Pengikut Blog Panglima

29 Februari 2012

Pembangkang Putar Belit Jawapan Ust Azhar Idrus Ucapan Tun Mahathir Isu Hudud cc @NajibRazak

Heboh sekarang kononnya Tun Mahathir menghina hudud dan menafikannya wujud dalam kitab Al Quran. Lihat pertanyaan isu tersebut kepada tokoh agama Ustaz Azhar Idrus oleh penyokong Pas untuk modal politik Pakatan yang kini kian nazak.


Berdasarkan apa yang difahami oleh Panglima, Tun Mahathir tidak menolak ayat Al Quran. Berdasarkan pengalaman menegakkan Islam di Malaysia sejak menjadi ahli politik yang dikagumi kawan digeruni lawan, tidak semudah itu Tun Mahathir akan menolak sesuatu hukum seperti hudud Allah.

Jika melihat jawapan Ustaz Azhar di atas jelas beliau tidak menyebut nama sesiapa termasuk Tun Mahathir. Kenapa penyokong Pas ghairah sangat sedangkan pemimpin PKR Anwar yang menyokong negara haram zionis Israel tidak dihentam sehabis kuat? Kenapa ini berlaku?

Pada kebiasaannya apabila menyentuh isu hudud, Tun Mahathir akan menempelak hudud Pas yang tidak sama hudud Islam yang sebenar. Hudud yang ditolak ialah hudud PAS bukan hudud ALLAH. Nawaitu PAS bukan hudud tetapi keDUDUKan sebagai YB di Parlimen dan Dun. Maka perkataan hudud yang digunakan oleh Tun Mahathir perlu diperincikan maksudnya samada hudud Pas atau Allah.

Jauh bezanya antara hudud Allah dan hudud Pas. Hudud Pas Kelantan dan Terengganu juga tidak sama, bagaimana mahu dijalankan jika berbeza? 

Jelas Pas buat hudud untuk meraih undi dan meninggalkan perlaksanaannya apabila sudah dapat undi hinggalah ke hari ini. 

Sudah tentu tidak relevan pihak Pas mahu timbulkan kenyataan Tun Mahathir di kala mereka juga seolah menolak hudud serta mempermainkannya sebagai modal umpan undi pilihanraya.Negara Islam yang menjalankan hudud sudah tidak ada lagi dalam Buku Jingga Pakatan maka bagaimana ia mahu dibincangkan untuk dijadikan serangan kepada lawan?

Seteruk mana Tun Mahathir beliau tidak pernah menjadikan modal agama sebagai bahan propaganda pilihanraya. Berbeza dengan Pas yang terang-terangan menggunakannya semaksimum mungkin. 

Bukankah lebih hina perbuatan mereka berbanding Tun Mahathir?

Fikirkanlah wahai saudaraku semua.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Bantahan Pemuda UMNO Seputeh Isu Gambar Tatoo Eryka Badu Oleh The Star cc @NajibRazak @HishammuddinH20


Kenyataan Rasmi,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

Fakta Lengkap Isu LYNAS - Siri 1 cc @NajibRazak @Fuziah99






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video : Ku Nan Pertahan BN Serang Pakatan : Isu Lynas dan Khalwat Ustaz PKR cc @NajibRazak



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas apa saja kesalahan atau kesulitan yang dilakukan oleh mereka.

Tegasnya, UMNO adalah parti yang mempunyai landasan jelas dari dulu, kini dan selamanya dan tidak akan melakukan pelbagai perkara sebagaimana tuduhan daripada mereka.

"Kalau betul itu adalah perbuatan orang BN/UMNO buatlah laporan polis. Ini perkara yang tak masuk akal dan sengaja diada-adakan kerana nak tunjukkan kononnya UMNO ini adalah pertubuhan yang tidak berguna," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melemparkan tuduhan ke atas UMNO ekoran berlakunya kekacauan semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

"Ceramah pembangkang di Sembrong gagal pun tuduh BN/UMNO, Badrul Amin kena tangkap khalwat pun tuduh BN/UMNO juga... mana ada kena mengena dengan kita, mereka yang nak buat jadi tanggunglah apa yang berlaku. Bukan UMNO yang suruh dia pakai towel sebagaimana yang diperkatakan oleh mereka," tegasnya.

Lagi http://umno-online.com/?p=55905




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Hotel Nafi 20 Lelaki Samseng Masuk Melalui Rakaman CCTV - Bukti Badrul Amin Menipu Lagi @NajibRazak @anwaribrahim

Kosmo Rabu 20.2.2012 halaman muka depan dan halaman kedua, menyiarkan kenyataan hotel lokasi Badrul Amin ditahan menafikan ada rakaman cctv mengandungi kelibat 20 orang yang didakwa Badrul Amin telah memukul beliau.


Penjelasan itu juga sama dengan analisa setengah pihak yang pelik dengan tindakan Badrul Amin, tidak membuat laporan polis atas dakwaan dipukul.


Begitu juga tidak nampak sebarang kecederaan pada diri beliau jika benar serangan tersebut berlaku. Jelas bahawa fakta sebenar cuba dipusing dengan dakwaan beliau difitnah walhal ia kelihatan sangat meragukan sejak mula cerita ini berkumandang di alam maya.


Semalam Tengku Mahkota Pahang juga cuba dikaitkan oleh Badrul Amin,akan mencemar duli mahu campur tangan kes ini walhal ia tidak benar sama sekali. Nampak permainan kotor beliau sehingga sanggup mengguna nama VVIP seperti Tengku Mahkota untuk melepaskan dirinya!


Mungkin harapan Badrul Amin agar kesalahan seperti itu tidak akan dijadikan isu, seperti kes Anwar Ibrahim yang jelas telah tersebar video beliau bersama Chna-doll.


Tetapi Pakatan nampaknya tidak mahu mengambil tindakan ke atas Anwar walau sehari untuk berundur, agar siasatan berjaya dibuat. Mungkin kerana mereka sudah pasti akan dihentam jika berbuat demikian kepada Ketua Pembangkang tersebut.


Kes Badrol Amin sudah tentu menampakkan kegagalan sistem yang wujud dalam PKR dimana Anwar dibiarkan tanpa berehat meskipun disumpah laknat oleh Saiful Bukhari untuk membenarkan kejadian tersebut.Manakala orang lain seperti Badrul Amin diberi cuti sebulan dan direhatkan.


Untuk itu panglima cadangkan PKR ditukar kepada Parti Kezaliman Rakyat selain nama " Pakat Keluar Ramai-ramai " agar sesuai dengan tindakan mereka yahg sering menyalahkan orang lain jika ditimpa masalah bukannya diri sendiri.


Itulah kezaliman dan itulah pakaian pemimpin PKR dari dulu hingga sekarang!


Maka tolaklah Pakatan dan undilah BN demi kejayaan berpanjangan  dunia hingga akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Nampak Timb.Pas Mat Sabu Tidak Diiktiraf Presiden Untuk Selesaikan Isu Kedah

Apabila Naib Presiden Pas iaitu Salahuddin Ayub menjadi orang tengah krisis Pas Kedah maka kita tertanya-tanya kenapa Pas tidak hantar Timbalan Presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu ke Kedah?

Adakah ini bukti Mat Sabu tidak layak atau tidak dipercayai Presiden parti?

Ahli Pas tentu lebih tahu apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku.

Soalnya siapa mahu bongkar rahsia Mat Sabu menang besar dalam pemilihan Pas ?

Adakah tidak wujud sogokan dalam pengundian?

Adakah Hj Hadi sudah mengesan perkara ini dan menggantung Mat Sabu tidak bertali?

Ketika Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan Ahad lepas, Salahuddin Ayub juga yang menjadi wakil Pas menaiki pentas bersama Anwar Ibrahim.

Kita harap ada jawapan kepada persoalan ini.

DetikPerubahan : 85 Janji Baru PAS Kelantan Ditabur Walau 19 Janji Masih Gagal Diakur


Janji Lama Tak Tertunai, Kini 85 Janji Baru Dibuat




Sebanyak 85 janji baru ditabur oleh PAS Kelantan menerusi Unit Perancang Ekonomi Kelantan sebagai persediaan menghadapi PRU13 yang akan muncul tidak lama lagi. Sudah pastilah, kalau dilihat kepada kesemua janji-janji tersebut, maka Kelantan akan muncul bukan sahaja sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia, sebaliknya sebagai sebuah negeri cerminan syurga yang dikhususkan untuk orang-orang beriman semata-mata.


