Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Oktober 2013

KISAH SEBENAR Lembu Mengamuk Selepas Disembelih Di Keramat AU Semalam (Gambar)

Kejadian berlaku semalam di Keramat AU.

Lembu pertama (untuk aqiqah) tidak putus sempurna uratnya da menyebabkan keadaan sedikit huru hara

Lembu berkenaan disembelih di dalam kawasan masjid.

Semasa menumbangkan lembu kedua dan disembelih, lembu pertama ini telah dilepaskan semua tali yang ada padanya untuk dibuat ikatan pada lembu-lembu yang lain.

Semasa hendak melapah tidak semena-mena ia bangkit dan terus mengamuk di dalam kawasan masjid dan nasib baik tidak mendatangkan kecederaan pada golongan muslimah yang sedang bersiap untuk memasak, kanak-kanak yang berada di dalam kawasan dan memasuki ruangan solat.

Ia telah kemudian berlari keluar dan pihak penduduk terpaksa mengepungnya dari keluar ke jalan utama

Kemudian ia cuba juga meloloskan diri malah melanggar sebuah motorsikal EX5 yang diletak oleh salah seorang penonton dan berlari ke arah jalan utama.

Kawalan trafik terpaksa dibuat dan kemudian beberapa penduduk terpaksa menangkapnya dengan beberapa utas tali dan berjaya menumbangkannya sebelum diletak di atas troli untuk dibawa semula ke masjid berkenaan.

Atas perbincangan beberapa jemaah, ianya dibiarkan untuk mati tanpa boleh disembelih sekali lagi memandangkan urat berkenaan memang sudah disembelih atan tetapi tidak berapa sempurna.

PANGLIMA : terima kasih atas info. Moralnya jangan sembelih jika tidak pandai.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tempat saya , biasa berlaku lembu disembelih berdiri dan lari, ada juga kes lembu jadi kebal tak lut parang, tetapi biasanya kes sebegini berlaku kerana ada gangguan, gangguan maksudnya ada orang cuba bermain ilmu hitam , dia ganggu majlis atau sesaja nak test orang yang menyembelih cukup ilmu ke tak ...sebab itu orang yg menyembelih kena ada ilmu zahir batin, kalau majlis sanding atau nikah lagilah meriah dengan permainan pelik2

Jeepers Creepers berkata...

kesian lembu tu

Tanpa Nama berkata...

mmm Jika itu kisahnya dan sembelihan tak berapa sempurna rasanya Lembu tersebut akan menuntut kepada Tukang Sembelih akhirat kelak. Maka si Tukang sembelih buat lah sesuatu ye. Tanyalah Uztaz apa amalan atau kaedah sesuai. Tapi kalau dia sendiri Uztaz/Imam hahah tak taulah macammana hahahah

ibnu sahdan berkata...

wahai tanpa nama Khamis, 17 Oktober, 2013
itu menunjukkan bahawa kita ni manusia tak terlepas drpd membuat kesilapan/kesalahan.amalan dan kaedah yg sesuai tak susah sebenarnya.nabi sendiri mengatakan setiap manusia itu bersalah dan sebaik-baik pesalah ialah yg bertawbat.islam itu mudah.dah buat salah,tawbat segera dgn istighfar.dan jangan kata ianya adalah kerana org khianat/ilmu hitam atau yg sewaktu dgnnya.sebenarnya ianya adalah ujian drpd Allah utk melihat kamu akan segera ingat kpdNya atau membuat sebarang tuduhan tanpa asas seperti penyembelih begitu begini atau peserta amalan korban tak ikhlas atau sebarang tuduhan yg tak elok.betul tak panglima perang siber?

Cari Blog Ini

Translate