Pengikut Blog Panglima

30 Mei 2010

Versi Kemaskini - Dr Asri Panas Hati Kerana UMNO Tetap Menolak Fahaman Wahabi

  1. Dr Asri sudah lama saya perhatikan gelagatnya. Beliau seperti 'parasit' yang akan hinggap di mana sahaja yang boleh 'ditumpang' olehnya.
  2. Aliran pemikiran beliau SANGAT BAHAYA dan atas sebab itu saya telah buang link blog Pena Minang kerana terlalu obses kepada fahaman yang dibawa Dr Asri yang jelas bercanggah dengan IJMAK ULAMA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Maafkan saya PENA MINANG
  3. Ketika Ulama bersepakat kita dilarang mengambil pendapat bertentangan dengannya. Inilah digelar IJMAK ULAMA dan Dr Asri seperti gagal memahami kaedah IJMAK ini dan terus mengeluarkan pendapatnya.
  4. Mungkin lubang hidung yang agak luas menggambarkan personaliti dirinya yang begitu takabur dan ego menolak pendapat para Mufti kita dengan mengangkat pendapatnya sahaja yang sah dan boleh diturut oleh rakyat Malaysia. Hingga ditegur KP JAKIM - 'beliau perlu dita'dibkan'
  5. Selepas ditolak oleh Utusan Malaysia artikelnyam, beliau akhirnya diguna oleh Mstar dan Malaysiakini. Dulu atas nama kebebasan bersuara barangkali Utusan menyiarkan tulisan beliau.
  6. Namun selepas penjelasan demi penjelasan Utusan Malaysia sudah dapat melihat aliran pemikiran yang dibawanya sangat bahaya dan bercanggah dengan Ahli Sunnah.
  7. Jika anda melihat pandangan mereka yang taksub fahaman wahabi ini mereka tidak segan silu mengatakan Allah bertempat dan Allah ada tangan dan kaki. Secara jelas mereka mengingkari IJMAK ULAMA yang mengatakan ALLAH tidak serupa dengan makhluknya.
  8. Lihat juga isu isu lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang dikritik Dr Asri http://drmaza.com/ seperti isu sebat, masuk masjid, peguam syarie bukan Islam yang jelas bercanggah dengan majoriti alim ulama Malaysia. Jika anda rajin anda akan temui banyak fahaman beliau selari dengan Sister In Islam.
  9. Orang macam ini jangan diberi ruang dan peluang. Jika anda ada menyiarkan link blog/laman mereka maka elok dibuang sahaja dari blog anda. Atau anda wajib beri peringatan kepada rakan rakan agar jangan terpengaruh dengan fahaman moden ala reformasi agama ini.
  10. Usaha anda dikira satu perjuangan jihad memerangi petualang agama selain petualang bangsa serta negara kita di alam siber. Kepada kawan kawan mohon sokongan padu anda dalam hal ini.



Bersama kita menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan taat setia tanpa berbelah bagi selama ia tidak berlawanan dengan Al Quran dan Sunnah serta Ijmak Ulama dan Qias.

Jangan jadi blogger biadap yang kritik ulil amri sesuka hati atas dasar kebencian dan dengki kepada pihak yang lain.

Salam perjuangan.


Siap tulis jam 1.44 pm.



pembela Dr Asri dan penyokong kuat beliau.

Silap tempat mengajar sampai kena tangkap oleh jabatan agama Islam Selangor


ramai terpesona kupasan modennya


PAS juga ramai wahabi di dalamnya


dua tokoh sehati sejiwa sealiran tetapi cara sahaja berbeza



Lihat penjelasan Allah Tidak Bertempat oleh 'Musuh Asri' di sini :


dan lagi di sini





Dr Asri perlekeh Ulama Silam dan Majlis Tahlil



Jawapan Dato Harussani kepada pandangan-pandangan songsang Dr Asri




Jangan lupa download tulisan Mufakkir Islami Ust Aizam Mas'od penyelidik JAKIM tentang Farish Noor Zainah Anwar (SIS) di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/



siap kemaskini jam 2.37 pagi 31 Mei 2010

Sirap merah atau wain merah? @ Anwar & Gobala & Zaid Ibrahim



  1. Saya agak lapang pagi ini dan kebetulan sedang membelek FB Mohd Sayuti Omar yang makin 'gian' dengan FB nampaknya
  2. Beliau dilihat agak obses dengan FB hingga berbagai jenis gambar termasuk kucing turut dimuatkan dalam album gambar FB beliau.
  3. Lalu saya terjumpa gambar air merah yang dihidangkan ketika Anwar dan Gobala makan di rumah Zaid Ibrahim
  4. Maka saya ingin bertanya kawan kawan air apakah yang berwarna merah itu ?
  5. Logiknya tentu jika minuman itu 'keras' tentu tidak akan dibiarkan ia dirakam oleh sesiapa pun.
  6. Jika tidak tentu sudah banyak gambar gambar peminum arak tegar akan bertebaran dalam internet. Kerana fitrah manusia mereka malu jika dilihat melakukan perkara haram seperti arak atau meliwat.
  7. Sebab itu juga tidak ada orang merakam gambar ketika minum arak mahupun ketika meliwat walaupun suka mendapat liputan kamera wartawan dengan kisah seperti 16 September 2008 atau ancaman bunuh hingga terpaksa lari ke Kedutaan Turki.
  8. Gambar di atas tidak ada niat untuk kaitkan sesiapa dengan arak. Walaupun saya tahu Gobala atau Anwar atau Zaid tidak pun boleh kita katakan pemimpin yang warak atau dipercayai.
  9. Mereka ialah pemimpin yang 'kuasa didahulukan agama dibelakangkan' hingga merelakan apa sahaja termasuk membuat janji memberi jawatan TPM ke II kepada kaum Cina.
  10. Permainan politik seperti ini sangat membahayakan ketika mana kita melihat Melayu makin bersatu menyokong Kerajaan dan Cina juga bersatu di belakang pembangkang.
  11. Pertembungan ini pasti boleh menggugat keamanan kerana menyebabkan kaum majoriti di negara kita merasa tercabar dan terhina dengan sikap mantan TPM yang begitu kemaruk untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.
  12. Untuk itu dengan ini BPN sekali lagi mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap petualang agama bangsa dan negara ini dengan menggesa semua rakyat Malaysia yang mahukan keamanan negara berkekalan agar menyertai usaha memerangi pengkhianat utama negara ini.
  13. Malaysia perlu diselamatkan dari ancaman Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang yang rakus berusaha tiap masa untuk merebut kuasa yang ada demi memuaskan 'nafsu songsang' pemaju dan pembiaya di belakang mereka ketika ini. Ayuh kita bersama selamatkan negara kita atau kita akan menyesal selama-lamanya.....


gambar arak merah ini adakah sama gambar di atas ?



Baca juga pengakuan Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudin berkenaan kepupusan
100 cabang Wanita PKR yang hanya tinggal 106 cabang berbanding 206 pada 2009 di sini http://suarabaling.blogspot.com/

29 Mei 2010

Kelantan benar dan kena cukai arak & judi - Kickdefella


  1. PAS akan terbelit lehernya sekali lagi dengan isu judi Piala Dunia kali ini sebagaimana leher mereka telah terbelit ketika membangkitkan isu royalti minyak Kelantan yang sudah diagihkan wangnya atas 'jenama' Wang Ehsan.
  2. Meskipun perancangan membantah judi telah dan akan dibuat seluruh negara, demi menunjukkan PAS masih lagi 'bernafsu' Islam namun rakyat yang celik IT akan sedar ia 'lakonan politik' semata mata. Banyak bukti di alam siber mendedahkan tipudaya mereka.
  3. Ketika Anwar menafikan di blog/facebook bahawa beliau menghalalkan 'lesen' judi ketika menjadi Menteri Kewangan, rakyat tidak lupa pendedahan Mat Sabu bahawa 9 lesen judi sudah diluluskan ketika itu.
  4. Terkini 4 jam lalu Kickdefella menerbitkan artikel mendedahkan Kelantan tidak pernah mengharamkan judi dan arak di Kelantan di sini http://kickdefella.wordpress.com/
  5. Turut dimuatkan komen Nik Aziz tentang harus menggunakan cukai arak (sumber haram) untuk pembangunan negeri.
  6. Harap ada komen dari Pemuda PAS yang bersemangat membantah pelesenan Judi Piala Dunia agar memberi respon mereka tentang pendedahan terbaru Kickdefella yang panas lagi berapi ini.
  7. Akhir sekali lesen Judi akan memudahkan tugas polis memantau sindiket perjudian. Biasanya gengster yang mendalangi kegiatan ini dan kebanyakan mereka dikatakan menyokong perjuangan DAP seperti tulisan Kickdefella di atas.



Kepada ahli PAS PKR sila fikir fikirkan masalah ini.


Mula tulis jam 9.00 pagi dan selesai 9.44 pagi





Lihat juga video Fauzi Muda (semuanya 11 siri) pada sidang Media di Quality Hotel pada 27 Mei 2010 lalu, mendedahkan penipuan PKR.

Mohon diedarkan di semua tempat anda dapat tembus demi menyedarkan rakyat Malaysia penipuan Pakatan Haprak sebelum PRU akan datang.

Sokongan anda diucapkan jutaan terima kasih !

27 Mei 2010

Gambar Cucu Nik Aziz@anak Ariffahmi & Amalina di Billboard Perbadanan Menteri Besar Kelantan?

  1. Gambar ini dijumpai dalam facebook. Disahkan oleh kickdefella sendiri dalam facebook yang saya jumpa kelmarin. Memandangkan sukar mencari sumber gambar maka saya link di sini tulisan Kickdefella tentang anak Ariffahmi di atas.
  2. Lagi mengejutkan saya banyak perkara 'luar tabie' telah dibuat semasa menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan anda boleh pergi membaca kesemuanya di sini
  3. Sebelum itu sahabat saya RBF atau Faisal Rohban juga mengesahkan gambar dalam bilboard adalah cucu Nik Aziz di blog beliau (klik sini) dalam artikel yang bertarikh 12 Nov 2009.
  4. Dengan dua sumber info disatukan maka saya kira ia sudah jelas mengiakan dakwaan gambar budak dalam gambar Bilboard adalah cucu Nik Aziz MB Kelantan hingga saat ini.
  5. Ini bermakna satu lagi 'puzzle' telah berjaya diselesaikan. Sambungan kepada isu kronisme melantik menantu dalam pentadbiran MB berusia 20 tahun perintah Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat
  6. Nampak gaya PAS makin pening dengan satu persatu isu melibatkan Tok Guru mereka. Sinar pada PRU 13 semakin pudar. Kekalahan jelas bakal menjadi habuan PAS Kelantan selepas menguasainya Kelantan selama 20 tahun.
  7. Evolusi Kelantan sangat menarik yakni dari negeri bergelar Serambi Mekah dan ber-majlisbandar-kan atas nama Islam tiba tiba telah muncul sebagai Juara HIV Terhebat di Malaysia.Exco Kelantan turut mengakui gejala ini seperti laporan Utusan Malaysua di sini
  8. Jika tiada aral saya akan cuba bentangkan pencapaian Kelantan dalam bab HIV, dadah, khalwat, dll dalam artikel saya akan datang.
  9. Menulis tentang keburukan Kelantan seperti membuka pekung saya sendiri selaku anak Kelantan.
  10. Tetapi demi kebenaran sesiapa pun akan saya tegur dan dedahkan tidak kira siapa dan dari mana serta apa jawatan mereka.
  11. Isu Vell Paari anak lelaki Samy Vellu semakin hangat dan bagi saya keputusan segera perlu dibuat agar sokongan rakyat kepada Barisan Nasional tidak ada lagi 'keraguan '
  12. Ugutan keluar BN tidak akan menguntungkan MIC bahkan akan membuatkan mereka semakin dijauhi rakyat.
  13. Jika satu parti wakil India mahu pergi kerana enggan mengaku kesilapan diri, tentu akan ada 10 lagi parti yang pasti muncul untuk mewakili kaum India di negara kita walaupun bukan nama MIC.


Sekian, bersambung artikel akan datang.


selesai tulis jam 9.50 malam ( dikemaskini terbaru jam 10.50 pm )

26 Mei 2010

Samy Vellu tidak pernah ditauliah sebagai arkitek ?

Mula tulis 7.34 pagi...


