Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 September 2010

ZULKIFLI NORDIN DEDAHKAN RAHSIA PERJANJIAN BERSAMA PAS PKR DAP UNTUK GUGURKAN TUNTUTAN HUDUD JIKA MEMERINTAH MALAYSIA !!!


(YAB Tok Guru Nik Aziz: tetap tegas dengan perjuangan menubuhkan negara Islam & perlaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas & ta'zir)

Salam 2 all.

Saya yakin ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat memperuntukkan bahawa menjadi dasar Pakatan Rakyat jika memerintah tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, dan tidak akan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir). Malahan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular yang sedia ada!!

Saya percaya atas kesedaran itulah maka YAB Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan baru-baru ini mendesak supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang hudud, qisas & ta'zir (dan menubuhkan negara Islam) jika Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi kenyataan Tok Guru itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Dr. Dzulkifly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain. Sehingga satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!

Sebab itu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB Tok Guru Nik Aziz yang menuntut supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang jenayah Islam (hudud, qisas & ta'zir) jika diberi kuasa memerintah Kerajaan Persekutuan. Desakan Tok Guru disokong oleh YB Setiausaha Agong PAS Dato' Mustafa Ali dan Ketua Pemuda Sdr Nasharuddin Hassan Tantawi.

Saya angkat tabik hormat kepada Tok Guru kerana istiqomah dan konsisten dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ini, termasuk pendirian mahu menubuhkan negara Islam dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malahan pendirian tegas inilah yang menyebabkan PAS menolak UMNO. Dan pendirian inilah yang membezakan PAS dengan UMNO. Jika bukan kerana penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir, tiada bezanya PAS dengan UMNO.

Malahan itu antara sebab utama orang Melayu tertarik dengan PAS, kerana cita-cita untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Saya sendiri menyertai PAS dahulu kerana pendirian tegas ini. Daripada menjadi ahli biasa, kemudian menjadi ahli jawatankuasa Lujnah Kebajikan PAS Pusat, kepada AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, memegang jawatan YDP PAS Kawasan BTR, sehingga ke jawatan Pengerusi Tetap PAS Kawasan. Begitulah sejarah saya dengan PAS.

Dan itu semua antaranya kerana keyakinan saya kepada pendirian PAS mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam dan menubuhkan sebuah negara Islam, dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malah saya masih istiqomah dengan perjuangan ini. Sebab itu saya satu-satunya Ahli Parlimen yang konsisten mengemukakan usul kepada Parlimen dalam tiap sidang supaya undang-undang Islam dilaksanakan, dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mendaulat dan memartabatkan Islam (sila lihat kepada Hansard Parlimen ke 12 ini).

Dan itulah yang dibuktikan oleh PAS bila ia memenangi Terengganu pada tahun 1999. PAS telah menggubal Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir sebaik sahaja menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu. Kerajaan PAS Kelantan juga telah menggubal enakmen yang sama. Dan siapa yang mencabar PAS dengan menyaman PAS di Mahkamah, memohon Mahkamah membatalkan Enakmen-enakmen tersebut; yup..Zaid Ibrahim..pemimpin PKR sekarang yang dibantu bertungkus lumus oleh PAS dalam PRK Hulun Selangor!

Cuma satu persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada ahli akar umbi PAS, adakah mereka sedar bahawa kerjasama diantara PAS-PKR-DAP untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat terikat kepada satu perjanjian: iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir jika memerintah; melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat; dan penubuhan sebuah negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat!! Malahan, Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular saperti yang sedia ada.

Dan adakah ahli akar umbi PAS sedar, bahawa Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR membuat kenyataan bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika Pakatan memerintah hanyalah mimpi PAS; mimpi kerana katanya PAS tidak akan dapat melaksanakannya bersama dengan Pakatan, kerana kerusi PAS didalam Parlimen tidak cukup untuk berbuat sedemikian! Zaid kata PAS bermimpi untuk melaksanakan hudud, nak menubuhkan negara Islam!

Dan ahli akar umbi PAS perlu sedar bahawa Zaid Ibrahim inilah orangnya yang memfailkan saman di Mahkamah untuk membatalkan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir yang digubal oleh Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999! Dan inilah orangnya yang PAS bantu bertungkus lumus dalam PRK Hulu Selangor bulan April 2010 lepas!

Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Itu hanya mimpi PAS, kata pemimpin Pakatan! Mimpi yang PAS tidak akan dapat capai selagi dengan Pakatan!
Saya percaya ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, dan negara Islam tidak akan ditubuhkan, dan Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika Pakatan Rakyat yang memerintah.

Saya yakin dan percaya ahli akar umbi PAS kebanyakannya memang ikhlas bersama PAS kerana percaya kepada perjuangan PAS mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Mereka sanggup berderma jihad, bersengkang mata mengahdiri ceramah tiap malam, menumpahkan keringat & meninggalkan anak isteri untuk bersama menampal poster pilihanraya. Ada isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah demi perjuangan ikhlas ini.

Malahan ada yang sudah terkorban syahid kerana mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang menajdi cita-cita PAS. Semasa membuat kes Al Ma'unah, saya membaca tuntutan yang dikemukakan oleh mereka semasa dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka menuntut penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Dan 100% mereka adalah ahli PAS, khususnya dari Unit 'Amal PAS. Dan kini 4 daripada mereka sudah membayar harga perjuangan mereka ditali gantung, 19 lagi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Semua itu kerana keyakinan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan ikhlas PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan saya yakin para ulama dan ahli akar umbi PAS masih berpegang kepada cita-cita dan perjuangan murni itu.

Namun saya percaya ramai ahli akar umbi PAS sebenarnya tidak tahu bahawa persekongkolan PAS dengan DAP-PKR didalam Pakatan Rakyat bermakna perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan sekular telah diketepikan. Ia tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memerintah. Ia hanyalah mimpi PAS kata pemimpin PR!

Kalau tidak percaya, cuba tanya golongan Anwarinas didalam PAS. Atau cuba tanya Anwar Ibrahim sendiri. Ya saya tahu mereka akan jawab ini agenda UMNO dan BN untuk memecah belahkan Pakatan. Ini cubaan jahat mereka kerana takut hilang kuasa. Mereka akan kata ini usaha jahat UMNO meniupkan sentimen agama dan perkauman. Mereka akan kata ini cubaan UMNO untuk menutup isu lain, isu rasuah, isu itu dan isu ini. Dan saya tidak hairan jika mereka akan membuat kelentong biasa; nanti kita memerintah kita tahu lah nak buat apa. Ini lagu basi yang selalu dibohongkan kepada kita.

Sedarlah sahabat dan rakan didalam PAS. Isu ini tidak ada kena mengena dengan orang lain; samada UMNO, BN, atau lain-lain pihak. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui diantara PAS-DAP-PKR. Perjanjian itu dideraf dan ditaip oleh Pakatan sendiri. Takkanlah UMNO atau BN yang membuat perjanjian untuk dipersetujui noleh PAS-DAP-PKR. Kecualilah kalau ada orang yang begitu bodoh mahu mempercayai pembohongan ini!

Perjanjian untuk tidak menubuhkan negara Islam, tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir dan menerima Perlembagaan sekular jika Pakatan Rakyat memerintah adalah persetujuan bersama diantara PAS-DAP-PKR. Ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Dr. Dzulkfly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan didalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini. Jangalah kita termakan racun pembohongan yang menuduh orang lain. Jika tidak percaya, tanya sendiri dengan mereka.

Saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya masih punya ramai sahabat dan rakan didalam PAS yang masih yakin dan percaya bahawa jika menang dalam pilihanraya akan datang, negara Islam akan ditubuhkan dan undang-undang Islam akan dilaksanakan. Mereka tidak tahu bahawa mereka sudah diperdaya dan dibohongi, dan yang saya paling khuatir; bila berhadapan dengan ALLAH di akhirat nanti, baru mereka terkejut bahawa sebenarnya penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar Pakatan Rakyat. Bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah. Itu adalah dasar yang sudah dipersetujui bersama. Bahawa Perlembagaan Persekutuan saperti yang sedia ada akan terus dipertahankan dan di amalkan!

Sedangkan berpuluh tahun ahli PAS menentang UMNO, malah sehingga mengkafirkan UMNO, kerana didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Sehingga muncul Amanat Hj Hadi, yang jelas menyatakan penentangan terhadap UMNO bukan kerana namanya, tetapi kerana Perlembagaan sekular yang didakwa dipertahankan UMNO, kerana kononnya keengganan UMNO melaksanakan hudud, qisas & ta'zir; kononnya kerana UMNO didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam!

Tetapi sekarang, Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat jelas membuktikan melalui dokumen bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat jika memerintah. Perjanjian bersama itu juga jelas memperuntukkan Perlembagaan sekular yang ditentang sangat oleh PAS itu akan terus dipertahankan dan diamalkan.

Jadi persoalannya, apa beza pendirian PAS dengan UMNO yang ditentang sejak dulu, kini dan selamanya itu? Dan persoalan lanjut yang perlu kita tanya, mengapa bersekongkol dengan DAP/ PKR untuk tidak menubuhkan negara Islam dan tidak melaksanakan undang-undang Islam halal pada PAS; tetapi duduk berbincang dengan UMNO dalam isu Islam dan umat Islam menjadi haram?

Sebab itu sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis air mata darah pun tidak memberi apa-apa makna, saya sekali lagi, atas nama ALLAH dan lafaz bismillah, menyeru saudara dan sahabat didalam PAS, kembalilah kepada perjuangan asal; iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan landaskan perjungan itu dengan niat ikhlas kerana ALLAH semata-mata.

Saya menyeru ahli akar umbi PAS supaya mufaraqah lah daripada persekongkolan sia-sia dengan DAP/PKR ini. Mereka tidak ada cita-cita lain selain daripada ingin menawan Putrajaya dan menjadi kerajaan; demi memenuhi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri sahaja. Jangan kita terpedaya dengan mainan politik murahan dan jijik ini. Islam itu mulia, dan Islam yang memuliakan kita. Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Jangan kita letak diri kita ke lembah yang hina jauh daripada Islam. Janganlah kita bersekongkol dengan kafir harbi untuk memenuhi nafsu mereka sehingga kita sendiri jatuh tersungkur dipintu neraka!

Memang kalau mengikut ukuruan duniawi, perjuangan bersendirian tanpa bersekongkol dengan DAP/PKR ini kelihatan saperti mustahil bagi PAS. Tetapi percayalah dengan kuasa ALLAH. Lihatlah sirah Nabawi, jumlah yang sedikit akan sentiasa dimenangkan oleh ALLAH, selagi kita menepati ciri dan sifat untuk menerima nasrullah, bantuan ALLAH.

Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 53 esok, marilah kita berjuang memerdekakan negara ini daripada segala amalan syirik, kufur dan sekular. Marilah kita perjuangkan penubuhan negara Islam, perlaksanaan undang-undang Islam. Marilah kita merdekakan negara kita daripada Perlembagaan sekular kepada Perlembagaan yang diterima dan diredhoi ALLAH! Itulah kemerdekaan sebenarnya bagi Islam dan umat Islam!

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Yang baik itu semuanya daripada ALLAH, yang tidak itu daripada kelemahan saya sendiri.


Selamat beri'tikaf di sepuluh akhir Ramadhan ini.

Wassalam.

Adios amigos, grasias senor & senorita.


Zulkifli Bin Noordin
Isnin
20 Ramadhan 1431
30 Ogos 2010



http://zul4kulim.blogspot.com/2010/08/mufaraqah-lah.html






ULASAN PANGLIMA :

PELIK ISU-ISU YANG MENIMPA ANWAR BANYAK KALI DIBELA OLEH MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ DAN DAP JUGA BANYAK KALI DIBELA DENGAN FATWA SESAT NIK AZIZ ...

APAKAH RAHSIA DI SEBALIK INI SEMUA?

WANG? KUASA? PENGARUH? BALAS DENDAM?


YA, SYAITAN SUKA SEMUA PERKARA DI ATAS DAN SYAITAN MEMANG ADA BERKAWAN DENGAN MANUSIA YANG MENYUKAINYA.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PELIK,APAKAH RAHSIA NIK AJIS.MARI KITA FIKIRKAN.

KENAPA NIK AJIS KELAKUANNYA PELIK.
ADAKAH KENA SUMPAH SENDIRI,LIHAT DIKAMPONG KAMPONG ,MACAMANA TAKSUBNYA ORANG PAS,
ADAKAH DOSANYA SENDIRI TERPALIT DIHIDUNG??
ADAKAH FATWANYA TERKENA DIRINYA SENDIRI???
ADAKAH FATWANYA BOLEH BERSAHABAT DENGAN SYAITAN TERKENA DIRI SENDIRI,???

ADAKAH SUMPAH SERANAH DAN SEMBAHYANG HAJATNYA MEGAIBKAN ORANG KENA BATANG HIDUNG SENDIRI???

ATA APAKAH MUSLIHAT MANUSIA INI...
MARI KITA FIKIRKAN...

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PELIK,APAKAH RAHSIA NIK AJIS.MARI KITA FIKIRKAN.

KENAPA NIK AJIS KELAKUANNYA PELIK.
ADAKAH KENA SUMPAH SENDIRI,LIHAT DIKAMPONG KAMPONG ,MACAMANA TAKSUBNYA ORANG PAS,
ADAKAH DOSANYA SENDIRI TERPALIT DIHIDUNG??
ADAKAH FATWANYA TERKENA DIRINYA SENDIRI???
ADAKAH FATWANYA BOLEH BERSAHABAT DENGAN SYAITAN TERKENA DIRI SENDIRI,???

ADAKAH SUMPAH SERANAH DAN SEMBAHYANG HAJATNYA MEGAIBKAN ORANG KENA BATANG HIDUNG SENDIRI???

ATA APAKAH MUSLIHAT MANUSIA INI...
MARI KITA FIKIRKAN...

Tanpa Nama berkata...

SAYA SIMPATI DENGAN PENGIKUT PAS SAMADA DIKAMPONG DAN DIBANDAR.
MEREKA TIDAK TAHU APA SEBENARNYA PAS ITU.BILA BERCERAMAH TENTANG UGAMA SEMUANNYA ANGGUK BELAKA.

UGAMA MEREKA BUKANLAH TINGGI SANGAT,TAPI YANG MEMBEZAKAN AGAMA PAS DENGAN UMNO IALAH KAIN SERBAN DAN JUBAH YANG DIPAKAI.ULAMAK PAS SUKA BERJUBAH DAN BERSERBAN SEDANGKAN UMNO TIDAK.

DISITULAH UKURAN PAS TENTANG UGAMA ISLAM

Tanpa Nama berkata...

SLM PANG5A...DLM PUAK FUCKATAN SENDIRI PUN MASIH ADE RASA CURIGA ANTARA SATU SMA LAIN, INIKAN PULAK NAK MENIPU RAKYAT M'SIA

MEGAT berkata...

JIKA PANGLIMA MENGIYAKAN APA YANG DINYATAKAN OLEH ZULKIFLI NORDIN TERNYATALAH SELAIN DARI PKR DAN DAP, UMNO PUN PARTI YANG MENOLAK HUKUM SEJAK DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA.UMNO JUGA PARTI YANG MENGAGUNGKAN UNDANG-UNDANG SEKULER YANG MENOLAK UNDANG-UNDANG QURAN. KESIMPULANNYA TUAN HAMBA JUGA BERSEKONGKOL MENYOKONG PARTI YANG MENOLAK ISLAM. JIKA TUAN HAMBA MENYOKONG PENUH KENYATAAN INI, TUAN HAMBA JUGA BERADA DIJALAN YANG SALAH DAN SESAT. CADANGAN HAMBA ELOKLAH TUAN HAMBA BERDAKWAH MENGAJAK PUAK -PUAK UMNO KELUAR DARI UMNO.PANGLIMA OH PANGLIMA.. KADANG-KADANG KELAKAU JUGA PANGLIMA NI. INI NAMANYA PELURU MAKAN TUAN.

Tanpa Nama berkata...

kpd megat:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

maknanya pas pun kafir dan tolak islam sbb tak akan laksanakan hudud.Kahkahkah..
abis semua totok pas kena tipu dgn pmimpin mereka,tmasuk la org mcm ko

Pak Din berkata...

Sudah la megat.. ko check Utusan hari ini... PAS terang-terang kata dia tak akan laksanakan hukum hudud jika berjaya memerintah.

Sekadar goreng dekat kmpung boleh la.. kata nk laksanakan hudud, qisas dan ta'zir .. tapi bila Raja Singh pakatan rakyat bukak mulut.. tekucil la PAS..

semak sini klu tak percaya..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tanpa Nama berkata...

Dengan Pork Nik pung rame org kena tipu. Bagus dok ada! Semakin hari makin burok kulihat gambar Pork Nik. Bukan main baik dgn Lim Kit Siang Malam. Anwar dgn buku JinGay with Assmin. Dah takdo pemimpin yg lain lg ke yg nak ditabalkan. Ini org bodoh belajar tak pass sibuk berpolitik je. Nate Brok la penyokong diorang ni. Bruk Makyeh..

Cari Blog Ini

Translate