Dibawah tulisan yang perlu dibaca oleh rakyat Malaysia khususnya peneroka Felda.
BERHAKKAH MAZLAN ALIMAN HALANG PENEROKA TERIMA HAK/FAEDAH MEREKA?
✓ Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.
✓ Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.
✓ Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.
✓ Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.
✓ Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?
✓ Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.
✓ Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.
✓ Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Peneroka kena berfikiran terbuka -Pernahkah Felda menipu peneroka tentang hak milik rasanya semua dah dapat gran,-Ada ke Peneroka mati kelaparan di dalam rancangan kerana Felda sentiasa memastikan sara hidup peneroka dijaga dengan baik,-Ada tak peneroka yang masuknya miskin dan kini masih miskin kecuali yang tak nak ikut arahan pentadbiran, rasanya kebanyakan dah hidup senang-lenang dan anak kebanyakan berjaya,-ada tak Peneroka yang pendapatan bawah RM1000 sekarang ni rasanya rata-rata RM3000 dan mungkin lebih lagi,- ada tak Peneroka yang masih buat kerja pertanian sehingga tua rasanya kebanyakannya telah diupah pada pekerja, peneroka dah jadi Tuan dan sampai masanya berehat setelah penat lelah selama ini.Kecuali yang taknak ikut Felda masih kuatlah kononnya pada hal nak pegang cangkulpun dah tak larat. Dan adakah FELDA menipu Peneroka kalau kebanyakan Peneroka berjaya mengubah kehidupan........Aku Jenerasi kedua FELDA.Inilah kejayaan Ayah dan Ibu ku bersama FELDA.
Jom pertahankan Felda...terima kasih atas komen anda
Catat Ulasan