Pengikut Blog Panglima

30 April 2010

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/ 

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali 
beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, 
beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa 
pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,
Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk 
Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah 
APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr! 

29 April 2010

Edisi Khas : Sultan Selangor Murka Terhadap Mursyidul Am PAS yang Pertikai Titah Baginda !!!

Elak datang ke Selangor jika enggan patuhi larangan berpolitik di masjid: Sultan Sharafuddin





SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.
Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor. Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka. Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.
"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.
Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.
Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. -BH


1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian  yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.


Daulat Tuanku !!!


Panglima Perang Cyber
Khamis 29 April 2010  5.45 pm

28 April 2010

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar Perlu Ditangkap Akta Hasutan !!!


1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini. (video klik sini )

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan oleh Blogger BPN !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam

Video UMB Nizar Menghasut Cina Bencikan PERDANA MENTERI - Sebarkan !!!





TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT SANGAT BERBAHAYA DAN BOLEH DIKIRA MENGHASUT RAKYAT JUGA BOLEH MENIMBULKAN HURU HARA.

NIZAR MENDAKWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA :


" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "


" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "


MINTA PIHAK KESELAMATAN BERTINDAK SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI PERGADUHAN KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....


JIKA TIDAK CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.


Nota :

DIHARAP GENG BPN DAN SAHABAT BLOGGER YG LAIN DAPAT SEBARKAN VIDEO INI UNTUK MENARIK PERHATIAN PIHAK BERKUASA AGAR TINDAKAN DAPAT DIBUAT TERHADAP BEKAS MB PERAK INI.

PENGHASUT WAJAR DITAHAN SEGERA SEBELUM KEROSAKAN ANTARA KAUM BERLAKU

27 April 2010

Beza Politik Nabi Muhammad SAW dan Nik Aziz Nik Mat - Penjelasan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


 



























Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya ingin mengajak saudara saudari warga Malaysia membaca apa yang telah ditulis atau diterbitkan oleh seorang tokoh akademik negara kita tentang polemik yang ditimbulkan oleh bantahan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bila dilarang oleh Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan untuk menggunakan mana mana premis masjid dan surau didalam negeri Selangor untuk berkempen politik untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor samada melalui majlis ceramah atau syarahan umum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?


Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.


Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai "sekular" dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. 


Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.


Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.


Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.


Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.


Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah "Pesuruh Allah" yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.


Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Demikianlah cara orang yang bijaksana berfikir. Tidak taat membuta tuli atau taksub tanpa usul periksa akan agenda seseorang ahli politik itu.


Agama tidak menghalalkan memaki hamun dan memfitnah mana mana saingan politik. Diwaktu yang sama, adab bersiyasah tidak memberi ruang kepada mana mana penggiat politik untuk melakukan sesuatu yang bersalahan kepada hukum hakam Ad Deenul Islam mahupun melanggar tatacara dan adat resam turun temurun peradaban Melayu didalam berpolitik secara kasar dan penuh tipu daya dan muslihat semata mata mahu mengejar kuasa secara mutlak tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap anak bangsa dan negara.


Saya menyeru kepada saudara dan saudari para pembaca supaya menghayati isi kandungan artikel Prof Dato Dr Ismail Ibrahim ini dengan lebih mendalam lagi serta sebarkan kepada rangkaian kenalan anda.


Berbalik kepada persoalan tajuk 'Yang mana satu ulamak dan yang mana pula ahlul politik?'

Sudah dapat kenalpasti belum?



sumber : Mahaguru58 @ http://mahaguru58.blogspot.com/



Analisa Hulu Selangor : PKR kalah DAP menang PAS kecundang !!!

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain
DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu
etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu. 

Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik. 

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor  termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan  untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

 Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.


Tulisan Lintau Perak @ http://lintau-perak.blogspot.com/ 

Edisi Sibu Siri 1 : Nik Aziz Menafikan Langgar Titah Sultan...Putar belit lagi ?

gambar penyokong PAS menghalang kenderaan Raja Nazrin


2010/04/26

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.



Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat.



“Saya mahu melahirkan rasa dukacita amat sangat atas kenyataan yang dibuat Perdana Menteri bahawa saya sudah melanggar titah Sultan Selangor, saya nak jawab kepada beliau dan masyarakat semua.