  1. Semalam saya menulis sedikit tentang Samy Vellu, Vell Paari (anaknya) dan KP Samy yang dipecat kerana menentang Samy Vellu
  2. Rupanya sudah ratus ribu dipecat kerana menentang Samy Vellu atau saya tulis singkatannya SV selepas ini. Ini didedahkan oleh bekas Timbalan Presiden MIC Subramaniam.
  3. Dalam tulisan saya ada ditulis SV ada mempunyai tauliah bidang arkitek. Lalu ada seorang pelajar bidang arkitek telah respon tulisan tersebut.
  4. Terkejut tetapi gembira kerana tidak sangka ada juga golongan profesional yang mengikuti blog panglima.
  5. Selama ini kita jarang dapat membaca reaksi orang ramai khasnya golongan terpelajar isu politik.
  6. Namun mungkin kesedaran makin meningkat selepas golongan muda yang seramai 6.1 juta pengundi baru sudah dapat menilai antara intan dan kaca.
  7. Peningkatan sokongan golongan muda makin ketara dalam beberapa sirii PRK yang lalu.
  8. Saya telah menemui bukti Anwar meluluskan lesen judi di blog sahabat saya mimpi 916 yang didedah oleh Mat Sabu Alkhalwati. Kenapa alkhalwati ? kerana dia pernah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu.
  9. Dulu Karpal Singh juga mendedahkan Anwar peliwat. Dulu Mat Sabu juga dedahkan Anwar lulus lesen judi. Kini ? semua diam dan sokong selagi Anwar dapat mereka 'kudakan' untuk meraih kuasa dan jawatan.
  10. Lihat komen beliau tentang isu tauliah sebagai arkitek di bawah : sebagai seorang arkitek graduan berdaftar dgn Lembaga Arkitek Malaysia dan lepasan IPT dlm sarjana arkitek saya minta pihak tuan periksa semula dan sahkan perkara berikut : (sila rujuk di web Lembaga Arkitek Malaysia)

    1. Samy Vellu tidak pernah berdaftar sebagai 'Arkitek Professional' (yang boleh bertanggungjawab bila tandatangani pelan dll). Dia cuma seorang pelukis pelan disebuah firma arkitek dan aktif dalam politik pada zaman mudanya.(Beza sangat besar antara Pelukis Pelan 'Draughtmen' & arkitek 'Architect').

    2.Disebabkan jawatan dlm kabinet kerajaanlah maka dapatlah dia gelaran Ar. (Architect Professional) tanpa kebenaran utk menandatangani pelan dan bertanggungjawab keatas apa2 projek @ rekabentuk bangunan. Serupa dlm tentera ATM (bagi kebanyakan kes), bila seorang VIP diberikan gelaran Kolonel 'Kehormat'cthnya. Pangkat, tanpa tanggungjawab atau kemahiran untuk memimpin mana-mana trup tentera dlm masa perperangan. itupun tak silap saya, perlu menyertai kursus tertentu terlebih dahulu.

    sila betulkan fakta tersebut didlm blog tuan, apabila tuan selesai memeriksa fakta tersebut. Kami yg sedang mengejar gelaran Ar. ini menghabiskan banyak masa, tenaga,rm dll dgn jerit perih utk dapatkan hak dan gelaran tersebut. tolong jangan berikannya kepada yg tidak layak hanya kerana terkeliru fakta.

    tq
    shahrer zin
    A/GM 348 Graduate Architect LAM

Saya ternampak gambar Mahfuz Omar berlidah cabang di blog Yanggambi


Tengok pun menggerikan....Macam drakula gayanya. Memang hebat siapa yang mencantumkan
gambar ini. Gambar diatas mungkin lebih teruk 'gambarannya' di akhirat nanti jika kita menipu demi kuasa politik yang sedikit dan sementara ini.



