Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Jun 2010

Ulama Besar Islam Said Ramadhan Sahkan Wahabi Ciptaan British & Senarai 65 Ulama Dulu & Kini Yang Menolaknya !!!

  1. Polis telah mengusir Ayman warga Syria kerana terlibat dengan Al Qaeda dan merekrut pelajar di IPT untuk berjihad di negara ketiga. Info sini
  2. Untuk info Ayman ini telah diusir dari UIA namun tetap meneruskan kuliahnya di Gombak. Info lanjut tentang Ayman tengok sini
  3. Info yang baru ditemui juga ialah markas Wahabi Ittiba' Sunnah di Kuala Pilah didapati menyanjung Shamsiah Fakeh. Adakah Wahabi pro golongan Komunis ? Info di sini
  4. Jangan terkejut Presiden PAS juga belajar di Madinah yang menjadi markas fahaman wahabi tulis rakan kita di sini dan sila klik sini untuk melihat dakwaan Osama Laden adalah penganut fahaman keras Wahabi ini.
  5. Lihat tulisan Zamihan Pegawai JAKIM tentang senarai 65 Ulama menolak Wahabi yang menjadi punca fahaman militan sejak dulu hingga sekarang di sini
  6. Wahabi sejak dulu telah menghapuskan Ahli Bait Nabi s.a.w dan tidak pelik jika Asri menghina golongan tersebut di sini. Senarai lengkap apakah komen yang pelik oleh Asri dan sehaluan dengan golongan liberal di Malaysia sila klik sini
  7. Portal Malaysiakini dalam hal ini agak ghairah menyiarkan laporan tentang Asri yang sejak dulu tidak jauh aliran pemikirannya dengan Islam Liberal tajaan Pakatan Rakyat. Dengan tajuk " Dr Asri,mufti mengapa kerajaan BN berbohong " jelas menunjukkan niat mereka menggunakan isu ini memburukkan BN/UMNO.
  8. Terkini lihat video pengakuan 'Bapa Wahabi' di Malaysia Dr Abdullah Yasin yang juga pernah ditahan tidak mendapat tauliah, bagaimana Wahabi berpakat dengan agen British Keluarga Diraja Sa'ud untuk memberontak terhadap Empayar Uthmaniyyah di sini
  9. Baca juga pendedahan bahawa wahabi ciptaan British oleh Ulama terkenal Dunia Islam Syeikh Said Ramadhan Al Buty di sini http://helmdahl.blogspot.com
  10. Lagi bukti hubungan rapat Saudi dengan British hingga mendapat anugerah oleh Ratu England dan bagaimana Mossad membiayai gerakan Wahabi di sini http://bahrusshofa.blogspot.com dan gambar bawah ini yang dipetik dari buku bertajuk " Custodian of the two Holy Mosques King Fahd bin Abdul Aziz " karya Dr. Fouad Al Farsy page 214 terbitan Guernsey Channel Islands 2001




Apa pandangan anda tentang wahabi sekarang ? Masih simpati ? Tidak mengapa selepas ini akan datang lagi fakta fakta yang akan mendedahkan apak dan siapa yang menaja Wahabi dan jaringannya di negara kita.

Segala kajian lengkap sudah diperolehi dan hanya menanti ia didedahkan kepada umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan kelicikan 'grand design' yang ingin merosak akidah, kestabilan ummah serta kekuatan rohaniyyah agar rosak dan menyeleweng dari ASWJ !!!


3 ulasan:

abdul karim mohd yunus berkata...

