Berikut tulisan Blogger PutraCywar :
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter, kemudian sehari selepas itu harga RON97 dinaikkan RM0.15 seliter.
Pihak pembangkang terutamanya PAS dengan lantang mengkritik kerajaan isu kenaikan minyak.PAS mentafsirkan kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah dunia. PAS dengan terus menerus menghentam kerajaan pimpinan PM Najib.
Semalam dijalankan satu protes yang dinamakan Kempen Heret motor . Kempen ini diadakan sempena membantah kenaikan harga minyak anjuran Gerakan Selamatkan Ekonomi Negara (GESA). Motor diheret sejauh 1 km di lebuhraya plus arah utara bermula dari RnR Sungai Buloh.
Penyokong PAS lebih rela mengheret motosikal di jalanan dari memberi sokongan moral kes kalimah Allah baru-baru ini,Inikah golongan yang menggelarkan diri mereka pejuang-pejuang agama yang pemimpinnya ulama seperti yang dikatakan Nik Aziz baru-baru ini? Kempen ini dilihat tidak mendapat sambutan rakyat dan juaga penyokong PAS sendiri.
Mungkin kerana mereka sudah muak dengan cara perjuangan PAS.Pemimpin Pakatan yang lain juga seolah-olah tidak peduli dengan kempen yang dianjurkan PAS ini.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ini bukan disebabkan kenaikan minyak ini adalah untuk menghapuskan subsidi sebanyak RM0.20 disebabkan berlaku pengeludupan minyak dari Malaysia menyeludup masuk ke negara jiran seperti Thailand dan Singapura
Mari kita renungkan bahawa di negara jiran menjual minyak seliter berharga 4.20 seliter mereka menyeludup minyak 1000 liter dari Malaysia dengan harga RM1900.00 dan menjual di negara mereka boleh mencecah 4200.00 dan perbezaan ini hampir separuh dari harga semasa dan boleh memcecah keuntungan 2300.00 dengan sewenang wenang nya. Kenapa rakyat Malaysia tak boleh faham apa yang telah Najib lakukan supaya minyak ini tidak lagi di seludup ke luar negara.
Sumber :
Sent from my iPhone
4 ulasan:
puak2 pemuda pas bodoh tak bertempat! mana korang semasa kes kalimah Allah memuncak dulu?
nape heret motor? berapa litter sangatlah motor pakai minyak....patutnya tolak keta, macam ketua pemuda pas tu...tolak pajero sport. baru padan
bodohnya memantul-mantul cuba ko tgk ada tak bangsa lain selain melayu buat kerja bodoh ni moto beso boleh beli minyak x berapa liter tu kodukut aku rasa penyanyi waris boleh buat lagu bodow memantul2 ikut lagu betingkek tu..
Ni la akibatnya taksub kpd ulamak PAS dan pimpinan yg membuatkan pengikutnya hilang jati diri terhadap agama. Mereka sanggup melacurkan agama demi perjuangan politik dan parti mereka sahaja.
Catat Ulasan