Pengikut Blog Panglima

31 Julai 2013

myMetro | UTM cipta Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik

UTM cipta Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik

Oleh Mahaizura Abd Malik

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, berjaya membangunkan teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik (SYCUT) berasaskan syariah membabitkan kos RM1 juta.

Ia bagi memastikan ayam disembelih mengikut syarak. 

Teknologi berkenaan dicipta khas bagi memastikan bekalan ayam menepati syarat halal ladang ternakan manakala penyembelihannya sah dan halal. 

Sistem mesra pengguna ini berasaskan sistem jaringan web untuk mengawal dan memantau setiap tahap penyembelihan sah serta halal mengikut syariat Islam.

Foto

Rubiyah (kanan) bersama Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim menunjukkan sistem SYCUT. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim


Ia membabitkan kamera pengesan ringkas yang dipasang berfungsi memantau setiap bahagian rumah penyembelihan yang bersambung terus kepada sistem data dan akses Internet.


Ketua Penyelidik SYCUT UTM Profesor Datin Dr Rubiah Yusof berkata, SYCUT dihasilkan lapan penyelidik daripada Pusat Kecemerlangan CAIRO UTM dan mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan. 

"Sistem ini dicipta bertujuan untuk memastikan ayam yang disembelih menepati syarat halal apabila terputusnya urat halkum (saluran penafasan) dan mari' (saluran makanan). 

"Sistem berfungsi untuk mengesan status sembelihan menerusi kamera pengesan ringkas yang dipasang dan menghantar imej kepada perisian SYCUT. 

"Alat pengesan akan berbunyi jika tahap pemprosesan tidak menepati kaedah halal," katanya di Bangunan Canselori UTM, hari ini. 

Rubiah berkata, kaedah lama secara manual bagi mengesan haiwan sembelihan sama ada sah atau sebaliknya mengambil masa lama dan memerlukan fokus tenaga manusia yang ada kalanya tersilap. 

"Dengan penggunaan sistem ini, kita hanya memerlukan satu saat untuk mengesan haiwan sembelihan sama ada ia halal atau sebaliknya. 

"Malah sistem ini juga menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia, ia boleh mencapai pengeluaran ayam antara 1,000 hingga 2,000 ayam sehari," katanya. 

Menurut Rubiah, sistem berkenaan dipatenkan pada tahun lalu dan diguna pakai Pusat Pemprosesan Ayam Az-Zain di Semenyih, Selangor. 

Teknologi canggih berkenaan akan meningkatkan tahap imej produk halal di Malaysia dan perintis pemantauan produk halal di dunia. 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Sumber :


Sent from my iPhone

Gambar : @PDRMsia Mencari Suspek Utama Kes Bunuh Pengasas Arab Malaysian Bank



Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai 'Sei Ngan Chai'(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/07/mari-bantu-pdrmsia-mengesan-saspek.html#Kz5TkDcD3WCSx53i.99 


Sent from Samsung tablet

Kenyataan Terkini @Mustapa_Mohamed Tentang TPPA

Kepentingan Rakyat Dan Kedaulatan Negara Dijamin Dalam TPPA – Mustapa

KUALA LUMPUR, 30 Julai  - Segala kepentingan rakyat dan kedaulatan negara akan diutamakan dan terjamin dalam perbincangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Jelasnya rakyat berhak memberikan apa saja pandangan mengenai TPPA dan beliau selaku menteri yang bertanggungjawab bersedia untuk mendengar pandangan mereka.
“TPPA masih di peringkat perbincangan. Perbincangan seumpama TPPA biasanya melibatkan peringkat perbincangan, persetujuan, tandatangan dan ratifikasi,” katanya.
Jika perlu kerajaan boleh mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan mengenai TPPA kepada anggota Dewan Negara, katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini hari ini.
Mustapa berkata ketua-ketua kerajaan yang terlibat dalam perbincangan TPPA meletakkan sasaran untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan  pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa sasaran berkenaan akan dicapai atau tidak.
Mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault ke negara ini semalam, Mustapa berkata pada masa ini terdapat 260 syarikat  Perancis yang beroperasi di negara ini, peningkatan 50 peratus berbanding lima tahun lalu.

30 Julai 2013

Courts Mammoth Edar Iklan Syahadah Terbalik Selepas Produk Coca Cola Hina Islam Turut Dipromosi oleh @hotfm976 ??





Kisah Islam dihina melalui taktik seperti ini sudah banyak terjadi. Baru-baru ini sejadah muka babi juga telah tersebar. Sebelum itu kita pernah membaca bagaimana logo Coca Cola juga didapati mengandungi perkataan menghina Islam http://andrianbilly.wordpress.com/2011/01/25/astagfirullah-logo-coca-cola-menghina-islam/


Sempena Ramadhan juga Hot FM turut mengadakan promosi air Coca Cola dan nampaknya syarikat yang menggunakan logo menghina Islam dibenarkan berleluasa dan menggunakan radio paling hot didengar majoriti Melayu Islam seperti link di sini http://www.hotfm.com.my/hot_galeri/Sebarkan_Semangat_Ramadhan_Klang.html


Lebih mengejutkan blog http://www.ibnuhasyim.com/2009/10/hina-islam-melalui-iklan-cocacola-di.html menulis anda boleh mati mengejut jika meminum air Coca Cola dengan gula-gula mentos.


Lebih penting beribu nyawa terkorban kerana pembelian air botol Coca Cola seperti kupasan beliau di sini http://www.ibnuhasyim.com/2009/01/jenayah-bunuh-melalui-se-botol-coca.html


Perlu kita sebarkan agar kesedaran semakin meningkat kalangan umat Islam.


@Hafizhamidun Dedah Iklan Jualan Arak Sempena #Aidilfitri Oleh Supermarket #Tesco Yang Tidak Patut Dibuat Kerana #Hina #Islam




Benarkah Tun Mahathir Kritik PM @NajibRazak dan @Khairykj Beberapa Hari Lepas ??? #PemilihanUmno2013


Semalam kecoh tentang dakwaan kritikan Tun Mahathir terhadap kepimpinan DS Najib Razak selama ini sebagai Perdana Menteri. Turut diulas berkenaan kelemahan Khairy Jamaluddin yang gagal membawa Pemuda ke tahap sepatutnya.

Ada juga sms menerpa masuk kotak peti surat bertanyakan perkara yang sama.  

Selepas melakukan sedikit carian ternyata info yang ada memberitahu pertemuan tersebut dilakukan secara tertutup. Sudah tentu tindakan membocorkannya bukan tindakan bijak kecuali itulah taktik yang mahu digunakan.

Najib tidak penting, namun Malaysia yang sangat penting. Pak Lah juga tidak penting tetapi nasib dan masa depan Malaysia sangat penting.

Siapa pun memerintah dari parti UMNO sebagai PM, yang penting asas Perlembagaan dihormati dan kepentingan semua kaum dipelihara.

Jika seorang imam gagal menjadi imam yang baik maka makmun perlu menukarnya. Jika masih mampu dan tidak batal wuduknya maka ia wajib dikekalkan.

Berita The New Village di Harian Metro

Tarikh 30.7.2013

29 Julai 2013

BERNAMA - Attempted Murder Of MyWatch Chief: Revenge By Underworld?

SEREMBAN, July 28 (Bernama) -- The attempted murder on the anti-crime watchdog MyWatch chairman in Bahau, Negeri Sembilan yesterday, may have been the work of the underworld bent on exacting revenge.

The police have not ruled this out as R. Sri Sanjeevan, 29, had previously, alerted the police on illegal gambling activities in the state, especially in Jelebu and Jempol.

As a result, he had received death threats and reported the matter to the federal police headquarters in Bukit Aman, among others.

Kenyataan Akhbar Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi Mengenai Filem 'The New Village' - Mohon Sebarkan






Komen Blogger-Blogger Otai boleh klik sini



Sent from my iPhone

28 Julai 2013

Fahaman Syiah wujud dalam kalangan ahli Pas - Hasan Ali


KUALA LUMPUR 27 Julai - Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

Scorpene : Temuramah NST Dengan Jasbir Singh Dedah Penipuan Suaram


Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya.  Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar. 

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu.  Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai.  Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka. 

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai. 

Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini.  Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina. 

Kelantan diundi dalam kumpulan maut - Liga Malaysia - Sinar Harian

Piala Malaysia
JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara. 
  
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
  
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
   

27 Julai 2013

Video : Luahan Peniaga Isu Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Shisha

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/WrkZ__EU_BE


Panglima : setahu Panglima Shisha tidak berbahaya berbanding rokok. Di Mesir para Qari menggunakan Syisha membersihkan suara mereka.
Ada ulama juga tidak mengharamkannya.

Rokok juga ada yang tidak memudaratkan semua orang dan ramai yang menghidap rokok tidak mengalami masalah kesihatan berbanding yang tidak menghisapnya. Situasi yang sama pada hukum Shisha ini.