Kenapa belum apa-apa lagi, Dr Asri telah ikut melatah seperti pembangkang sehingga sanggup menghujahkan bahawa kerajaan hanya bermain politik apabila memberi amaran mengenai ancaman pengganas. Kerajaan dikatakan menggunakan kaedah tipu muslihat, berbohong dan mencemarkan hak rakyat.... Dari jawapan Parlimen oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, tuduhan seperti yang dilemparkan oleh Mahfuz Omar adalah semata-mata tohmahan yang berniat jahat...Dr Asri, sebagai seorang cerdik pandai Islam, sepatutnya lebih matang, bernas dan bijak dalam menilai sesuatu berita/cerita
selaras dengan amaran Allah dalam ayat 6, Surah al-Hujuraat... Pengalaman rakyat negara ini yang telah mengalami kacau bilau suatu masa dahulu, semasa Anwar Ibrahim dikatakan telah diracun semasa dalam penjara. Berita fitnah yang dicetuskan peguambela bukan Islam itu, telah pula disambung-suburkan oleh mereka yang bergelar ustaz dan tokguru, sehingga berlakulah demonstrasi besar seluruh negara. Dr Mahathir dan pemimpin umno ketika itu telah dituduh cuba membunuh musuh politik. Fitnah turut mengaburi persatuan perubatan Islam Malaysia hinggakan mereka juga menyeru Dr Mahathir supaya mengingati kembali sumpah seorang doktor (lebih tepat, selamatkan nyawa bukan membunuh)... Kebesaran Tuhan telah memperlihatkan keadaan sebenar setelah lebih 10 tahun, dimana Dr Mahathir sendiri telah menggalakkan rakyat Malaysia membuat sembahyang hajat dan berdoa, semoga Allah SWT menunjukkan kebenaran... Akhirnya diseru kepada Dr Asri, kalau hendak masuk kemana-mana parti politik pun, janganlah mudah terpengaruh dengan cara yang menunjukkan kita adalah lebih benar dan lebih pandai dari orang lain, kelak pintu hati kita akan tertutup dari perkara yang benar. Dan berhati-hatilah dengan ilmu yang dipelajari dari universiti yang ditubuh oleh bukan Islam, yang memerlukan seribu kali tapis...diperingkat awal lagi Dr Asri telah bertindak menuduh dan menyalahkan Polis dan Menteri Dalam Negeri, maka dikhuatiri makin banyaklah pihak lain yang akan dipersalahkan, hanya hasil cerita-dengar. Polis, walau siapa pun Menterinya, akan tetap menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, sama seperti Angkatan Tentera, Mahkamah, Kastam dan lain-lain... Anwar Ibrahim dan pas telah lama dahulu menggunakan taktik tersebut, dengan mengenepikan amaran Allah tadi, "supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini akibat kejahilan mengenai berita itu." Berani kerana benar.

Tanpa Nama berkata...

sokong tulisan bro.kita jgn cpt melatah.umno sudah asli islamnya dan jgn sesiapapun cuba utk cemarkan ia dgn fahaman karut marut spt wahaby.

Asri macam perasan dia dah popular sangat hingga sanggup melatah dan bercakap mcm pembangkang. Org mcm ni susah utk dipercayai.

Baik dia terus ditolak dari sertai umno atau pas baik masuk dap lagi senang atau pkr

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua,

Dr Asri bukanlah Wahabi tulen, dia lebih berat kepada Ikhwanul Muslimin dan juga pendapat Yusuf Al Qardhawi.

Di Kolej Islam Kelang, dia bertanggungjwb mengalahkan Ahzab golongan JIM,ABIM,UMNO di bwh payung PAS dan kekal dalam keadaan itu sehinggalah ke Jordan.

Oleh itu,sikap dia yg berbolak balik sekejap PAS,sekajp UMNO tidak menghairankan.

Itulah sebabnya Asri juga ditentang oleh golongan Salafi Wahabi kerana mengambil pendapat gol. Wahabi separuh-separuh.

Tetapi harus diingat bahawa Zamihan Al Ghari juga kelam kabut apabila pihak PAS menhenjut kiri dan kanan:

Penjelasan Isu TGHH Dan Ust Zamihan

Kalau benar Zamihan ini yakin Wahabi ini pengganas, maka yakinlah ia akan Hadi itu pengganas bukan terbirit2.

Adakah Panglima Perang Cyber lebih redha terhadap Zamihan yg anti Wahabi daripada golongan Wahabi yang benar2 telah berjuang menentang PAS berdasarkan AlQuran dan Sunnah?

Jenayah akademik Zamihan bukan sedikit malahan oleh tergolong dalam golongan kadzib dan pembohong:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/

Cari Blog Ini

Translate