Pengikut Blog Panglima

31 Oktober 2012

LIVE Superstorm Sandy Coverage - The Weather Channel


Video : Kenyataan Ketua Pemuda UMNO @KhairyKj Isu AES - Amat Baik Tetapi Perlu Diperbaiki cc @razaliibrahim @tunfaisal




Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

Pandangan Blogger Suara Laksamana Isu AES Ini Sangat Rasional - Jom Baca



Pelaksanaan AES Perlu Kajian Dari Pelbagai Sudut cc : DS @NajibRazak

Siapa kata pelaksanaan AES tidak baik??

Siapa kata pelaksanaan AES hanya merugikan rakyat semata-mata kerana apabila gambar diambil dan kemudian saman dikeluarkan???

Adakah rakyat sedar betapa pentingnya AES demi mendisiplinkan para pemandu kenderaan di jalanraya hari ini???

Adakah rakyat sedar tentang statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan lebuhraya, jalan persekutuan, jalan bandar, jalan luar bandar dan sebagainya disebabkan kecuaian pemandu???

Pada dasarnya, sistem AES ini amat baik tetapi adakah lokasi serta halaju yang ditetapkan praktikal di sesebuah lokasi?

Rata-rata rakyat Malaysia selaku pengguna jalanraya merungut tentang pelaksaan sistem AES terutamanya di lokasi yang tidak sesuai dan dianggap merepek dengan kelajuan yang tidak munasabah.

SL berikan contoh Lokasi AES yang SL gunakan hampir setiap hari selama hampir 14tahun :-
1. Lebuhraya PLUS diantara susur keluar tol Bangi ke susur keluar tol Kajang berjumlah 3 lorong.
2. Sejarah kemalangan di kawasan berkenaan sejak 10 tahun kebelakangan - TIADA
3. Halaju yang ditetapkan dikawasan berkenaan adalah 90km/h.
4. Lokasi kamera AES dipasang pada lokasi menuruni cenuram.
5. Secara logik akal : pada kenderaan yang menaiki cenuram lebuhraya pada kelajuan 90km/h, sudah pastinya akan menuruni cenuram pada halaju melebihi 90km/h sekiranya pedal minyak ditekan secara konsisten.
6. Semestinya sebaik sampai berdekatan dengan lokasi kamera, ada kenderaan yang terpaksa brek mengejut dan membahayakan kendaraan lain (pernah beberapa kali berlaku 'near miss' accident)
7. Jumlah kenderaan yang melalui lokasi tersebut lebih tinggi terutama pada waktu 5.30ptg - 7mlm bagi pengguna-pengguna yang ingin mengelakkan kesessakan lalulintas di Bandar Baru Bangi.

Pada SL, sesuaikah untuk lebuhraya 3 lorong pada kelajuan 90km/h tiada statistik direkodkan sebagai lokasi kemalangan tinggi di pasang kamera AES terutamanya apabila turun bukit???

SL pernah menemubual beberapa pengguna Lebuhraya PLUS tentang sesuaikah dipasang kamera AES di lokasi berkenaan pada awal operasi.

Baca lagi : http://suaralaksamana.blogspot.com/2012/10/pelaksanaan-aes-perlu-kajian-dari.html

Video Debat Ust Syed Faiz vs Jeming Hassan Dakwaan Nik Aziz Wahabi Mujassimah - Mesti Tonton dan Sebarkan !!!




Jika melihat video di bawah nampak jelas beza antara langit dan bumi antara seorang ilmuan bernama Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus dengan Jeming Hassan (duduk tengah atas kerusi)


Siaran ini telah disiarkan secara streaming di UTTV UStream.Dengan Wan Ahmad Fatihi sebagai moderator. 

Sekali tengok golongan pertahan Nik Aziz yang menjadi teraju utama kempen Royalti 'R' ini tidak ada apa yang salah kecuali nampak agak rock penampilannya.

Tetapi bila tengok gambar ini




Kita nampak semakin keliru pegangan akidah orang yang mendokong perjuangan R dan kewahabian pemimpin PAS ini.


Baca artikel panglima sebelum ini 


Untuk mengikuti perbincangan hangat ini sila layari video di bawah :


Tiga pokok perbincangan iaitu penghinaan Nik Aziz terhadap Nabi yang memanggilnya orang kampung, isu Allah bersila lendik atas Arasy dan juga isu Nik Aziz wahabi.

Bab wahabi bukan masalah fekah tetapi masalah akidah. Diulangi sekali lagi isu Wahabi isu akidah bukan fekah.


Keberanian Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus wajar dipuji dan mempertahankan kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan untuk memecah belahkan umat tetapi mengelakkan perpecahan lebih besar melanda umat.

Dengan melihat kedudukan beliau yang juga aktif menghentam Kickdefella http://jeminghassan.blogspot.com/ selain kuat mempertahankan MB Kelantan secara halus ternampak kaitan beliau dengan Husam Musa.

Projek royalti minyak ialah projek Husam Musa dan Jeming Hassan tidak mustahil disuruh untuk mempertahankan Nik Aziz dan juga perjuangan PAS yang makin dihakis selepas pendedahan pemimpinnya yang mengikut fahaman Syiah Wahabi semakin diketahui ramai.

Lebih jelas beliau dengan berani meminta Kickdefella berdebat dengan beliau isu berkaitan dengan Husam Musa seperti artikel di sini : http://jeminghassan.blogspot.com/2012/06/istihar-perang-dengan-husam-musa.html

Akhir sekali bila dilihat topeng Vendetta yang bangga dibawa oleh JH ini, nampak satu lagi kekeliruan Jeming Hassan. Adakah beliau pengikut setia Hishammuddin Rais Tukar Tiub ? Mari kita kaji lagi selepas ini.


Baca kaitan Vendetta dengan Illuminati di sini  :



panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"AES Detector untuk elak disaman bagi pengguna Android @jamawijaafar @mpkotabelud @NajibRazak @lokmanadam @khairykj @liyanajasmay @lsurihani23 @wahazman @tuan_shyfull @pesakaalam @azaharihamid @aaron535aziz"

Thanks,
The Instagram Team

30 Oktober 2012

Berita Harian | PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib


Panglima : Berkat bantu rakyat negara makin Iuas lagi melimpah rezeki ! Alhamdulillah



PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib


2012/10/30 - 13:23:47 PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

"Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

PETRONAS Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil adalah usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum PETRONAS Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

"Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil," katanya. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/articles/PETRONASCarigalitemuimedanminyakBertam_Najib/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter



Sent from Samsung Galaxy Note

Blog Top Malaysia Ulas Konflik Mantan Mufti Dr Asri vs Fathul Bari


MUFTI YANG SUKA HURU HARA MASYARAKAT

Sebenarnya kami dah lama fed-up dengan Dr Asri tapi hanya bulan September sini baru kami belasah.

Mantan Mufti ini tidak hayati consensus sesama mufti dan mulut suka cakap sesuka hati hanya demi mahu timbulkan polemik dan kelirukan orang awam.

INi benar-benar menghuru harakan masyarakat dari usaha membawa progress minda.Ini semua kami salahkan Dato Shahidan Kassim yang dok suka sangat dengan Mantan Mufti Wahabi Perlis ini.

Hingga dia bawak makghib yang senang sangat kami cakap sebagai orang yang tak ada adab dan bertanggungjawab ini dalam majlis-majlis ilmu blogger.Agendadaily sini mula dedahkan sikapnya yang mula menyerang ILMU:

Baca lagi
The Unspinners: Dah lama kata Asri ni gila publisiti dan tak bertanggungjawab


Blog MP Kota Belud Siar Artikel Fakta Lengkap Tajuk : AES - Mengupas Kebenaran

Blog MP Kota Belud http://mpkotabelud.blogspot.com/2012/10/aes-mengupas-kebenaran.html


AES: Mengupas kebenaran
Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa
Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

PELABURAN GENNEVA GOLD DISAHKAN TIDAK PATUH HUKUM SYARAK : Majlis Fatwa Kebangsaan



1/8/12 - KUALA LUMPUR – Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara. Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini. 

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

(Gambar kanan : Pelancaran Syariah Genneva yang melanggar etika Islam)


Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa. Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.


Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama


Sumber

http://www.sinarharian.com.my/nasional/fatwa-pelaburan-emas-genneva-malaysia-tak-sah-1.65671

Tarikh : 11 Julai 2012


Letter from Bank Negara

We note that you have raised issues with regard to the gold investment of Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva). We would like to inform you that buying and selling gold or silver is not under the purview of Bank Negara Malaysia (the Bank), thus the Bank does not issue any license to any company who wish to conduct such activities.

However, if the gold/silver trading - investment scheme clearly offers investment opportunity by collecting deposits from the public and investors are promised investment returns/profits within a certain period of time, whereby the original investment will be refunded or in other words if a company appeared to be involving in illegal deposit taking by using gold/silver to camouflage its activities, it maybe contravene section 25(1) Banking And Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

We have investigated numerous instances involving companies having illegal deposit-taking and trading in gold as their underlying products that might contravene Section 25(1), BAFIA such as Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Berhad, Gold Label Sdn Bhd.

For your information, we also monitor these activities very closely and we will not hesitate to conduct investigations should a company appears to be involved in illegal deposit-taking using gold to camouflage its activities.  

With regard to the statement made by Genneva: 

"The company has fulfilled all requirements and has been given approval by Central Bank as Scheduled Institution under Section 21(1) of the Banking and Financial Institution Act 1989. We are also a company being classified under First Schedule of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 as a "Reporting Institution".

For your information, a scheduled institution has to notify the Bank for its operation under Section 21(1) BAFIA. However, we do not regulate its activities. In this instance, Genneva has submitted its application for change of name as previous notification was made under the name of other company which was acquired by Genneva. The activities described in the application are to conduct the leasing and factoring businesses. Genneva does not require the Bank's approval to conduct the gold bar trading as gold trading is not under the Bank's purview as mentioned above. 

Thus, again we would like to take the opportunity to inform members of public that gold trading is not under Bank Negara Malaysia's jurisdiction. Members of public are to be reminded to be more cautious and scrutinize the risk associated with the gold investment before joining any investment scheme which promise higher returns in short-term period.


http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=817:genneva-gold-disahkan-haram&catid=62:info-pengguna&Itemid=245


Sent from my iPad

29 Oktober 2012

Isu Scorpena - Mari Baca Blog Jomo Malaya

PanglimaPerangCyber (@panglima_cyber) tweeted at 8:44 PM on Mon, Oct 29, 2012:

Jomo Malaya : lagi Scorpene! "Chegu Bard Lemas Dengan Labu-Labunya..." cc @Najib_Razak @Zahid_Hamidi: Lobi melob... http://t.co/SkzxujIk

(https://twitter.com/panglima_cyber/status/262897615434293250)


Get the official Twitter app at https://twitter.com/download





Sent from Samsung Galaxy Note

Terkini : Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri


Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Selepas lima hari diburu polis, seorang lelaki yang disyaki dalang utama kes kecurian telefon pintar Samsung Galaxy Note II bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal akhirnya menyerah diri di Balai Polis Sepang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek berusia 42 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah dan merupakan pekerja sebuah syarikat penghantaran kargo itu hadir bersama seorang peguam ketika menyerah diri petang ini.

Katanya, polis percaya dia ialah dalang utama yang merancang jenayah itu bersama empat lagi suspek yang masih diburu dan telah dikenal pasti identitinya.

Menurut beliau, penahanan suspek yang terbaru itu menjadikan jumlah individu yang ditahan berhubung kes tersebut setakat ini adalah seramai 13 orang.

Katanya, empat suspek yang diburu ialah U. Chalan, 23, dari Jalan Klang Lama; J. Aravindan, 29, dan J. Pratib, 22, dari Bandar Baru Nilai serta N. Selvakumar, 30, dari Taman Desa Cempaka, Nilai.

"Dalang kes itu telah membuat perancangan rapi dengan mengarahkan ahli sindiket menyamar sebagai wakil syarikat untuk mengeluarkan barangan daripada gudang simpanan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana hari ini. - UTUSAN



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent via Flipboard


Sent from my iPad

Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh


Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya
tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh
kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus
tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.
"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan
kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan
kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis
perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah
Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

28 Oktober 2012

Mesti Baca : Dahsyat Cara Ku Li dan Kickdefella ' Check-Mate ' Geng Royalti R Husam Musa di Facebook !!! @NajibRazak


Berikut entri Kickdefella yang patut dibaca berkenaan beza status antara Negeri Kelantan dengan Negeri Sabah dan Sarawak, selain isu 3 batu nautika dan juga perjanjian antarabangsa yang gagal difahami pendokong tuntutan royalti minyak Kelantan sehingga memalukan mereka sendiri apabila tersebar hujjah seperti ini.


Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.

Siri dakwaan dan kecaman Husam  boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.

i)               Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.

ii)              Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.

iii)             Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.

iv)            Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia.

v)             Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.

Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.

Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,

"Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri."

Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.


Baca selanjutnya : http://kickdefella.net/2012/10/20/baung-dalam-bangkar-2-ngo-r-bungkus-dalam-fb-ku-li/


Sent from my iPad

Mesti Baca : Wawancara Sinar Harian Dengan Menteri Pengangkutan Isu Kamera AES


Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan 23 September lalu, pelbagai rungutan dilontarkan pengguna jalan raya kerana dilihat sistem ini seolah-olah membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman dibayar pesalah lalu lintas yang dirakam sistem tersebut. Sinar Harian berkesempatan bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengulas isu ini.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL bersama jurufoto, AZMI ARYANTO.

Sejak AES dilaksanakan, bagaimana dengan maklum balas yang diterima daripada pengguna jalan raya?


Rupanya Anak Beranak Kuasai Pakatan Bukti Kronisme


Hasil aplikasi S Memo.




Sent from Samsung Galaxy Note

Hajj 2012/ 1433AH - 9Dhul Hijjah -Arafah, Muzdalifah & Makkah - YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=_HbvD_UDbzg

Tolong RT guna skrip ini :

Gambaran Padang Mahsyar saksikan video ini @anwaribrahim @abdulhadiawang @nikabdulaziz @mbnizar @khalidsamad @drmariah @azminali

Sent from my iPad

Harian Metro : Manisnya bermadu - YouTube






Sent from my iPad

Gambar Bukti Nyata Kronisme Dalam Kepimpinan Pakatan Rakyat


Harap rakyat dapat teliti dimanakah kejujuran pembangkang yang jelas mengamalkan keburukan yang dilemparkan kepada BN.

Jika Tun Mahathir yang diburukkan pembangkang dengan berbagai tuduhan,  melarang anaknya menyertai politik pegang jawatan semasa menjadi PM, maka kenapa pembangkang gagal mempraktikan prinsip ketelusan yang mereka sering perjuangkan?

Bukti cakap tak serupo bikin!

Inilah wajah sebenar mereka yang 'busuk hingga ke usus' !

Ada lagi mahu undi Pakatan? 

Sent from Samsung Galaxy Note

27 Oktober 2012

Ibadah Korban DS @Zahid_Hamidi : Lembu Dan Unta


Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ini saya dan keluarga beraya di rumah mertua Kg Empang Batu, Melaka. Kami telah melaksanakan ibadah korban yang dibuat secara bergotong royong dengan keluarga, sanak saudara dan juga ahli kariah kampung.

