Pengikut Blog Panglima

29 September 2009

Edisi PRK : Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang







Diharap semoga blogger khasnya geng BPN akan menyokong Calon BN bagi memastikan Pakatan Rosak akan diaibkan di Bagan Pinang dan menerima dengan penuh yakin keputusan pemilihan ini !!!

Teruskan perjuangan !


28 September 2009

Edisi Khas : BN wajar menerima KIMMA dan Makkal Sakti sebagai komponen baru !

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berpendapat, terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memastikan MIC dapat menerima penyertaan Makkal Sakhti dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai anggota baru BN.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN amat perlu kerana mengikut peraturan, semua parti komponen perlu bersetuju sebelum menerima keanggotaan baru.

''Saya tidak fikir MIC secara mudah dapat menerima kemasukan parti Makkal Sakhti dan Kimma kerana kedua-duanya turut mewakili kaum India.

''Oleh itu, segala-galanya terserah kepada Perdana Menteri bagaimana hendak memastikan penyertaan Makkal Sakhti dan Kimma diterima di dalam BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kolum Awang Selamat hari ini yang mencadangkan Makkal Sakhti dan Kimma menjadi anggota baru BN.

Langkah terbabit dilihat bagi memulihkan kembali sokongan kaum India kepada BN yang merosot teruk selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lepas.

Ahmad Zahid berharap dasar keterbukaan yang ditunjukkan oleh Najib dengan melancarkan parti Makkal Sakhti pada 10 Oktober ini tidak diketepikan begitu sahaja oleh MIC.

''Bagi saya, apa yang ditunjukkan Najib merupakan satu pilihan terbaru yang perlu difikirkan oleh semua kepimpinan tertinggi BN termasuk MIC,'' jelasnya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, beliau melihat cadangan itu sebagai satu lagi strategi memantapkan BN untuk jangka panjang.

''Apa salahnya BN menerima kumpulan-kumpulan seperti ini kerana mereka bukannya menggunakan saluran pembangkang dan mungkin ada pandangan daripada mereka yang kita boleh kongsi bersama,'' katanya.

Tambahnya, penerimaan parti baru di dalam komponen BN akan memberikan kelebihan kepada kaum India.

''Rintihan dan masalah kaum India akan dapat didengari kerana banyak saluran boleh mereka gunakan,'' ujarnya.

Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas secara dasarnya bersetuju dengan idea itu, namun bimbang lebih banyak permohonan sama akan diterima pada masa akan datang.

''Persoalannya mampukah BN memberikan peluang kepada parti-parti baru ini mendapat kerusi pada pilihan raya. Saya takut ia akan memecahbelahkan BN untuk jangka masa panjang.

''Mungkin sudah tiba masanya BN ditubuhkan sebagai satu parti yang mewakili semua kaum di Malaysia sejajar dengan idea pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar satu ketika dahulu semasa menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP),'' katanya.


Sumber : http://utusan.com.my/



Komen Panglima :


Pada pendapat saya alangkah wajar jika parti mewakili masyarakat India di negara ini diwakili oleh berbagai parti. Seperti yang terjadi dalam BN yang mana Cina diwakili oleh parti MCA dan Gerakan.

Jika UMNO sebagai teras juga boleh menerima parti lain yang bersifat bumiputera seperti PBS maka adalah wajar juga jika Samy Vellu membiarkan keangkuhannya ingin terus menjadi Presiden parti dengan turut sama membiarkan parti baru Makkal Sakti dan IPF menyertai BN.

Kerana ia salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menjamin aspirasi rakyat yang ingin menyertai politik akan tercapai tanpa terhalang dengan kekangan 'jenis' parti yang ada dalam Barisan Nasional.

Barulah kekuatan BN akan bertambah dan Pakatan Rosak akan bertambah juga kegerunan mereka di dalam berhadapan dengan BN sebagai gabungan parti-parti berbagai kaum yang sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan ROS.


Anda fikir ? Sila beri komen di bawah ini...


23 September 2009

Edisi PRK : Takbir diharamkan di negeri Pakatan Rakyat !


Ini berita yang jika benar, sangat mendukacitakan kita. Bukan saja ia petanda tidak baik untuk agama Islam bahkan boleh memudaratkan perpaduan rakyat di negara kita.

Ia juga bahkan satu simptom yang telah zahir ketika kita belum lagi bersedia menerimanya. Tentu selama-lamanya kita tak bersedia pengamalan agama Persekutuan ini dibuat sedimikian rupa..

Apa kata bangsa Melayu aka Islam dalam Pakatan Rakyat dalam hal ini ?

kita tunggu apa reaksi mereka kerana tangan-tangan merekalah yang telah menaikkan kafir harbi ini hingga berani mengharamkan takbir selepas jam 12 tengah malam.

Ia memang kurang ajarrrrrrrr !!!!!

Lihat link berita di sini :



Harap berika komen anda dan mari kita desak siasatan dibuat dalam hal ini.

19 September 2009

Edisi Gembira : Selamat Hari, Takbir, Pilihan., Lagu - Raya dan INGAT Tuhan Tiap Masa !

[kad-raya.jpg]

Sempena Aidilfitri yang dijangka ( setengah orang sudah ditetapkan dah pun :) maka saya dengan rendah hati dan penuh keinsafan memohon jutaan kemaafan dari semua pihak tak kira sahabat atau lawan yang terasa hati dengan saya.

Sudah tentu sepanjang menjadi blogger tidak akan sepi dari mengguris perasaan sesiapa yang menjadi mangsa atau menjadi penyokong atau simpati kepada mereka khasnya dari Pakatan Rakyat.

Dan sudah tentu juga kebenaran perlu diungkapkan walau ia sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.

Maka untuk sebelum ini saya mohon berbanyak ampun dan maaf.

Moga kebaikan puasa menahan diri dari perkara yang HALAL akan menghalang diri kita semua dari melakukan perkara yang HARAM seperti menyokong perjuangan orang yang membiarkan nasib agama dan juga negara menjadi tukaran keuntungan politik.

Jangan biarkan maruah negara kita tergadai meskipun kita sedar ramai orang muda generasi sekarang sudah leka kerana dilekakan oleh hiburan yang mudah diperolehi di telefon, laptop, televisyen atau di tempat terbuka.

Yang penting jangan sampai kita lupa sehingga ALLAH lupakan kita hingga kita akan dihina dan dibinasakan oleh-NYA lantaran dosa dan kesalahan kita juga selama ini yang belum dimohon ampun kepada-NYA.

Sebagai tanda meraikan aidilfitri dengarlah lagu raya ini !
















Mari lihat wajah orang Melayu di Brunei berhari raya :

13 September 2009

Edisi DUN Bagan Pinang : Perjuangan yang paling hebat kita janjikan !!!


Saya dijemput menjadi Contributor dalam blog PRK Bagan Pinang ini yang turut disertai rakan-rakan lain samada dari BPN atau tidak. Alhamdulillah inisiatif blogger Bagan Pinang iaitu Puan Roshatika dengan kawan-kawan termasuk Bro Jinggo telah menampakkan satu permulaan yang baik bagi kempen mempertahankan kerusi parti pembela nasib agama dan bangsa ini. Yang paling menarik gambar blogger kita turut dimuatkan di dalam blog beliau dan panglima turut sama bersama bergambar. Tetapi yang mana satu tak perlulah diperkenalkan...Nanti malu :)

Kita digembar-gemburkan bahawa kita telah kalah 7-0 namun tetapi sebenarnya kita baru kalah sekali. Kita tidak kalah cuma belum menang seperti ungkapan Yb Haji Ahmad Maslan...

Cuma kawasan mana kita kalah ye ? Iaitu di Parlimen Kuala Terengganu ! kerana di sana adalah kawasan sebenar kita... Yang dipertahankan dan dipegang sebelum ini...

Yang lain kita sekadar berusaha untuk mengurangkan status quo Pakatan Rosak sebagai pemegang majoriti kawasan yang kita sertai. Dan jangan lupa kita tidak bertanding di Penanti sebagai tindak balas atas perletakan jawatan yang dibuat secara 'suka-suka' oleh geng depa untuk menghabiskan duit rakyat dan menyusahkan SPR. Alhamdulillah kita telah dapat menaikkan majoriti kita dan ia satu kejayaan moral buat semua pembela agama dan bangsa di negara kita.

Maka teringat lagi kata-kata Yb Haji Ahmad Maslan ( harap lepas ni dapat anugerah Dato' ) ketika pertemuan semalam, bahawa kita hanya kalah satu dan kita PERLU MENANG kali ini dengan majoriti lebih besar atau mempertahankan apa yang ada.

Pembangang ( dengan izin buang huruf K ) telah cuba meletakkan calon yang ada keluarga mengalir darah askar agar undi tentera melalui pos akan beralih kepada mereka.

Namun saya percaya bahawa mereka telah tersilap kerana mereka sendiri dengan jelas mengkritik tindakan tentera memberi bantuan kepada rakyat sebelum ini.

Justeru adakah tentera mahu memberi undi kepada mereka ? Tentu sekali saya pasti TIDAK !!!

Lihat blog yang membuktikan mereka telah menghina tentera kita dengan mengaitkan mereka dengan kempen Umno/Barisan Nasional



Bahkan mereka turut menggunakan Harakahdaily untuk menghina tentera kita dengan tuduhan menjadi jentera kempen BN sedangkan ia tidak berlaku sedikitpun ( lihat gambar atas ).



Lagi bukti mereka merendah-rendahkan tentera kita termasuk laman SabahDaily yang menjadi tumpuan rakyat di Sabah dan Sarawak,




Yang lain ada banyak lagi. Just 'google search' dan taip = mahfuz omar tentera


Anda pasti dapat lihat bagaimana mereka menghina bukan sahaja tentera, bahkan sebelum ini polis dan hakim serta pentadbir negara yang memegang kuasa eksekutif..

Maknanya cabang Legaslatif, Eksekutif, Kehakiman telah digoncang tiangnya oleh pakatan dajal lagi rosak ini demi mengangkat seorang manusia yang telah dipenjara 6 tahun dan dua kali didakwa kes liwat sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA...

Yang indahnya, di belakang mereka semua ada bayang bayang yahudi dan yakjuj makjuj sedang memberi 'kuasa' agar rancangan mereka confirm berjaya pada PRU atau PRK kali ini dan masa hadapan.

Nampaknya kemaraan tentera penjajah versi baru sedang mara dengan lebih dekat lagi dan kita risau ia menyerang dari DALAM bukan dari LUAR seperti satu ketika dulu.

Apa kata kita syor mereka ini yang mengganggu kuasa Legaslatif, Eksekutif, Kehakiman ini dibuang negeri sahaja dan dihalang kembali ke MALAYSIA.

Ini pun cara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada golongan yang cuba memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan penduduk Madinah yang bukan Islam dengan mengusir mereka keluar dari Madinah ketika itu.

Tak percaya sila klik di sini http://muzakki.site40.net/wordpress/?p=249


Apa kata anda ? Berikan komen di bawah ini.. Terima kasih !

Edisi Sastera : Sajak Che Leh Jangok Yang Perlu Kita Tengok


Ketika saya menulis pagi tadi, Che Leh Jangok pemberi komen pertama blog saya. Lalu saya mencari-cari siapakah gerangan si empunya nama yang 'Jangok' dibaca tetapi 'janggut' yang menerpa di minda saya.

Lalu saya bertemulah dengan blog si ' Jangok ' ( http://chelehjangok.blogspot.com ) yang begitu puitis bahasa dan begitu dalam makna.

Di sini sedikit cebisan rasa yang dipinjam untuk dinikmati oleh 'hati hati kita' yang tentu dapat memahami erti di sebalik 'bicara'.

Terima kasih Che Leh yang saya rasa 'berkurun lama' hidup dan baru menjelma di alam maya dengan 'jangok' dan 'janggut' yang menyimpan 1001 rahsia.





Suatu Ketika


Suatu ketika
tatkala hari masih pagi
embun masih membasahi dedaun hijau
burung burung bebas berkichau
tanpa jaring tampa jebak tanpa pukat
kita memang serupa
kerana kita adalah kekacang
sedang merayap di para yang sama

Namun mentari tetap mencari harinya
kerana demikian adalah adab kerjanya
kita pun mendapat nekmat bahang habanya
pada sisi dan suhu yang berbeza
kita pun mencari rimbun berlainan
hasil pilihan sendiri sendiri
kerana pilihan kita tentunya
paling langsung ketingkap cahaya
yang lebih dekat dengan tingkap
persepsi yang sendiri sendiri
maka berbezalah para tempat kita merayap
membina tapak dan membiak rasa
maka berbezalah jadinya kita

Namun selagi kita tidak lupa pada umbi
yang tumbuh dari akar yang kejat di bumi
kita masih tetap satu pokok kekacang yang satu
buah dan biji benih yang nantinya terhasil
akan masih tetap kekacang yang dahulu

Tetapi apabila sambil merayap dirimbun
yang sendiri sendiri kita pilih begitu
kita menjadi selesa lalu taksub
kepada nyaman serta sejuknya rimbun
tempat kita sendiri merayap menjalarkan sulur
lantas mengeluarkan akar menjalar menyisip
pada harap berkat mendapat zat lumayan
dari reputan bebatang rimbun penampong tumpang
terpisahlah diri kita pada kecenderungan
pepohon yang palsu dan sementara itu.

Pun begitu kita tetap masih sama
selagi niat dan matlamat hajat
tetap masih padu pada asas usulan
umbi yang tumbuh dari akar
masih kejat menebat di bumi
selagi bumi itu masih kukuh
menjadi tempat terpacak
tapak madrasah yang asal
selagi Bank Pusat Al Mahshar
masih tetap matlamat akhir kita.
Kita tetap masih sebenarnya satu jua

Edisi Paling Gempak : Bangsa Melayu Keturunan Nabi Ibrahim !!!!

Fuhhhhhhhhhhh.... !!!

itulah yang dapat saya tulis bagi menggambarkan kepuasan hati dan jiwa saya membaca artikel sahabat Sang Tawal Sangkranta...

Seorang yang sangat rendah diri tetapi sangat tinggi ilmu dan pengalamannya dalam bidang kajian asal usul keturunan dan sejarah.

Apa yang saya baca buat kali pertama pada hari ke-23 Ramadhan ini sangat menakjubkan dan anda semua perlu membacanya...

Sebarkan dan khabarkan kepada dunia bahawa kita sebenarnya adalah keturunan Nabi Ibrahim yang akan jadi pembawa panji hitam di akhir zaman yang menjadi penegak ketuanan Islam menewaskan ketuanan Dajal dan Gog Mogag ( Yakjuj dan Makjuj )

Antara petikan yang dapat saya bawa ke sini :

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)


Kalau tidak silap Keturah ini adalah berketurunan dari Kerajaan Champa Kuno dan telah dikahwini oleh Nabi Ibrahim selepas kewafatan Sarah. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Dan anak-anak ini jugalah yang menjadi pengasas kepada bangsa melayu dan perkataan melayu itu sendiri diambil dari perkataan 'Mala' iaitu bangsa asal Siti Keturah ini. Dan boleh disimpolkan di sini bangda Melayu adalah dari darah keturunan Nabi Ibrahim. Keris itu sendiri adalah 'gift' dari Nabi Ibrahim unutk anak2 nya di sebelah timur iaitu anak2 Keturah.

Dan apa pendapat sang tawal mengenai the lost tribe of Israel dari keturunan Nabi Yusuf yang mendapat petunjuk dari Allah dan akan membunuh Israel jahat di Palestin dikatakan melayu di nusantara ini.

Sila klik di sini http://sangtawal.blogspot.com/2009/09/tanah-melayu-pernah-dijajah-oleh-bangsa.html untuk artikel penuh beliau dan klik sini untuk perbincangan dalam ruang komen di blog beliau https://www.blogger.com/comment

Nak ditulis dan diulas tentu tidak mampu saya lakukan di sini. Tetapi saya hanya dapat membuat hebahan di laman blog ini bagi mencuri perhatian anda semua agar dapat turut sama memahami kupasan serta kajian yang dilakukan oleh Sang Tawal di atas.

Selamat membaca dan mempersiapkan diri untuk menghapuskan Dajal dan Gog Mogag yang sedang mencuba menguasai negara kita dengan memperdaya rakyat jelata mengundi Pakatan Dajal mereka.


Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!



12 September 2009

Edisi Komunis : PCM Parti Cinta Malaysia aka Party Communist Malaya ?



Saya terkejut. Kerana dimaklumkan begitu. Anda ?

Menurut sms yang diterima, adalah dikatakan parti ini ditubuhkan bagi mengumpul saki-baki komunis dan yang simpati dengannya.

Ia juga akan menyusup masuk dalam Barisan Nasional sebagai komponen demi memastikan dasar komunis akan mudah diserap dalam pentadbiran jika dilantik sebagai anggota kabinet nanti.

