Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Ogos 2010

GEMPAR : IMAM PAS TERGAMAK GANTI DOA KETUA AGAMA ISLAM YDP AGONG KEPADA LIM GUAN ENG


Pada 13 Ogos 2010, dalam solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah jumaat. Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan bahawa semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang.

Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat. Memang mereka ini tidak waras menurut
kata Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang). Abdul Malik jangan cepat menafikan, perlu menyiasat kariah solat jumaat di Masjid Padang Menora pada 13 Ogos lepas. Lebih baik jika siasatan ini dibuat oleh pihak ketiga yang bebas bukan pihak kerajaan negeri bagi menjamin ketelusan proses siasatan.


Lim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam di Pulau Pinang. Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Mengapa perlu mempolitikkan institusi raja sampai begitu sekali? Pihak jawatankuasa Masjid Padang Menora yang bertindak keterlaluan tersebut sewajarnya menerima tindakan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Betapa tidak warasnya orang-orang PAS yang berbuat sedemikian. Mereka nampaknya sudah teramat taksub kepada Lim Guan Eng. Membandingkan khalifah Umar Abdul Aziz dengan Lim Guan Eng adalah perkara yang paling amat tidak waras sekali. Menyamakan Guan Eng dengan Kuan Yew mungkin dianggap sebagai waras.


Sedarkah mereka, dalam diam-diam, DAP sedang meminta untuk memisahkan Pulau Pinang dari Malaysia sebagaimana yang berlaku kepada Singapura. Ini
niat sebenar DAP. Pulau Pinang bakal bertukar jadi tanah jajahan kedua DAP selepas Singapura. Ustz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) perlu bercakap benar dan mendedahkan niat Guan Eng ini kepada umum. Kalau menang pilihan raya ke-13, inilah janji DAP sebenar. Orang Melayu kena tipu dengan duit RM100 setahun, DAP dapat tanah di Pulau Pinang. Orang Melayu sudah tiada masa, cepat-cepatlah bersatu.


info dari blog Angin Perubahan ( http://anginperubahan.blogspot.com )



UMNO PULAU PINANG TELAH MEMBANTAH TINDAKAN TERSEBUT SEPERTI BERITA DI SINI http://www.utusan.com.my/


IA JUGA TELAH DIULAS OLEH BLOGGER PEJUANG BANGSA DARI PULAU PINANG DI SINI http://sejarahmelayu.blogspot.com/


3 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Panggil Katib bersumpah kalau dia nafikan. Ada berani?

Aku Yang Bingai
Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

Tanpa Nama berkata...

Celako celako celako ..celako PAS !

napa tak doakan karpal , doakan gobala , doakan lee kuan yew , doakan kit siang sekali ?

betapakah bahalolnya imam itu , taksub yang teramat , fanatik yang menyesatkan , sanggup dia buat begitu ? tergamaknya dia ?

aduhai akal yang waras , kenapakah diletakan pada kepala lutut ?

Cheguman berkata...

Masih ada penganut PAS yang bertanya; betul ke kejadian tu atau sekadar fitnah?

Ada pulak yang awal2 lagi dah sedia alasan iaitu 'nabi pun doakan utk Abu Talib yang kafir'.

Apa kata Panglima?

Cari Blog Ini

Translate