Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 November 2011

Ucapan PM DS @NajibRazak Di Konvensyen Media Sosial 2011

Berikut intipati ucapan PM :

- BN iktiraf peranan penggiat media sosial.

- Pemuda/i menggunakan media sosial untuk mendapat maklumat.

- Media sosial adalah wahana dan kaedah paling utama yang sepatutnya kita pakai untuk menyampaikan maklumat dan respon rakyat kepada kerajaan.

- Penubuhan Kelab Sukarelawan Media Sosial Malaysia dialu-alukan oleh Perdana Menteri dan rakan kabinet yang lain.

- Penerimaan BN terhadap media sosial agar ia akan kekal mendapat sokongan rakyat

- PM sebut dua jenis perubahan iaitu perubahan dari bawah yang terbukti telah membawa keruntuhan pemerintahan yang kuat di Timur Tengah, tidak berlaku di Malaysia.

- Top Down atau perubahan dari atas juga perlu agar pemimpin dapat merasakan denyutan nadi rakyat, selain perubahan dari bawah.

- GTP dibuat untuk memahami perubahan dari bawah yang disuarakan oleh rakyat.

- Perubahan ini memerlukan sokongan rakyat dan akan gagal jika rakyat dikeliru dan dipesongkan dengan fitnah oleh pembangkang.

- PM memberitahu tugas memerangi fitnah adalah tugas penggiat media sosial yang diiktiraf sebagai bala tentera baru Barisan Nasional.

- Jika dibiarkan BN akan dipukul oleh gelombang media baru ini.

- PM sebut beliau aktif menggunakan media baru untuk berhubung terus dengan rakyat Malaysia.

- Di Arafah PM menggunakan media baru untuk mengucapkan perutusan Hari Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa memerlukan kameraman RTM dan TV3.

- Ia tidak langsung menjimatkan duit kerajaan.

- PM juga memberitahu 'Winniable Candidate' akan dinilai dari penggunaan media baru sebagai kriteria yang mesti ada agar mudah diterima rakyat.

- PM meminta segala kepalsuan dalam media sosial dibanteras oleh pelaku media sosial

- PM menyebut beliau ditawar menunaikan haji dan juga iringan pengawal keselamatan agar mudah urusan haji dilaksanakan oleh beliau

- Agenda Transformasi Malaysia akan berjaya jika mendapat sokongan bala tentera maya pro kerajaan dan elakkan berbalah sesama sendiri untuk menjadi angkatan berpadu sesama sendiri sama ada alam nyata atau alam maya.

- PM meminta pelaku media sosial mengutamakan kepentingan kerajaan untuk membolehkan kerajaan kekal mendapat sokongan rakyat.

Perasmian dibuat tepat jam 1.32 pm dengan simbolik PM menulis di twitter memberitahu rakyat beliau melancarkan myvo1ce.

Sekian, melaporkan dari PWTC.

2 ulasan:

tajul_admin berkata...

terima kasih untuk laporan ini...ia berguna untuk saya.

Panglima Perang Cyber berkata...

Sama sama

Cari Blog Ini

Translate