Pendedahan ini sangat merisaukan saya dan justeru itu saya berhasrat melalui tulisan ini agar siasatan dapat dibuat untuk mengenal pasti siapakah di belakang 'PCM' ini.

Kebangkitan komunis moden sudah berlaku dengan mereka sudah pun berjaya memainkan perang saraf dalam internet dengan melaungkan konsep KESAMARATAAN..

Lihat petikan dari laman ini http://islamhadhari.net/?p=2838




saya tahu anda pasti terkejut kerana konsep kesamarataan ini ada dalam perjuangan pembangkang sekarang ini.

mereka mahu menafikan konsep KEADILAN di mana diletakkan sesuatu pada tempatnya. Atau kita kata dengan lain perkataan, diberi mengikut kadar peratusan penduduknya ( jika dinilai mengikut peratusan penduduk Malaysia )

lain perkataan lagi jika Melayu 66 peratus, Cina 25 peratus dan India 7 peratus maka Melayu akan memperolehi RM 66 Cina RM25 dan India RM7 ( jika dikira dengan nilai RM100 )

ia contoh mudah bagi konsep yang diperjuangkan Barisan Nasional sekarang ini namun mereka dari Pakatan Rosak mahukan konsep RM100 dibahagi tiga dengan Melayu mendapat RM33 Cina RM33 dan India RM33.

Adakah ia adil ?

Nehi babujiiiiiii......


Maka sebab itulah kita wajar menolak atau menentang Pakatan Rosak ini kerana mereka tidak berlandaskan konsep keadilan bahkan perosak keadilan sejagat yang diperjuang oleh semua agama dan fahaman di dunia ini.

Ayuh mari kita benamkan fahaman mereka jauh-jauh ke dasar perut bumi dibakar oleh api agar rakyat tidak akan terpedaya dan tertipu dengan kata-kata manis dan lembut mereka yang dihiasi dengan penampilan yang menarik dilihat tetapi penuh dengan tipu daya dan helah.


Malaysiakini melaporkan di sini http://malaysiakini.com/news/112618 tentang PCM di atas..

Juga di sini http://malaysiakini.com/news/112547 ada berita mereka di siasat kerana isu video kuil hindu baru-baru ini.

Fikirkan dan sebarkan.

11 September 2009

Edisi Kuil Hindu : Ketua AMK ini lagi patut didakwa di Mahkamah !!!




Hadiah lembu, Ketua Pemuda PKR cabar SPRM dakwa


Berita » www.mstar.com.my


Isnin Mac 2, 2009


Oleh: G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menegaskan, pihaknya tidak akan memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan menghadiahkan lembu secara simbolik Rabu lalu, sebaliknya sedia berhadapan dengan tindakan mahkamah jika didakwa.


“Saya cabar untuk didakwa.. hendak dakwa di bawah seksyen apa? Saya juga tidak akan meminta maaf… saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam.


Beliau turut menyelar keras kenyataan balas yang dikeluarkan secara biadap oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan dalam temu bual bersama Sunday Stardan mStar Online, yang disiarkan semalam.


Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang ‘bodoh dan kebudak-budakan’.



SUMBER : PEMUDA PADANG RENGAS



MARI KITA KEMPEN RAMAI-RAMAI AGAR KETUA AMK INI TURUT DITANGKAP DAN DIDAKWA KERANA MENGHINA HINDU DENGAN MEMBAWA 'TUHAN' MEREKA DAN DIJADIKAN HADIAH KEPADA SPRM...


KALAU PENDUDUK SEKSYEN 23 SHAH ALAM BAWA KEPALA LEMBU DIDAKWA DI MAHKAMAH MAKA MEMBAWA SEEKOR LEMBU LEBIH PATUT DIDAKWA DAN DIKENAKAN HUKUMAN BERAT OLEH MAHKAMAH.



PEGUAM NEGARA PERLU MELIHAT KES INI DENGAN TERPERINCI....




HARAP SOKONGAN SEMUA TERMASUK ORANG HINDU.



10 September 2009

Edisi Kuil Hindu Selangor : Kempen Ke Tapak Kuil oleh Blogger Patriot


Rakan-rakan blogger pohon sebarkan keblog masing-masing.




Panglima menyokong inisiatif ini bagi mendedahkan kepada rakyat bagaimana perbezaan yang dibuat antara dua kerajaan yang berbeza.... Semoga mereka akan sedar bahawa perubahan kerajaan tidak semestinya menjanjikan keindahan seperti yang mereka gambarkan.

Edisi Raya : Terima Kasih Dato Seri Najib atas bantuan khas RM 500 kepada rakyat penjawat awam !!

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.

Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.



-- BERNAMA



- KOMEN PANGLIMA :

INI BERMAKNA DI TENGAH KRISIS KEGAWATAN EKONOMI KERAJAAN KITA MASIH LAGI BERSIMPATI DENGAN NASIB KAKITANGAN AWAM YANG MENJADI NADI PEMERINTAHAN NEGARA.

SEHARUSNYA KITA BERSYUKUR ATAS KURNIAAN ALLAH YANG DIBERI MELALUI PERDANA MENTERI KITA DAN MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN LEBIH BAIK DAN BERLIPAT KALI GANDA LAGI REZEKI UNTUK KITA SEMUA.


Edisi Ganyang Malaysia : Presiden Indonesia akan datang KL menemui PM kita

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur untuk membincangkan usaha mengharmonikan hubungan kedua-dua negara ekoran kontroversi tarian Pendet Bali.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertemuan yang dijadualkan dalam masa terdekat itu akan dimanfaatkan kedua-dua pemimpin terbabit untuk menyelesaikan isu tersebut.



“Insya-Allah jika tuhan mengizinkan, Presiden Indonesia akan melawat Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.



“Ia memberi peluang kepada Presiden Indonesia dan Perdana Menteri membincangkan usaha menyelesaikan isu tersebut demi menjamin masa depan rakyat kedua-dua negara,” katanya.



Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan tiga wakil daripada Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia diketuai Pengerusinya, Tan Sri Try Sutrisno di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.



Hasil pertemuan itu, kata Rais, Kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan beberapa program harmoni sebagai usaha merapatkan hubungan kedua-dua negara.



Beliau berkata, satu daripada program itu adalah mencantumkan media Indonesia dan Malaysia supaya dapat berbincang dan mencari jalan bagaimana mencapai hubungan harmoni.



Seterusnya, kata beliau, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan program pertukaran budaya dan sejarah.



“Kita akan membincangkan lebih lanjut perkara ini dengan Menteri Kebudayaan Indonesia. Saya juga sudah menulis surat kepada Menteri Pelancongan negara itu untuk menyatakan kesediaan kita menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku demi masa depan bersama,” katanya.



Menurut Rais, pihaknya sudah menghantar Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd., Datuk Johan Jaaffar ke Jakarta kira-kira dua minggu lalu untuk mencari pengisian yang sesuai bagi program tersebut.



Semalam kira-kira 50 anggota kumpulan rakyat Indonesia yang menamakan diri sebagai “Benteng Demokrasi Rakyat” (Bendera) bersenjatakan buluh runcing memaksa orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta menunjukkan tanda pengenalan dalam kempen mengusir rakyat Malaysia.



Selain itu beberapa demonstrasi dilakukan di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, dengan yang terbaru penunjuk perasaan melontar telur busuk ke arah bangunan kedutaan minggu lepas selepas Malaysia dituduh ’mencuri’ tarian Pendet Bali semasa mempromosi Malaysia dalam rancangan yang disiarkan saluran Discovery Channel.



Discovery Channel sebelum ini sudah memohon maaf terhadap kesilapan yang dibuat oleh syarikat berpangkalan di Singapura itu. ( sumber : Utusan Malaysia )



Lagi berita :



- Jaminan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia di sini



- Kenyataan PM isu ini di sini



Komen Blogger :


- Che Moq di sini


- Abe Mie di sini


- Kingdom di sini

09 September 2009

Edisi Malaysia : Keselamatan Rakyat Malaysia di Indonesia Terancam !!!


Salam sahabat dan pembaca sekelian.

Maafkan saya kerana baru berkesempatan menulis lagi di blog ini. Keran 'out station' maka saya tidak sempat mengemaskini blog ini seperti biasa.

Hari ini kita telah membaca isu 'Buluh Runcing' dan 'tarian pendet' yang telah mencetuskan kekecohan di Indonesia sehingga mereka telah menggunakan buluh tersebut untuk mengancam rakyat Malaysia..

