Pengikut Blog Panglima

12 Mei 2014

Artikel Pelajar Mesir Hukum Sambut Hari Ibu - Berbeza Pandangan @Ustazharidrus

Petikan artikel : 


Pengharaman sambutan Hari Ibu

Kelompok yang mengharamkan, antaranya ialahSyeikh Muhammad bin Sholih Al-'Utsaimindan  Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Bazyang pernah mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini.

Mereka berpendapat bahawa menyambut Hari Ibu adalah perbuatan bida'ah berdasarkan hadisRasulullah s.a.w. iaitu,

"Barangsiapa yang mengadakan perkara-perkara yang baru dalam urusanku ini (Islam) yang tidak bersumber darinya, maka amalan tersebut akan tertolak".

Justeru, perayaan hari ibu tidak diperbolehkan. Sebarang simbol-simbol yang menggambarkan perayaan seperti pemberian hadiah, bersuka ria juga tidak boleh diadakan.

Pengharusan sambutan Hari Ibu

Bagi kelompok yang mengharuskan pula turut bersetuju bahawa perkara ini ialah perkara yang diada-adakan, namun ia bukanlah bida'ah dalam ibadat tetapi hanyalah bida'ah dalam adat kebiasaan. Antara ulama dalam kelompok ini ialah,

Sheikh Faisal Mawlawi

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) memberi pandangan bahawa dibolehkan untuk menyambut Hari Ibu dengan dua syarat iaitu :

1) sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu

2) sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum syarak iaitu menyamai Aidiladha dan Aidilfitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus syariah.

Dr Muhammad al-Banna

Beliau juga turut berpendapat yang sama dengan tambahan syarat yang lain untuk menyambut Hari Ibu iaitu: 

1) Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.

2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.

3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.

Antara ulama lain yang turut memberi pandangan bahawa menyambut Hari Ibu adalah dibolehkan ialah Dr Muhammad Bakar Ismail, Profesor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif dan Dr 'Abdul Fattah Asyur, juga seorang ulama' al-Azhar.

Manakala, Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama' Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberi pandangan beliau bahawa perayaan Hari Ibu pada suatu tarikh yang dikhususkan adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid'ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka.


Seterusnya :

http://www.perubatan.org/v3/cerna-minda/147-umum/2100-wajarkah-hari-ibu-disambut


Mohon sebarkan...

Pandangan Ust Azhar Idrus dihormati namun ia bukan pandangan majoriti ulama. Harap semua berlapang dada. 

Sent from my iPhone
Catat Ulasan