Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2013

@PapaGomo Umum bersara - Blogger Jangan Putus Asa Pertahan Negara !

Panglima : 

Jika benar maka kita akan kehilangan buah blog yang kontroversi dan hebat. Jika dikira tidak ramai blogger berani seperti  beliau. Sikap berani Papagomo wajar dipuji. 

Sejarah Papagomo bermula selepas beberapa ketika blog ini muncul. Kita bermula atas nama Blogger Pembela Negara. Selepas itu muncul UMB dan Nadi Rakyat dan 1Agenda termasuk Pahangku. Walau nama berbeza, namun semuanya sama matlamat menghentam musuh negara.

Semoga apa yang berlaku tidak akan menghilangkan semangat pejuang yang lain. 

Mari kuatkan tekad untuk terus beri khidmat kepada keamanan 28 juta rakyat melalui tulisan di blog yang kita siarkan. 

Jika tiada blog yang menyerang pembangkang sudah tentu sikap membuat demonstrasi akan berleluasa dan huru-hara akan tercetus di negara kita.

Walau tidak ada orang pandang atau kita dilayan bagai Raja di kayangan namun kebenaran perlu dizahirkan tidak kira siapa dan mengapa. Inilah tugas blogger dan inilah kehebatan merrka yang dihormati kawan dan digeruni lawan.


Berita Sinar Harian


SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.
 

http://www.sinarharian.com.my/politik/papa-gomo-bersara-1.168130



Sent from my iPad

1 ulasan:

MMI berkata...

Slm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com ... blog Tuan sudah pun di pautkan di blog MMI.Tk.

Cari Blog Ini

Translate