“Saya langsung tidak terfikir nak langgar titah. Selama 20 tahun menjadi Menteri Besar, saya amat menghormati institusi raja. Seorang wartawan tanya saya, bagaimana masalahnya politik dalam masjid. Bagi saya ada dua, pertamanya politik, keduanya parti.



“Politik, di mana-mana kita boleh sebut (bincang). Azan yang dilaungkan bilal (hakikatnya) adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai (mengerjakan solat di masjid). Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengasingkan kenyataannya antara agama dan politik.



“Hal parti, saya tak setuju disebut dalam masjid. Yang peliknya, dia sendiri (Perdana Menteri) lebih teruk lagi, bagi subsidi atas masjid," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pagi semalam.



Beliau mengulas kenyataan pelbagai pihak membidasnya termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang menyifatkan Nik Aziz melakukan pengingkaran serius kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, supaya mana-mana pihak tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik.


Mursyidul Am Pas itu ketika menyertai kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini dilaporkan media menganggap larangan mengguna masjid dan surau di Selangor sebagai gelanggang berpolitik sebagai karut serta peninggalan penjajah.

Nik Aziz mendakwa tidak tahu menahu mengenai titah yang dikeluarkan Sultan Selangor ketika beliau menjawab pertanyaan wakil media mengenai isu politik dalam masjid itu.

Saya tak tahu langsung, Dia tanya (soalan yang dikemukakan) pun tak sebut masalah (titah) Sultan. (Wartawan) mengarut dia," katanya.


BERITA HARIAN ( http://www.bharian.com.my )



Komen Penulis :

