Utusan Malaysia muka surat 16 hari ini melaporkan tangkapan warga Iran yang menyeludup dan memproses dadah di negara kita meningkat 500% untuk berbanding tahun lalu. Iaitu 108 orang termasuk 13 wanita berbanding 20 orang termasuk tujuh wanita pada tahun lalu.
Polis juga tidak menafikan kemungkinan ia boleh bertambah dalam lima bulan akan datang.
Terbaru dalam operasi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, dadah jenis syabu seberat 113 kilogram yang bernilai RM24.9 juta telah dirampas oleh polis pada 1 Ogos 2010 yang lalu .
Taktik mereka sekarang dengan menggunakan penerbangan kargo.
Hasil jualan dadah menyebabkan mereka mampu menyewa rumah berharga RM13,000 sebulan dan mampu membeli kereta Mercedez Benz E250 berharga RM550,000.
Sekalung tahniah ditujukan kepada pihak polis kita yang berjaya menangkap musuh negara. Jika mereka tidak diganggu dengan isu isu politik serta ceramah tanpa permit atau demonstrasi kita percaya tangkapan lebih besar akan dapat dibuat.
Namun tindakan sesetengah pihak mengganggu serta melemahkan semangat polis dengan menuduh polis menjadi alat BN/UMNO adalah jelas bertujuan untuk melihat kegiatan jenayah yang tidak bermoral berkembang biak di negara mereka.
Matlamat golongan ini jelas iaitu untuk menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan walaupun kesan akhirnya ialah masalah sosial yang timbul akibat gangguan berterusan yang mereka buat terhadap Kerajaan.Khasnya kepada pihak polis yang dibebankan dengan tugas menjaga keselamatan.
Peningkatan 500% ini sangat membimbangkan kerana ia boleh membiakkan gejala sosial di kalangan rakyat Malaysia dan tidak mustahil ia mungkin satu cara melemahkan rakyat kita secara halus melalui penyalahgunaan dadah. Ia belum lagi dikira dengan tangkapan pelacur-pelacur di rumah urut yang turut meningkat hasil sindiket haram yang giat merosakkan rakyat kita khasnya umat Islam agar turut rosak dan mudah ditakluk minda dan pendirian mereka.
Dalang di sebalik peningkatan ini mesti dicari hingga ke akar umbi dan tugas kita juga ialah memberi peringatan kepada rakyat agar mereka membantu pihak berkuasa atau mengelakkan diri dari menjadi 'ahli sindiket' yang jelas menawarkan kemewahan walaupun ia boleh merosakkan akhlak dan sahsiah generasi akan datang.
Begitu juga serangan liar ditujukan kepada pihak SPRM turut membuktikan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat sedikitpun untuk melihat negara ini bebas dari rasuah. Bahkan situasi semasa menunjukkan banyak korupsi dan salah guna kuasa berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.
Terbaru serangan pembangkang juga ditujukan kepada anggota pendakwaan dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim juga menunjukkan mereka sudah terdesak dan tidak mahu membenarkan kebenaran dibongkar di mahkamah. Akhirnya anggota pendakwaan yang didakwa 'ada hubungan romantik' dengan mangsa Saiful Bukhari Azlan telah digugurkan dari pasukan pendakwaan.
Selain itu, permainan licik mereka seperti alasan sakit dan sebagainya oleh Karpal Singh dan peguam bela Anwar yang lain adalah bukti mereka ingin melambat-lambatkan proses memberi keadilan kepada yang menjadi mangsa. Namun ia 'diputar belitkan' dengan mendakwa bahawa mereka (DS ANWAR) dihalang dari mendapat keadilan.
Memang jelas di mata rakyat sejauh mana auta dan putar belit Pakatan Haprak dalam menghadapi kenyataan samada dulu, kini dan selamanya.....
Di saat saat kita diserang oleh warga Iran ketika itu juga satu persatu isu isu ditimbulkan untuk melemahkan lagi keutuhan kerajaan yang semakin diancam dari semua arah.....
Moga Allah selamatkan Islam dan Malaysia seluruhnya termasuk rakyat berbilang bangsa dan agama....
1 ulasan:
Kenapa orang Iran yang terpilih untuk menyerang kita ???
Islam jugalah yang bergolak sesama Islam. Yang akan musnah pastilah Islam. Walau bila ditutut kaji ada pihak lain dibelakang.
Sedarlah .... dan janganlah lemah semangat dan kesungguhan kalian wahai anggota polis. Jihad tuuu ...
Catat Ulasan