Ia hanya berpunca dari isu 'tarian pendet' yang berasal dari Bali, Indonesia dan dikatakan dicuri oleh kita. Sedangkan ia sudah diakui tidak pernah dijadikan atau diakui milik kita, tetapi telah menimbulkan kekeliruan dan permusuhan di seberang sana. Ini tidak lain adalah dari permainan media massa mereka yang suka mengutuk negara kita tanpa meneliti tuduhan mereka samada benar atau salah..

Meskipun kesilapan adalah berpunca dari Discovery Channel ( tersilap atau sengaja ? wallahu a'lam ) namun kita perlu lakukan sesuatu sebelum ia menjadi barah yang boleh 'memusnahkan' kita semua.

Kejadian pelajar kita dibaling telur seperti laporan Mstar Online di sini adalah permulaan kepada situasi yang boleh bertukar menjadi runcing ( seruncing buluh runcing ) yang sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat kita yang berada di sana. Jangan lupa mereka juga telah mengumpulkan 360 orang sukarelawan ilmu kebal ( baca : psy war ) untuk menakutkan kita.

[sweeping-kurang+ajar3.jpg]


Walhal rakyat Indonesia dengan aman dan damai dapat bekerja di sini mencari wang untuk menyara keluarga mereka di sana. Begitu juga rakyat kita sering melancong ke sana yang secara tidak langsung menaikkan ekonomi negara mereka termasuk rakyat Indonesia yang mendapat kesan langsung dari aktiviti pelancongan tersebut. Itu termasuk kiriman wang yang bernilai jutaan ringgi setiap bulan kepada keluarga mereka.


Beberapa buah blog sudah menyentuh isu ini seperti :


Diharapkan agar lebih ramai blogger dari pro kerajaan atau pembangkang dapat melihat dan mengulas isu ini kerana ia adalah isu nasional yang perlu kita tangani bersama demi keamanan dan kemakmuran berkekalan di negara kita yang tercinta ini.

Saya turut terbaca artikel Faisal Tehrani yang turut 'naik angin' melihat perangai gila segelintir rakyat Indonesia yang tidak pandai menjaga perasaan kita ( seperti mana kita menjaganya ) dan tidak segan silu memalukan kita dengan menggodam laman laman rasmi milik Kerajaan Malaysia kerana marah dengan perkara yang tidak benar dilakukan oleh kita. Klik di sini untuk membaca artikel penuh beliau.

Tujuan tulisan ini disiarkan ialah untuk mengajak sahabat para blogger sekelian agar dapat menerangkan isu ini dan membuat gesaan kepada Pimpinan kita agar dapat memandang serius isu tersebut yang saya fikir digerakkan oleh 'tangan ghaib' yang cuba meniupkan semangat permusuhan antara sesama bangsa Melayu Islam - Malaysia dan Indonesia !!!


Saya selaku YDP Blogger Pembela Negara sangat khuatir situasi ini boleh mengancam hubungan baik antara kedua belah negara yang sangat kukuh dan utuh selama ini dan berharap agar pihak pemimpin-pemimpin kita dapat mendesak Kerajaan Indonesia menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci kepada rakyat mereka serta mengambil tindakan keras kepada mana-mana pihak yang membuat hasutan untuk memudaratkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Begitu juga pihak Kementerian Penerangan juga perlu melakukan tindakan lebih berkesan dalam menangani isu yang dipanaskan oleh kumpulan radikal yang tidak mustahil mungkin dibayar oleh agen CIA atau Mossad bagi mewujudkan kemarahan, kerisauan dan keresahan di kalangan rakyat kedua belah negara yang berjiran ini.


Perpaduan memang sangat dibenci oleh musuh Allah samada perpaduan tersebut melibatkan antara negara, agama atau bangsa...

Hanya anak cucu setan sahaja yang nak kita bergaduh dan berebut dan malangnya mereka sekarang sudah 'advance' dengan penampilan yang tampak seperti orang beriman dan bertakwa hingga dapat pula menentukan status syurga dan negara mana mana manusia dari kelompok umat Islam yang membuang undi di Malaysia.


Apa kata kita buat solat besar-besaran agar anak cucu setan dapat menerima perpaduan sesama Islam dan Melayu nanti ??

Tentu Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat komited membina perpaduan akan setuju sangat dengan saranan ini apatah lagi doa di dalam Bulan Ramadhan ini sangat mustajab dan cepat dikabulkan Tuhan Yang Maha Esa.