  1. Definisi Politik ialah : pengurusan atau pentadbiran. Politik juga dianggap proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Ia boleh berlaku dalam sektor korporat, akademik atau agama.Politik tidak terbatas kepada pihak tertentu bahkan ia digunakan oleh mana mana pemimpin untuk mentadbir samada keluarga, kampung, persatuan, negeri dan negara
  2. Orang Politik ialah orang yang terlibat secara langsung dengan urusan pentadbiran. Dalam hal ini Nik Aziz Nik Mat atau Najib Tun Razak ialah orang politik sebagai contoh.
  3. Beza antara dua individu dari dua parti tersebut ialah Nik Aziz ahli agama yang digelar tok guru menjadi orang politik. Manakala Najib Tun Razak tidak dilahirkan menjadi ahli agama seperti Nik Aziz tetapi tetap merupakan ahli politik yang amanah dan berjaya dalam menguruskan hampir 30 juta rakyat kita..
  4. Namun pencapaian beliau lagi hebat dari Nik Aziz yang masih belum dapat merasa kerusi menjadi Perdana Menteri berbanding beliau yang sejak muda sudah menjadi Menteri Besar.
  5. Banyak tanda tanda kejayaan Malaysia telah, akan dan sedang dirancang atau diusahakan bagi meningkatkan kebanggaan kita ke seluruh dunia hasil politik YAB Perdana Menteri.
  6. Walau bagaimanapun jika ahli politik seperti Nik Aziz melanggar titah larangan berpolitik di dalam masjid atau surau tentu anak cucu kita suatu hari kelak akan keliru.
  7. Pergaduhan pasti berlaku kerana medan dakwah di masjid telah diisi oleh golongan agama yang condong kepada politik kepartian hingga mengelirukan masyarakat.
  8. Isu solat dua imam antara contoh yang telah berlaku apabila politik dimainkan di masjid hingga melarat kepada kafir mengkafir sesama umat.
  9. Namun isu yang timbul sekarang ekoran Nik Aziz sebagai orang politik telah dihalang dari berkhutbah atau berceramah di dalam masjid negeri Selangor atas titah Sultan Selangor. Lalu beliau telah menghina titah tersebut dan mengaitkannya dengan penjajah.
  10. Sedangkan titah Sultan bertujuan untuk menjaga umat dari berpecah ekoran perselisihan politik yang kadang kala membawa kepada kafir mengkafir sesama umat Islam. Bukan bertujuan menghalang cita cita politik beliau untuk berkempen sempena PRK Hulu Selangor.
  11. Selama ini Nik Aziz sendiri pernah menyifatkan Umno komunis, sekular dan lain lain lagi. Hj Hadi juga pernah mengaitkan perbuatan menyokong Umno boleh menggugurkan akidah dan membawa kepada kufur dan rosak akidah seperti yang termaktub di dalam Amanat Hj Hadi di Terengganu satu ketika dulu.
  12. Bayangkan jika kita membiarkan ahli politik yang hidupnya penuh dengan politik tanpa henti, diberi peluang untuk berkhutbah atau mengajar di masjid kampung kita ? Tentu akan keluar perkataan kafir, syirik, sesat, dajal, komunis, sekular dan lain lain lagi dari mulut ahli politik pembangkang ini terhadap parti lawannya.
  13. Setakat ini kita tidak pernah mendengar ahli parti UMNO menggunakan masjid sebagai tempat politik dan menyindir lawannya demi mendapatkan sedikit sokongan dan undi.
  14. Barangkali faktor kesetiaan kepada Raja yang menjadi rukun Negara telah menghalang kita dari melakukakan perbuatan seperti Nik Aziz yang jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor.
  15. Nik Aziz pandai putar belit. Selama ini banyak kenyataan samada disalahkan kepada wartawan, atau dinafikan keesokan hari beliau mengeluarkan kenyataan yang songsang atau salah.
  16. Nik Aziz konsisten dengan cara 'mantiq' yang diguna selama ini. Mantiq iaitu menggunakan logik akal untuk mengalahkan hujah lawan.
  17. Tindakan beliau sendiri menjelaskan bahawa Pembangkang memang menggunakan masjid untuk memecah belahkan rakyat dan penggunaan dalil akal dan naqli (agama) ditonjolkan bagi menghalalkan perbuatan tersebut.
  18. Jelas bahawa politik PAS dan UMNO sangat berbeza. Tempat ibadat yang menjadi tempat perpaduan kita telah dilindungi dengan akta dan titah Ketua Agama Negeri iaitu Sultan Selangor agar tidak dicemari dengan unsur politik kepartian.
  19. Umno sekadar menyampaikan hadiah / bantuan di masjid bukan menjadikannya tempat ceramah politik manakala Pakatan Haram menjadi masjid sebagai tempat berpolitik menerusi slot agama demi mendapatkan sokongan umat Islam yang hadir menunaikan solat.
  20. Lagi malang ada Adun dan MP bukan Islam dari pembangkang telah menghina institusi masjid dengan memasuki rumah ibadat kita walaupun dilarang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka juga telah menjadikan ayat quran sebagai 'mainan politik' dalam ceramah sehingga kesucian kalam Allah dibiarkan begitu sahaja oleh Nik Aziz atas alasan 'jahil' dan belum memeluk Islam.
  21. Dalam kenyataan di atas Nik Aziz menafikan beliau pernah mendengar titah Sultan agar jangan jadikan masjid sebagai tempat berpolitik.
  22. Meskipun Nik Aziz menafikan beliau mengetahui titah Sultan tersebut namun kita tahu beliau menipu. Persoalannya : adakah benar dakwaan beliau tidak mengetahui titah Sultan tersebut.? Mana pergi penasihat sekeliling beliau ?
  23. Jika Nik Aziz benar benar setia kepada Raja, apakah buktinya ? Kenapa beliau tidak menghalang golongan yang menghalang kenderaan Diraja semasa kekecohan DUN Perak tahun lepas ??? Kenapa Istana Kelantan masih lagi bergolak hingga hari ini ?
  24. Bukankah selama ini Pakatan Haram yang sebenarnya sering mencetuskan huru hara seperti kejadian di Kuala Terengganu sehingga bendera Malaysia dibakar, Demonstrasi BERSIH, Hindraf dan lain lain meskipun sudah dinasihat oleh Sultan-Sultan agar jangan membuat huru hara ?
  25. Kesimpulannya : Sultan akan diancam oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP dan mereka tidak akan redha selagi Sultan dan Raja Melayu tidak dihapuskan dari pemerintahan negara kita.
  26. Jika Ketua Agama kita sudah dijatuhkan oleh Pakatan Haram ini nescaya mudahlah usaha mereka menyebarkan fahaman songsang tersebut atau mengaut keuntungan beratus bilion melalui GLC yang sudah menjadi 'taiko' dalam dunia bisnes antarabangsa.



Baca dan fikirkan bersama.