Apple iPad 3: What to expect


The iPad 3 is unlikely to look much different from an iPad 2. (Credit: Apple)

This isn't our first rodeo. The wild, often contradictory rumors that precede an Apple product unveiling would have you thinking that the iPad 3 could take just about any form or shape. But really, so long as you don't get hung up on the specifics, it's fairly easy to piece together the big picture of the iPad 3. Now that we have confirmation of the event on March 7 in San Francisco, what exactly is it Apple will be unveiling? 

Improved screen resolution
The rumors about the iPad 3 display are nearly unequivocal about a substantial improvement to screen resolution. In fact, the only sport left in this rumor is trying to figure out which supplier will provide the anticipated display.


Pengasuh Dibuang Kerja Sebar Video Dera Bayi Sabotaj Majikan - Harian Metro



KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar : Suami Watiwani Ekori Badrul Amin Sejak 6 Bulan Dan Nafi Bawa 20 Gangster Pukul Beliau cc @NajibRazak




Lelaki dipercayai suami Watiwani 


Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.


Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Temuramah Kritis-Online Dengan Adam Adli Dan Khalid Ismath

Kedua tokoh mahasiswa ini perlu meneliti fakta tentang Lynas bukan menolaknya mentah-mentah.


Kajilah sebagai mahasiswa dan berhujahlah seperti mahasiswa.


Sayang jika negara kita masih menggunakan orang pelajar yang tidak mahu guna akal seperti mereka berdua.


Patutlah ada orang marah hingga menggelarkan mereka mahasewel.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Terbaru YAB Perdana Menteri Bertemu Masyarakat Siam Isytihar Bumiputera

Published with Blogger-droid v2.0.2

28 Februari 2012

Video Badrul Amin Nafi Khalwat Dan Mungkin Mahu Saman Timbalan Pengarah JAIP ( Nada Gugup Sedih Kecewa ) cc @NajibRazak


Panglima mengambil sikap menunggu fakta-fakta tentang kes ini sebelum mengambil keputusan mengulasnya. Berdasarkan perbincangan awal dengan rakan-rakan, kami khuatir ini satu perangkap samada kepada Umno atau perangkap sesama PKR atau terperangkap dengan godaan Iblis dan Syaitan..

Dengan video ini jelas nampak kegugupan dan ia menimbulkan persoalan ketelusan Badrol Amin dalam memberikan kenyataan video di atas. Jika tidak bersalah Panglima merasa pelik kenapa mahu diletak jawatan. Adakah ini satu perangkap sesama PKR untuk 'mengkambinghitamkan' beliau ? Boleh jadi juga kerana apabila isu ini timbul maka persepsi mereka mahu bina ialah ini satu taktik kotor UMNO demi mengekalkan kuasa mereka dan menuju Putrajaya. 

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil mungkin ada orang mahu menaikkan nama Pakatan dengan mencipta isu khalwat dengan menjadikan orang yang bertaraf ustaz sebagai kambing hitam mereka untuk menarik simpati rakyat.

Orang paling bersih dipilih untuk kerja paling kotor, bukan begitu?




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Konsert Erykah Badu Dibatalkan - Rais Yatim cc @NajibRazak







Konsert Erykah Badu, penyanyi wanita Amerika Syarikat yang cetuskan kontroversi kerana lakar tatu kalimah " Allah' di dadanya, dijadual di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu dibatalkan.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan demikian menerusi twitternya awal petang Selasa.


"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia." kata beliau.

Isteri PM DS@NajibRazak Di Majlis Maulidurrasul Bersama Imam Muda Asyraf Tahun 1433 Hijrah

Sumber : Berita Harian Selasa 28.2.2012


Alhamdulillah semangat mencintai Rasulullah saw masih segar dalam diri isteri-isteri pemimpin kita.


Moga ia menjadi amalan yang diterima oleh Allah Azzawajalla.


Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Blogger @yuseriyusoff Dedah Kementerian Pertahanan Kehilangan Panglima Armada Tentera Laut Kerana Tulisan Seorang Blogger cc @NajibRazak






Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.


Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.


Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.


Natijahnya siapa menanggung?







Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Baca lagi :

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/02/al-kisah-scorpene-blogger-dan-panglima.html


Panglima : syabas YY atas artikel mantap ini...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Untuk Memahami Isu #LYNAS - Sebarkan cc @NajibRazak @anwaribrahim @fuziah99






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Siar Tatoo Kalimah Allah - Akhbar The Star Memang Biadappp !!! Cc @HishammuddinH20 @NajibRazak

Ini kali kedua The Star menyiarkan perkara yang menyentuh sensiviti umat Islam.Kali pertama isu juadah Ramadhan yang memuatkan gambar masakan daging babi.Yang diikuti permohonan maaf di lamannya.

Tindakan tersebut tidak bermoral kerana menghina nama Allah yang dijadikan tatoo oleh Erykah Bady, dari Amerika. Nama Allah sangat suci tidak boleh dijadika tatoo.

Jangan lupa juga pemimpin yang menggadaikan kalimah Allah untuk kuasa, sama biadapnya juga. Bahkan lebih teruk kerana menggunakannya demi untuk meraih undi pilihanraya dan menggunakan imej ahli agama.

The Star patut dikenakan hukuman atas tindakan tersebut.

Pecat sahaja siapa yang bertanggungjawab !

Jangan bagi muka kepada mereka. Atau rakyat akan marah dan salahkan pemimpin kita.

Pelukis Kartun Hina Nabi Muhammad SAW Mati Terbakar !!!

 




baca juga 12 jawapan soalan yang dibangkitkan isu LYNAS





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Laporan Persidangan Meja Bulat Bersama Tun M Di Yayasan Kepimpinan Perdana Semalam cc @NajibRazak

Barisan ahli panel bersama Tun Mahathir 


"Malaysia upaya ada sistem sendiri yang unik" - kata Tun Dr. Mahathir


Semalam satu rundingan meja bulat telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg Tun M Bersama2 rakan2 NGO2 serta pemikir2 akedemik drpd seluruh negara telah hadir.


"Malaysia tidak harus terlalu banyak bergantung kepada Barat, sebaliknya perlu menghasilkan sistemnya sendiri" kata Tun Dr. Mahathir Mohamad



Baca lagi :

http://armandpju.blogspot.com/2012/02/rundingan-meja-bulat-tamadun-melayu.html


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Fakta Kadar mSv Lynas Ini Pasti Hancurkan Retorik Jahat Pakatan Rosak cc @NajibRazak @anwaribrahim @fuziah99






Imej di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Dokumen seterusnya akan dikeluarkan secara berperingkat. Banyak fakta hebat akan disiarkan hari ini Insya Allah. 


Video Karam Singh Walia Siri 2 Ke Australia Cari Jawapan Kontroversi #LYNAS





Sebentar lagi kandungan mSv (milisievert) di kilang Lynas dan jadual mSv yang berbahaya jika terdedah kepada manusia akan disiarkan. 


Harap dapat tolong sebarkan.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

27 Februari 2012

Video Karam Singh Walia Terbang Jumpa Menteri Australia Cari Jawapan Kontroversi LYNAS






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar : Injil Usia 1500 Tahun Sahkan Kenabian Rasulullah SAW cc @NajibRazak


gambar ini ditemui di FB Belia Waja Watan 10 hours ago 

Injil ini berusia 1500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !!

ALLAHUAKBAR..

Ia berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya....!!

kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) saw....

https://www.facebook.com/pages/MTD-KOTA-LAMA/143371642370701
— with Panji Hitam Berkibar.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Utusan : Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi




'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

25 Sebab Blogger @YuseriYusoff Serang @PapaGomo Mesti Anda Baca #Lynas #HimpunanHijau


BERIKUT 25 FAKTA TENTANG LYNAS YANG PERLU DISEBARKAN. BUKAN SEBAB BLOGGER YY SERANG PAPAGOMO. 


Ikuti 25 fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia mengenai Lynas :

1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. 

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

Video Dr Hasan Ali di Kemaman Terengganu Sabtu Lalu

Sebarkan...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Live : Sidang Meja Bulat 'Melayu Pasca Modenisasi' Di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya cc @NajibRazak





Gambar : Tun Mahathir bersama Tan Sri Nordin (kiri) dan Datuk Raja Arif Raja Ali (kanan) 




Sebentar tadi baru sahaja sesi perbincangan meja bulat dengan tajuk dipaparkan di atas baru sahaja bermula.




Panglima hadir untuk mengikuti perbincangan ini dan akan melaporkan kepada anda semua langsung di blog dan twitter.




Ia dianjurkan oleh Kerusi Pendita Za'ba UPSI bersama Biro Tatanegara, Yayasan Kepimpinan Perdana dan Yayasan Albitan.




Ia dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad mantan PM Malaysia.




Sesiapa yang berminat boleh hadir jika sempat datang ke sini.




Laporan seterusnya akan diterbitkan selepas ini.

Lagi Video Bukti KILANG Lynas Selamat Oleh IAEA - cc @NajibRazak @anwaribrahim

Published with Blogger-droid v2.0.2

2 Saintis Termasuk Ahli Parlimen PAS Sahkan Kilang LYNAS Selamat !!! cc @NajibRazak

Tolong sebarkan


Published with Blogger-droid v2.0.2

26 Februari 2012

Presiden Pas Hj Hadi Awang Dihina Oleh PKR Di Lynas Dan Diderhakai Pemimpin Pas #himpunanhijau #lynas

Dalam video di atas anda akan dapat melihat Presiden Pas Hj Abd Hadi Awang begitu beria-ia mengangkat pakar tentang isu nuklear iaitu Dr Rosli merangkap Ahli Parlimen Hulu Langat. Kenyataan juga ada dalam bentuk gambar di atas.


Jelas melalui video, Pas dilihat menyokong Lynas berdasarkan kepada kenyataan Hj Hadi yang dirujuk kepada Dr Rosli.


Namun hari ini PRESIDEN PAS sendiri telah dihina secara tidak langsung apabila geng PKR  dengan beraninya menganjurkan kempen Lynas. Lagi memalukan beliau turut 'dilanggar' oleh pemimpin Pas seperti Salahuddin Ayub yang juga turut hadir perhimpunan tersebut khabarnya.


Maka apakah kawan seperti PKR yang sanggup mempolitikkan Lynas ini, yang tidak menghormati pandangan PAS serta biadap apabila menganjurkannya secara besar-besaran - patut menjadi sekutu rapat?


Malu jika panglima menjadi ahli Pas melihat Presiden dihina oleh PKR. Malu lagi apabila ada pemimpin dan ahli Pas turut hadir dan menyokong perhimpunan yang tidak disertai dan tidak disokong oleh Hj Hadi mahupun Nik Aziz.


Pas perlu melakukan sesuatu seperti kembali bersama Umno membina kekuatan umat Melayu Islam di Malaysia atas nama Kerajaan Perpaduan. Tambahan pula PKR makin lemah termasuk dengan kes terbaru tangkap khalwat Dr Badrul Amin Di Kuantan dan Kedah seperti boleh menjadi pembuka jalan ke arahnya.


Seterusnya baca berita tentang keselamatan KILANG nadir bumi Lynas di bawah.


Dua pengesan radiasi dipasang di tapak Lynas


KUANTAN: Dua unit pengesan radiasi masing-masing bernilai RM700,000 akan dipasang di tapak kilang milik Lynas Corporation Ltd (Lynas) di kawasan perindustrian Gebeng, di sini, bagi memantau kualiti udara di kawasan itu sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat.


Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad berkata, langkah itu sebahagian usaha Lynas untuk memberi jaminan kepada penduduk setempat kualiti udara di kawasan tapak kilang dan persekitarannya selamat.


Menurutnya, alat pengesan itu dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar Jenis Aerosol yang dibeli dari Austria biasa digunakan di negara maju, terutama di kawasan perindustrian untuk mengesan kualiti udara.“Unit pertama dijangka sampai dalam masa tiga bulan lagi dan akan dipasang di tapak kilang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan pejabat sementara Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di tapak Lynas di Gebeng, dekat sini, semalam.


Kunci pejabat terbabit diserahkan kepada Ketua Pengarah AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.Beliau berkata, pihaknya akan menghantar kakitangannya untuk mengendalikan alat terbabit sebelum diserahkan kepada AELB selaku badan pemantau.“Orang ramai yang ingin mengetahui tahap radiasi juga boleh datang dan melihat sendiri bacaan pada alat berkenaan,” katanya.