Siap tulis 8.01 pagi

25 Mei 2010

Kisah Samy Vellu @ Vell Paari @ KP Samy

  1. Samy Vellu atau nama penuhnya Samy Vellu Sangalimutuhu yang berusia 74 tahun pada 3 Mac lalu, adalah Presiden terlama dalam sejarah MIC dan kedua terlama dalam Kabinet Malaysia selepas Tan Sri Rafidah Aziz . Pertama kali beliau bertanding ialah pada tahun 1974 dua tahun selepas ditauliahkan sebagai arkitek. Usia beliau menjadi Presiden sudah menjangkau 31 tahun bermula tahun 1979. Penggal beliau berkuasa dijangka tamat 21 mei 2012 selepas 11 penggal memegangnya.
  2. Kisah menarik tentang Samy Vellu ada ditulis dengan pedas dan berapi oleh GAP di sini. Rupa-rupanya beliau pernah menentang Presiden ketika muda dan tidak peliklah jika beliau juga telah ditentang beberapa kali. Bezanya Samy Vellu sedia menentang tetapi dia enggan ditentang apatah lagi diancam sedikitpun. Ramai musuh politiknya telah tumbang dengan 'aura' beliau yang tidak mampu disanggah oleh sesiapa pun setakat ini.
  3. Semalam sejarah ahli MIC dipecat kerana lawan Samy Vellu bertambah lagi. Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan telah dipecat kerana mendesak Samy Vellu meletak jawatan. Sudah ramai yang dipecat dari parti termasuk dua lagi yang turut mendesak Samy meletak jawatan iaitu KP Samy dan G Kumar.
  4. Berlainan dengan UMNO meskipun ketika proses peralihan dari Pak Lah kepada Dato Najib berlaku desakan demi desakan oleh ahli agar Pak Lah meletak jawatan tetapi tidak ada (seingat saya) yang dipecat kerana desakan mereka agar Presiden meletak jawatan.
  5. Desakan agar Samy Vellu meletak jawatan timbul ketika proses peralihan dalam MIC sudah pun diumumkan oleh Presiden MIC tersebut. Namun tiba-tiba muncul kenyataan tidak diundang oleh anak tunggalnya Vell Paari semalam, yang dengan angkuh telah menuduh UMNO sebagai punca segala penolakan rakyat Cina dan India kepada BN seperti laporan Utusan Malaysia di sini
  6. Dakwaannya beliau menyalahkan UMNO tidak mengamalkan konsep kesamarataan dan telah melakukan perkara yang tidak disukai kaum India seperti meruntuhkan kuil, menarik lesen pengedar besi buruk dan juga penahanan pemimpin Hindraf. Walhal yang terjadi ialah Samy Vellu yang menyuruh kuil di Rimba Jaya, Selangor diruntuhkan seperti tulisan Keris Putera di sini
  7. Terbaru Timbalan Perdana Menteri hari ini telah menyifatkan kenyataan anak Samy Vellu tersebut sebagai biadap. Ya, sungguh biadap kerana menjadikan UMNO sebagai kambing hitam selepas sekian lama merasa menikmati kemakmuran bawah UMNO sebagai tonggak Barisan.. Memang patut kenyataan anak Samy Vellu yang menjadi CEO syarikat MIC iaitu Maika Holding tersebut dikatakan amat biadap.
  8. Isu Maika Holding yang diterajui oleh Vell Paari telah lama menghantui masyarakat India sejak ia ditubuhkan 36 tahun yang lalu dan ia baru sahaja dapat diselesaikan apabila Tan Sri G.Gnanalingam (CEO Westport ) telah bersetuju ambil alih syer dalam syarikat MAIKA pada 22 April 2010 yang lalu dengan pembelian berjumlah RM 106 juta. Selama ini MAIKA Holding gagal memberi pulangan dividen kepada pemegang sahamnya seperti laporan Mstar di sini
  9. MIC hari ini, seperti sudah nyanyuk kerana sudah tidak ingat lagi jasa yang diberikan oleh UMNO sehingga kaum India telah mencapai banyak kemajuan dari berbagai aspek kehidupan berbanding kaum India di negara lain. Beginikah balasan yang sepatutnya diterima oleh UMNO?
  10. Kenapa perlu UMNO disalahkan atas penolakan kaum India terhadap MIC? Bukankah BN sememangnya perlu ditunjang oleh UMNO kerana majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu dan jumlah kerusi terbanyak juga dimiliki oleh UMNO? Bahkan sehingga kini tidak ada pun kawasan marginal / majoriti pengundi kaum India namun BN tetap memberi laluan kepada MIC untuk menjadi calon . Adakah MIC sudah lupa fakta ini ?
  11. Sekali lagi MIC seperti tidak dapat menerima kenyataan ditolak oleh rakyat dan tidak mahu menerima kritikan sebaliknya tergamak pula melontarkan segala 'najis' kepada sahabat baiknya UMNO demi menjaga ego diri sendiri.
  12. Akhir sekali Samy Vellu perlu turun dari jawatannya dengan SEGERA demi memastikan MIC tetap relevan sebagai komponen utama BN atau kita perlu mencari alternatif lain bagi memastikan kaum India tidak lari menyokong parti pembangkang.
  13. Barah yang bernanah perlu dicarikan ubat atau dipotong agar tidak merebak ke tempat yang lain atau seluruh tubuh akan menerima kesannya dalam jangka masa yang panjang...





Ditulis mula jam 5.35 pm dan siap jam 6.45

23 Mei 2010

Sayap Baru PAS @ (DHPP)

  1. Pelancaran dikhabarkan telah berlangsung hari ini dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang , disempurnakan oleh Presiden PAS Hj Hadi Awang di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah dan Daerah Klang, Selangor.
  2. Dengan pelancaran tersebut maka secara rasmilah kira kira 20,000 ahli yang dikenali sebelumnya dengan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP.
  3. Menurut info daripada jumlah ahli yang ada sekarang, DHPP India mendominasi dengan 70% diikuti Cina 20% dan bakinya lain lain kaum. Info dipetik dari laman rasmi PAS di sini
  4. Mereka menjadi sayap terbaru PAS tetapi bukan berstatus ahli. Ini bermakna mereka sekadar 'penyeri' di pinggiran parti tanpa sebarang kuasa mengundi untuk memilih anggota parti atau membuat keputusan.
  5. Untuk memastikan DHPP ini sangat menarik,ahli DHPP didakwa boleh menjadi calon parti seperti laporan berita rasmi PAS di sini http://www.harakahdaily.net/v2/ Mereka bersandarkan tindakan PAS mencalonkan Calon India di Johor pada PRU yang lalu.
  6. Pengerusi pertama DHPP ini ialah Ustaz Hj Hassan Shukri (bekas Senator) sebelum ahli dewan akan memilih Jawatankuasa mereka sendiri selepas ini.
  7. Agak kelakar ialah DHPP ini sekadar berjawatan dalam Dewan sahaja tanpa ada peluang untuk dilantik ke jawatan tinggi dalam parti seperti pengakuan Naib Presiden PAS yang menjadi Ahli Lembaga Penasihat DHPP di sini
  8. Ini boleh jadi ia sekadar taktik terbaru PAS bagi menarik perhatian pengundi India dan Cina untuk menyokong mereka. Membuktikan PAS memang nekad jadi pak sanggup FOR ALL yang diminta oleh bukan Islam.
  9. Namun saya risau tindakan PAS menerima bukan Islam menjadi sayap parti dianggap detik emas dalam penubuhannya namun pengundi Melayu Islam juga akan mencatat sejarah menolak PAS secara total dalam PRU akan datang.
  10. Ini kerana ramai tidak berpuas hati dengan keputusan ini, dan isu-isu sebelum ini sama dalam diam atau sedar. Samada ahli atau bukan. Namun mereka tidak bersuara kerana khuatir dengan tindakan atau respon pimpinan atau rasa takut untuk melakukannya.
  11. Hanya blogger Kickdefela yang bangkit membogelkan PAS dengan isu isu yang panas. Bersama dengan seorang lagi penulis/blogger MSO atau Sayuti Omar..Lihat tulisan terbaru Sayuti Omar yang agak rapat dengan Mursyidul Am PAS ini bertajuk : tawar jawatan kepada Dewan Himpunan PAS satu kesilapan
  12. Saya yakin rakyat Malaysia sudah menyesal memberikan undi kepada pembangkang pilihanraya tahun lalu. Mereka telah banyak disedarkan dan pada PRU akan datang kita bakal menyaksikan kekalahan teruk PAS khasnya yang telah terlalu obses dengan pengundi Cina, India dan Siam hingga telah meminggirkan Melayu. DAP dan PKR akan semakin kukuh cengkaman politik mereka dan PAS hanya akan menjadi mangsa !!!


