Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2013

Black Out vs Ink Out : 4 Soalan Kepada Penyokong @Anwaribrahim !

Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?

Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal. Di ulang, 'SATU' laporan polis sahaja bagi kesemua 'penipuan'.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana "hilang bila dibasuh" dan BUKANNYA penipuan kerana "mengundi dua kali".

Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30? Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR? Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?

BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato' Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan. Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.

Perlu diingatkan bahawa 'tema' himpunan bantahan Anwar ialah 'blackout' iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan 'blackout', malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema 'ink-out' bukan 'blackout'. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan 'blackout' sedangkan yang diperjuangkan ialah 'ink-out'.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan 'kegelapan' bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal. Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan 'blackout'.

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku? Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan "you ulang, I saman."
Kiriman Email

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Black out (Headline) seharusnya ditulis Blackout yang membawa maksud gelap-kelam sedangkan Black out lebih bermaksud Sihitam keluar. Manakala Ink out tiada cacat-celanya dengan perkataan ini kerana memang tepat sekali dakwat yang digunakan itu mudah luput dengan cepat jadi Ink out itu bermaksud dakwat luput.

Soal hanya 30 kawasan undi yang dipertikaikan kerana inilah kawasan 'panas' yang banyak keraguan pada undi pos dan kejanggalan keputusan yang diumumkan sedangkan amat ketara peratusan yang menggundi lebih cenderong kepada undi rosak dan begitu ramai yang 'balik' mengundi bukan orang tempatan. "Blackout" dapat mengambarkan dan menyampaikan mesej keseluruhan apa yang telah berlaku pada 505.

Jelas 'tsunami Cina' yang dikatakan Najib membuktikan kalau ramai Cina yang mengundi PR kenapa peratusan majoriti BN
menang menunjukkan keputusan yang amat meragukan.

Betul,seharusnya semua kawasan undi Parlimen dipertandingkan semula tetapi hanya 30 kerusi BN menang yang dipertikaikan, demi keadilan BN juga boleh mempertikaikan 30 kerusi PR menang dan sekaligus 60 kerusi dipertandingkan semula.

Soal bukti hanya akan dibawa ke mahkamah sebagai produser kes dan akan dikuat lagi dengan hujah-hujah dan saksi-saksi yang wajib dilindungi dari didakwa kerana mengundi dua kali adalah salah disisi undang-undang.

#A.S.G# berkata...

Politi Anwar: Bercakap dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Cina - TALAK BUTUT PUNYAA OLANG!

#A.S.G# berkata...

Politi Anwar: Bercakap dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Cina - TALAK BUTUT PUNYAA OLANG!

JAKA berkata...

TQ kepada ulasan mengenai Blackout 505.

persoalan yg diajukan blogger ternyata menggambarkan pemikiran kebanyakan penyokong umno. mereka menyoal tanpa mengkaji dpd pihak PR.

jika mereka mengkaji dan membaca akhbar2 PR maka mereka akan sedar byk fakta2 yg ada.

menilai berdasarkan persepsi umno merujuk kpd utusan dan tv3 sahaja tidak akan membuka pemikiran rakyat.

selagi media dikuasai 100% oleh umno maka selama itulah PR akan terus menggunakan media lain. tk perlulah guna polis konon PR nak rampas kuasa guna internet.

PR hanya mahukan keadilan dan ketelusan yg meyakinkan. soal bukti memang itu hanya perlu dibentang dimahkamah, bukan disebar ke seluruh negara kerana ia adalah bahan2 yg akan dibentang dimahkamah.

Tanpa Nama berkata...

hmmm banyak auta la komen 2 orang pembangkang kat atas tu.kejap kata terputus bekalan elektrik (the true meaning about blackout).ni dah putar pula kata gelap-kelam(dark).putarlah selagi kamu boleh putar.
mengenai peratusan pula,tahukah kamu berapa kerusi yang ditandingi oleh MCA/GERAKAN?mereka ialah parti mewakili kaum cina dibawah payung BN di semenanjung.berapa kerusi yang ditandingi DAP dan sebahagian PKR yang mewakili kaum cina?sekiranya kaum cina ialah majoriti di Malaysia mengapa mereka tak bertanding 112 kerusi parlimen?
terakhir sekali untuk kamu ialah keyakinan itu daripada Allah sedangkan ragu-ragu itu daripada syaitan.ianya jelas termaktub didalam AlQuran surah An-Nas yang mengatakan was-was itu daripada syaitan daripada golongan jin dan manusia.

Cari Blog Ini

Translate