Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mei 2013

Tunggu tindakan tegas - Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Panglima : Syabas Datuk Seri...

Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sikalang gua mau tanya sama lu olang Cina. Sikalang lu olang ada kidai, meniaga manyak sinang. Sana sini pigi talak susah hati. Mau simpan amoypun sinang-sinang punya jam mau pigi jumpa polispun talak tanya. Anak-anak pegi sikolahpun manyak sinang, boleh bawa keleta lagi.

kalau jadi itu macam letup sana letup sini selupa Silia, selupa Mesir, selupa Libya, Melayu sudah bawa palang selupa di Sampit, Indonesia dulu, manyak kidai kena bakar, apa macam mau cali wang? Cuba lu cakap. Ada otak fiki la. Itu sebab kita misti jaga ini negala..



Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.

sungguhpun saya suka melihat beliau memegang portfolio menteri pertahanan, tetapi keadaan sekarang memerlukan melayu tok gajah seperti ds zahid memegang portfolio menteri kdn kerana kaki sudah naik ke muka.

Cari Blog Ini

Translate