Salam dan selamat malam


Antara majlis meraikan ahli KPP PAS di Perak lihat gambar :





Nota : Jumaat lalu panglima telah menerima kelahiran cahayamata puteri. Moga menjadi anak solehah. Terima kasih atas doa sahabat sekelian walaupun tak pernah berkenalan di alam luar sana.

22 Mei 2010

Panglima setuju saranan Dewan Pemuda PAS desak Perkeso Tarik Pelaburan Dalam Carlsberg Tetapi...


  1. Isu judi dan arak telah menarik perhatian banyak pihak selepas isu lesen perjudian untuk Piala Dunia diura-urakan bakal menjadi kenyataan.
  2. Ia rentetan isu calon dikatakan peminum arak tegar yang mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bahkan digosip memiliki kuda lumba yang sinonim dengan aktiviti perjudian.
  3. Ketika ramai menentang pelesenan dibenarkan oleh pihak Kerajaan, Panglima mengambil langkah agak berlawanan dengan membawa dalil kenapa ia diharuskan berdasarkan artikel yang dipetik dari laman Pemuda Umno Malaysia.
  4. Semua ini dan banyak lagi telah membawa kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar Perkeso menarik balik pelaburannya dalam Carlsberg dan ia memang wajar diikuti.
  5. Dalam hal ini perkataan yang benar walaupun terbit dari pihak lawan yang tidak kita senangi adalah perkara yang perlu kita pegang tidak kira dari mana fahaman politik sekalipun.
  6. Prinsipnya jelas bahawa Carlsberg adalah syarikat arak dan kita tidak boleh berkompromi dengan pelaburan syarikat arak ini mahupun menjadi ahli lembaga pengarahnya.
  7. Menyedihkan apabila ada juga orang Melayu yang sudah pasti Islam menjadi pengarah syarikat arak ini. Apakah mereka tidak sedar hukum halal haram hingga menggadaikan maruah agama demi dunia ?
  8. Masih teringat lagi bagaimana pemilik syarikat Magnum telah berkawan baik dengan bekas TPM kita yang kini bergelut dengan kes liwatnya bahkan diberitakan telah menerima sejumlah RM60 juta dari Nallakarupan.
  9. Dari mana jika bukan dari hasil judi wang yang diterima dan itulah sebabnya barangkali kenapa beliau telah tercampak keluar dari menerajui negara kita 12 tahun yang lalu walaupun ia dianggap konspirasi tertinggi negara dan didakwa begitu.
  10. Kini kita jelas dapat melihat siapa yang konspirasi dan siapa yang menggunakan alasan konspirasi demi menyelamatkan diri. Tidak sedikit manusia menyalahkan lantai apabila kakinya gagal menari mengikut rentak dan irama lagu kerana tidak mahu malu di hadapan khalayak awam.
  11. Nik Aziz dan Hj Hadi kita lawan apabila mereka tergelincir atau merelakan diri dan gerakan politik diperalatkan bukan Islam. Begitu juga Najib dan Muhyidin, akan kita lawan jika gagal membawa aspirasi Islam dalam pemerintahan.
  12. Yang penting, kebenaran bukan berada secara muktamad di pihak PAS, kebatilan tidak akan selamanya dikaitkan dengan Umno dan fahaman Liberal tidak akan terus dilabelkan dengan PKR apabila kita dapat menilai dengan waras tanpa mengikut perasaan.
  13. Ketika mana Panglima bersetuju dengan gesaan Dewan Pemuda PAS di atas, satu soalan ingin saya tanyakan kembali kenapakah mereka hanya mendesak Perkeso mengeluarkan carumannya tetapi tidak pula sanggup mendesak agar lesen kilang Carlsberg ditarik balik dari terus menjadi mercutanda di Shah Alam ?
  14. Bukankah pemerintah di Selangor sejak 2008 adalah Pakatan Rakyat dianggotai oleh DAP PAS dan PKR ? Kenapa dalam hal ini nampak setengah perkara dibesar-besarkan dan setengah yang lain didiam-diamkan. Apakah ini pejuang Islam ?
  15. Sepatutnya kerana kebenaran yang kita percayainya maka kita jangan gentar kepada ancaman sesiapapun hatta terpaksa dipandanga serong atau dilucutkan jawatan demi kerana kebenaran yang kita pegang.
  16. Jangan terikut perangai artis yang suka membuat gosip demi menaikkan nama agar terus diingati peminat kerana tugas ahli politik tidak sama dengan artis yang hanya pandai menghiburkan bukan menjadi tauladan atau pemimpin kepada rakyat bawahan.
  17. Satu penghargaan peribadi Panglima kepada Zulkifli Nordin yang kental membela agama dengan membawa slogan 'agama pertama parti kemudian' berbanding sesetengah pihak yang mengutamakan 'kuasa didahulukan agama dikemudiankan'. Begitu juga sikap Mufti Perak yang tetap dengan pendiriannya demi agama tidak kira pendapat beliau disukai lawan atau dibenci kawan.

Mari kita membela kebenaran tidak kira dari mana ia datang dan menentang kebatilan tidak kira dengan siapa ia berteman.


Dengan Satu suara, Satu arah dan Satu akidah ayuh kita melangkah gagah ke hadapan dengan pena kita yang tajam...


p/s : sanggupkah PAS desak 4,500 premis perjudian di Selangor dihapuskan ? lihat pendedahan oleh mantan MB Selangor di sini http://www.mykmu.net/


Juga lihat blog baru dijumpai ini http://suarawarongkopi.blogspot.com/ dan tulisannya sangat kritis dan menarik hati.

selamat malam dan selamat berjuang...



Gambar gambar berkaitan artikel lihat di bawah :



[Carlsberg+Directors.JPG]







Tengok juga keratan akhbar ini tentang lawatan ke kilang Carlsberg yang jelas kilang arak terbesar di Malaysia.






Jika syarikat rokok diharamkan kenapa syarikat arak dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan? Penjelasan ini perlu dibuat oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan



kilang arak terbesar di Asia yang masih gagah di tepi jalanraya Persekutuan walaupun sudah dua tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

Video Sidang Media PGSM Desak Permohonan Peguam Bukan Islam Victoria Jayaseele Martin Lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ditarik Balik



Imbas kembali Kenyataan Akhbar Persatuan Peguam Syarie Malaysia
atau PGSM ini pada 16 Mei 2010 yang lalu



Isu Peguam Syarie: PGSM Kesal



PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini kesal dan terkejut berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil yang membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap seorang wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin untuk bertugas sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.


Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang berkata, PGSM memandang serius perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dan peguam syarie di negara ini dapat dipertahankan.


"Mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan hanya warganegara beragama Islam layak memohon dan beramal sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Syariah.


"Sebagai peguam di Mahkamah Syariah, mereka perlu berhujah dengan menggunakan dalil al Quran, al-Hadith yang berlandaskan hukum syarak," katanya kepada mStar Online semalam.


Oleh itu, Musa berkata, keputusan hakim membenarkan orang bukan Islam bertindak sebagai peguam di Mahkamah Syariah bererti mereka akan merendahkan taraf al-Quran dan meletakkan hukum syarak pada tahap yang sangat rendah.


Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada Victoria untuk mendapatkan semakan kehakmian bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk beliau sebagai peguam syarie.


Ini adalah kes pertama Malaysia apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.


Victoria, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak Majlis Agama Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.


gambar disalin dari KOSMO di sini

20 Mei 2010

Update : Kenyataan Media Ezam isu Pasir di Selangor dan gambar Bakal Peguam Syariah Bukan Islam Pertama Di Malaysia !!!

Saya menerima sms dari rakan blogger Medan Info tentang kenyataan media Senator Ezam Mohd Noor yang anda boleh layari di blog beliau di sini http://ezam-mohdnor.blogspot.com/



Saya tidak berpeluang lagi mengulas tentang isu perlantikan beliau meskipun telah membaca beberapa kritikan terhadap keputusan Perdana Menteri melantiknya sebagai senator yang tidak perlu saya linkkan artikel tersebut di sini.



Ada pro dan kontra dan saya secara peribadi menyokong Ezam Mohd Noor dilantik sebagai Senator.

Image



Sebabnya :



1) Beliau telah banyak membongkar isu berkenaan Anwar selari dengan kedudukannya sebagai bekas Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK)dan juga Setiausaha Politik Anwar Ibrahim.



2) Beliau juga telah menjadi ahli seumur hidup UMNO dan ini membuktikan komitmen yang jitu dari pihak Ezam sebelum dia diterima kembali menyertai UMNO. Kerana punca Ezam keluar UMNO disebabkan terpedaya dengan isu pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998 yang telah mencetuskan reformasi besar-besaran seluruh negara bahkan telah memenjarakannya beberapa ketika.



3) Beliau telah ikhlas dalam menjadi ahli parti Umno dan giat ke seluruh negara berceramah mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan khasnya PKR disertai dengan bekas ahli PKR yang lain seperti Zahid Md Arip dan Zahrain Hashim.



4) Beliau juga telah mendedahkan sebab beliau keluar PKR kerana yakin Anwar adalah peliwat. Ini telah menimbulkan kesan yang sangat besar kepada ramai ahli PKR sehingga membawa kepada penghijrahan besar-besaran mereka kepada UMNO atau menjadi ahli bebas.



5) Beliau juga telah mengelakkan diri dari merebut jawatan dalam parti UMNO dan tidak ada sebab lagi jika kehadiran beliau menimbulkan 'ancaman' kepada orang lain. Apatah lagi jika beliau berkaliber apa salahnya jika beliau diangkat untuk dijadikan seorang pemimpin di kalangan pemimpin yang sedia ada dalam UMNO




Selanjutnya mari kita lihat cubaan terbaru untuk menghalalkan permohonan menjadi 'peguam syariah oleh non muslim' di sini di blog pembangkang selari dengan konsep mereka sekarang iaitu PAS for ALL



Nota : sumber artikel tersebut dipetik dari Zaharudin.com yang kini sedang belajar dengan orientalis Barat di Eropah.



Satu lagi sesiapa berminat untuk berkenalan dengan bakal peguam syariah pertama kalangan bukan Islam bolehlah simpan gambar di bawah.



Hebat sekali kerana tidak pernah ada bukan muslim cuba menjadi peguam syariah di negara kita.



Sesiapa ada maklumat tentang 'tokoh hebat' ini boleh lepaskan dalam komen bawah.



Mungkin kita dapat tahu dari mana dan siapa di belakang beliau ini yang begitu berani mencabar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menolaknya dari menjadi peguam syarie.

Victoria Jayaseele Martin dalam bulatan (sumber Blog Darul Ehsan)


19 Mei 2010

Edisi Agama : Semua Negeri Tidak Benar Peguam Bukan Islam Mengendalikan Kes Syariah !!!


Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad

- gambar disalin dari laman rasmi Jabatan Kehakiman Syariah kelantan (klik sini)




KOTA BHARU 17 Mei – Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad berkata, satu kajian perlu dibuat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur membenarkan seorang peguam bukan Islam mendapatkan semakan kehakiman bagi membolehkannya menjadi peguam syarie.



“Kajian atau penelitian perlu dibuat bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung perkara itu berdasarkan perundangan dan Perlembagaan Negara,” katanya di sini hari ini.



Ini kerana Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang dikuatkuasakan sejak 1982 dan enakmen pentadbiran Mahkamah Syariah yang diguna pakai oleh semua negeri sekarang tidak membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan undang-undang syariah.



“Isu membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan mahkamah syariah, adalah sesuatu yang agak luar biasa,” katanya.



Beliau diminta mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan (WP).



Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam. – Bernama



http://utusan.com.my/utusan/



Komen :


Ini satu lagi tindakan tidak wajar oleh Bukan Islam. Selepas kalimah Allah mereka cuba pula menggunakan peluang menjadi peguam syariah. Walhal ia jelas tidak dibenarkan oleh Undang Undang.



Permohonan peguam bukan Islam Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam, adalah sangat tidak wajar dan perlu ditentang.



Isu yang timbul ini adalah rentetan dari isu kalimah Allah dan hampir sama dengannya. Kerana ia melibatkan cubaan bukan Islam 'masuk sempadan' berkenaan agama Islam.



Kita tidak setuju jika bukan Islam menjadi peguam syariah kerana perkara syariah perlu dilaksanakan oleh orang Islam sahaja.