Perkara ini yang menimbulkan sedikit kemusykilan di kalangan masyarakat. Mereka memahami pengharaman itu kerana kemudaratannya namun ada yang mendapati ia tidak menimpa kesihatan mereka yang tegar menghisapnya.

Mustapa seru ahli UMNO buat pilihan yang tepat #PAU2013

Mustapa seru ahli UMNO buat pilihan yang tepat

KOTA BHARU 27 Julai - Seramai 150,000 ahli UMNO yang layak mengundi dalam pemilihan parti diseru membuat pilihan yang tepat bagi memastikan imej parti tidak terjejas terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin yang dipilih harus disenangi rakyat kerana parti tersebut akan menghadapi cabaran yang getir pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pada masa sama, pemilihan pemimpin haruslah inklusif melibatkan semua pihak tanpa ada perpecahan mengikut 'puak-puak' tertentu.

"Saya harap kita gunakan pemilihan ini untuk memastikan kita memilih pemimpin yang terbaik kerana mereka yang akan menampilkan imej parti kita. Kalau pemimpin cawangan dan bahagian tidak disenangi rakyat, imej kita untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 akan terjejas.

"Jadi saya harap semua pihak akan akur perkara ini dan ambil satu sikap inklusif. Jangan ada puak-puak, semua pihak hendaklah berada dalam satu barisan kepemimpinan," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Kelab Putra 1Malaysia dan Yayasan 1MDB di Dewan Utama Bangunan UMNO Kelantan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Video Terbaru : Pesta ibadat agama syiah agar Ahlussunnah dibunuh

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/_cSBx6jkaCY


Sent from my iPhone

Dua pemimpin sebuah parti politik pendokong Syiah


Dua pemimpin sebuah parti politik pendokong Syiah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh Syiah Iran dan salah seorang daripada mereka juga dikesan pernah mengunjungi Syria selain aktif memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia.

"Kedua-dua pemimpin tertinggi ini juga dipercayai telah bertanggungjawab secara langsung menyebabkan fahaman Syiah menular dalam parti tersebut sehingga mencetuskan kebimbangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai penglibatan pemimpin kanan parti tersebut dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Utusan Malaysia, salah seorang daripada dua pemimpin kanan tersebut pernah dipanggil mengadap Majlis Syura Ulama bagi tujuan mengia atau menafikan beliau terlibat dalam gerakan Syiah.

Bagaimanapun, kata beliau, walaupun dikesan mengamalkan beberapa ajaran Syiah dalam kehidupan seharian, pemimpin tersebut tetap bertarkiyah (berpura-pura) apabila menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah kepada Majlis Syura Ulama.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

25 Julai 2013

Analisa Kemenangan @Barisannasional #PRKKualabesut

Analisa : Kemenangan Tengku Zihan Seperti Diramal

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Naisonal (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil 'Abe Ku'.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah UN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Pada PRK ini, BN menetapkan slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto '16-16'. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pakatan pembangkang,

Pada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja. Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai dikalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

Pihak polis juga mengesahkan tiada laporan mengenai insiden yang tidak diingini kecuali satu laporan mengenai dakwaan 'pengundi hantu' yang menurut polis individu tersebut adalah seorang lelaki yang tidak siuman. Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terlibat dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.

PM @Najib_Razak umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam

najib70xx-okDatuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di ibu negara, Rabu.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara guna membantu meringankan beban kewangan sebagai persiapan hari raya.-24/7/2013


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/najib-umum-bayaran-bantuan-khas-kewangan-rm500-kepada-penjawat-awam.html


Sent from my iPhone

Youtube : BN menang kerusi DUN Kuala Besut Dengan Majoriti Meningkat

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/H9JMlc4hugk


RASMI: BN menang di Kuala Besut, majoriti meningkat

PETI UNDI TIBA... Pegawai-pegawai SPR membawa dua peti undi dari Pulau Perhentian ke Pusat Penjumlahan Undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Jeti Kuala Besut, Besut hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID

BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu mengalahkan Pas dengan majoriti 2,592 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

24 Julai 2013

BERSAMA MAZIDUL: PENGADU TIDAK MUNCUL TATKALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II @PKamalanathan HADIR DI SRK SRI PRISTANA

PENGADU TIDAK MUNCUL TATKALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II HADIR DI SRK SRI PRISTANA

Fakta mengenai isu ruang makan pelajar SRK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.

1. TIADA tandas di dalam bilik persalinan diubahsuai menjadi ruang rehat dan makan.

2.  Ruang itu digunakan oleh semua pelajar TANPA mengira bangsa dan agama. Maksudnya, sebelum Ramadan, ruang sama digunakan oleh pelajar beragama Islam sejak Mac 2013 (bukan kerana bulan puasa).

3. Kerja pengubahsuaian kantin sekolah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di antara 17 dan 23 Julai 2013. Bermula hari ini, kantin sekolah dibuka semula. 



4. Berikutan kekangan keluasan kantin, bilik persalinan dibersihkan itu dinaiktaraf untuk dijadikan tempat makan. Hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 untuk membina atap tambahan di kantin sekolah.

5.  Kamalanathan berkata kepada wartawan, isu ruang makan, TIADA  kaitan dengan agama dan bangsa.

6. Ayah kepada pelajar India memuatnaikkan gambar ruang makan (didakwa TANDAS)  di Facebook  itu didapati tidak muncul sewaktu Kamalanathan melawat sekolah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Dia juga tidak kelihatan sewaktu sidang media diadakan bersama wartawan pelbagai agensi berita.

Hairan.

Sepatutnya dia datang untuk mengemukakan aduan terus  kepada Kamalanathan dan pastinya menjadi tumpuan wakil media pembangkang.

7. Anak lelaki sama, baru dipindahkan dari SRK Bukit Darah ke SRK Sri Pristana sejak seminggu lalu. 

8. 96 daripada 98  tenaga pengajar SRK Sri Pristana berbangsa Melayu. 23 pelajar India, 3 Cina dan selebihnya Melayu. 

"Kantin sekolah hanya boleh menampung di antaa 500 dan 600 pelajar sahaja kerana itu bilik persalinan dinaiktaraf untuk digunakan oleh pelajar sejak lebih 3 bulan lalu. Guru Besar telah memohon maaf kerana memilih ruang kurang sesuai. Saya juga memohon maaf," ujar Timbalan Menteri terbabit.

Sepenuhnya di :
Sent from my iPhone

Penyokong PAS Tahan Kereta Bawa Timbalan Pengerusi SPR | Terengganu Today

Lebih 100 penyokong parti Pas bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong-penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

http://terengganutoday.com/prk-dun-kuala-besut/penyokong-pas-tahan-kereta-bawa-timbalan-pengerusi-spr


Sent from my iPhone

PRK Kuala Besut: Muslimah PAS Gagal Kawal Emosi

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/vw9mZm7dnDw


Sent from my iPhone

Mesti Anda Ketawa Tengok Sidang Media Calon PAS #PRKkualaBesut Ini

Kita ketawa kerana melihat Pas cuba menampilkan calon yang didakwa tidak ada masalah memberi kenyataan kepada media.

Kita bukan ketawa mahu mengejek bahkan Panglima sendiri kesian apabila Che Long nampak tertekan dari awal pengundian hingga saat ini.

PAS banyak membuat silap dan tidak mahu membetulkan kesilapan lalu terus membiarkan jentera parti membaiki kesilapan memilih calon.

Satu lagi teori saya lihat mungkin tindakan ini bukan satu kesilapan namun kesengajaan untuk menjatuhkan maruah Pas.

Ramai kata Pas ingin menguburkan Husam Musa namun kali ini nampaknya Husam Musa berjaya 'memperbodohkan' Pas apabila menyokong calon rakan baiknya yang tidak berjaya bercakap sehebat beliau apabila berhadapan dengan media.

Nampak seperti Hj Hadi pula yang 'bodoh' apabila setuju dengan calon yang dikhabarkan gred 3 SPM yang jelas gagal juga berkomunikasi dengan baik dengan media walau didakwa memiliki kekayaan yang hebat hasil perniagaannya.

Maka kerana itu kita tidak pelik jika parti PKR Anwar juga menyaman Hj Hadi di saat ini walhal ia boleh ditangguhkan jika mahu.

Segalanya demi anak emas Anwar Iaitu Husam Musa yang boleh jadi bakal naik menjadi Presiden Pas terbaru pada pemilihan Pas November depan.

Selepas Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sudah disingkirkan lebih awal dari mengacau pendakian hieraki parti beliau.

Lihat videonya di sini

http://www.youtube.com/watch?v=6mvUiGNEKAo&sns=em


Sent from my iPhone

Jawapan Isu Murid Bukan Islam Makan di Bilik Persalinan - Mohon Sebarkan


Isu Murid Bukan Islam Makan di Bilik Persalinan:  SiriProvokasi Terancang

Selepas PRU-13, kita menyaksikan penghinaan terhadapagama Islam dilakukan secara bertubi-tubi melalui laman-laman sosial peribadi. Difahamkankeberanian pihak yangmembenci Islam untuk terus melakukan provokasi adalahberpunca dari terhapusnya Akta Hasutan dan akta-aktapencegahan.   

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan yang merekatelah merancang strategi untuk menimbulkan ketegangansejak dari awal iaitu sejak mereka mendesak kerajaanuntuk menghapuskan akta-akta itu lagi

Belum lagi isu Alvivi redakini timbul pula isu murid bukanIslam yang kononnya dilayan seperti hamba dan disuruhmakan di dalam tandas sebagai menghormati murid Islam yang berpuasa.   Isu ini menjadi ‘viral’ dalam sekelip matadi mana belum pun sampai 24 jam ia sudah dipetik olehmedia antarabangsa.

Apa yang menarik ialahgambar yang disebarkanmenunjukkan ‘tandas’ sekolah tersebut begitu bersih siapdengan meja makan yang beralas.  Ini bukanlahgambaran biasa di sekolah-sekolah kebangsaan.  Sudahmenjadi ‘budaya’ sekolah-sekolah kerajaan mempunyaitandas yang kotor atau teramat kotorterutamanyasekolah rendah.  Justerumelihat gambar tandas yangbegitu bersih sudah cukup untuk menimbulkan keraguanatas isu yang dibangkitkan. 

Serangan yang begitu pantas dan meluas ke atas pihaksekolahkerajaan dan umat Islam terhadap isu inimenyukarkan penjelasan dibuat.   Namunapa yangdiselidiki kini terbukti bahawa isu tersebut telah sengajadiada-adakan dengan niat jahat

Hakikatnyaapa yang dikatakan ‘tandas’ itu adalahsebenarnya bilik persalinan yang telah ditukar menjadibilik makan tambahan kerana kantin sekolah terlalu kecildan tidak mampu menampung semua pelajar.  Terdapatnotis jelas di bilik tersebut yang melarang sesiapamembuang air di situ, malah paip mandian juga telahditerbalikkan agar tiada sesiapa yang mandi di situ.  

Makatidak hairanlah terdapat meja makan yang beralascantik di bilik itu.   Murid-murid Islam dan guru-guru jugasering makan di situ dan kadangkalajamuan makan kecil-kecilan turut diadakan di bilik tersebut.   

Dalam bulan puasa inipihak sekolah telah mengambilkesempatan untuk mengubah-suai kantin bagimembesarkannya.  Justerumurid-murid bukan Islamdisuruh makan di bilik itu untuk keselamatan dankeselesaan mereka juga. 

Jelasapa yang berlaku ialah Guru Besar sekolah tersebutamat prihatin terhadap kebajikan murid-muridnya.  Malangnyakeprihatinannya telah dimanipulasioleh pihak tertentu dengan menggambarkan beliausebagai tidak berhati perut.  

Apa yang pastipihak yang menimbulkan isu yang tiadaisu ini telah dengan sengaja ingin menimbulkanketegangan.  Ia pastinya telah dirancang dengan rapimemandangkan ‘parody’ mengenainya di internet jugasudah dimuat-naik dalam masa tidak sampai 24 jam.   Dan apa yang menarik ialahmereka menggunakankaum India pula untuk menyebarkannya agar kita lekasedikit dengan kaum Cina yang merupakan pihak yang paling giat melakukan provokasi terhadap Islam.  Strategiini tentunya bertujuan untuk menimbulkan prejudis antarakaum India dan Melayu pula, setelah berjayamencetuskan permusuhan antara Cina dan Melayu.    

Pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan denganmelepaskan mereka yang dengan sengaja menghasutdan menimbulkan ketegangan seperti ini.   Merekanampaknya terus melakukan ‘serangan’ secara bersiri danbertubi-tubi pastinya dengan satu matlamat sahajaiaituuntuk mencetuskan huru-hara.   

Kita juga pasti bahawa pihak mereka juga sedangmenunggu kenyataan dari pihak kerajaan dan pemimpinUMNO, sekadar untuk menyerang beliau sebagairasis!  Ini merupakan modus operandi biasa bagi mereka-mereka yang memusuhi Islam di Malaysia. 

Memandangkan Islam yang menjadi taruhan di sinimakaUmat Islam perlu lebih peka dan rasional dalam menilaidan memberi reaksi mengenai sesuatu isu.  Jangan cepatmelatah dan jangan cepat percayakan sesuatuberita.   Pihak yang memusuhi Islam ini nampaknyabenar-benar busuk hati dan ingin mencabar sertamenyerang kita.  Sesungguhnyasudah sampai masauntuk kita memahami bahawa kita tidak ada pilihan lagi,selain bersatu.