Mengenai pejabat itu, beliau berkata, ia konsep biasa yang diamalkan industri seperti penempatan pejabat kastam di loji penapisan minyak.“Dengan penempatan pejabat AELB, dapat memudahkan pihak itu melakukan pemantauan terhadap operasi Lynas 24 jam setiap hari.


“Kami sangat mengalu-alukan pemantauan ini kerana ini akan membuatkan kami lebih berhati-hati selain sebagai jaminan kepada masyarakat mengenai operasi kami yang mengutamakan keselamatan,” katanya.


Sumber : http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuapengesanradiasidipasangditapakLynas/mobile/mArticle


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sah Himpunan Hijau 2.0 Ialah Himpunan Dosa ! Cc @NajibRazak

Bismillah Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah Waalihi Waman Waalah

Di atas gambar yang dipaparkan membuktikan berlaku percampuran lelaki dan perempuan.

PAS sudah begitu liberal apabila tidak lagi sensitif bab dosa. Semalam Chegubard dalam ceramahnya turut menghina Dr Hasan Ali apabila menggelarkannya sub-kontraktor Umno di hadapan penyokong Pas.

Lihat bukti gambar di atas dengan jelas berlaku percampuran wanita dan lelaki tanpa ada batasan.

Patutlah ramai datang himpunan kerana ada ramai awek amoi seperti China-doll dalam video seks yang seksi dan lawa dan tidak akan dicaj khalwat seperti Ustaz PKR Badrul Amin dengan bini orang semalam.

Begitu juga hukum agama turut dilanggar apabila jalan raya turut diganggu sehingga menyusahkan rakyat jelata. Jelas ia berdosa bukan mendapat pahala.

Mereka bukan mahu mengadakan himpunan hijau tetapi mahu dosa sebenarnya.

Lynas tidak berbahaya tetapi menjadi isu politik untuk membahayakan negara demi keuntungan pilihanraya. Hanya seorang yang bising isu ini dari kalangan pakar nuklear bukan ramai yang menentangnya. Jika dalam agama pendapat majoriti dikira muktabar bukan sebaliknya.

Lynas telah dan akan melibatkan pelaburan hampir 2 bilion yang akan gagal dinikmati rakyat Pahang khasnya jika politik kotor Pakatan berjaya menghalangnya.

400 peluang pekerjaan juga akan gagal diwujudkan dan rakyat akan lebih menderita.

Pelik jika benar Lynas berbahaya kenapa ia tidak dibantah IAEA yang diundang tahun lalu? Agensi Atarabangsa tersebut tidak menghalangnya sedikitpun kerana kadar radioaktif kilang tersebut memang tidak memudaratkan manusia.

Jika memudaratkan buang sahaja cellphone anda semua.. Buang sahaja flat screen tv anda.. Buang sahaja notebook atau laptop anda semua.. Siapa perbodohkan siapa dan siapa yang untung akhirnya?

Cukuplah politik bodoh ini dan fikirkan untuk rakyat jelata yang perlukan kemajuan dan kemakmuran ekonomi untuk masa depan anak cucu mereka.

Pada pendapat Panglima dan rakan UMB yang hadir di Himpunan Dosa 2.0 ini, mereka gagal kerana tidak mencapai matlamat sebanyak 20,000 orang untuk hadir. Ingat lagi 901 yang hanya dihadiri 5 ribu bukan 100 ribu yang dijangkakan oleh Azmin.

Lebih memalukan perhimpunan di Kuantan hari ini hanya mampu menarik minat 5 ribu orang walaupun mendapat permit, disokong pemimpin tinggi DAP, publisiti meluas dan dilaksanakan pada waktu cuti.
Selamatkan Malaysia daripada mereka yang hanya tahu membangkang tetapi sebenarnya mereka tidak tahu memerintah!

Artikel ini disiapkan bersama Panglima dan geng dari Kuantan Pahang untuk selamatkan Malaysia.

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad waalihi wasallam

Himpunan Hijau 2.0 Gagal Dan Sah Langgar Syarat Polis

Lihat gambar. Himpunan ini nampak tidak mendapat sokongan rakyat.

Semalam laporan di ceramah Anwar juga membuktikan hanya 1000 lebih kurang ( ada kata 500 ) yang datang.

Pagi ini penyokong mereka sudah melanggar syarat apabila menjerit dan menghalang lalu lintas.

Gaya sebegini tidak pelik lagi kerana mereka semua ini tidak pernah menghormati keluhuran perlembagaan negara kita dan syarat ditetap pihak berkuasa.

Nantikan laporan seterusnya dari Panglima di padang MPK 4 Kuantan Pahang.

Live : Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan Gagal

Lihat gambar dan fikirkan...


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 Syarat Wajib Dipatuhi Peserta Himpunan Hijau 2.0 oleh Polis




Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Dosa 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.

Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.

Penggunaan risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.

Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.

Syarat-syarat lain ialah:

  • Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
  • Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita "bertape" dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
  • Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
  • Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu
  • Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
  • Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
  • Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
  • Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Jangkaan seramai 20,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng membuatkan Keris terasa sedikit lucu. Ceramah pemimpin No 1 pembangkang pun tidak mendapat sambutan hangat, inikan pula dengan demonstrasi oleh 'Penipu' Fuziah?

Follow tweethandle Keris - @Keris7Lok untuk sebarang info baru mengenai Himpunan Dosa 2.0.

K7L : Jika sempat Keris buat Live Update...


http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/syarat-syarat-untuk-himpunan-dosa-20.html


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Pelancaran Jentera PKR Pahang Sebentar Tadi Oleh Anwar Ibrahim Gagal ! Cc @NajibRazak

Panglima berkesempatan mengikuti ceramah oleh Chegubard dan Datuk Seri Anwar di Dataran Rakyat Kuantan Pahang sebentar tadi.

Selepas itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga memberikan ceramahnya.

Pengerusi memaklumkan ceramah beliau diawalkan khas untuk penduduk Pahang. Satu psy-war yang baik tetapi sayang tidak mendapat respon dari rakyat.

Antara perkara pelik yang ditinjau semasa perjalanan ke tempat ceramah sebentar tadi ialah tiada bendera Pakatan berkibar menyambut ketibaan Anwar. Lihat gambar.

Seperti kebiasaan bendera akan dipasang jika ada ceramah politik walau oleh pemimpin tidak berjawatan tinggi dalam parti.

Ini seperti memberi signal seolah-olah Pakatan sudah hampir pupus di Kuantan. Lihat gambar yang disiarkan di atas.Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Bayangkan ceramah perdana dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Chegubard hanya dihadiri seramai 1000 orang ?
Bukankah ia sesuatu yang sangat ganjil.

Dalam ucapan Chegubard beliau turut mengakui jentera partinya lemah, menunjukkan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam PKR sekarang.

Mujurlah Hj Hadi atau Nik Aziz tidak datang.

Begitu juga ketika semua memberi tumpuan isu Lynas yang dikecohkan oleh YB Fuziah, sedikitpun Anwar Ibrahim tidak sentuh perkara tersebut sedangkan esok ialah hari Himpunan Hijau 2.0!

Kerusi atas pentas utama juga kosong dan itulah sebenarnya gambaran masa depan Pakatan yang semakin kosong selepas ditimpa malang akibat kelalaian mulutnya sendiri menyokong negara haram Israel.

Isu UMRAH juga disentuh di mana beliau menempelak Umno kerana mempolitikkannya sedangkan blogger mereka juga membuat serangan politik semasa ibadat HAJI YAB Perdana Menteri !

Belum pernah Nik Aziz Nik Mat menentang Anwar Ibrahim dalam isu-isu lain namun kali ini beliau bersama Majlis Syura Pas menentang keras usaha untuk menyokong negara haram zionis Israel walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Fikirkanlah dan jangan mudah terpedaya wahai saudara/i semua.

25 Februari 2012

Sah Derhaka Jika Ahli Pas Lawan Kenyataan Presiden Hj Hadi Yang Sokong LYNAS Ini

Tolong sebarkan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Rusuhan Kaum Anjuran DAP Esok di i-City dan Betulkah Chegubard Ditangkap Khalwat ?




http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/02/sebarkan-isu-pekerja-kfc-i-city-esok.html

Sumber terbaru betulkah Chegubard ditangkap di Kuantan? 

Berita selanjutnya akan disiarkan selepas ni.

Panglima sekarang sudah berada di Kuantan untuk misi himpunan hijau esok.

Sent from my Samsung Galaxy Tab