Seekor unta dengan seekor lembu telah 'tumbang' pada acara korban yang bermula selepas selesai solat sunat Aidil Adha pagi tadi. Semoga ibadah kami diterima Allah hendaknya.


Image 
Image



Sent from my iPad

Article: Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong


Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong

http://www.bharian.com.my/articles/BekalanelektrikterputusdiKKIAdisiasat_Kong/Article/

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas. 

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang. 



Article: Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional


Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional

Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari

27 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.

Koh merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.

"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia di sini, hari ini.

Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia.

Sementara itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata parti itu bersedia melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, strategi pembaharuan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti-parti komponen BN supaya boleh bekerja sebagai satu pasukan.- Bernama


Sent via Flipboard


Sent from my iPad

AES Detector Untuk Pengguna Android


Kepada sesiapa yang menggunakan aplikasi android bolehlah download Aes Detector.

Ia bertujuan mengenalpasti kawasan yang dipasang alat ini. 

Jika dapat elak saman maka belanja pun tidak akan terganggu kerana beban saman AES.

Tindakan menyiarkan lokasi AES bukti Kerajaan mahu mendidik rakyat bukan mengaut untung atas penderitaan mereka.

Aplikasi ini percuma.

Sekian,mohon disebarkan.

Sent from Samsung Galaxy Note

26 Oktober 2012

@TengkuAdnanReal : 44 Ekor Lembu Korban Di Putrajaya cc @TunFaisal

Pagi tadi di Presint 16 Majlis Korban 44 Lembu peringkat Parlimen Putrajaya dihadiri YB Datuk Seri Tengku Adnan.

Menurut Blogger harapan-esok.blogspot.com, ini kali ketiga ia diadakan.

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Saudara Tun Faisal Ismail dan blogger UMB menjayakannya.

Selain itu jentera UMNO Putrajaya dan warga Putrajaya juga datang memeriahkan acara tahunan yang paling besar dalam sejarah Islam itu.

Lagi gambar sila layari blog di atas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aset PKNS RM 321 Juta Dilelong MB Selangor ? @NohOmar Cabar @Khalid_Ibrahim Nafikan !!!

Sumber Utusan Malaysia 25 Okt 2012

Hebat Pemuda Bosnia Jalan Kaki 314 Hari Tunai Haji di Mekah

Subhanallah... Teguh iman pemuda ini yang gigih berjalan kaki demi menyambut seruan Baitullah.

Kecekalan beliau wajar menjadi contoh dan kerana itu ia diletak muka hadapan Utusan Malaysia.

Tahniah jika anda dapat meniru semangat pemuda ini. Sangat sukar di akhir zaman untuk menempuh seseorang yang sanggup melalui 5,700 kilometer hanya untuk menjalani ibadah di Mekah.

Timbalan Perdana Menteri @MuhyiddinYassin Serah 102 Lembu Korban

Sumber Utusan Malaysia Khamis 25 Oktober 2012

PBB Sokong Transformasi Politik Malaysia Bawah @NajibRazak

Sumber : Utusan Malaysia

UMNO Online - Husam Musa Kata DAP Lebih Baik Dari UMNO – Kenyataan Separuh Masak Husam Musa Memalukan


"Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.

"Bahkan kenyataan terbuka kritikan dan penolakkan DAP terhadap perlaksanaan hudud dan negara Islam bukan saja telah mengguris hati ahli-ahli Pas, malah telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Bagi saya, kenyataan ini hanyalah satu kenyataan politik dari Husam yang bagi saya agak separuh masak. Husam tidak boleh menolak kebenaran, biarpun kini dia menjalinkan hubungan rapat dengan DAP di dalam Pakatan Pembangkang, tetapi dia tidak boleh menolak hakikat jasa-jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, membela bangsa Melayu dan memakmurkan negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau menegaskan, Husam tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan DAP lebih baik dari UMNO, hanya bersandarkan peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja.

