Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari

YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence

http://www.youtube.com/watch?v=BYM9tcPjPE4&feature=youtube_gdata_player
Sent from my iPad
Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang telah memaklumkan dirinya yang telah keluar daripada PKR menyifatkan keputusan diambil itu sebagai tiada pilihan kerana kedudukannya di dalam PKR itu nampak genting dengan tekanan oleh sesetengah pihak di dalamnya yang cuba membuatnya mengumumkan keluar parti dengan sendirinya. Gobala adalah salah seorang pengasas kepada parti Keadilan Nasional (PKN) yang seterusnya menjadi PKR apabila bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).
Tindakan itu juga diambil dengan ketidakpuasan hatinya dan bosan dengan bentuk kepimpinan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan Presiden yang baru dilantik, Azmin Ali yang cuba menguasai parti sepenuhnya mengikut selera mereka sahaja.
Bukan itu sahaja, kedua-dua pemimpin PKR itu didakwa tidak menghargai pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu apabila masing-masing berbalas mesej 'pergaduhan' melalui laman web Twitter selama dua bulan yang lalu.
Gobala berkata demikian semasa sidang media di pejabatnya di Paya Besar di Lunasnya hari ini (gambar atas). Beliau turut meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai berkuatkuasa serta-merta. Penganalisa politik sebelum ini sudah lama menjangkakan Gobala walaupun menafikan akan meninggal parti itu akhirnya terbukti tetap meninggalkan PKR.
Beliau sebagai ahli parlimen Bebas akan bersama beberapa penyokongnya yang didakwa terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.
Gobala menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai Konsensus Bebas di Parlimen yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bekas PKR yang lain. Beliau memaklumkan tindakan keluar PKR adalah tindakan bersendirian dan para penyokongnya disarankan membuat keputusan atau pilihan sendiri.
Beliau mendakwa selama ini Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja tetapi juga kaum India di dalam mencapaikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Beliau melihat hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya tidak akan berjaya sama sekali kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.
Gobala mendakwa parti PKR hanya menunggu masa untuk runtuh dan baginya perlu keluar terlebih dahulu sebelum parti itu 'runtuh'.
–KLToday.com
ABU DHABI 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini meneruskan momentum kejayaan parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi, Perdana Menteri berkata, momentum kejayaan yang ditunjukkan di DUN Tenang berterusan selepas BN mencapai kemenangan di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah pada November lalu.
''Ia membuktikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata tetapi mampu diterjemahkan di tiga buah negeri yang berasingan.
''Semua ini menunjukkan trend peningkatan sokongan kepada BN termasuk sebelumnya di Parlimen Hulu Selangor boleh dikatakan semakin menyeluruh dan mantap," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.
Najib mengulas kejayaan calon BN di DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menewaskan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi pada pengundian yang dijalankan hari ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun peratusan keluar mengundi menurun berikutan banjir yang melanda namun beliau berharap kejayaan tersebut dijadikan dorongan merangsangkan BN di negeri-negeri lain bagi membuat persediaan untuk membolehkan kejayaan lebih besar dicapai.
''Walaupun kita menghadapi tentangan agak hebat di DUN Tenang daripada jentera pembangkang tetapi segala isu yang dilemparkan oleh mereka tidak diterima oleh pengundi.
''Sebaliknya pengundi membuat keputusan yang bijak dan matang bahawa apa yang mereka penting ialah masa depan kawasan dan negara pada keseluruhan, ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka kepada BN semakin kukuh dan meningkat.
''Ia memberikan kita semangat untuk bekerja lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat. Saya selalu menekankan bahawa apa yang kita lakukan mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, mereka akan membalas balik usaha berkenaan dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," katanya.
Beliau berkata, BN akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di DUN Tenang termasuk undi-undi yang telah diperolehi sama ada di peti undi pengundi Melayu, Cina dan India.
Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO dan sahabat BN seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakhti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kejayaan BN. - utusan
Cuma bila dah tengok banyak sangat isu yang keluar maka kita terfikir apakah sesuai calon Pas ini menjadi wakil untuk rakyat di N05 Tenang?
Adakah isu MC 21 hari Cikgu Marof suami Normala yang tidak dinafikan oleh Normala adalah isu kecil? Pelik kenapa cuti diberi semasa kempen PRK. Kementerian Kesihatan perlu menyiasat perkara ini agar wang rakyat tidak dibazirkan kepada orang yang bukan hak.
Sedangkan kita tahu jika seseorang mendapat sijil sakit maka dia sepatutnya berehat bukan sibuk ke sana ke mari bantu isteri seperti yang dilakukan oleh suami Normala. Atau adakah suami beliau takut isterinya akan lari ?
Begitu juga kes perkahwinan pertama yang gagal juga memberi persepsi yang tidak baik kepada generasi muda. Kegagalan perkahwinan pertama yang terlalu singkat membuktikan bagaimana kegagalan Normala menjaga rumahtangganya dengan baik. Perkara ini juga tidak dinafikan oleh Normala sendiri.
Maka setelah segala fakta yang bukan fitnah ini disebarkan maka pengundi perlu sedar calon BN lebih berkualiti untuk menjadi wakil Tenang. Calon Wakil Rakyat yang mempunyai rekod sangat baik walaupun cuba diaibkan oleh Pakatan Haram dengan isu tanah namun ia berjaya dipatahkan dengan mudah.
Kes berkenaan adalah jelas disebabkan kesilapan kerani bukan Azahar Ibrahim selaku ADO. Dan malang sekali bagi Pakatan kerana mereka hanya ada satu sahaja kes yang dibawa ke mahkamah sepanjang Tok Ai menjadi ADO di sana untuk dijadikan modal burukkan nama Tok Ai.
Kelebihan Tok Ai yang berpengalaman luas dalam hal pentadbiran, dan merupakan keturunan pengasas kampung Tenang yang digelar Tok Tenang serta mempunyai keluarga yang ramai adalah kelebihan yang ketara berbanding calon Pas.
Maka Panglima menyeru agar pengundi di Tenang memilih calon BN yang lebih layak. Kita takut apabila amanah diberi kepada yang bukan ahlinya maka kehancuranlah yang akan dinikmati oleh kita akhirnya.
Selamat mengundi dan undilah dengan tenang demi Islam, Melayu dan Malaysia.
info : http://azlantaib.blogspot.com/2011/01/cikgu-mala-bukan-tak-pass-spm-cuma.html
Sent from my iPad
LABIS 27 Jan - Tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.
Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.
Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Stesen, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.
"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.
"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya."
"Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui. Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini," katanya.
Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.
"Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
"Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini," katanya.
Sementara itu, Rokiah Ali, 53 dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
"Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.
"Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.," katanya.
Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.
"Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.
"Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.
Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.
Keputusannya seramai 78 peratus mengundi BN akan menang berbanding 17 peratus sebaliknya dan 3 peratus berpendapat mungkin.
Moga kemenangan akan berpihak kepada BN!
Mari kita berderma kepada anak yatim agar mereka tidak perlu mengemis
untuk mencari dana.
Moga rezeki kita akan ditambah Allah !!!