Pengharaman pihak Kehakiman Syariah di Kelantan dan lain lain negeri secara mutlak dalam isu ini amat wajar di mana bukan Islam telah dilarang dari menjadi peguam syariah sama sekali.



Begitu juga perkara melibatkan syariah (contohnya isu kalimah Allah) tidak wajar dibicarakan di Mahkamah Sivil yang hakimnya bukan beragama Islam memutuskan kes tersebut.



Bukan mempertikaikan keputusan tetapi isunya ialah tentang status agama Hakim tersebut yang membuat keputusan kes berkaitan perkataan agung Islam yang mana mestilah dijalankan di Mahkamah Syariah dan oleh Hakim Muslim sahaja...



Pihak JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri lain harus peka isu ini dan bertindak demi memastikan ianya tidak menjadi satu lagi isu yang boleh 'mengguris hati' umat Islam apabila melihat undang undang Islam cuba 'dicerobohi' bukan Islam yang ingin menjadi peguam syariah.



Alangkah baik peguam bukan Islam tersebut memeluk Islam terlebih dahulu. Mereka pasti dapat menjadi peguam syariah yang baik jika mereka telah mengetahui serta menjalankan praktikal sebagai muslim sebelum menjadi peguam kepada mana mana muslim dalam kes mereka di mahkamah syariah.



Kita risau seorang demi seorang non muslim akan mendapat kebenaran menjadi peguam syariah dan ini pasti 'menyesakkan kepala' rakyat beragama Islam selepas satu persatu isu agama kita dicabar dan digadaikan oleh pihak pihak tertentu termasuk yang menggunakan nama parti Islam.




Mari kita bantah dan menentang tindakan peguam tersebut meneruskan hasrat menjadi peguam syariah dengan sertai Kelab Facebook di sini http://www.facebook.com/



Iklan - Gambar Muslimat PAS kibarkan bendera DAP bukti PAS sudah FOR ALL termasuk sokong parti anti Islam DAP.


Syabassssss



17 Mei 2010

Analisa SIBU : Parti Mana Tidak Sedar Ditipu Dalam Pakatan Rakyat ?


  1. BN menerima dengan tenang kekalahan di P212 Sibu yang menyaksikan kekalahan calon BN dengan majoriti 398 dengan undi rosak 395 undi.
  2. Jumlah pengundi yang keluar kali ini adalah rendah berbanding PRU lalu
  3. Majoriti tipis dan undi rosak yang berbeza 3 undi sahaja melambangkan ada sesuatu tak kena dengan PRK kali ini.
  4. Umumnya ramai sudah tahu Sibu bandar gangster ( tak silap saya ). Juga saya difahamkan geng gengster ini mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan arus sokongan di kalangan kaum Cina. Adakah faktor itu menjadi punca banyak undi rosak dan ramai tidak mengundi kerana takut ? pihak keselamatan perlu merisik isu ini agar tidak berulang lagi di tempat yang lain.
  5. Semasa berada di Hulu Selangor saya berbual dengan 'gengster' yang menyatakan bahawa gengster Cina memiliki pengaruh di dalam menggertak pengundi dan DAP digosipkan dengan kumpulan gengster mendalangi mereka.
  6. Jika tidak kerana undi rosak atau jumlah pengundi yang rendah sudah tentu BN akan menang dan mengekalkan kerusi kali ini. Baca juga analisa sahabat saya tentang punca kekalahan yang mungkin betul, di sini http://ipohmalay.blogspot.com
  7. Barang perlu diingat bahawa sudah Pakatan Rosak sudah kehilangan 5 Ahli Parlimen yang mengisytiharkan mereka telah keluar Pakatan dan menjadi ahli bebas.
  8. Manakala 6 Adun juga telah mengikut jejak langkah yang sama. Senarai lengkap sila lihat kembali artikel Panglima di sini http://penembak-tepat.blogspot.com
  9. Kekalahan satu kerusi dibandingkan dengan keuntungan menerima beberapa ahli Parlimen PKR keluar parti tentu memberi isyarat bahawa kerugian besar kepada Anwar dan Pakatan Rakyat lagi banyak dari apa yang kita hilang kali ini.
  10. Keputusan semalam menyaksikan DAP terus mengungguli jumlah tertinggi ahli Parlimen sebanyak 29 kerusi dan PAS pula berada di kedudukan paling corot dengan 23 kerusi dan PKR di tengah tengah dengan 24 kerusi...
  11. Tidak silap saya ahli PKR tidak seramai ahli PAS dan DAP juga sama. Peliknya yang paling ramai mendapat kerusi Parlimen ialah DAP diikuti PKR manakala PAS hanya 23 kerusi sahaja.
  12. Soalan saya sebagai orang Islam, Antara ketiga parti tersebut manakah parti majoriti umat Islam dan Melayu ?
  13. Antara ketiga bangsa di Malaysia (Melayu Cina India), manakah satu bangsa paling ramai jumlahnya ?
  14. Manakah satu parti paling bodoh sekali dalam Pakatan Rakyat di mana sanggup menjadi tempat dipijak oleh rakan rakan demi mendapat sedikit keuntungan kuasa ?
  15. Sayang kerana parti PAS berimej hebat laksana malaikat tetapi otak macam kura kura tak kisah dipukul kepala ...
  16. Maaf sebab tajuk sebenar artikel ini ialah ' Keputusan @ Analisa PRK Sibu dan Apa yang Cina Mahu ' tetapi selepas melihat DAP sangat bijak maka saya terpaksa membuat teka teki bertajuk 'Parti mana tidak sedar ditipu dalam Pakatan Rakyat'
  17. Islam selamanya tinggi dan tiada lebih tinggi darinya. Yang memperalatkan Islam akan hina dan pasti kekal di bawah sahaja di dunia dan akhirat.
  18. Munafiq dalam Islam di akhirat berada di tingkat paling rendah dalam neraka dan apakah kedudukan PAS paling bawah itu menunjukkan penghinaan Allah kepada mereka di dunia lagi ?
  19. Kita jawab " Wallahu A'lam" dan kita biarkan teka teki itu dijawab sendiri oleh pembaca tanpa campur tangan pihak saya sebagai penulis blog atau mana mana pihak.
  20. Perjuangan ini tidak akan terhenti dengan kekalahan tetapi akan terus bergerak deras menabur 'peluru demi peluru' untuk membunuh 'hujah' Pakatan Rosak yang sentiasa ingin menghapuskan Raja, Islam dan Melayu di negara kita ini.


sekian dulu, selamat malam dan selamat berjuang !


16 Mei 2010

Terkini : BN atau DAP menang di Sibu?

  1. Jam 6.51 rakan FB saya Nur Eisha Fatihah melaporkan : DAP mendahulu dengan 914 undi @ 56.68% ketika undi pos belum dikira.
  2. Blog My Anger melaporkan BN menang 929 undi di sini http://marahku.blogspot.com/


Yang lain akan dikemaskini kemudian...



Edisi Terkini : 42.4 % @ 23,190 rakyat sudah keluar mengundi dan TIGA keputusan penting dinanti hari ini !!!

gambar oleh Berita Harian


Laporan Berita 1.30 tengah hari seminit yang lalu melaporkan 42.4% pengundi sudah keluar.Ia bersamaan 23,190 yang sudah keluar dan masih ada seramai 31,504 lagi yang belum keluar ketika masa masih ada lebih kurang 2 jam sahaja lagi. Jumlah pengundi 54,695.

Menurut info yang diterima oleh Panglima, peluang BN sangat cerah meskipun majoriti belum dapat dipastikan samada naik atau tidak. Ini kerana DAP telah ditolak oleh rakyat Sibu tiga kali berturut melibatkan calon yang sama bertanding kali ini.

Tetapi janji PM untuk memberi RM5 juta bagi mengatasi masalah penduduk Sibu esok hari jika BN dipilih melambangkan komitmen sangat tinggi pimpinan negara kita di dalam meraih sokongan pengundi dan pastinya ia satu tawaran yang mustahil ditolak oleh mereka.

Berbanding PAS yang masih bertikam lidah antara Nik Aziz dan Haron Din berhubung isu Allah.

Tindakan Nik Aziz mempertahankan kalimah Allah kepada bukan Islam jelas menunjukkan begitu kuatnya isu ini kepada pengundi Cina yang majoriti bukan Islam beragama Kristian di Sibu.

Kita bersyukur Dato Haron Din berani mendesak DAP menarik kembali isu kalimah Allah dari dipergunakan dalam kempen di Sibu selari dengan tuntutan Ketua Polis Negara yang turut meminta isu sensitif ini tidak dimainkan di sana.

Ini demi mengelakkan pergaduhan agama akan tercetus atau menjadi budaya dalam kempen politik parti politik di negara kita.

Bersama kita berdebar menunggu keputusan PRK Sibu dan juga Piala Thomas dan AF petang berbahagia ini....


Dupp Dupp Duppppp.......

15 Mei 2010

PRK Sibu Siri 10 : Isu Cukai Judi&Arak - Teladan Khalifah Umar Mengutip Cukai Nama Kharaj


Malaysiakini melaporkan dua ratus premis akan jadi tempat pertaruhan judi piala dunia


manakala Harakahdaily melaporkan 2000 premis pertaruhan.



Mana satu betul ?


Jawapan saya : dua dua penipu !!!!

kerana sehingga kini saya tidak menemui keratan berita bahawa lesen judi telah diluluskan seperti yang dilaporkan Malaysiakini.


Ramai telah terkena dengan propaganda ini yang pasti untuk menutup kes liwat Anwar...

Jangan terpedaya.

Jika diluluskan apa masalahnya ?

kerana ia dilulus untuk bukan Islam ..

cuma penguatkuasaan perlu dibanyakkan agar umat Islam tidak akan terjebak dengan perjudian ini.

Biarkan bukan Islam berjudi kerana mereka memiliki kekayaan dan biarlah perjudian ini dilesenkan seperti juga Sports Toto dan Magnum dll

Dilesenkan tidak bermaksud dihalalkan kerana lesen itu untuk bukan Islam dan judi TIDAK PERNAH dihalalkan kepada umat Islam.

saya seumur hidup tak pernah membeli no ekor atau minum arak walaupun berlambak depan mata saya, so ada saya kisah lesen judi /arak diluluskan untuk bukan Islam ?

pendekatan melalui pendidikan serta undang-undang telah berjaya menahan rakyat seperti saya dari mendekati benda haram dan memabukkan itu.

Perkara ini dipolitikkan oleh pembangkang khasnya PAS demi untuk menunjukkan PAS juga masih 'tinggi syahwatnya' untuk membela Islam. Begitu juga PKR yang cuba menjadi jaguh isu ini selepas agak malu dengan kes liwat bigbos mereka terhadap anak muda tidak berdosa bernama Saiful Bukhari Azlan serta kekalahan di Hulu Selangor akibat calon yang dikaitkan dengan judi dan arak..

Negara kita ada undang2 dan jangan khuatir ia akan menjadi benteng dari kesan negatif akibat pelesenan perjudian ini.

Along sudah diperangi dan mereka sudah sukar bergerak untuk memberi pinjaman tanpa
lesen kepada rakyat.

Jangan menggambarkan selepas ini pelacuran pun akan dilesenkan kerana aktiviti pelacuran
berbeza dengan perjudian.

Berjudi tidak melibatkan gadis dan wanita tetapi pelacuran melibatkan gadis wanita dan boleh menimbulkan kesan sosial kepada institusi keluarga di negara kita.

ini pandangan peribadi saya, mohon dibetulkan jika silap.

WALLAHU A'LAM


oh ye, mana satu anda fikir penipu ?

kalau tak tengok pun keratan berita ini saya memang dah lama tak percayakan
Malaysiakini dan Harakahdaily...



info tambahan :

Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.


Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain.


Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.



Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.



Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.



Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.



Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?



Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.



Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.



sumber : http://www.pemudaumno.org.my/





Lihat juga tulisan Zaharudin (kolumnis ruang Ekonomi Islam di Harian Metro) tentang boleh atau tidak cukai arak dikenakan dan diguna untuk membayar gaji pekerja/penjawat awam.



" Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka.

Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.


Jika cukai arak boleh dikenakan maka begitu juga dengan judi.Jadi jangan kita mudah melatah isu ini tanpa mengkajinya terlebih dahulu.


Wallahu A'lam.