Baca sepenuhnya :

http://www.umno-online.my/?p=70027&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29





Sent from Samsung Galaxy Note

25 Oktober 2012

Media Kedah: Video Eksklusif !!! Ketua Pemuda UMNO Kedah Dakwa Azizan Razak Umpama Ber*k #tukarkedah #SGB


Alor Setar, 25 Okt - Selaku Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim telah mengetuaisatu sidang akhbar yang di lakukan Pemuda BN di bangunan MCA Alor Setar bagi mendesak Menteri Besar Kedah, Azizan Razak  jujur memperjelaskan laporan audit Kedah yang menunjukan kerugian besar yang di alami kerajaan melalui Syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB), syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar kedah (PMBKed) di dalam pelaburan projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guniea.

Selaku Pengerusi KCB, mustahil bagi Azizan Razak tidak tahu menahu langsung tentang projek berkenaan sedangkan kos pembayaran tuntutan pengurusan melebihi RM10,000 perlu melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak turut berada.

Badrol Hisham turun mendesak Azizan Razak, selaku Pengerusi KCB memperjelaskan dengan jujur siapa yang membenarkan  bekas CEO KCB, Akashah Ismail dan rombongan ke London untuk membuat pinjaman RM134 juta (USD44 juta) dari agensi pinjaman kewangan  London, Capital Investment Agency.

Mustahil selaku Pengerusi KCB, Azizan Razak tidak tahu menahu akan pinjaman tersebut kerana ianya membabitkan jumlah pinjaman yang banyak.dan perlu di perbincangkan dalam Mensyuarat Lembaga Ahli Pengarah.

Dalam sidang akbar itu, Badrol Hisham menyifatkan kembali Azizan Razak "Umpama Beruk Menaiki Pokok Ceremai Yang Akhirnya Buah Ceremai Terlantun Ke Muka Sendiri".setelah perumpamaan itu di gunakan Azizan Razak untuk mengkritik desakan Pemuda BN kelmarin.

"Azizan Razak merupakan Beruk yang pandai berlakon dalam permasalah KCB", katanya lagi.

Selepas selesai sidang akhbar di bangunan MCA, Alor Setar, Badru Hisham bersama barisan Pemuda BN yang lain terus bergerak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar untuk membuat laporan polis terhadap kerugian yang meragukan di alami KCB setelah di cabar Azizan Razak untuk berbuat begitu.


http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/10/video-eksklusif-ketua-pemuda-umno-kedah.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Watch " Peneroka Melayu Menangis Marah Kerajaan Negeri Selangor Rampas Tanah " on YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=bsgxNS7VfPA&feature=youtube_gdata_player





Sent from Samsung Galaxy Note

Watch "Syarat Pakai Tudung - Ustaz Don" on YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=DtQ4CTON5a0&feature=youtube_gdata_player

Infografik Aidiladha | Blog 1MALAYSIA PM @NajibRazak

http://1malaysia.com.my/my/infographics/aidiladha/







Sent from Samsung Galaxy Note

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-sambutan-hari-raya-aidiladha-1433-hijrah/



Sent from Samsung Galaxy Note

Watch Mariah Carey Tanya "Ustaz Don - pewarna rambut dan mandi wajib" on YouTube



Sent from Samsung Galaxy Note

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam "

Thanks,
The Instagram Team

24 Oktober 2012

MCA Tolak Hudud PAS Bukan Hudud Allah - The Sun Daily






Sent from my iPad

Tun Mahathir Ingatkan Rakyat Tentang Janji Nik Aziz Yang Dimungkiri

Blog Askar Setia: PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT

PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT

USS George Washington (CVN 73) dan KD Jebat (FF 29) dan KD Lekiu (FF30)
TLDM mengadakan latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Passage Exercise (PASSEX) bersempena dengan kunjungan tiga buah kapal perang Amerika Syarikat ke Pelabuhan Klang baru-baru ini. Latihan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan juga meningkatkan persefahaman di antara tentera laut kedua-dua negara.

