Pengikut Blog Panglima

30 September 2012

Pemimpin DAP Termasuk @NgaKorming Tolak 1Malaysia Perdana Menteri @NajibRazak Mahu Lihat Negara Huru-Hara ??? Lihat Gambar



apakah yang dimaksudkan Gagasan 1Malaysia ? Sila baca kupasan lengkap di sini http://www.btn.gov.my/v2/HTML/index.html

Apakah maksud Budaya Ilmu dalam Gagasan 1Malaysia ? Anda bacalah e-book ini


Punca Kate Middleton Dimalukan Kerana Imej Mesra Islam Seperti Mendiang Diana ?


Berita oleh Harian Metro di sini http://www.hmetro.com.my/articles/SkandalgambarKateberterusan/Article/artikelMA




ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.

LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.

Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.

Kisah Ibu Diuji Allah Dengan Tujuh Anak Penagih Dadah


7 anak penagih


Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my





KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak.

Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu.

Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya itu meninggal dunia satu persatu kesan pengambilan dadah secara berlebihan.

Afdlin Shauki Akan Berhenti Berkarya Selepas 'Tiga Hari' ?

Kiraan berhenti Afdlin



DALAM hitungan sejarah pengarahan filem seorang sutradara bernama Afdlin Shauki, mungkin Untuk Tiga Hari telah membidik cerita yang tersendiri.
Diselang seli jiwa dan keghairahan para peminat filem sedang membuat perhitungan untuk menonton filem karya anak tempatan sendiri, Untuk Tiga Hari datang dengan pelbagai ragam bahasa dan cerita.
Suka atau tidak, kita harus akur dengan satu kenyataan bahawa pawagam tempatan sedang sepi dengan filem bermutu. Untuk Tiga Hari muncul di kala gersang karya.
Mesej suami isteri
Membayangkan sebuah buku novel tulisan Ahadiat Akasyah, sebagai sutradara, Afdlin menganggap naskhah ini adalah sebuah kehidupan yang bergerak dengan cinta. Sebuah topik yang menarik untuk diketengahkan serta mempunyai pengajaran tersendiri.
Masuk hari kelima tayangan, Untuk Tiga Hari dihimpit sedikit kontroversi tentang hukum agama. Adegan perbualan watak bawaan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak menjadi topik bahas dan perbincangan. Banyak yang bersuara, malah kontroversi itu turut menjadi penarik penonton ke panggung. Bagi Afdlin, dia positif.
Baca lanjut : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Terkini : ASTRO Pula Siar Filem Haram Tayang di Malaysia


Astro sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu menghormati sensiviti umat Islam. Dengan menayangkan cerita menghina Agama yang telah diharamkan Kerajaan kita sejak dari 2003.

Kita tidak tahu apakah mesej tersirat mereka buat? Samada tidak sengaja atau sengaja untuk dimohon maaf kemudian seperti Ngeh Koo Ham ?

Baca lagi kupasannya oleh Cucu Tok Selampit di sini



UM Dimenangi Pro #AspirasiMahasiswa - Tahniah !!!


Kemenangan milik proaspirasi
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kumpulan proaspirasi diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) sesi 2012/2013.

Kemenangan itu diperoleh apabila satu daripada dua kerusi yang ditandingi semula pagi ini dimenangi kumpulan proaspirasi.

Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, pengundian semula itu diadakan membabitkan dua fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) setelah mencatat undian seri pada hari pengundian MPP Selasa lalu.

"Di Fakulti Pendidikan, kemenangan berpihak kepada calon promahasiswa iaitu Maiyamin Md. Nor apabila meraih undi sebanyak 136 menewaskan saingannya, Malik Syam Mohammed Latif (129).

Komen Mangsa Gulung Tikar Kerana Cukai Kereta & Motor Dinaikkan Ketika Anwar Berkuasa !!!


Isu kenaikan harga kereta disebabkan perbuatan Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan.
Tulis seorang rakan FB Panglima yang amat marah tentang perkara ini bernama


Jay Naz :



SIAPA YANG MENAIKAN CUKAI IMPOT KERETA?

Cuba penyokong-penyokong pembangkang mengimbas kembali pada tahun 1996 ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia, tidak kah beliau yang bertanggungjawab di atas kenaikan cukai kereta import sehingga 300% dan cukai motorikal kuasa tinggi juga di naikan sehingga 150% dengan alasan mengurangkan pengaliran dan tukaran wang akan keluar dari negara. Dan alasan untuk motorskal adalah bersebabkan ianya adalah hobi orang-orang yang berada. oleh demikian kata Anwar Ibrahim kedua-dua nya harus di kenakan cukai yang tinggi untuk menambahkan pendapatan negara. 

Saya adalah salah satu manusia yang mempunyai kedai motosikal berkuasa tinggi yang terpaksa gulong tikar bersebabkan tiada pembeli bersebabkan kos harga motorsikal terlalu tinggi untuk anak-anak muda memilki nya dan juga keadaan global ekonomi yang teruk ketika masa itu.

Dan sekarang beliau pusing pulak kononnya nak menurukan cukai kereta pulak. podahhhhhhhh, memang lah kaki pembohong "of the highest order"....





@bharianmy : #Bajet2013 Paling Seimbang - DS @Zahid_Hamidi

Berita Harian (@bharianmy)
30/09/12 8:07 PG
Bajet paling seimbang fb.me/1dnorFqVi

Bagan Datoh: Bajet 2013 jauh lebih adil berbanding bajet bayangan pembangkang yang hanya menabur janji.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dakwaan kononnya bajet itu untuk pilihan raya adalah tuduhan berulang yang sering disuarakan setiap kali bajet dibentangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, hakikat sebenar Bajet 2013 adalah bajet paling seimbang dengan defisit hanya empat peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbanding bajet yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat lebih awal, tetapi kurang penelitian. 

@bharianmy : Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion

Berita Harian (@bharianmy)
30/09/12 8:07 PG
Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion fb.me/1ujUkfyhu

Putrajaya: Nilai harta pusaka terbeku, iaitu yang tidak diwasiatkan, di Malaysia, sebahagian besar milik orang Islam dianggarkan mencecah RM45 bilion.

Penemuan itu adalah hasil kajian sebuah syarikat milik Bumiputera yang mengkhusus dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.
Sebahagian besar harta berkenaan dalam dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank dan harta tetap.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin, berkata pelbagai faktor menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk waris kurang pengetahuan mengenai pengurusan harta si mati.


29 September 2012

Reaksi Gembira Rakyat #Bajet2013 @NajibRazak Mengejutkan Pakatan Hingga Tertiarap !!!

Sumber Sinar Harian Sabtu 29.9.2012

@mkini_bm : Pro-M Menang Tipis di UM Selepas Undi Kali Kedua - Bukti Demokrasi Subur Di IPT Malaysia

mkini_bm (@mkini_bm)
28/09/12 7:20 PTG
Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula: bit.ly/Sp8hKK

Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula
  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:15PM Sep 28 2012
 

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat.

NONEPengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak.

Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat.

Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas.

Keputusan pengundian semula hari ini diumumkan Naib Canselor Tan Sri Prof Ghauth Jasmon melalui lamanweb universiti tersebut.

NONEDengan kemenangan tersebut, pro-M berjaya mengekalkan kubunya di UM. Bagaimanapun, jumlah kerusi dimenanginya merosot daripada tahun lalu di mana ia memenangi 23 kerusi.

Dalam pilihan raya lalu, pro-M memenangi 23 kerusi, manakala Penggerak Mahasiswa mendapat 16 kerusi dan calon Bebas meraih dua kerusi. 

Dalam pilihan raya kampus tahun ini, pro-M juga berjaya mengekalkan penguasaannya di kubu kuatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Manakala pengundian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - yang digantung keputusannya kerana masalah teknikal Selasa lalu -  dijangka diadakan semula dalam tempoh terdekat ini.


Panglima : keputusan yang dibuat oleh mahasiswa kali ini menunjukkan bahawa ia mencerminkan keputusan yang asli bukan palsu dek kerana ada pihak menipu.

Dengan kemenangan di UKM, selain di UM pro-M sewajarnya menasihatkan pemimpin Pakatan agar tidak menyalahkan sesiapa ataupun menimbulkan persepsi bahawa berlaku penipuan menggunakan pengundian eletronik di IPT kali ini.

Kemenangan besar AspirasiMahasiswa bukan dengan menabur janji semata-mata. namun didahului berbagai program meningkatkan kebajikan mahasiswa oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggembirakan mereka.

