintang tiga ?

Gambar di bawah ini saya dapat dari blog GOMO http://gomo-no1.blogspot.com 

Saya ingin menyentuh tentang isu keputusan Mahkamah Tinggi yang saya dan rakan2 menerima dengan lapang dada walau perit dan pahit rasa di jiwa.

Kebebasan institusi kehakiman ternyata begitu jelas dalam soal ini. Namun yang menariknya ialah, kita juga telah diberi peluang oleh Hakim tersebut untuk membuat rayuan seterusnya ke peringkat lebih tinggi.


Gambar : Blog PRK BPN


Nizar belum tentu lagi dapat menjadi MB Perak dengan mudah kerana jelas majoriti memihak kepada BN. Samada membubarkan DUN yang memerlukan perkenan Sultan atau membuat sidang DUN yang pasti akan memakan diri kerana usul tidak percaya, tentu Nizar akan memilih membubarkan DUN kerana beliau dan rakan rakan dalam PR pasti tidak akan mengambil risiko mengadakan sidang DUN kerana BN memiliki majoriti 31 lawan 28...

[mb.jpg]
gambar : Blog PRK BPN

Bahkan sebelum ini sudah dua kali Nizar mahu mengadap Sultan tetapi tidak diperkenan seperti ulasan Sayuti Omar di sini http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/ulasan-politik-perak.html


Saya juga telah melontarkan soalan kepada sahabat2 menerusi Yahoo Messenger tentang isu di Perak dan meminta mereka memberi komen tentang isu keputusan Mahkamah ( klik sini ) yang telah mengesahkan kedudukan Nizar sebagai MB Perak, kepada rakan dan lawan dalam fahaman politik dan inilah jawapan mereka berdasarkan soalan ini :

salam.harap kita dapat serang PR dari segi kerusi yg mereka ada iaitu 28 vs 31 milik BN dan juga perangai mereka yg suka memilih titah Raja / Fatwa Mufti dan juga keputusan mahkamah...harap serangan segera dapat kita buat untuk pastikan rakyat tidak tertipu dgn gaya mereka yang terima jika untung dan mengkritik jika tidak menguntungkan mereka....ada cadangan kita tulis Nizar Bintang Tiga atau Nizar Minoriti boleh ?


Pandangan 1

penaminang: Pada pandangan saya situasi di Perak ni agak menarik. Nizar sebenarnya sudah menderhaka dengan mempertikaikan kekuasaan Sultannya melalui mahkamah. Saya tidak mempertikaikan kemenangan Nizar sebagai Menteri Besar, namun apa yang pasti kemenangan Nizar ni mungkin tidak lama. Namun saya berharap Sultan Perak tidak akan memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan DUN, tetapi mengarahkan DUN tergempar diadakan. Di sana kita lihat siapakah MB yang sebenarnya...


Pendapat 2

jeffhamz54: uUndi tidak percaya boleh dilakukan di hadapan Speaker yang sah di sisi undang-undang. Undi tidak percaya tidak boleh dilakukan di hadapan Ganesan sebab dia  bukan Speker yang sah kerana beliau mengambil jawatan itu tttanpa disokong oleh surat perletakan jawatan Sivakumar atau surat pengesahan dari JPN yang mengesahkan Sivakumar telah meninggal dunia. 


Pendapat 3

faiez_roxx89: wasalam
faiez_roxx89: mmg nizar akn jtuh la
faiez_roxx89: mjorit dlm dun BN y pgang
faiez_roxx89: anytime nizar akn jtuh
faiez_roxx89: 31-28
faiez_roxx89: jauh beza
faiez_roxx89: nizar hnya mng kputusan mhkamah


Pendapat 4
 
tun_badai: pertama bn d perak perlu pastikan kedudukan speaker yg baru tdk dicabar
tun_badai: Kedua, disiplin bn n bebas kena kuat, utk pastikan apa2 usul pr tdk diluluskan
tun_badai: Ketiga, jika berlaku perubahan speaker, kuasa speaker perlu dicabar agar dia tdk menyalah gunakan kuasa di dlm dewan


Pendapat 5

gomo_no1: SURE NIZAR JATUH PUNYA
gomo_no1 has unloaded the IMVironment.
gomo_no1: HE HE HE


Anda ada pendapat ? sila nyatakan di bawah ini....terima kasih


Kesimpulannya : Mahkamah Rayuan akan menimbang adakah keputusan Mahkamah Tinggi sah atau tidak... Keputusan hari ini tidak bermakna KEKALAHAN kepada Dr Zamry dan BN..

Sebelum ini mereka memuji Sultan ketika memilih PR menjadi pemerintah di Perak dan menghina Sultan apabila BN yang berjaya mendapat majoriti 31 Adun di sana, diperkenan untuk memerintah negeri Perak.

Mereka juga mengangkat mufti Datuk Seri Harussani ketika isu isu yang sama nada dengan Pakatan Rosak mereka namun menghina dengan gelaran yang jijik terhadap Mufti apabila fatwa agar tidak menderhaka dikeluarkan oleh beliau.


gambar : blog GAP

Keputusan Mahkamah juga dihina oleh PR dengan menidakkan keputusan Mahkamah yang memutusakan bahawa penggantungan Dr Zamry dan barisan Exco beliau oleh bekas Speaker Perak V.Sivakumar sedangkan mereka gembira hari ini dengan keputusan Mahkamah memberikan pengadilan yang memihak kepada mereka...


gambar : Mstar dari blog gigitankerangga


Sepatutnya jika PR ada telur, mereka kena menolak keputusan mahkamah dan memilih untuk membiarkan BN memerintah seperti mana ketika BN menerima keputusan Sultan yang memilih PR sebagai pemerintah selepas PRU 12 tahun lepas.

Ayuh semua kita dedahkan perangan PR yang begitu hipokrit dengan memilih titah Raja atau Fatwa Mufti atau Keputusan Mahkamah yang menguntungkan mereka dan menghina institusi tersebut apabila titah/fatwa atau keputusan tidak memihak kepada kehendak mereka...







Takbirrrrrrrrrrrrrr !!!!!!    Allahu Akbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

10 Mei 2009

Edisi Khas : Selamat Hari Ibu dan Lagu Khas untuk Ibu Ibu di Seluruh Dunia !!!




Lagu : Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Aeman_Ibu.html

09 Mei 2009

Edisi Pagi II : YB Hamidah dipeluk pemimpin Pakatan Rakyat ? Dan mana sokongan Pakatan Rakyat tindakan kerajaan bebaskan tahanan ISA ?

Malang sekali aktiviti memeluk wanita dibuat di Dewan Undangan Negeri Perak ketika kekecohan berlaku semalam.

Malang sekali Timbalan Speaker Hee Yit Foon juga telah dihina dengan panggilan 'OKU' dan ' Awak tak ada kaki'

Malang dan seribu kali malang...


Baca berita lanjut di sini : http://www.utusan.com.my 



Semalam telah keluar kenyataan bahawa kerajaan akan bebaskan 13 tahanan ISA dan nampaknya pagi ini saya melihat di blog blog pro sana tak ada pun memuji .....

Tak percaya lihat berita di sini http://www.utusan.com.my


Mungkin saya terlepas pandang, anda ada nampak artikel puji/sokong mereka ?


Harap dapat maklumkan kepada saya jika ada pujian terhadap tindakan tersebut....

Edisi Pagi : Isu aurat Rosmah isteri Najib di Pahang Daily Online

Salam semua...

[auratharam.jpg]
gambar dari Pahang Daily


Saya terbaca isu rambut / aurat Datin Seri Rosmah Mansor di blog Pahang Daily Online yang baru sahaja disaman oleh Saiful Bukhari Azlan baru baru ini kerana menfitnahnya.

Blogger tersebut saya pernah chat dengan beliau dan rupa rupanya sudah 11 tahun misi perang siber ini dijalankannya.

Begitulah lebih kurang pengalaman beliau yang didedahkan kepada saya. Hebat tu dah berbelas tahun berblogging !!!

Namun rupanya saya ada melihat sedikit kekeliruan pada artikel beliau yang saya rasa boleh untuk diulas sedikit di sini.

Saya bukanlah ahli kepada bidang agama cuma saya akan mencantumkan beberapa nas yang diperolehi dari beberapa blog yang boleh menjadi panduan kepada kita semua.

Hasrat saya hanya satu : jangan mudah burukkan orang dengan artikel sedemikian kerana di sisi Allah kita tidak tahu status seseorang itu.



Komen saya di sana :

jika kita nak cari kesalahan orang memang akan jumpa banyak.. 

cuma dalam hal ini bukankah Allah suruh kita membaiki diri dan keluarga dengan saranan 'jagalah diri dan keluargamu dari api neraka' ????  


tugas kitakah menghukum dan menghina seseorang samada dia isteri siapa sekalipun ?  


mengatakan aurat rambut dibuka tidak haram adalah HARAM tetapi mengutuk dan memburukkan si pelaku juga HARAM kerana tidak disuruh oleh Tuhan.  


kita tidak tahu bila kita akan mati dan bagaimana penerimaan Allah terhadap diri kita. 


Bukan saya membela perbuatan membuka aurat Rosmah atau mana mana orang Umno tetapi saya mahu mencegah saudara/i dari sibuk dengan kekurangan insan lain sehingga melupakan diri sendiri yang masih tidak terjamin samada syurga atau neraka tempatnya.  


surah al-Hujurat ayat ke 12. 

Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka; sesungguhnya kebanyakan sangkaan itu mendatangkan dosa; dan janganlah kamu mengintai-intai, jangan mengumpat orang lain. Adakah kamu suka di kalangan kamu memakan daging saudaranya? Maka sudah tentu kamu membencinya; bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani”  


“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)  


link asal hadis ini saya akan muatkan dalam artikel pagi saya sekejap lagi.. 

harap rahmat Allah kepada semua makhluk akan dapat dirasa oleh kita semua..  

salam...



