Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 April 2012

Mufti Setaraf Exco - Jamil Khir cc @NajibRazak

Cadangan lantik mufti setaraf Exco


Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

BANGI 24 April - Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermesyuarat hari ini mencadangkan usul menaikkan kedudukan mufti supaya setaraf dengan ahli Exco kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mufti akan menerima taraf, skim gaji dan pelbagai kemudahan yang dinikmati ahli Exco kerajaan negeri masing-masing.

"Kedudukan mufti sebagai ahli ex-officio dalam barisan Exco kerajaan negeri merupakan satu penghormatan terhadap mereka.

"Kerajaan percaya usul berkenaan mampu memantapkan lagi urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada program Minda Menteri bersama seramai 30 peserta kursus Diploma Pentadbiran Islam Siri 2 2011/2012 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini hari ini.

Jamil Khir memberitahu, usul yang dibentangkan pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilaksanakan setelah diperkenankan sultan-sultan dan raja-raja di setiap negeri.

Menurutnya, pelaksanaan usul itu tidak akan menyebabkan berlaku pertindihan fungsi antara mufti dan Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

"Exco sedia ada masih mengekalkan fungsi mereka membantu Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing manakala mufti bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan fatwa, tauliah dan hukum-hakam Islam," ujarnya.

Selain itu, kata beliau, mesyuarat berkenaan turut mencadangkan usul menaik taraf gred perjawatan timbalan mufti dari S44, S48 atau S52 ke S54.

Berhubung urusan perjawatan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jamil Khir memberitahu, Jakim akan menguruskannya secara bersama dengan kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate