Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Ogos 2010

Pembangkang cemas disaman Felda RM 200 juta !!!


FELDA SAMAN WAN AZIZAH & 5 YANG LAIN RM200J




Datuk Mohd Hafarizam Harun memfailkan saman malu RM200 juta Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi (16 Ogos 2010).

Boleh tidak boleh Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd petang tadi memfailkan saman RM200 juta terhadap enam pihak termasuk Presiden Parti K
eadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar parti itu, Suara Keadilan, pada Jun lalu.

Peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran sebelum ini berkata Felda tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda. Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya Sabtu lalu (14 Ogos 2010)

Namun hari ini Felda dan anak syarikatnya itu mengemukakan saman dan dalam penyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mendakwa akhbar itu telah menerbitkan dua artikel itu bertarikh 22 Jun 2010 dan 29 Jun 2010 terhadap Felda.

Selain Wan Azizah, mereka yang dinamakan sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR,
Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd., editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat.

Sabtu lalu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-
skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

"Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.

"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.

Sivarasa turut melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.

Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau. Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Dalam samannya semalam, Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Felda turut mendakwa pihak defendan dengan sengaja menerbitkan artikel berunsur fitnah itu dengan tujuan untuk memusnahkan kepercayaan dan keyakinan peneroka Felda sekaligus menyebabkan kerugian yang besar kepada lembaga itu.

Selain menuntut ganti rugi RM200 juta, termasuk ganti rugi keterlaluan dan teladan, plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah secara lisan di media cetakan atau internet.

Felda juga menuntut pihak defendan memohon maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan majalah, kos dan relif lain yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Selain itu, Felda juga menuntut faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi dari tarikh saman itu difailkan sehingga tarikh kes selesai sepenuhnya.

Saman yang difailkan melalui Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpour pada pukul 3 petang tadi itu ‘mengotakan kata-kata’ bahawa Felda tetap menolak fitnah berkenaan.


salin dari Blog : Hambali Latif http://hambali1.blogspot.com/

4 ulasan:

Pendekar Melayu berkata...

memang patut mereka disaman..selama ini mereka beriya iya menyaman kita terutamanya utusan malaysia..

terbaru ada ura ura guan eng mahu saman utusan malaysia sebab dedahkan perangai buruknya.

tapi kalau setakat 200 juta tu apalah sangat bagi mereka..pkr kan ada yahudi yang tanggung semua belanja..

KAPAKTAJAM berkata...

Tahniah Datuk Hafarizam, KAPAK setuju benar dgn tindakan yg dibuat. Pembangkang [yg kebanyakan Non Malay] mmg ada niat tersirat & tersurat serta mengemukakan hujjah Suara Keadilan adalah Hak rakyat dan Kerajaan tak boleh saman rakyat!.

Jadi, apakah rakyat dgn sewenang2nya bercakap dan memfitnah semahunya dan samada ia ada asas atau pun tidak. Jika ini berterusan Negara akan kacan bilau.

Rakyat yg Non Malays ni sedarkah diri mereka dimanakah status mereka diperinkat awal penubuhan Kerajaan tanah melayu nih?

Biar KAPAK bg tau status mereka hanya lah pendatang yg dibawa masuk oleh Inggeris. Cina hanya ditempatkan di perlombongan dan India di Estet2. Itu jer status mereka. Dek kerana syarat Inggeris yg nak beri kemerdekaan pada Tanah Melayu, mereka beri syarat Org Melayu kena terima mereka2 ini sebagai rakyat Tanah Melayu. Secara toleransi Org Melayu bersedia bersetuju dgn beberapa syarat.

Adakah syarat2 mereka masih pegang?
Sedar ker mereka apa yg mereka buat?
Memang dasar macam ANJING TERSEPIT!.

Ingat, toleransi Org Melayu ada batasnye. Jgn sifat tamak dan Gelojoh ANDA membuat Melayu tidak akan bertolak ansur lagi dan akan berulangnya tragedi 13 Mei. Jgn sesekali di permainkan tioleransi Melayu selama ini.

Kepada Melayu2 yg durjana seperti PKR & PAS ingat anda juga akan mengalami nasib sama jika anda bersekongkol. Ingat jiwa Pahlawan Melayu walau tidak bersenjata masih boleh mempertahankan Tanah melayu.

So, jgn sesekali mempermainkan lagi toleransi Kaum Melayu selama ini. Jgn sifat tamak dan tak tau diuntung ini akan menghancurkan ketemadunan Bangsa yg dipupuk selama ini.

Ingatlah akan akibat semua ini jika ia benar2 berlaku. Fikiran yg waras mesti diutamakan dan menjadi Kaum yg suka berterimakasih dan bersyukur adalah satu2 jln terbaik sebelum semuanya menjadi abu!!!

Ingat dan fikrkan coretan ini.

Bingai @ Bangang berkata...

Saman! Jangan tak saman!

Asik kena saman saja buat apa? Asik bertahan saja. Kena ubah taktik menyerang pula

Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

Wake UP! berkata...

Kalau tak mau disaman, jangan buat fitnah tanpa bukti.

Ejen kuasa asing memang suka buat begitu.

Cari Blog Ini

Translate