Petikan nas di atas saya petik dari sini : http://mymissa.com/jangan-berburuk-sangka/



Untuk memudahkan saudara/i saya salin kembali keseluruhan artikel laman di atas yang dibina oleh Malaysia Islamic Society For South Australia bagi panduan kita semua..

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)


Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra antara satu sama lain adalah satu amalan yang baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana ini mampu membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.



Sebaliknya, hidup berpecah-belah dan berjahat sangka adalah dilarang keras, kerana ini boleh membawa kepada keruntuhan dan porak-peranda masyarakat.


Dalam hadith di atas, junjungan besar kita telah mengingatkan seluruh manusia tentang beberapa sifat keji yang mampu mendorong perselisihan dan permusuhan. Setiap insan ditegah melakukan perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan perkelahian, iaitu:


  • Berjahat sangka; seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seseorang sehingga menimbulkan perbalahan.
  • Mencari rahsia orang lain; seperti menyelidik keburukan peribadi seseorang hingga menimbulkan suatu perselisihan.

“Wahai orang yang beriman, jauhilah kamu daripada banyak berjahat sangka, bahawa setengah daripada sangkaan (jahat sangka) itu dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia (aib) orang dan janganlah bermaki-hamun (mengumpat juga) setengah kamu terhadap setengah yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara yang telah mati? Takutlah kamu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha penerima taubat dan maha penyayang.” (al-Hujurat: 12)

  • Mencari berita buruk; seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuklah mangambil berita buruk dan khabar buruk dari orang tidak bertanggungjawab.

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita , hendaklah kamu periksa, (kerana takut), jika kamu menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lau kamu menyesal atas perbuatan kamu.” (al-Hujurat: 6)

  • Berhasad dengki; iaitu mencari jalan untuk menghilangkan ni’mat yang ada pada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya dan keburukannya, bukan sahaja kepada orang yang didengki, malah juga kepada pendengki dan masyarakat.

“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ini merosakkan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadith Rasulullah s.a.w)

  • Bermasam muka; iaitu menunjukkan perasaan benci kepada orang lain. Sifat ini boleh meregangkan perhubungan baik antara satu sama lain.
  • Bermarah-marahan; iaitu bertengkaran antara satu sama lain.

Oleh itu, orang Islam perlulah hidup berbaik-baik dan hormat-menghormati antara satu sama lain supaya mampu mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama, insyaAllah.


Ingat, ada orang disangka jahat di dunia namun di akhirat merekalah yang dekat di sisi Allah...

Bahkan orang yang bersangka buruk ini akan binasa seperti firman Allah di sini :

(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk(terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.  
(  سورة الفتح  , Al-Fath, Chapter #48, Verse #12)

sebelum beredar mari sama-sama kita baca kisah 'Padah Buruk Sangka' dari blog Ustaz Azhar di sini yang sungguh menyayat hati  http://ustazazhar.com/v1/sirah/padah-buruk-sangka.html

Jika anda berminat ingin mencari ayat ayat Al Quran untuk membantu posting artikel anda maka bolehlah cari di sini http://www.searchtruth.com


Semoga kita semakin berbaik sangka sesama saudara atau kepada sesiapa sahaja !!!

08 Mei 2009

Edisi Khidmat Masyarakat BPN : Tolong sebarkan info gadis hilang ini dengan segera !!!


Pernahkah anda melihat gadis ini?

KARMILA BINTI SUKIRMAN

PELAJAR KOLEJ NEGERI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Dilaporkan hilang pada 1 April 2009

(No.Repot Polis : PANDAMARAN/002622/09)

Sekiranya anda pernah melihat gadis ini ATAU tahu di mana dia berada,

tolong hubungi nombor di bawah:

014-3110344 – Madie (Abang)

014-3110347 – Sue (Kakak)

016-3462388 - Sarjan Azmi (Officer Incharge Balai Polis Pandamaran)

012-6036977 – Encik Syafiq ( Kolej Negeri, Seremban 2, Negeri Sembilan)

Ibunya di Sandakan, Sabah menitiskan airmata setiap hari…

Kepada yang masih ada keprihatinan dan kasih sayang,sila sebarkan gambar ini.

Mudah-mudahan Si Ibu yang bakal menyambut HARI IBU tidak lagi menitiskan airmata…..

DOAKAN JUGA KESELAMATAN KEPADA GADIS YANG BARU MENGENAL ERTI HIDUP INI.

WALAUPUN DI MANA DIA BERADA, HARAP DIA KEMBALI…….

KERJASAMA SEMUA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

Admin : www.sabahlovepeace.blogspot.com

e-mel yandie02@yahoo.com (Madie)

mutiara_ieman@yahoo.com.my (Sue)




sumber : http://sabahlovepeace.blogspot.com/2009/05/gadis-hilang-khidmat-komuniti.html