Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Ogos 2010

Apabila Aleyasak Berani Saman Polis & Kerajaan - Mencabar Keluhuran Perlembagaan

wajah Aleyasak : rakyat yang langgar Perlembagaan
dan diangkat sebagai hero oleh media pembangkang
  1. Aleyasak Hamid@Hasan telah failkan saman terhadap polis dan Kerajaan Malaysia RM2 juta kerana mendakwa dipijak hingga pecah tempurung lututnya oleh polis semasa demonstrasi haram BERSIH pada tahun 2007
  2. Berita disiar oleh Harakah di sini Malaysiakini di sini dengan melaporkan seolah olah Aleyasak tidak bersalah dan hanya melihat demonstrasi tanpa terlibat dengannya. Walhal jelas amaran polis agar rakyat tidak menyertainya termasuk melihat dari dekat demonstrasi tersebut.
  3. Demo berstatus tanpa permit dan haram tersebut jelas disiar oleh laman rasmi BERSIH sendiri di sini.
  4. Jangan lupa ia juga HARAM di sisi agama Islam kerana menderhaka kepada Ulil Amri yang melarangnya demi mengelakkan mudarat keamanan.
  5. Demonstrasi yang dibuat bukti kedegilan mereka untuk meneruskan perhimpunan secara haram tersebut seperti laporan berita di sini dan jelas ia diketuai oleh bekas Setiausaha Agung PKR Anuar Tahir.
  6. Soalan mudah Panglima : Siapa yang ada gosip dengan CIA Amerika kalau bukan PKR ? Siapa yang ada gosip dengan Singapura kalau bukan DAP ? Siapa pemecah umat Islam kalau bukan agen Wahabi PAS ?
  7. Meskipun jelas perbuatan berdemonstrasi tersebut adalah melanggar undang-undang dan mencetuskan ancaman keselamatan awam, namun tiada orang yang peduli mengenainya.
  8. Lagi teruk mereka yang melanggar Rukun Negara ke-3 iaitu Keluhuran Perlembagaan ini telah diangkat sebagai wira. Lagi serius mereka berani langgar Perlembagaan lagi tinggi liputan dan penghargaan diberi.
  9. Lihat contoh lain kes bekas tahanan ISA Abdul Malek Hussein yang ditahan ketika demonstrasi Reformasi pemecatan Anwar, yang berani menyaman Kerajaan di sini. Pada awalnya beliau dianugerahkan RM2.5 juta namun Mahkamah Rayuan telah mengenepikan anugerah tersebut selepas dirayu oleh Kerajaan. Beliau akhirnya diperintah membayar kos litigasi sebanyak RM50,000.
  10. Situasi ini jika berterusan dan disokong oleh media pembangkang, pasti akan menyuburkan minat warganegara untuk memberontak kepada Perlembagaan dan agensi Kerajaan termasuk polis
  11. Mereka akan bawa dalam minda persepsi bahawa pihak kerajaan tidak boleh sama sekali dipercayai.
  12. Ini adalah doktrin komunis yang masih cuba disuntik ke dalam minda anak muda kita sejak zaman British hingga sekarang yang bermotif untuk mendapat kuasa walau membuatkan negara huru hara dan rakyat menderita..
  13. Namun mereka perlu sedar Blogger Pembela Negara pasti memerangi hingga titisan huruf yang terakhir melawan hasutan mereka!!! Perwira negara dalam dunia siber ini pasti tidak berpeluk tubuh melihat pemberontakan tersusun mereka meracuni fikiran rakyat untuk menjatuhkan negara.
  14. Ayuh kita gerakkan gelombang memusnahkan DAP PKR PAS besar besaran demi memastikan negara ulung Islam ini akan kekal di persada dunia menjana kemakmuran untuk anak cucu kita sampai bila bila !!!!






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok pijak sampai mampos je dah laa menyusahkan orang muka pun macam .... ???

Tanpa Nama berkata...

sokong lu bro.

aji

SESTER berkata...

Laa, saman polis FRU. yang dia duduk dengan penyokong bersih dalam perhimpunan haram sapa suruh? sendiri mau ingat laa.

Takkan la FRU nak guna cara lembut lawan perusuh...pondan la cemtu

"Encik...saya nasihat encik ni...tolonggg laaa, jangan merusuh sayanng...?"

myMan berkata...

melayu dan bumiputera tidak perlu lagi bersikap apologetic... dan UMNO sangat perlu secara terang-terangan bersuara sealiran dengan PERKASA.. sama seperti MCA tidak takut senada dengan DAP!!

Tanpa Nama berkata...

polis memang bangsat. guna kekerasan pada perhimpunan aman, pegi tangkap penjenayah la..

Tanpa Nama berkata...

nak buat perhimpunan pi sekolah ler.. diri lurus sengan diri jaga sedia.. lagu negara ku lagu negeri lagu sekolah.. ucapan guru disiplin guru besar..itu baru perhimpunan aman ler bai..

Cari Blog Ini

Translate