Catatan oleh :

Panglima Perang Cyber

27 April Jam 3.00 pagi




25 April 2010

Tahniah semua : 3 Anak Ibrahim dari PKR sudah dikuburkan oleh orang Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi !!!

 
gambar : The Star

  1. Jam 8.09 pm Utusan News Alert memberitahu keputusan tidak rasmi PRK Hulu Selangor
  2. P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1683 mengalahkan Zaid Ibrahim
  3. BN memperolehi 24669 undi manakala PKR pula mendapat 22986 undi
  4. Keputusan rasmi oleh Utusan Malaysia jam 9.19 malam : majoriti  ialah 1725 dengan BN mendapat 24997 dan PKR 23272
  5. Kemenangan ini membuktikan PKR gagal menang di negeri yang mereka kuasai meskipun menggunakan berbagai cara termasuk berkempen di surau2 dan masjid2 di Hulu Selangor
  6. Kehadiran Nik Aziz Nik Mat di saat akhir juga jelas semakin memburukkan keadaan dengan rakyat dapat melihat biadapnya MB Kelantan ini mengingkari titah Sultan yang melarang politik di rumah ibadat umat Islam tersebut dengan mengaitkannya dengan saki baki fahaman penjajah.
  7. Syabas kepada sahabat blogger samada dari geng BPN atau blogger2 yang lain khasnya Unit Media Baru, Blogger Patriot, All Blogger... Semoga kita akan terus menang di hari hari akan datang.
Jumpa di Sibu bulan depan untuk pertarungan lagi hebat dengan kafir harbi DAP......




gambar : The Star

Edisi Tahniah : BN Menang majoriti 1683 undi di P094 Hulu Selangor ( Utusan Malaysia ) !!!


  1. Jam 8.09 pm Utusan News Alert memberitahu P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1683.
  2. BN memperolehi 24669 undi manakala PKR pula mendapat 22986 undi
  3. Keputusan tidak rasmi ini sekaligus tanda kebangkitan BN di Selangor dan Malaysia amnya...



Tahniah kepada semua penyokong Barisan Nasional dan takziah kepada Pakatan Haram kerana gagal memujuk rakyat menyokong mereka yang jelas gagal membawa apa apa selama dua tahun menjadi Ahli Parlimen di Hulu Selangor.


Syabasssssssssssssssssssssss dan kita jumpa pula di SIBU pada 8 Mei 2010 akan datang....

Edisi Khas PRK P094 : 19 + 7 Analisa Undi dan Calon Hulu Selangor !!!


Beberapa fakta menarik PRK hari ini :


  1. Pertandingan melibatkan satu lawan satu antara pemimpin besar PKR yang juga mantan pemimpin Umno/ Menteri di JPM iaitu Dato Zaid Ibrahim, 59 tahun dari PKR dengan P.Kamalanathan, 44 tahun Ketua Penerangan MIC
  2. 48 Pusat Mengundi dibuka dengan 136 saluran di 3 Dun - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. PKR penyandang kerusi ini pada PRU yang lalu dengan majoriti 198 undi.
  3. Semua pusat pengundian di sekolah kecuali 1 sahaja di Dewan Orang ramai
  4. Hanya 56.82% dari 63,701 pengundi telah keluar mengundi bersamaan jumlah 36,194 pengundi hingga pukul 1 pm tadi
  5. Ini bermakna jika dibahagikan jumlah 36,194 dibahagikan kepada 5 jam proses berjalan maka lebih kurang 7238 orang keluar mengundi setiap jam bermula 8 pagi tadi
  6. Jika kadar ini berterusan tidak mustahil sasaran 80% akan tercapai dan dijangka lebih 60,000 pengundi akan keluar dan boleh jadi mengatasi rekod sebelum ini
  7. Ramalan cuaca mengatakan hujan akan turun petang nanti dan pengundi telah dinasihatkan untuk keluar awal.
  8. Ramai pengundi akan keluar lewat mengundi kerana mereka terlebih dahulu ke kebun atau ladang sebelum pergi ke tempat pembuangan undi.
  9. Jam 10 pagi seramai 26.25% pengundi telah keluar (bersamaan 16,932)
  10. Pada jam 11 pagi tadi 38.5% pengundi sudah keluar bersamaan 24,524 pengundi
  11. Ini menunjukkan dalam tempoh dua jam seramai 11,669 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
  12. Waktu rancak mengundi ialah dari jam 11 hingga 2.00 pm
  13. Setakat ini tiada dari 14,000 pengundi yang dipindahkan telah gagal menemui tempat mengundi mereka menurut SPR
  14. Terbukti tiada isu sabotaj oleh SPR seperti dakwaan pembangkang
  15. Peratusan melebihi 50% pada tiga jam pertama memberi petanda yang baik menurut SPR dan ia jarang berlaku pada mana mana pilihanraya kecil
  16. Jumlah pengundi Pos ialah seramai 799 orang yang telah mengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.
  17. Terkini menurut Mstar Online seramai 63.74 % atau 41,112 pengundi telah keluar setakat jam 2 petang