Selain perhatian cukup hebat diberikan oleh kepimpinan negara kepada generasi Y, anak muda kini merasa begitu dihargai di sisi kerajaan sekaligus mendorong perasaan tersebut ditumpahkan dengan mengundi pihak yang membawa nada perjuangan selari dengan Kerajaan.

Mereka sudah muak melihat mahasiswa samseng seperti Adam Adli atau mahasiswa didakwa syiah seperti Khalid Ismath yang mengotorkan nama baik mahasiswa di menara gading. Bukan menaikkannya.

Jelas program yang dijayakan oleh mahasiswa yang mengikut telunjuk pembangkang menjurus ke arah pergaduhan, kekacauan, kerosakan, maksiat dan melanggar undang-undang seperti perhimpunan haram Bersih 2.0 dan Occupy di Dataran Merdeka.

Inilah yang memuakkan mahasiswa kita dari menyokong tindakan mereka. Moga ini jugalah indikator kepada pilihan pengundi muda pada PRU-13 akan datang.

Sekian, salam perjuangan.

Sent from my iPad

28 September 2012

Program Himpunan NGO ke arah Penyatuan Ummah di Shah Alam - Mohon Sebarkan cc @NohOmar @NajibRazak

Jmptn ke Prgm Himpunan NGO ke arah Penyatuan Ummah pd 29/9 jam 8.30 am - 5.00 pm brtmpt di Auditorium Sirim S. Alam. Aturcara prgm:

Sesi 1 : Peranan Dakwah & ancaman trhadap umat islam
Panel : Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah
Ust. Roslan b. Muhammad

Sesi 2 : Perbezaan Ideologi Politik adakah penghalang kpd Penyatuan
Panel : YB Jamaluddin Md Radzi
Y.Bhg Dr Mohd Fairuz Khairudin

Sesi 3 : Agenda Penyatuan Ummah 'Fakta @ Auta'
Panel : YB Datuk Dr Hassan Ali
YB Senator Ezam Md Noor
30/9 jam 8.30 - 1.00 ptg brtmpt di Auditorium Komplek Taman Seni Islam S.Alam.

Sesi 4 : Bahaya Ketaksuban
Panel : SS Tan Sri Harussani Zakaria
YBhg. Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dasuki

Sesi 5 : Mencari persamaan, memahami perbezaan
Panel : YB Datuk Zulkefli Nordin
YBhg. Encik Razali Rahman

Majlis Penutup akan disempurnakn oleh SS Dato Mufti Negeri Selangor.

Semua muslimin muslimat dijmpt hadir & sila war2 pd yg lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bonus Satu Setengah Bulan #Bajet2013 Umum PM @NajibRazak

RM0.UM.28/09: Pemberian bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam dan dibayar secara berperingkat sehingga Januari 2013 - PM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Satu Lagi Cara Ikuti #Live #Bajet2013 Di FB YAB Perdana Menteri DS @NajibRazak



mohon klik di sini

Ikuti Live Streaming #Bajet2013 Janji Ditepati YAB PM DS @NajibRazak Di Sini


Post image for KANDUNGAN BAJET 2013 FOKUS KEMAKMURAN RAKYAT




Terharu Lihat PM @NajibRazak Hantar Email Kepada Rakyat Biasa Seperti Panglima

Berikut email panglima dapat dari YAB Perdana Menteri 



 
Tinggal satu hari sahaja lagi pembentangan Bajet 2013 akan dilakukan. Oleh kerana Bajet kali ini dibuat selepas mengambil kira padangan daripada Rakyat, maka bolehlah digambarkan bahawa ia dibuat daripada Rakyat untuk Rakyat. Untuk itu, saya yakin seluruh warga Malaysia pasti akan gembira dengan Bajet itu nanti.
 
Maka dengan itu, saya harap anda semua dapat bersama-sama menyertai saya pada sesi #TanyaNajib Bajet 2013 pada pukul 9 malam, 3 Oktober (Rabu) depan. Pada sesi itu nanti anda semua boleh bertanya apa sahaja soalan kepada saya tentang Bajet tersebut.
 
"Klik disini" untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menyertainya. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua pada sesi itu nanti.

We are one day away from the 2013 National Budget announcement. With countless proposals from the Rakyat taken into consideration, this budget truly represents something made by the people, for the people – and I'm confident that my fellow Malaysians will be pleased with the outcome.
 
Don't forget to join me for the upcoming #TanyaNajib Bajet 2013" session at 9.00pm on 3rd October(Wednesday), where you will be able to ask me questions on the Budget in real time.
 
Click "here" to learn more on how to participate. I'm looking forward to hearing from all of you then.
 
Najib Razak

Sent from my iPad

Chong Wei rampas takhta No. 1


Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Lee Chong Wei kembali merampas kedudukan No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan dalam ranking terbaru, semalam.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012.

Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.

Mari Lihat Masjid Bawah Tanah





#CintaiBahasaKita : Beza Pelantikan dan Perlantikan



Ikuti entri bermanfaat dari blog Namharahman ini. Berkenaan Tatabahasa Bahasa Malaysia yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.

Blog beliau klik di sini  http://namharahman.blogspot.com/2009/10/pelantikan-dan-perlantikan.html



Mesej diterima:
Tarikh : 2 Oktober 2009
Masa : 3.02 petang
Pengirim : Luqman
Pertanyaan : Apa beza pelantikan dengan perlantikan?


Untuk membezakan ejaan perlantikan dengan pelantikan perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang boleh digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf ‘l’ seperti lucut, letak, lancar, lanjut, dan lain-lain Permasalahan ini tidak akan timbul pada perkataan yang bermula dengan huruf lain daripada l.

Podcast : Ulasan Menteri Pertahanan DS @zahid_hamidi Bajet 2012 Oleh Perdana Menteri DS @NajibRazak Petang Ini


Sumber : http://undipru13.blogspot.com/2012/09/temuramah-ekslusif-yb-ds-dr-ahmad-zahid.html



Esok adalah hari penting untuk Malaysia - BUDGET DAY

Semua orng menunggu nunggu dengan debaran apakah BAJET yang dibentang oleh PM ... sementara itu

Kami sempat interview dengan Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bertanyakan pendapat beliau mengenai BAJET 2013 dan juga isu isu yang lain..

Sila Dengar Podcast ini





Anda boleh juga dengar episod episod yang lain di iTunes Store dengan carian POLITIK MALAYSIA PODCAST dan melanggan dengan PERCUMA.

Agihan Amanah Saham 1Malaysia RM6.60 Sen Seunit


Agih pendapatan 6.60 sen seunit

Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia sebanyak 6.60 sen seunit di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) yang dimiliki penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2012.

Pengagihan pendapatan kali ketiga ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM459.86 juta, peningkatan sebanyak 49.1 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelum ini berjumlah RM308.40 juta....

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Google Tidak Akan Sekat Filem Hina Islam di Youtube


Pengerusi Google pertahan YouTube

Pelajar-pelajar Indonesia membakar tayar di luar premis Kentucky Fried Chicken di Kendari semasa mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, semalam. - AFP

SEOUL 27 Sept. - Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt, hari ini mempertahankan tindakan YouTube menyiarkan filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan ganas di seluruh dunia.

Bekas Pemimpin PKR Aminah Menang Saman Ke Atas Pemimpin PKR PAS



Aminah menang saman fitnah ke atas tiga pemimpin PKR

GEORGE TOWN 27 Sept. — Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong, Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.

27 September 2012

Sinar Harian : @TianChua Tidak Menyesal Siar Gambar Jet Peribadi Anwar !!!

Isu jet: Tanya pihak berkuasa, kata Tian Chua
JAMILAH HAMZAH
27 September 2012
Tian Chua
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.

Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."

Blog Penyokong Pas 16.9 Juta Hits Kecam #BajetPR cc @Anwaribrahim @NikAbdulAziz

Sumber : http://penyokongpas.wordpress.com/2012/09/27/bajet-pr-ke-bajet-pkr/

Sent from my iPad

@bernamaradio24 : ATP Terbuka Malaysia - Wakil Tunggal Negara Gagal Meneruskan Kemaraan

BERNAMA Radio24 (@bernamaradio24)
27/09/12 1:12 PTG


Sukan, Tenis, ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Wakil tunggal negara yang beraksi SEMALAM, gagal meneruskan kemaraan


Sent from my iPad

@Reuters : U.S. actress sues anti-Islam filmmaker, YouTube in federal court


Tindakan serentak umat Islam membantah filem ini memberi kesan apabila pelakonnya membuat saman ke atas pihak yang terlibat.

Meskipun dicemari dengan kekacauan yang tidak diingini namun umat Islam telah bersatu kerana menjaga nama baik Nabi.

Seharusnya kekuatan umat Islam ini dikuatkan lagi dengan kekuatan dijalin melalui pemimpin dan ulama Islam atas satu badan bertaraf dunia yang bukan mewakili mana-mana kerajaan dan bersifat NGO.

Paling penting ia jangan dikuasai puak bawah telunjuk zionis Israel atau Amerika atau sekutunya yang memusuhi Islam.

Reuters Top News (@Reuters)
27/09/12 1:10 PTG
U.S. actress sues anti-Islam filmmaker, YouTube in federal court reut.rs/Qye2Fp


Sent from my iPad

Syarikat Toyota & Nissan Kurangkan Pengeluaran Di China Kerana Protes Anti-Jepun

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Doa untuk Malaysia demi kita rakyat Malaysia"

Thanks,
The Instagram Team

5 NGO Termasuk Belia Tamil Bangkit Buat Laporan Polis Janji Cukai Pintu PR Tidak Ditepati #JanjiDicapatiPR

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Mutiara Kata Perdana Menteri Malaysia DS @NajibRazak"
(taken at Kuala Lumpur, Malaysia)

Thanks,
The Instagram Team

Ini Video Terbaru Puak Syiah Dalam Perarakan PAS !!!


Kaitan PAS dengan Syiah sudah lama kedengaran. Seperti gambar poster ini


Timbalan Presiden PAS Mat Sabu didakwa salah seorang yang menyokongnya. Dan Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri menulis tentang perkara ini membenarkan kewujudannya.


26 September 2012

Bonus Dua Bulan Kepada Penjawat Awam Diumum PM @NajibRazak Bajet 2013 Jumaat Ini ?

Cuepacs harap bonus satu setengah bulan
RAZIATUL HANUM A RAJAK
26 September 2012
Bajet 2013
Menjelang Bajet 2013
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.

"Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

MT UMNO Puad Zarkashi Dedah Kos Parking Jet Peribadi Cecah RM 50 Ribu Sehari - Wow !

Jet bukti 'cakap tak serupa bikin'

BATU PAHAT 25 Sept. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif bersama pemimpin pembangkang lain disifatkan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' kerana mereka telah bermewah-mewah meskipun belum menakluk Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.

"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.

"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Sent from my iPad

Ghaddar Penyelamat Maruah Kelantan Piala AFC 2012

Ghaddar penyelamat maruah
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH

26 September 2012
Aksi penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad
Aksi penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad diasak pemain Arbil FC, Sula Matovu, malam tadi.
KOTA BHARU – Cabaran Kelantan dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 6-2 kepada Arbil FC dalam saingan suku akhir kedua yang berlangsung malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, hasrat Kelantan untuk memburu sekurang-kurangnya empat gol gagal terlaksana setelah sekadar terikat seri 1-1 dengan juara Liga Premier Iraq itu.

Meskipun tersingkir, namun pujian harus diberikan kepada anak buah Bojan Hodak yang mempamerkan aksi cemerlang apabila dilihat berjaya menyaingi kehebatan pasukan dari Asia Barat itu dalam perlawanan yang disaksikan hampir 7,000 penyokong tempatan.

Blogger 1Peluru Jadi Mangsa Kekalahan PRO-M Dengan Saman RM5 Juta ?



betul ke ? baca kisahnya di sini 

Bukti Penipuan Pro-M Bantah Keputusan Di UPSI Didedah Blog Ini

Baca lagi di sini

http://harapan-esok.blogspot.com/2012/09/promupsi-kantol-cubaan-menipu-pelajar.html


Sent from my iPad

Utusan Malaysia : Makruh Ziarah Kubur Nabi : Imam Malik


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120925/ba_01/Salam-ke-atas-Nabi#.UGJSYpYrX3U.facebook


ARKIB : 25/09/2012



Salam ke atas Nabi

IMAM Darul Hijrah Malik bin Anas merupakan orang yang paling kuat dan tegas dalam memuliakan Nabi SAW. Beliau tidak pernah memakai kasut dan menunggang kenderaan tunggangan ketika berjalan di Madinah al Munawwarah, juga tidak pernah melepaskan hajatnya di situ kerana menghormati, mengagungkan dan memuliakan bumi yang pernah dipijaki Rasulullah SAW.

