Zaid Ibrahim dilaporkan akan bertanding jawatan Presiden PKR seperti laporan Sinar Harian di sini http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8247650.asp
Tidak pelik membaca hasrat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana ramai ahli PKR melihat kronisme yang dibina Anwar dengan tindakannya membiarkan anak beranak menguasai parti harus dihentikan...Sebab itu calon seperti Zaid Ibrahim dilihat boleh memecah penguasaan terancang Anwar Ibrahim mewariskan PKR kepada ahli keluarganya selepas ini. Azmin Ali juga tidak ubah seperti ahli keluarga yang istimewa kepada Anwar walaupun tidak direstui oleh Azizah dan Nurul Izzah.
Bukan saja PKR bahkan DAP juga turut mempunyai senario yang sama di mana anak beranak telah menguasai parti. Lim Kit Siang barangkali kagum dengan bekas bosnya Lee Kuan Yuew yang mana telah menguasai PAP di Singapura berkurun lamanya.. Patutnya yang bercakap soal kronisme dan nepotisme itulah yang tidak membenarkan anak beranak menguasai parti seperti yang dipraktikkan oleh Tun Mahathir sebelum ini.Malangnya cakap pembangkang tersebut tak serupa bikin dan lebih retorik semata-mata...
Maka sokongan luar biasa kepada calon baru seperti Zaid Ibrahim yang dikatakan telah menerima pencalonan sebanyak 38 cabang berbanding Azmin sebanyak 102 adalah satu kejayaan besar bagi pendatang baru seperti beliau. Namun demi menjatuhkan Azmin maka tindakan meletakkan Zaid sebagai lawan Azmin akan memberi mesej yang jelas kepada Anwar bahawa Azmin akan ditolak sekali lagi oleh ahli PKR selepas insiden sama berlaku di Sabah sebelum ini... Zaid masih cerah peluangnya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR jika beliau berani membangkitkan skandal gelap lawannya yang ada kaitan dengan Penasihat Umum Anwar Ibrahim.
Semalam kita melihat sekali lagi tragedi berlaku pada pemilihan Cabang Sabak Bernam yang menyaksikan Dr Badrol Amin selaku Ketua Penerangan PKR Selangor menang, telah menjadi medan tempur antara ahli ahli PKR. Beliau telah berdepan dengan dua pencabar iaitu Abdul Kadir Abdul Rasyid dan Abdul Aziz Idris.. Keputusannya ialah Dr Badrul memperolehi 290 undi manakala Abdul Kadir mendapat 220 undi dan Abdul Aziz pula 160 undi.
Apa yang menariknya pergaduhan telah berlaku semasa pemilihan tersebut seperti gambar di bawah ini.
Apa yang berlaku adalah dari tingkah laku beliau sendiri yang begitu 'ganas' dalam menghina Mufti Perak seperti rakaman video di bawah ini. Dengan wajah yang gelap tanda 'karat' penuh di dada hingga zahir kata kata menghina Mufti selaku orang yang dihormati dengan ilmunya maka patutlah Allah balakan tempat beliau Sabak Bernam dengan pergaduhan sesama ahli parti.
Lihat video Menghina Mufti Perak Tan Sri Harussani
Seterusnya anda perlu baca betapa biadapnya Malaysiakini ( http://malaysiakini.com/news/144176 ) dalam membandingkan insiden yang berlaku di PWTC yang melibatkan wartawan Malaysian Insider Boo Su Lyn dengan kes dua wartawan Utusan yang menyamar memasuki gereja untuk membongkar insiden kristianisasi Paderi terhadap orang Melayu. Di mana adalah sangat jelas cubaan memurtadkan orang Islam itu salah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Satu kes melibatkan wartawan melanggar peraturan majlis yang dibuat tertutup dan satu lagi perbuatan cuba mengkristiankan orang Melayu Islam yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama selain Islam.
Kita dapat melihat tulisan Malaysiakini sengaja cuba membela wartawan Boo Su Lyn yang terbukti melanggar tatasusila majlis tertutup anjuran Puteri Umno dengan menulis laporan tidak benar tentang ucapan En Hamim Husin. Ia kemudiannya menjadi topik utama pemimpin negara kita khasnya bangsa Cina yang terus mengecam tanpa usul periksa. Namun cubaan mengubah persepsi pembaca tentang isu tersebut dengan membangkitkan kembali isu wartawan menyamar masuk gereja tidak akan berjaya. Ini kerana kita dengan mudah dapat melihat nawaitu mereka dalam memanipulasi fakta agar peluang mereka menang akan cerah PRU akan datang..
Jom lihat gambar gambar menarik pertempuran ahli PKR yang telah dirakamkan oleh lensa jurugambar di bawah :
1. Blog Warisan - http://warisan2057.blogspot.com/
2. Blog GAP http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
Cerita ura ura PAS tak akan bertanding di GALAS ada di blog Neutral Daily di sini http://neutraldaily.blogspot.com/2010/10/prk-galas-pas-tak-tanding-jika-ku-li.html
untuk koleksi gambar pertempuran minggu lepas sila tengok di sini
gambar blog http://warisan2057.blogspot.com/
2 ulasan:
Salam, macam ni ke PKR yang dicanang2 nak memerintah malaysia...
Rakyat malaysia kalau masih tak sedar tak tahulah teman yeop!!
Salam, macam ni ke PKR yang dicanang2 nak memerintah malaysia...
Rakyat malaysia kalau masih tak sedar tak tahulah teman yeop!!
Catat Ulasan