Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2010

GEMPAR - IMAM MUDA MENANTU TOK GURU PONDOK DIPULAU AKIBAT KATA MB KELANTAN BERFAHAMAN WAHABI !!!

Imam Muda ‘kena pulau’

KAMPUNG GETING – Disebabkan kelantangan mertuanya mengatakan Menteri Besar Kelantan membawa ajaran Wahabi, seorang menantu yang juga Imam Muda Masjid As-Somadi dekat sini menanggung akibatnya apabila dia ‘dipulaukan’ Ahli Jawatankuasa masjid (AJK) dan Imam Tua masjid itu.

Akibatnya, Imam Muda Masjid As-Somadi, Rosli Abdul Latif, 31, meletakkan jawatannya Jun lalu kerana tidak tahan menanggung malu dipulaukan oleh mereka dan lebih tertekan lagi apabila dalam masjid juga tersebar surat layang mencaci mertuanya, Abdullah Saamah (Tok Guru Haji Lah) merupakan guru pondok Geting.


Gambar Imam Muda Masjid As Somadi - Ust Rosli Latif ?

Sumber Blog Masjid As Somadi


Bahkan, di masjid itu juga pernah berlaku solat dua Imam apabila ada segelintir jemaah cuba memulaukan Rosli apabila dia menjadi imam untuk mengimani solat berjemaah.

Berikutan itu, penduduk di Kampung Geting meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) campur tangan menangani masalah di Masjid As-Somadi ini kerana jelas Rosli menjadi mangsa keadaan.

Wakil seorang penduduk, Mohd Zulkifli Mat Nawi, 36, berkata, AJK masjid itu semuanya ahli Pas dan sepatutnya soal Imam Muda jangan dilibatkan dengan politik.

Menurutnya, tersebarnya surat layang dalam masjid dan ada juga surat layang berbau ugutan memang satu penganiayaan kepada Imam Muda itu.

“Gara-gara mertuanya, dia yang menjadi mangsa keadaan sehingga dipulaukan AJK masjid.

“Saya juga agak terkilan kerana AJK masjid memaksa Imam Muda meletak jawatan pada mesyuarat AJK masjid 17 Jun lalu,” katanya daripada Kampung Surau Lama Geting.

Manakala bagi Sanusi Yaakob, 33, berkata, jika sebelum ini tugas di masjid seperti membaca khutbah bergilir-gilir antara Imam Muda dengan Imam Tua, tetapi selepas Imam Muda dipulaukan, semua tugas dipikul oleh Imam Tua, Deraman Muhammad.

“Mana-mana ustaz yang sering mengajar di masjid ini ada dipecat sekiranya tidak sebulu dengan AJK masjid.

“Mereka memang tidak dibenarkan datang mengajar lagi, terdapat dua tiga ustaz sudah tidak nampak muka di masjid ini, ada seorang ustaz tu memang anak murid Tok Guru Haji Lah, dia juga dah tak nampak muka di masjid ini” katanya.

Masjid As-Somadi Mukim Geting setiap kali solat Jumaat dihadiri kira-kira hampir 3,000 jemaah melibatkan penduduk dari Kampung Geting, Kampung Raja, Kampung Surau Lama dan Kampung Tebing.

SUMBER – http://www.sinarharian.com.my/


dari kiri:
Syaikhuna Tok Ayah Lah Tok Guru Pondok Geting(bapa mertua Imam Muda Rosli Latif )
Baba Ziz Pondok Punggok (Ketua Persatuan Ulamak Fathoni),
Al Arif Billah Habib Umar al-Hafiz bin Salim (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut)

Gambar ketika kunjungan Habib Umar ke Kelantan 2008 di
rumah Baba Abdul Aziz Taman Guru.

(gambar dari blog Lee Kubo)

5 ulasan:

Yb Raz berkata...

memang biadap orang pas! ni sudah tahap kufur..itulah orang pas cakap umno assobiyyah tetapi jelas mereka sendiri mengamalkan assobiyah.

leekubo berkata...

salam ramadhan ust...

dalam gambar tu adalah gambar imam tua...antara orang yg bersubahat nk menjatuhkan rosli..
gambar rosli cuba lihat di blog leekubo..
pakai jubah,yang paling kiri skali...

http://leekubo.blogspot.com/2010/08/imam-muda-kena-pulau.html

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih saudara Lee Kubo.itulah sebab saya letak tanda soal? sebab tidak pasti lagi gambar.

saya akan siarkan komen tuan..

terima kasih sekali lagi

jazakallahu khair

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah. Tak baik mengfitnah. Bila anta melihat gambar TGNA bersama TG Baba dan Guru Mulia Habib Umar pasti rasa cemburu.

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan melaga-lagakan para ulama. Delete post ini. Harap jasa baik pemilik blog ini.

Cari Blog Ini

Translate