Beliau pernah berpesan kepada Amir al Mukminin al Mahdi ketika kedatangannya ke Madinah: "Sesungguhnya sekarang ini kamu sedang memasuki Madinah. Kaum yang kamu lalui di kiri dan kanan kamu itu adalah anak-anak kaum Muhajirin dan Ansar, maka ucapkanlah salam kepada mereka. Sesungguhnya tiada satu kaum di muka bumi ini yang lebih baik daripada penduduk Madinah dan tiada bumi yang lebih baik daripada Madinah (kecuali Mekah di sisi Jumhur). Baginda bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu boleh berkata seperti ini, wahai Abu Abdullah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya tidak diketahui (secara pasti) kubur seorang Nabi pun pada hari ini di atas muka bumi ini melainkan kubur Muhammad SAW. Maka orang yang terdapat di sisi mereka kubur Muhammad SAW ini sepatutnya diketahui kelebihannya."


Tablet Nexus 7 Google Harga RM 765.50 Saingan Terbaru Tablet Sony Mula Dipasar 2 Oktober

alt
TOKYO, 26 Sept - Google Inc mula memasarkan tablet Nexus 7 di Jepun sekali gus menghangatkan lagi persaingan dengan Sony Corp.

Sony Corp juga mengeluarkan tablet dengan menggunakan sistem operasi (OS) yang dibangunkan enjin pencarian nombor satu dunia itu.

Alhamdulillah Berkat Nabi Muhammad Ahli Parlimen Malaysia PAS UMNO PKR BEBAS Boleh Sepakat - Allahumma Solli Alaih Waalih

Keputusan Penuh #PRKampus 2012 : #AspirasiMahasiswa Menang Besar - Tahniah !

Mukasurat 14 Utusan Malaysia Rabu 26 September 2012

Gambar Kahwin Pasangan Diraja Brunei Cantik Tampan Menawan



Ketaatan kepada syariat oleh Sultan Brunei dan keluarga baginda ini wajar diikuti oleh umat Islam. 

Kereta Terbabas Di Stesen Minyak Hampir Ragut Nyawa



Pam minyak dirempuh hempap motor


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TUMBANG...anggota bomba menjalankan kerja mengalihkan kereta yang merempuh pam minyak terbabit, semalam.
TUMBANG...anggota bomba menjalankan kerja mengalihkan kereta yang merempuh pam minyak terbabit, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.

“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.

“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25

Gambar PM @NajibRazak Spek Hitam Dengan Pak Habib Pertama Kali Disiar Di Sini




Memang hensem. Dan berdahi luas tanda bijaksana.

Hari ini kerana kebijaksanaanlah Pakatan makin tenggelam dengan keputusan PRK Kampus menunjukkan buktinya.

TIdak sabar menunggu PRU untuk kuburkan terus Pakatan agar tidak ada lagi penghalang kemajuan rakyat Malaysia yang sudah semakin bosan dengan politik tidak matang, lucah, fitnah, khianat dan putar belit sepanjang zaman.

Gambar ini disiar di FB Pak Habib di sini https://www.facebook.com/Pakhabib 

Blogger Pakatan Berguling Ketawa Siar Berita Anak Tun Mahathir Akui Terima Dana Soros




1. Duit Suaram dan NGO2 lain terima diguna untuk musnahkan Malaysia.
2. Duit diguna Majlis Aids Malaysia diguna cegah penyakit AIDS bukan sebaliknya.
3. Jika anak Tun Mahathir menyokong pembangkang sekalipun tidak perlu kita menggunakannya alasan beliau lebih benar pandangan politiknya.
4. Menggunakan alasan ini menampakkan sikap kebudak-budakkan pejuang maya Pakatan yang kurang ilmiah selain tidak masih tidak matang menjawab isu yang dimainkan pro Kerajaan.
5. Menggunakan alasan ini juga memberi kelebihan kepada pro Kerajaan yang akan dilihat lebih bijak berbanding mereka yang seakan kehabisan isu untuk dimainkan selain mengulang dan memutarbelitkan fakta.


Mahasiswa Hina Islam - Mohon @PDRMsia Ambil Tindakan cc @HishammuddinH20



ulasan tentangnya dibuat oleh Middle Voice di sini >>> http://midvoices.blogspot.com/2012/09/mahasiswa-boikot-menteri-kdn-jika-gagal.html