Mari kita yang ditohmah Islam Plastik, Sesat dan Sekular ( kerana tidak sokong PAS ) membuat solat hajat di tempat masing-masing agar Allah membuka pintu anak cucu setan yang begitu liat nak bina perpaduan agar dibukakan hatinya demi masa depan agama kita di Malaysia pada masa hadapan.


06 September 2009

Edisi Kuil Hindu : MB Khalid memang macam ( dengan maaf ) lembu

Letih lihat video ni. Bayangkan bagaimana Anwar boleh pilih Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan sudah pasti tangkap muat adalah jawapan tepat.

Beliau sudah gagal menjadi MB yang baik dan siapa yang memilihnya adalah orang yang patut bertanggungjawab.. isu di Selangor adalah antara isu isu yang berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Rosak seperti isu BABI di Kedah, isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang, isu tanah 999 tahun di Perak semada bawah Nizar dan sebagainya...

Itu baru mendapat lima negeri !

Bayangkan apa akan jadi jika satu Malaysia diperintah oleh PR selepas rakyat memberi mandat pada PRU yang lalu ? Tentu huru hara negara kita.

Jika ia berlaku, tentu matlamat negara asing untuk melihat negara kita kacau bilau dan bergaduh antara agama dan bangsa akan tercapai.

Masa itu, kita tidak akan aman lagi. Aktiviti membeli belah hingga larut malam akan ditinggalkan kerana ancaman keganasan. Juga kegemaran minum di kedai mamak hingga larut malam akan terhalang kerana ada ancaman dari mereka yang marahkan umat Islam.

Ia antara contoh. Banyak lagi yang akan berlaku dan anda fikirkanlah...

Lihat video di bawah dan mari kita edarkan agar rakyat sedar bahawa tidak ada pilihan lain selain yang sedang memerintah negara kita sekarang iaitu Barisan Nasional...

Percayalah atau anda sendiri rasailah akibatnya jika salah memilih pada pilihanraya akan datang.




Edisi Selangor : MB Selangor akan diganti dengan Hassan Ali ?


SMS yang saya terima mengatakan bahawa Kerajaan Selangor akan runtuh kerana ada yang akan jadi Adun Bebas kerana tidak puas hati dengan pentadbiran sekarang.

Ramai kata Hassan Ali akan jadi MB apatah lagi beliau sudah dipanggil mengadap MB.

Berita lanjut saya akan usahakan selepas ini.

Mahu keluar ke Bazar Ramadhan sekejap...


04 September 2009

EDISI TAKZIAH : KEMATIAN ADUN BN HARI JUMAAT TANDA DIANGKAT AZAB KUBUR SEPERTI SABDA RASUL


Pertama sekali mari kita hadiahkan fatihah kepada Allahyarham ADUN Bagan Pinang iaitu Yang Berhormat Azman Mohd Noor pada jam 2.30 petang tadi di Seremban pada umur 55 tahun. Berita lanjut klik sini ( Mstar Online )

Satu lagi kehilangan besar kepada negara atas pemergian seorang tokoh politik yang gigih membawa harapan dan masalah rakyat untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

Perkara yang menarik tentang kematian beliau ialah bagaimana ia sangat bertentangan dengan dakwaan Mursyidul Am PAS yang suka melabelkan UMNO sebagai orang sekular/sesat / komunis dan sebagainya.

Jika benar-benar sesat tentu arwah tidak akan diberi hari kematian yang istimewa seperti yang diperolehinya hari ini.

Hadis mengesahkan tajuk artikel di atas seperti berikut :

"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad -sahih-)


Maka adakah Nik Aziz nak lawan hadis Nabi selepas mengatakan parti UMNO bawa Islam plastik?


Jika ahli UMNO tidak Islam tentu tidak ada ditakdirkan meninggal pada hari yang sangat baik dan dikenali ketua segala hari ini.

Maka saudara/i perlu sedar bahawa mainan kata-kata orang memakai pakaian seperti Ulama tidak akan bawa ke mana.

Ia sekadar menambah kebuntuan masalah sosial dan jiwa umat di akhir zaman ini....


Ayuh kita berhenti bersengketa dan mendesak parti parti yang kita sokong agar teguh kepada prinsip perpaduan untuk keamanan dan kemakmuran negara di bawah lembayung rahmat Allah.


Peganglah kepada kebenaran yang kita perlu kaji dan rasai sendiri, bukan berdasarkan kata-kata orang yang entah benar atau tidak.