Keberangkatan Raja Permaisuri Ke Islamic Song Festival Atas Jemputan Rasmi - Istana Negara
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.
Istana Negara dalam kenyataan berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.
"Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat," kata kenyataan itu di sini Khamis.
Pada Isnin lepas, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being FRANK: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa, yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah.
Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.
Laporan itu juga menyebut ketidakcekapan kerajaan negeri menganjurkan acara itu telah memalukan Tuanku Nur Zahriah kerana tidak kehadiran pentadbir utama negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut ketibaan Baginda.
Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.
Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.
"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
- Pada 4 Julai lalu di Shah Alam telah berlangsung Festival 'Islamic Song' anjuran Pelancongan Selangor. Ia turut dihadiri Raja Permaisuri Agong namun tanpa dibuat persediaan sepatutnya untuk baginda. Sedangkan Istana Negara menyatakan mesyuarat persediaan telah dibuat antara pihak Istana Negara, penganjur serta Jabatan dan agensi kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dipengerusikan oleh Pengurus Besarnya. Isu ini juga boleh dibaca di sini http://hambali1.blogspot.com/
- Maka ia telah menjadi isu besar kerana melibatkan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Raja Permaisuri Selangor. Lalu inisiatif telah dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut dimulakan apabila MB Selangor memohon maaf kepada Sultan Selangor di samping ingin menghantar Elizabeth Wong selaku Exco Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar mengadap Raja Permaisuri Agong untuk memohon maaf atas kejadiaan tersebut.
- Persoalannya ialah : Kenapa 'Ratu Bogel' dihantar mengadap Raja Permaisuri Agong untuk mohon maaf insiden penghinaan tidak langsung Kerajaan Selangor terhadap baginda ? Bukankah ada lagi Exco lain yang boleh menjadi wakil Kerajaan Negeri ? Termasuklah Exco Agama Hassan Ali ?
- Dalam isu ini jelas sekali bahawa MB Khalid secara tidak langsung menghina Raja kita sebelum dan selepas majlis Islamic Song tersebut, apabila gagal memastikan pegawai Kerajaan Negeri Selangor serta barisan Exconya untuk menunggu baginda dengan sebaik-baiknya dan juga gagal memilih Exco bersesuaian untuk menyelesaikan isu tersebut.
- Lagi biadap ialah apabila beliau mengatakan kehadiran baginda adalah atas kapasiti peribadi bukan rasmi. Seolah olah Raja kita terhegeh hegeh untuk ke sana...Biadap tahap gaban bagi Panglima !
- Beliau juga gagal juga memaklumkan kepada Sultan Selangor atas kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut. Menunjukkan kelemahan pentadbiran MB Khalid menjadi punca semua ini berlaku di samping isu isu lain seperti isu air dan sebagainya. Patutlah Selangor makin bankrap dari hari ke hari.
- Meskipun MB Khalid Ibrahim sudah meminta maaf kepada Sultan Selangor namun ia dilihat satu lagi cara serangan halus Kerajaan Selangor bawah Pakatan Rakyat untuk menimbulkan kemarahan Melayu Islam dengan menghina Raja Perempuan Agong.
- Mujurlah kita hidup di zaman moden yang mana jika Khalid berada di zaman Feudal tentu beliau sudah dijatuhkan hukuman bunuh atau diusir dari Malaysia serta merta.... Juga mujur apabila pihak Istana Negara tidak mendesak tindakan keras dikenakan terhadap beliau.
- Yang pasti kes ini menjadi iktibar bahawa Pakatan Rakyat bukan jenis menghormati Raja atau Sultan yang menjadi penghalang mereka untuk memusnahkan Islam dan bangsa teramai menganutnya di Malaysa iaitu Melayu...Mereka dalam PR bukan Pembela Raja tetapi Penghina Raja sejak dulu hingga sekarang dan tidak mustahil pada masa akan datang.
- Kronologi-Kronolgi peristiwa tersebut sila lihat di bawah :
1 ulasan:
Kalau ikut protokol apabila sesuatu majlis kerajaan negeri bersama Yang Di Pertuan Agong atau permaisuri baginda maka Ketua Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab. Maka, Hassan Ali sendiri tidak layak untuk memohon maaf inikan pula exco-exco lain. Menteri Besar dengan diiringi exco-exco terbabit yang seharusnya mengadap baginda Permaisuri dan bukannya wakil.
Begitu juga menjemput kehadiran Raja Permaisuri Agong tanpa pengetahuan Baginda Sultan Selangor merupakan satu perilaku derhaka kerana membelakangi Sultan apabila menjemput Kerabat di Raja walaupun bukan Yang Di Pertuan Agong atau permaisuri baginda.
Aku Yang Bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang
Catat Ulasan