Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Februari 2011

Versi Kemaskini : Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nak Debat Dengan Prof Madya Mohd Noor Deris ?

Pagi ini Setiausaha Akhbar merangkap Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan yang menjadi Pensyarah KIAS sedang berceramah di Markas PAS Kota Bharu melalui USTREAM LIVE.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan ada menyebut bersedia menemui Ustaz Mohd Noor Deris untuk membincangkan perkara yang dilemparkannya kepada Nik Aziz.

Ini kerana semalam Ustaz Md Noor yang pernah bergaduh dengan Nik Aziz sehingga luar biasa kemarahan Nik Aziz di Galas, dalam laporan Utusan Malaysia sekali lagi mengkritik Nik Aziz. Klik sini untuk berita tersebut http://utusan.com.my/ 



Dalam kenyataannya beliau meminta Majlis Raja-Raja dan Mufti mengkaji kenyataan Nik Aziz yang dianggap bercanggah dengan Islam.

Maka pagi ini SUA Nik Aziz menjawab dan mempertahankan beliau agar tetap 'disokong' tanpa menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Prof Madya Noor Deris. Kenyataan beliau sepatutnya sebagai ahli akademik padat dengan fakta bukan menyindir kembali peribadi Ust Noor Deris seperti berhubung gelaran jawatannya.

Biasalah sebagai orang kanan MB tentu pelik jika disokong lawan bosnya. Apa boleh buat !

Sesi beliau bermula jam 8.30 - 9.30 sebelum diikuti dengan kuliah Nik Aziz Nik Mat 9.30 - 10.30 pagi.

Ceramah seperti biasa dimulakan dengan petikan Al Quran dan Hadis dan Kitab sebelum diikuti dengan kupasan politik untuk menyokong PAS dan mensekularkan UMNO.

Jelas ceramah dipenuhi kata-kata memburukkan UMNO dan dituduh dengan pelbagai gelaran yang jauh dari Islam.

Kesian rakyat Kelantan yang dahagakan ilmu tetapi dihidangkan 'kotoran politik' di celah-celah cahaya ilmu.

Ingatlah kebatilan tidak boleh dicampur dengan kebenaran seperti firman Allah :

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu[43], sedang kamu mengetahui”. (QS. 2:42)


Cuma boleh dipuji sedikit ialah SUA MB ini tetap menolak kekerasan melalui tunjuk perasaan digunakan meskipun tetap menuduh demokrasi Malaysia tidak adil.

Oklah tu, menolak kekerasan melalui tunjuk perasaan adalah perkara yang dipersetujui majoriti manusia. Dan kita harap pemimpin lagi senior dari Ust Ahmad Fadhli Shaari ini seperti Mat Sabu atau Din Pudu tidak pula melanggar saranan bernas beliau untuk menolak kekerasan di negara kita Malaysia.

Katanya petang ini demonstrasi akan dibuat untuk desak Mobarak turun. Lama-lama dia akan tukar kepada 'Najib Turun'.



link lain : El Baradei jamin tidak akan bermusuhan dengan Israel dan Amerika

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate