KUALA LUMPUR 9 Okt. - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel dalam portal berita, The Malaysian Insider yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.
Menurutnya, beliau sudah membaca artikel bertajuk "Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid?" tulisan Kim Quek yang disiarkan portal berita berkenaan semalam dan mendapati ada unsur fitnah dalam rencana itu.
Tambahnya, beliau sudah berbincang dengan peguam dan akan mendapatkan nasihat terperinci sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penulis artikel berkenaan.
"Dia (penulis rencana) tidak berada dalam majlis itu dan menulis artikel berkenaan semata-mata berdasarkan video yang dimuat naik dalam portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.
"Saya berada di sana atas jemputan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan ucapan beliau tidak seperti ditulis dalam artikel berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain Nur Jazlan, penulis artikel itu turut mengaitkan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah dengan kumpulan kongsi gelap tersebut. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131009/je_18/Fitnah:-Nur-Jazlan-akan-ambil-tindakan-undang-undang#ixzz2hIzNwaM4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
1 ulasan:
Saman je dua2 portal ni biar diorang lingkup.bila kena saman banyak,yahudi pun takut nak taja.kita akan lebih aman bila takde 2 portal ni.
Catat Ulasan