Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2013

Tulisan Blogger Belantan Isu Masa Depan Cybertrooper Kerajaan Bantu PM @NajibRazak Dan Penubuhan Unit Media Baru Setiap Agensi & Kementerian


Berikut tulisan blogger lama sezaman dengan panglima yang diulas berdasarkan video berita di bawah :


1) Sudah pun diiktiraf peranannya sebagai saluran perdana oleh Institut Kajian Oksidental, UKM.

2) Bakal menjadi medium propaganda utama dalam PRU14.

3) Malangnya, perwira dalam media sosial masih lagi dipandang sebagai kumpulan sampingan oleh pihak yang menang dalam PRU13.

4) Pihak yang menang perlu memperkemaskan semula jentera dan langkah jangka panjang untuk bertempur dengan Red Bean Army dalam PRU14.

5) Kemenangan PRU14 akan ditentukan oleh media sosial. Kini jumlah pengundi muda adalah 42%, bayangkan jumlah itu sudah menjadi 70% (campuran generasi muda sekarang) pada PRU14. Sudah tentu medium persepsi dan propaganda utama adalah media sosial.

6) Usah pandang rendah dan main main dengan media sosial. Kuasanya sudah menjatuhkan kerajaan di beberapa buah negara. Berilah perhatian serius. Jagalah veteran perang media sosial PRU13. Mereka aset berguna bagi BN dalam PRU14.

7) Usah menyesal selepas segalanya berakhir pada PRU14 nanti.

Penulis agak terkilan dengan nasib blogger-blogger jalanan yang Pro UMNO/BN di Selangor yang 'berperang' siang dan malam dalam PRU ke-13 yang lepas dalam membantu jentera UMNO/BN, namun sangat menyedihkan kerana mereka dilayan macam PENGEMIS?

Kebajikan mereka langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN Selangor? Renong-renongkan lah untuk persiapan PRU ke-14 nanti! Adakah mereka (blogger) ini akan 'letak senjata'atau berpaling tadah? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

http://belantan.blogspot.com/2013/05/media-sosial-akan-terus-main-peranan.html


lihat pula pandangan ahli akademik tentang kepentingan media baru 




Panglima : setiap agensi perlu mempunyai pasukan media barunya yang aktif menjawab setiap isu berkaitan agensi atau kementerian mereka. Pasukan ini akan memantau semua isu yang dibangkitkan berkaitan dasar Kerajaan. 

Kepentingan pasukan media baru ini bertugas sepenuh masa melayari internet dan membuat laporan selain menjawab setiap soalan yang dibangkitkan samada di blog, twitter, facebook atau instagram.

Sekurangnya empat pegawai dan kakitangan perlu diletakkan di dalam pasukan ini menjaga setiap platfom dii atas, di setiap agensi dan kementerian yang secara tidak langsung akan membantu tugas Kementerian Penerangan dan agensi berkaitan untuk menjawab sebarang isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Lebih penting jawapan isu dalam bahasa Cina Tamil Iban Kadazan juga perlu diperbanyakkan agar pengundi Cina tidak lagi terpedaya dengan janji palsu pembangkang selain menyedarkan mereka betapa bahaya DAP yang tidak mampu memberikan apa-apa jaminan mereka boleh memerintah Malaysia di dalam sebuah pakatan yang hingga kini masih gagal didaftarkan.

Jika tidak kita khuatir PRU 14 akan berlaku tsunami lebih besar yang boleh meranapkan kelangsungan Kerajaan Barisan Nasional.

Penubuhan unit ini secara rasmi pasti mampu menangani isu di alam maya yang kebanyakannya melibatkan dasar kerajaan yang sekarang ini sukar dijawab dengan pantas akibat kekurangan tenaga dan info yang mencukupi untuk menjawabnya.

Sekian untuk diperhalusi oleh pihak yang berkenaan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak cadangkan juga supaya di setiap Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan supaya ada pegawai/unit tertentu yang diberi kuasa untuk menjawab on the spot sekiranya terdapat tohmahan/fitnah yg berkaitan dgn organisasi mereka kerana mereka yg berada di dalam mengetahui perkara sebenar dan makan hati bila fakta diputarbelit oleh Malaysiakini terutamanya. Hendak memberitahu perkara sebenar kami tertakluk kpd Akta Rahsia Rasmi....tapi hati terbakar.

Homestay Saderi Putrajaya berkata...

SETUJU TU,,,,YANG KENYANG YANG DUA TIGA BLOGGER YANG RAPAT DENGAN PEMIMPIN UMNO...MEREKA NI DAH LA TIADA STRATEGI TETAPI CUBA TUNJUKKAN KEPADA PEMIMPIN UMNO BAHAWA MEREKA MENGUASAI BLOG-BLOG PRO-BN...UNTUK DAPAT HABUAN

DENGAR CERITA ADA BLOGGGER UMNO YANG DAH PI MELANCONG KE LUAR NEGARA LEPAS PRU13...BANYAK MAKSYUUUKKK

KITA NI YANG TERLOPONG...TETAPI AKU NAK TEGASKAN DISINI ...TERUSKAN LAH BEGITU JIKA MAHU KALAH PRU14

RED BEAN ARMY ADA STRATEGI..BAYANGKAN DULU SEMUA ORANG MELAYU BENCI DAP ..TETAPI SEKARANG ORANG MELAYU SANGGUP PACAK BENDERA DAP DEPAN RUMAH MEREKA

Cari Blog Ini

Translate