TUMPAT - Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan, yang mengandungi janji-janji 'hitamputih' yang akan dikotakannya jika negeri ini kembali diterajui BN, kataTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan Pas sejak memerintah negeri ini pada 1990.


"Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto).Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan.