Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 April 2013

DS @Zahid_Hamidi Amat Alukan @Anwaribrahim Bertanding di Bagan Datoh

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata sebelum ini, Anwar dikatakan akan bertanding di Ipoh Timur atau Gopeng dan terbaru Ketua Pembangkang itu dikatakan sedang memikirkan kemungkinan bertanding di Tambun atau Bagan Datoh.

"Saya amat-amat mengalu-alukan Datuk Seri Anwar untuk datang ke Bagan Datoh bagi menawarkan dirinya untuk bertanding atas tiket PKR kerana kerusi Bagan Datoh adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dan sebelum itu Semangat 46.

"Ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan. Saya bukan mahu riak atau takbur…datanglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan input perikanan dan pertanian kawasan Parlimen Bagan Datoh, Jumaat.

Beliau mengulas hasrat Anwar untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak.

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi.

BERNAMA

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate