Pengikut Blog Panglima

31 Disember 2013

Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL ( Utusan Melayu )

Panglima : mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini dilakukan pihak lain bukan Pakatan Rakyat. Namun tindakan mereka sebelum ini semasa Bersih 1, 2,3 jelas  unsur menggugat keamanan dan mahu meruntuhkan Kerajaan dilihat dalam tindakan mereka.

Anak muda yang menyokong mereka juga selalu memperjuangkan kerajaan tanpa raja atau Republik dan inilah elemen komunis yang sangat bahaya kepada negara kita. Google Fahmi Redza (rejimen 10) dan Hishammuddin Rais untuk maklumat selanjutnya.

Raja adalah ketua negara dan usaha ini dikira subversif seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri dan boleh membahayakan keamanan dan menjejaskan ekonomi keseluruhannya.


Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL

POSTER mengandungi perkataan Republik Jatuhkan Kerajaan yang berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan ditampal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Penampalan beberapa pelekat dengan kata-kata berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di sekitar ibu kota petang ini.

Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan itu memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Antara lokasi penampalan pelekat itu adalah di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_43/Guling-Poster-jatuhkan-kerajaan-ditampal-di-sekitar-KL#ixzz2p3yu25w9 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

30 Disember 2013

PM @NajibRazak Umum 11 Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Berkuatkuasa 1 Januari 2014 cc KSN @AliHamsa55

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

kenyataan 1kenyataan 2Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. – Bernama




Sent from my iPhone

3 Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang di Malaysia @NajibRazak @Anwaribrahim


Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan subsidi dan juga kenaikan harga makanan dunia. Kenaikan harga makanan merupakan satu isu global sebenarnya.Bagi isu subsidi, ia adalah isu dalam negera yang sedang "panas" sekarang ni. Sebenarnya memang agak sukar untuk menahan kenaikan harga jika harga diperingkat global mengalami kenaikan yang tinggi. Harga barangan berkenaan turut akan meningkat kerana kos pengeluaran atau eksport meningkat.

Mesti mencabar buat kerajaan untuk jelaskan isu ini sebab ada permainan emosi kebanyakan rakyat. Saya yakin isu inilah yang boleh menjatuhkan kerajaan sekarang jika tidak diterangkan dengan jelas dan betul.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang?

Bagi saya ada 3 jalan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

  1. Undi Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU 13 dan berharap mereka akan turunkan harga
  2. Meningkatkan pendapatan diri sendiri
  3. Kurangkan perbelanjaan terhadap perkara yang kurang penting seperti hiburan,aksesori dan sebagainya.

Ya. Ada 3 pilihan untuk anda pilihan untuk anda pilih. Ini pula komen saya:

Cadangan Satu

Anda boleh mengunakan kuasa anda sebagai pengundi untuk menukar kerajaan. Namun, ia bukan satu jaminan harga barangan akan diturunkan setelah ia naik disebab harga barangan import bukan boleh ditahan tahan. Ia diibaratkan sebagai membina empangan, pada suatu masa nanti ia mungkin akan roboh dan mungkin akan terus memusnahkan segalanya. Dengan erti kata lain, jika kerajaan tidak lagi mampu menahannya, ia tetap akan naik kepada tahap yang sepatutnya. Ia merupakan satu penyelesaian yang sementara sahaja. Harga akan tetap naik setelah kerajaan tidak lagi mampu menahannya dengan subsidi.

Barangan seperti gula, tepung, bawang,susu dan banyak lagi adalah barangan diimport dari negara lain. Harganya akan meningkat bergantung polisi dan harga yang ditetapkan negara pengimport. Harga mungkin boleh diturunkan jika ia dihasilkan di Malaysia. Persoalannya adakah pengusaha produk tersebut akan patuh jika harga pasaran dunia adalah tinggi?

Contoh terbaik ialah minyak sawit. Negara kita adalah pengeluar kedua terbesar di dunia, kenapa harga minyak masak masih mahal? Kenapa tidak diturunkan lagi? Jika ia diturunkan lagi, bagaimana nasib pekebun kecil? Mereka mungkin terpaksa menjual buah sawit mereka pada harga yang rendah juga disebabkan polisi negara untuk memastikan harga dijual pada harga yang rendah. Orang yang ada kebun sawit pasti akan marah jika polisi ini dilaksanakan. Perlu ingat banyak syarikat sepert Tabung Haji (TH) bergantung kepada hasil jualan sawit untuk membayar dividen ahlinya. Jika ia dijual dibawah harga yang sepatutnya, bagaimana pula TH ingin membayar dividen ahli lebih tinggi?

Menurunkan harga boleh menyebabkan mereka yang menjadi pembekal akan rugi. Mereka ini adalah orang Melayu sendiri. Bayangkan jika beras diturunkan harga. Pastinya golongan petani akan menjadi mangsa. Bagaimana survival mereka jika padi dibeli dengan harga yang murah bagi membolehkan ia dijual dengan harga yang murah.

Begitu juga ikan, bagaimana nelayan untuk hidup jika harga ikan dijual pada harga yang murah sedangkan harga pasaran sepatutnya lebih tinggi. Inilah yang menyebabkan ramai nelayan berada bawah tahap kemiskinan. Selain itu, peranan kerajaan yang lemah dalam membantu nelayan untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Sekarang kos menangkap ikan pun semakin meningkat disebabkan sikap sesetengah nelayan yang menjual diesel bersubsidi ditengah laut untuk mendapat duit mudah. Setiap kapal laut dalam boleh membawa 20,o0o-25,000 liter diesel. Jika mereka jual RM4.oo seliter, dah untung banyak dah tu.

Seterusnya baca 



Sent my iPhone

29 Disember 2013

Penyokong Ikhwanul Muslimin Bakar Universiti Al Azhar Bukti Wahabi Merosakkannya ?

Panglima : Ikhwanul muslimin sekarang sudah diresapi wahabi. Maka sukar untuk menerima perjuangan pro wahabi kerana jelas mereka boleh membahayakan akidah umat Islam.

API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ortvr7kZ 



Sent from my iPhone

28 Disember 2013

Kondo RM 110 Juta - Pencapaian Riza @NajibRazak hasil usaha sendiri | Malaysia Gazette

RIZA (ikiri) bersama Micheal Kors pada satu majlis di Toronto, Kanada.
RIZA (ikiri) bersama Micheal Kors pada satu majlis di Toronto, Kanada.
SELEPAS isu jet kerajaan, Datin Seri Rosmah Mansor diheret sekali lagi oleh media pro pembangkang, kali ini tentang anak lelakinya, Riza Shahriz.  
 
Malaysiakini semalam melaporkan Riza membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
 
Laporan yang memetik Sarawak Report itu merujuk kepada laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
 
Menurut sumber yang rapat dengan isteri Perdana Menteri itu, Rosmah tidak terkejut apabila diberitahu mengenai laporan berita tersebut kerana Riza memang telah lama terlibat dalam perniagaan jual-beli hartanah.
 
Oleh itu kata sumber berkenaan, pembelian aset tersebut oleh Riza bukan satu perkara yang luar biasa kerana ia sebahagian daripada urusan yang membabitkan perniagaannya.
 
Namun, kata sumber itu, urus niaga tersebut tiada kaitan langsung dengan diri Rosmah jauh sekali membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sehubungan itu, kata sumber tersebut, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada portal-portal berita yang memaparkan kejayaan anaknya itu. 
 
Riza, kata sumber itu, tidak pernah mendapat tender atau apa-apa projek di Malaysia atau dengan kerajaan Malaysia.  
 
Apa yang dicapai itu didorong oleh usaha sendiri bersama rakan-rakan yang berminat dalam bidang perfileman di Hollywood.
 
"Beliau berbangga dengan kejayaan anaknya. Beliau juga berbangga kerana ada pihak yang berminat memaparkan kejayaan Riza walaupun tidak tahu apa niat sebenar mereka," kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.
 
Katanya, tindakan mengaitkan diri Rosmah dan Perdana Menteri dengan pembelian hartanah di New York oleh Riza ternyata satu lagi cubaan untuk memburukkan imej kepemimpinan negara.
 
"Sedangkan ia sama sekali tiada kaitan jika difikirkan oleh orang yang menggunakan akal.
 
"Riza dan rakan-rakannya mempunyai keupayaan untuk membeli hartanah. Mereka berniaga di sana. Di New York, hartanah yang anda beli hari ini akan melonjak harga keesokan harinya," katanya. 
 
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
 
Riza, menurut laporan Sarawak Report pula, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
 
Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding terkemuka dunia, KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga 2008.
 
Menurut sumber itu, sebagai ibu, isteri Perdana Menteri itu sering berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa memanjangkan langkah mereka ke negara orang untuk mencari rezeki.
 
Sumber itu berkata, selesai tanggungjawab mendidik anak-anak dan memberi pelajaran secukupnya, Rosmah mahu mereka meneroka dunia yang lebih luas dan jangan hanya melihat Malaysia, jauh sekali mahu menggunakan pengaruh politik Najib untuk meraih keuntungan sendiri.
 
"Rosmah percaya kepada pesanan orang tua iaitu di mana ada kemahuan di situ ada jalan," kata sumber itu lagi.
 
Sementara itu rakan rapat Riza ketika dihubungi MalaysiaGazette di Amerika Syarikat memberitahu, sebagai menyahut cabaran ibunya, Riza mula berkecimpung dalam bidang pelaburan dan perbankan di luar negara termasuk di London sesuai dengan latar belakang pendidikannya. Beliau memperoleh nama-nama besar sebagai pelanggan.
 
Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong anak muda itu bersama rakan-rakannya memulakan perniagaan perfileman di Hollywood sehingga berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal.
 
Malah katanya, pembabitan Riza itu juga berjaya memecahkan monopoli Yahudi dalam dunia perfileman di Hollywood.
 
Kata rakan rapat itu, berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil Riza akan menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan untuk Golden Globe Award dan anugerah Oscar yang berprestij itu.
 
"Siapa tahu satu hari nanti Riza boleh membuka laluan kepada pengarah-pengarah filem di negara ini untuk mengarah filem di Hollywood, begitu juga membawa pelakon-pelakon tempatan menempah nama di sana." katanya. - MalaysiaGazette


Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/pencapaian-riza-hasil-usaha-sendiri#ixzz2olsrdbck 
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook




Sent from my iPhone

Lihat Bagaimana Prof @DrMuhaya Diserang Tentera Siber Red Bean Army Pakatan Dengan Begitu Kejam Sekali !!!



Prof Mahaya Diserang Tentera Siber "Red Bean Army"Pembangkang

 

Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza,berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramahterkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang daripelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkangyang dikenali sebagai 'Red Bean Army'.

 

Prof Mahaya sebelum ini ketika diminta mengulasmengenai isu kenaikan harga barang meminta agarmasyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untukmencetus inspirasi. Menurutnyaumum menanggappeningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatifsehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarangperubahan.


"Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapikena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di manaharga akan turunMemang harga akan naikBukan apayang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apayang berlaku.


"Kalau kita guna formula kita iniperistiwa yang berlakucampur dengan respons kita menghasilkan hasilkehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatifrespons kitanegatif,  hasilnya mesti negatifJadikita guna formula,peristiwa negatif iaitu barang naikrespons kita mestisangat positifmaka hasilnya positif," katanya.

 

Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapatyang diberikanmalah turut melemparkan kata-kata kesat,memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yangtidak baik kepadanya. Berikut adalah antara kata-katakesat yang dilemparkan terhadap beliau:

 

"Jenis Prof bateri cap ayam", Mohd Haslin.

 

"Prof ini penting diri sendiriMana perasaan ikhwanulMuslimin. (Hanyapentingkan darjatduitmengejarkebendaan sahaja. Tidak fikir perasaan orang miskin,mereka semua tidak minta dimiskinkan. Fikirlah, (sebelumbuat kenyataanjangan jadi barua", HalimiPuteh.

 

"Prof kangkung tak bolehsolusi teori nak buat halwatelinga boleh la", Puteri Natasya binti AlBakri.

 

"Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang,bersyukurdan think positive", Cahaya Mataku.

 

"Ini profesor cari makan, alias profesor kangkung. Kalaudah kangkunghanya pandai berteori sahaja. Gaji ribu-ribu bolehlah cakap. Puiiihhhh!!!", Nazriaziz AlSheikh.

 

"Ya lah,  nama pun profesortentulah banyak teorinya.bercakap dari bilik berhawa dingin berbeza dengan terjunke medantanyalah rakyat yang berpanasbarulah tahuhakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak",Insan Sepi.

 

"Kepala hotak dia la", Selamat Mad.

 

"Bangang!!" Pak Berahim Mizan.

 

"Jadi prof ini, (cakapikut sedap mulut je", RosniariffinChe'Ros.

 

"Di saat ini, rasa nak sepak-sepak muka prof. Saya yakin,bila prof rela kami sepak muka prof, dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata jadipositif", Inspektor Shahab.

 

"Gugurkan gelaran prof. Dia ni tiada kemahiranmendengar", Khaoril Amri.

 

"Doc ini ibarat menjolok sarang tebuansilap hari bulanMacai", Sheikh Zun Nurain.

 

"Jangan jadi macam macai la prof, open your mind", Ahmad Hafiz.

 

"Sampah sahaja (pandangan yang diberikan), tunggu kau(Prof Muhayamerempat nantibaru kau tahu ertibersyukur", Pendamping Kehijauan

 

"Prof paling bongok dalam dunia", Rashid Wahari

 

Yang menjadi persoalannya ialahapabila diteliti semulakebanyakan komentar yang diberikan datangnya dariakaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalambahasa mudahakaun palsu yang direka secara khususuntuk menyerang personaliti yang cenderung menyokongkerajaan.

 

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata dikalangan mereka hanyalah tentera upahan @ macai yangdiberi habuan tertentu untuk menyerang mana-manatokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbezadengan pakatan pembangkang.

 

Dengan cara itumana-mana tokoh atau selebriti akanmenjadi takut untuk memberikan sebarang cadangan ataupandangan yang berbezaMalah modus operandi yangdigunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukansebelum pilihan raya umum yang lalu.

 

Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritikpembangkang dan dilihat cenderung menyokong kerajaanakan diserang dengan pelbagai kata-kata kesatMalahada beberapa kesmereka tidak akan teragak-agak untukmengugut dan memberikan ancaman bunuh.

 

Ekoran serangan yang dilakukan itu, Prof Mahaya tampilsekali lagi bagi menjelaskan maksud sebenar yang inginbeliau sampaikan kepada masyarakat. Di dalam rakamanvideo yang dikeluarkan semalambeliau mengatakan iabertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasabersikap positif.

 

"Saya bukan ustazahbukan ahli politik dan bukan ahliekonomi. Saya hanya pencetus inspirasi yang semuaorang tahugaya saya bercakap adalah untuk kita lakukanpada perubahan.

 

"Kita kena fahamada benda yang boleh dikawaladabenda yang tidak boleh dikawalsebab itu ada doa "YaAllah, ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubahapa perkara yang aku boleh ubahatau kekuatan untukmenerima apa-apa perkara yang tidak boleh diubah dankebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antarakeduanya.

 

"Memang banyak pihakmahu saya buat kenyataanmemarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya.Pada saya ia sudah banyak diperkatakanperanan saya(agar masyarakat berfikiran positifdalam mencari jalanpenyelesaiankatanya

 

Paling menarikbeliau turut mengatakan telah memaafkanmereka yang menghina beliau.

 

"Saya bukan  ahli politikmemang prinsip saya untuk tidakmembuat kenyataan yang berbaur politik… Tujuan sayabuat (rakaman) video inibukan untuk memberikanjustifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya.Kerana sebenarnya saya telah maafkan semua orang yang mengata saya.

 

"Saya Cuma bercakap dari perspektif sayacara untuk kitamelihat sesuatu (masalahdan mencari solusi danbukannya membesar-besarkan masalahjelas beliau lagi.

 


Sent from my iPhone