gambar Calon PKR Dato Zaid dengan isteri


9 Fakta Menarik tentang Zaid Ibrahim :
  1. Zaid Ibrahim telah meletak jawatan pada 15 September 2008 sehari sebelum tarikh Anwar dijangka umumkan penubuhan kabinet 'angan angan beliau' pada 16/9/2008
  2. Tidak mustahil Zaid Ibrahim antara mereka yang telah termakan pujukan Anwar untuk menyertai beliau dalam pembentukan kerajaan baru tersebut hingga tergamak meletak jawatannya atas alasan membantah ISA terhadap Teressa Kok.Info klik sini
  3. Apatah lagi beliau dilantik atas tiket 'Senator' oleh Tun Abdullah dan ia tentu menyebabkan beliau dengan senang hati mengorbankan jawatannya sebagai Menteri di JPM untuk 'jawatan lebih tinggi' barangkali
  4. Memandangkan Anwar telah gagal mengotakan janjinya maka Zaid Ibrahim dijanjika jawatan besar dalam PKR untuk memastikan tokoh bermasalah semasa dalam UMNO ini akan kekal bersamanya
  5. Fakta menarik tentang Zaid Ibrahim ialah beliau menjadi ahli UMNO hanya 8 tahun sahaja bermula 2000 - 2008
  6. Pada 3 Disember 2008 beliau telah dipecat dari UMNO kerana tindak tanduknya yang menyalahi undang undang parti
  7. 6 bulan kemudian pada 13 Jun 2009 beliau telah menyertai PKR
  8. Tempoh setengah tahun diambil untuk menerima tawaran menyertai PKR tidak mustahil ekoran perasaan tidak puas hati Zaid kepada janji 16 September yang dibuat oleh Anwar
  9. Zaid juga pernah mengambil keputusan berehat 6 bulan dari politik pada Oktober 2009 kerana Anwar menghalangnya ke Sabah. Ini kerana pemergian beliau ke sana tidak disukai oleh Azmin Ali yang telah ditolak oleh 18 bahagian PKR Sabah sebagai Pengerusi PKR di sana.
Sebab itu ramai menyifatkan perlantikan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR adalah untuk menjadi menjadi 'korban' kepada Azmin Ali hari ini !!!

Apatah lagi beliau juga telah mengguris ramai ahli PAS dan tidak mustahil kekalahan teruk akan berlaku ekoran sabotaj dari pihak PAS sendiri yang marahkan Zaid yang menyaman Hudud PAS satu ketika dulu.

Sekiann analisa Panglima untuk renungan kita bersama... Salam perjuangan dan sama sama kita tunggu keputusan PRK hari ini dengan doa agar PKR akan dimalukan di Hulu Selangor !!!






Kemaskini jam 4.46 petang

24 April 2010

Siri 26 P094 : 9 + 3 Faktor Kenapa Hulu Selangor Perlu Diwakili Oleh Kamalanathan


MENGAPA PERLU MEMILIH P.KAMALANATHAN?
  1. Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
  2. Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
  3. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
  4. Calon muda yang berusia 44 tahun.
  5. Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
  1. Menyertai politik sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terkini sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.
  2. Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
  3. Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
  4. Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.



Tambah lagi tiga : -
  1. Tidak merokok dan tidak minum arak seperti Zaid
  2. Tidak memiliki kuda lumba judi seperti Zaid
  3. Tidak pernah melompat parti seperti Zaid

23 April 2010

Siri 26 P094 : 7 + 4 + 1 Faktor Zaid Perlu Ditolak di Hulu Selangor !!!

cerita 1

Saya baru sahaja tiba di rumah dari Hulu Selangor selepas beberapa hari meronda ronda di sana dengan beberapa orang kawan.

Kami bergerak dari satu tempat ke tempat yang berlainan untuk melihat persiapan pilihanraya kali ini.

Memang meriah dan patutlah ia dinamakan 'pilihan RAYA'

Raya membawa erti sesuatu yang besar atau meriah atau menggerunkan. Seperti hari malaysia RAYA, hari RAYA atau hantu RAYA.

Itu pandangan sayalah.

Sekejap tadi saya selamat tiba di rumah dan tugas melancarkan serangan di alam siber akan semakin aktif selepas ini

Semasa kedudukan di Hulu Selangor, saya terpaksa mencari lokasi yang berhampiran bandar untuk mendapatkan signal yang kuat bertaraf 3G untuk mengemaskini blog. Namun di rumah kekuatan Streamyx akan memudahkan sebarang bahan dimuat naik untuk rakyat Malaysia menatapnya dan menilai kembali sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Dalam tempoh 48 jam terakhir sebelum 1Malaysia akan tahu keputusan PRK paling getir dalam sejarah ini, Panglima akan fokuskan apa jua isu untuk diguna pakai dalam kempen saat terakhir di Hulu Selangor.

Kepada jentera pihak kebenaran yang masih berusaha di Hulu Selangor, jangan kita merasa lemah dengan provokasi dan tuduhan mereka yang jelas tidak dapat menjaga kesucian agama dan bangsa serta negara kita.

Usaha kita perlu diteruskan hingga saat terakhir dan kemenangan calon Kamalanathan akan membuktikan 1Malaysia sudah berjaya diterima semua rakyat dan Pakatan Haram akan menjadi 'artifak sejarah' selepas PRU kali ini.

Lihatlah bagaimana mereka terpaksa mengenepikan calon tempatan dan memilih anak Kelantan kerana lebih berduit dan berjawatan serta berkaliber.

Pilihlah calon yang tidak merokok dan minum arak untuk menjadi wakil Hulu Selangor Ahad ini !!!


Cerita 2


Sahabat Panglima Demang ( http://waadat.blogspot.com ) telah menyiarkan 7 faktor Zaid perlu ditolak. Di bawah tulisan Demang untuk anda baca

Baru-baru ini TS Mahyudin telah membayangkan babak-babak akhir PRK Hulu Selangor akan dipenuhi pelbagai fitnah dan tuduhan liar. Kilang dan jentera fitnah akan bekerja siang dan malam.

Semalam Demang terima SMS daripada Panglima Perang Cyber mengandungi 7 kenyataan mengenai calon PKR di Hulu Selangor iaitu Zaid Ibrahim.

Persoalannya, adakah SMS tersebut berupa fitnah atau fakta tuduhan?

Mari kita lihat sama-sama.

1) Zaid penimum arak. 18 April 2010, Zaid mengaku dia peminum alkohol waktu muda dulu di estet Kerling, Hulu Selangor.

Azmin Ali mendakwa ia suatu fitnah namun Zaid telah membuat pengakuan. PAS sekadar memberi alasan Zaid sudah bertaubat.

Bagi Demang, jika benar Zaid sudah bertaubat memanglah bagus untuk dirinya. Itupun jika dia benar-benar telah bertaubat nasuha. Namun adakah kita mahu mengambil risiko mempunyai pemimpin yang sekadar memberitahu kita bahawa dia sudah tidak minum arak lagi?

2) Zaid telah sokong Lina Joy bila dia murtad. pada 9 September 2006, Zaid kata biarlah Lina Joy murtad pun bukannya mengancam Islam.

Kenyataan ini adalah fakta yang tepat. Cuma kita masih menunggu adakah Zaid akan menarik semula sokongan tersebut? Ataukah kita sedia menerima bahawa masalah murtad adalah perkara kecil dan bukan ancaman terhadap Islam?

Sebenarnya kes Lina Joy bukan setakat kes biasa sebaliknya ia akan menjadi asas pada kes-kes lain yang hampir serupa. Selain soal akidah, ia juga menggugat Perlembagaan Negara. Sebagai seorang peguam, Demang percaya Zaid lebih memahami masalah ini dan sedar implikasi pada ummat Islam. Justeru Demang meragui Zaid.