Kapal yang terlibat adalah iaitu KD JEBAT dan KD LEKIU manakala Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengaturgerakkan Aircraft Carrier, USS GEORGE WASHINGTON, Destroyer, USS MCCAMPBELL dan Frigate USS VANDERGRIFT.


Latihan dilaksanakan 20 batu nautika barat daya Pulau Pangkor. Pelbagai jenis latihan telah dilaksanakan di antaranya latihan manuvra dan komunikasi yang terdiri daripada kibaran bendera serta pancaran lampu bagi mengoptimumkan peluang yang diperolehi ini. Latihan manuvra bersama kapal pengangkut pesawat USS GEORGE WASHINGTON dan aksi akrobatik yang dipamerkan oleh pesawat Super Lynx serta Sea Hawk yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ternyata pengalaman yang mengujakan bagi kesemua warga kapal yang terlibat.


Eksesais pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dan membuktikan kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara maju. Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang. Bravo Zulu!!

Sumber: Navy The Best


USS George Washington (CVN 73), KD Jebat FF 29, KD Lekiu (FF 30) 
dan USS Vandergrift (FFG 48)

Sebelum ini, banyak desas-desus (hero-hero politik kosong tanah air terutamanya Mat Sabu dan Mahfuz yang melatah tidak tentu pasal) mengkritik kehadiran kapal pengangkut USS George Washington di Malaysia namun jelas hanya untuk memenuhi kepentingan parti politik mereka sahaja.Kritikan tersebut sengaja dibuat untuk mengalihkan pandangan, pendapat umum dan memadamkan ingatan masyarakat terhadap isu tajaan jutaan Dollar USD oleh pihak-pihak tertentu kepada organisasi-organisasi seperti SUARAM dan entiti media yang kononnya bebas seperti Malaysiakini.


Ironinya, apakah mereka ini pendek akal dan tidak tahu mengenai kepelbagaian inisiatif diplomatik ketenteraan yang telah dipraktikkan oleh kebanyakkan negara bedaulat iaitu lawatan serta persinggahan kapal perang ke pelabuhan-pelabuhan negara lain di serata dunia? Sebagai contoh, Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera milik TLDM sendiri  pernah mengadakan pelayaran "Sailing Around The World" ke benua Eropah dan saya difahamkam KLD berkenaan telah singgah ke sebanyak 24 buah pelabuhan! Ada puluhan malah mungkin ratusan lagi inisiatif diplomatik seperti itu telah dibuat oleh TLDM sendiri dan tidak larat rasanya untuk saya ingati tiap satu daripadanya.

Sebagai seorang perokok tegar, inilah 'buah tangan' - Lighter ZIPPO USS George Washington
 yang dapat saya beli sebagai kenangan menaiki kapal induk berkenaan
Walaupun, jika diperhalusi dengan lebih mendalam, lawatan tersebut mungkin membawa mesej bahawa kekuasaan ketenteraan Amerika Syarikat berada di mana jua dan ingin mewujudkan kesan psychological appearance mereka disini dibawah kelolaan pentadbiran US Pacific Command (USPACOM) di Hawaii yang mengkoordinasi aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat untuk mempertahankan keselamatan kepentingan negara berkenaan di Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, Askar Setia melihat lawatan USS George Wahington ke negara ini sebagai satu langkah positif untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik ketenteraan Kuala Lumpur-Washington. 
http://askarsetia.blogspot.com/2012/10/passex-uss-george-washington-dan-kapal.html


Panglima : ada kata bijak pandai, lawan perlu dirapati ternyata dipraktikkan oleh pasukan tentera laut kita. Dengan mewujudkan hubungan baik, perang dapat dielakkan berbanding mencipta konflik. Kita pegang prinsip lawan dilawan jika mereka melawan. 

Sent from my iPad