3) Zaid kaki judi kuda. Kuda "Kelantan" Zaid telah menang 7 daripada 33 race di Singapura. Zaid pakai proksi bernama Kelvin Ng Hock Heng utk sembunyikan kegiatan judi kudanya

Biarpun kenyataan ini tidak menyertakan bukti kukuh namun maklumat seseorang bernama Kelvin Ng Hock Heng sudah cukup untuk kita membuat siasatan. Setidaknya, Zaid perlu menafikan penglibatannya atau mengisytiharkan telah bertaubat.

4) Zaid halalkan loteri. Pada Disember 2008, Zaid telah halalkan loteri digunakan dalam kegiatan sukan.

Bagi Demang kenyataan ini mempunyai bukti lengkap.

5) Zaid org Kota Bharu bukan Hulu Selangor. Kalah Ketua UMNO Bahagian terus lompat parti. Masuk PKR setelah hadiri majlis makan malam DAP pada 28 November 2008 di Penang.

Kenyataan ini bukan rahsia lagi cuma kita ingin tahu apakah yang berlaku di sebalik kehadiran Zaid dalam majlis itu. Yang Demang ingat, ketika itu Zaid sedang terumbang-ambing apabila majoriti ahli UMNO tidak menginginkannya berikutan terlalu banyak masalah peribadi.

DAP pula ketika itu sedang mencari-cari hulu baru untuk dipasang pada bajinya. Dengan adanya orang seperti Zaid, lebih mudahlah DAP menumbangkan persatuan Melayu.

6) Zaid disokong oleh dana KONRAD ADENEUER FOUNDATION (KAF), sebuah dana rekaan Yahudi di Germany. Maka itulah Zaid kini tersenarai sbagai antara penerima geran dari KAF yg paling banyak di Asia.

Demang kurang maklumat tentang ini tetapi sumber yang Demang perolehi memang Demang percayai iaitu seorang ustaz yang Demang kenal rapat.

7) Zaid menentang pelaksanaa hudud PAS. Malah Zaid pernah saman PAS kerana hendak buat hudud. Zaid lebih suka keadaan yang condong kpd cara hidup Yahudi/Nasrani yg dianggapnya sebagai cara hidup ISLAM LIBERAL.

Maklumat di atas boleh didapati daripada banyak sumber, antaranya Mingguan Malaysia 18 April 2010.

Seperkara lagi, ada yang mengusulkan agar tidak menyerang peribadi calon. Bagi Demang, kita hendak memilih seorang wakil rakyat berupa individu. Justeru bagaimana kita boleh memilih personaliti seperti Zaid mewakili kita?

Sambil menaip ini Demang terima lagi tambahan maklumat kenapa Zaid tidak layak jadi ahli UMNO dan calon wakil rakyat mana-mana kawasan.

Insya-Allah Demang akan siarkan petang nanti.



Selanjutnya 4 lagi faktor yang perlu dijadikan panduan untuk menolak Zaid Ibrahim sebagai calon rakyat di Hulu Selangor kali ini.


8. Zaid dalam Parlimen (2001) meminta supaya lumba kuda diiktiraf sebagai penyumbang dana kepada aktiviti sosial

9. Zaid punya rumah di Melbourne berhampiran dengan Yb Kalabakan dan jika beliau masih lagi ketagih arak tentu tempat tersebut sangat sesuai untuk aktiviti kesukaannya.

10. Zaid dikatakan pernah menganjurkan parti-parti Ball di mana arak dan perempuan menjadi hidangan utama

11. Zaid menggadai bangunan Umno pada tahun 2004 tanpa pengetahuan AJK Bahagian. Selepas itu pemeriksaan dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti maka didapati bangunan tersebut telah digadai olehnya.


Fakta ini jika tidak benar atau sahih sekalipun, cukuplah fakta tunggal bahawa Pakatan Haram jelas membelakangkan agama dengan membenarkan KALIMAH ALLAH kepada bukan Islam dan ia turut ditolak oleh Ulama Pas iaitu Timbalan Mursyidul Am Dato Haron Din menyifatkan boleh jadi KUFUR sesiapa yang menyokong kalimah Allah dibenarkan kepada bukan Islam.


Akidah rosak akan membawa kepada kerosakan total kepada AGAMA seseorang....

Lihat video Dato' Haron Din di bawah dan fikirkan...



Lihat Anwar dan pemimpin Pakatan Haram sokong bukan Islam dibenarkan guna nama Allah