Pengikut Blog Panglima

31 Januari 2014

Sahhhh PAS mahu jadi MB Selangor - Jika Khalid_Ibrahim Turun / Diturunkan !!!





link berita :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/28/pas-mahu-tuntut-kerusi-mb-jika-khalid-turun/

http://www.malaysia-today.net/pas-mahu-tuntut-kerusi-mb-jika-khalid-turun/



Analisa : adakah PAS akan jadi MB untuk elak cantum dengan UMNO ??? Wow jika benar maka bahayanya bila keuntungan kecil diperolehi dan manfaat untuk ummah gagal diberi.


23 Gambar Pelancaran STING 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) oleh Menteri KDN @Zahid_Hamidi


Berita dari PDRM di FB :

Kuala Lumpur, 30 Jan – Jenayah dadah akan diperangi habis-habisan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)' secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.

'STING' di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.

Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.

Kemodenan jenayah narkotik masa kini yang semakin canggih bukan lagi masalah kepada pasukan ini di mana turut dilengkapi senjata serta gajet dalam memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah dadah tegar yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang.

"Justeru itu diharapkan penubuhan skuad ini mampu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa PDRM hanya mengambil tindakan kepada ahli-ahli sindiket sedangkan dalang kepada masalah ini masih bebas," ucap Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tahun 2013 JSJN telah berjaya mengesan dan menangkap 33 ketua sindiket pengedaran dadah serta membongkar 34 lokasi makmal haram memproses dadah serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM402.73 juta.

JSJN juga menyita pelbagai jenis harta yang disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah berjumlah RM94.96 Juta dan menangkap seramai 175,198 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Dato' Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, barisan pengarah PDRM dan tetamu jemputan.







Gambar sekitar program :

Ucapan Perasmian Menteri yang sebut penurun kadar kemalangan selepas Ops Selamat - 


Helikopter membawa skuad sebagai gimik pelancaran 


Menteri dan VVIP melihat gimik dibuat 


Menandatangani plak perasmian 


Sidang Akhbar bersama Ketua Polis Negara dan Ketua JSJN 


Demo pasukan STING menyerbu lokasi dadah


Pasukan peninjau mula terlebih dahulu


Pasukan kedua mula masuk


Pasukan ketiga iaitu penembak tepat (kanan sekali) turut menyertai demi memelihara nyawa anggota yang lain


Menteri melawat lokasi rumah 'penagih dadah'


Pasukan STING berpeluang bergambar bersama Menteri KDN dan VVIP


Pameran yang disediakan menarik minat Menteri dan rombongan


Pengurusan Tertinggi PDRM bersama Menteri


Gabungan tiga pihak


Sambil meneruskan langkah, perbincangan sering dilakukan antara mereka


Bersalam dengan pasukan PDRM yang hadir



Banner program 


Lokasi VVIP dan media berdiri melihat demosntrasi


Penembak-tepat yang sebenar !!!


Bahan pameran Skuad STING



Demonstrasi serbuan


Plak perasmian dibawa masuk selepas tiba dengan helikopter sebagai gimik


bacaan doa

30 Januari 2014

Edisi 004 - Poster #PRKKajang : 2 PRK Demi Anugerah @AzminAli iaitu @Anwaribrahim



Ucapan YAB PM @NajibRazak Sempena Tahun Baru Cina ( Tahun Kuda )


Tahun Kuda 2014: Menyalakan Obor Harapan
Januari 29th, 2014 by Najib Razak


Hari paling bermakna dalam kalendar lunar Cina, bakal tiba membawa harapan untuk tahun baru yang lebih cemerlang. Di kesempatan ini, saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina.

Menelusuri waktu-waktu sebegini, adalah imperatif untuk kita mengimbau kembali satu tahun yang baru saja berlalu dan mensyukuri nikmat yang telah kita kecapi selama ini. Walaupun kita telah banyak mencapai progres dalam program transformasi, perjalanan kita masih jauh dan banyak lagi yang perlu dicapai. Program transformasi sesungguhnya memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat – terutamanya dari komuniti kaum Cina yang terkenal mahir dalam bidang keusahawanan.

Selagi kita masih membincangkan perkara yang sama, wujud pelbagai inisiatif yang sedang diusahakan demi meningkatkan taraf kehidupan kita. Antaranya, sebagai contoh, program berterusan seperti BR1M, KR1M, Ops Harga dan banyak lagi untuk membantu mengurangkan kesan tekanan inflasi global. Terdapat juga mesyuarat perundingan dan perbincangan yang memberi fokus untuk menangani isu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Segala usaha kita akan berkecai sekiranya tidak ditunjangi dengan sokongan dari anda semua. Kita mesti kekal berdaya tahan dalam menempuhi cabaran ekonomi untuk mengekalkan kestabilan dan kemajuan demi generasi masa akan datang.

Ketika kita bergembira menyambut kedatangan tahun kuda, kita juga perlu sentiasa mendukung perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah kita nikmati selama ini. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap negara untuk menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrim yang bisa menggugat keharmonian yang selama ini telah kita kongsi dan nikmati di Malaysia.

Saya pasti kita sepatutnya percaya kepada suara kebenaran. Tergalas di bahu kita untuk bertindak dengan wajar dan sentiasa mendengar pandangan antara satu sama lain. Dalam rumpun kebudayaan Malaysia, kita mestilah menjunjung kedaulatan undang-undang dan sentiasa menghormati sensitiviti anutan lain.

Sehingga hari ini, saya amat menghargai peranan yang telah dimainkan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam membina negara sejak zaman merdeka lagi.

Dari Putrajaya ke seluruh Malaysia, saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua.





Edisi 003 - #PRKKajang : Blog Pakatan Fitnah Presiden Umno @NajibRazak Tweet Enggan Bertanding





baca kalau tak percaya di sini : 

http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/01/prk-dun-kajang-najib-angkat-bendera.html


tajuk : PRK Dun Kajang :  Najib angkat bendera putih ...

Edisi 002 - #PRKKajang 'Demi Kepentingan Seorang Lelaki' Kata @NajibRazak dan Lelaki Ini (Anuar Zain) ialah @anwaribrahim ?


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Kajang diadakan demi kepentingan seorang lelaki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbaharu beliau.
Dengan tidak menamakan lelaki itu, beliau menyatakan: "Tanpa memikirkan soal persaingan, pilihan raya kecil di Kajang bukannya mengenai rakyat tetapi lebih kepada kepentingan seorang lelaki #BETTERNATION."
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengumumkan bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin lepas.
Pengumuman itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. - BERNAMA

lagu 'Lelaki Ini' ANuar Zain 

Edisi 001 - #PRKKajang Betul Ke Rumah Besar Ini Milik Penasihat MB Selangor Gaji RM1 @anwaribrahim ???



Biasa PKR akan dedah itu ini milik pemimpin BN. Sekarang kita tanya dari mana datang rumah besar sebegini ?

Kalau jadi menteri atau pemilik syarikat besar sudah tentu tidak pelik tetapi sejak dipecat tahun 98-2014 iaitu 15 tahun lamanya adakah belum habis wang milik beliau ??? dengan berbagai penerbangan jarak jauh selain menaiki jet, termasuk menyertai PRU adakah masih ada wang sebegini banyak ?

Kita tinggalkan persoalan untuk dijawab oleh Anwar Ibrahim.

Sumber gambar FB Friends of BN

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151957664174998&set=a.10150838414749998.412748.129843674997&type=1&theater

29 Januari 2014

Pusat Rawatan Islam Al Hidayah Ubati Penyakit2 Kronik Guna Ayat Quran Dengan Canggih dan Sistematik cc @NajibRazak

Video Korporat Pusat Rawatan Al Hidayah :







Menggunakan pendekatan ayat Al Quran skala yang besar untuk pelbagai penyakit kronik tentu dapat mengatasi masalah ubat-ubatan yang mahal diimport dari luar negara yang bukan semua mampu mengatasi penyakit bahkan ada yang memburukkan lagi tubuh badan yang menerimanya.

Justeru dicadangkan kepada PM agar perubatan alternatif seperti ini diperkasakan dan diperluaskan dalam mengatasi kenaikan harga ubat selain menyembuhkan penyakit dengan berkesan bukan sebaliknya.

Ia juga sudah tentu disambut baik majoriti umat Islam di Malaysia dan tidak akan ditolak kerana ia tidak membebankan kewangan dan mampu dibayar oleh semua golongan.

Banyak penyakit gagal dikesan sebenarnya berpunca dari gangguan luaran seperti jin dari angkara sihir. Selain itu juga dengan Al Quran semua penyakit boleh disembuhkan Insya Allah. 

Lihat lelaki bisu disembuhkan dengan ayat Quran 






Mesti Baca : 11 Khasiat Garam dalam Perubatan Islam






Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam...


1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.


sumber http://paapaada.blogspot.com/2013/02/khasiat-garam-dalam-perubatan-islam.html


Nota : sila gunakan garam kasar/bukit untuk kesan lebih baik... garam mesin sudah bercampur kimia dan tidak elok serta menjadi punca darah tinggi.

BEBERAPA KENYATAAN MENTERI KDN @ZAHID_HAMIDI DAN KP JAKIM @DSJAMILKHIR ISU POLIS SYARIAH


KENYATAAN PADA 13 DISEMBER 2013

1. KDN sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati

kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi bagi membolehkan PDRM yang mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk membendung penularan ajaran sesat.

kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bulan lepas yang mana seramai 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun telah ditangkap kerana dipercayai ada kaitan kes tersebut.

Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya


Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/ahmad-zahid-kdn-perhalusi-cadangan-tubuh-pasukan-polis-syariah-26908?cp

 

KENYATAAN PADA 27 JAN 2013

Penubuhan unit 'polis syariah' bukan berniat mengambil alih peranan kerajaan negeri tetapi untuk membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan undang-undang termasuk membantu menangani kes-kes ajaran sesat dan jenayah syariah lain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tersebut juga berperanan memberi nasihat berhubung soal-soal penguatkuasaan dan membantu dalam operasi yang dijalankan.

"Sebelum ini penguat kuasa agama negeri akan meminta bantuan polis (dalam operasi), sekarang kita ada polis khas untuk membantu mereka.

"Polis ini akan berada di dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan akan membantu dari segi perundangan termasuk pentafsiran dan penelitian terhadap undang-undang yang ada kaitan dengan hal ehwal agama Islam di peringkat negeri," katanya.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang dilaporkan tidak bersetuju dengan langkah penubuhan 'polis syariah' kerana terdapat banyak soalan mengenai bidang kuasanya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebelum ini mengesahkan bahawa unit itu akan ditugaskan menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap peranan 'polis syariah' tersebut tidak disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap unit tersebut.

"Kita tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran agama di bawah kerajaan negeri, sebaliknya Jakim berperanan sebagai penyelaras dan Kementerian Dalam Negeri melalui polis membantu melaksanakan undang-undang.

"Komen-komen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung penubuhan unit ini amat dihormati tetapi mereka hendaklah meneliti dengan halus kenyataan Jakim supaya tidak timbul salah tafsir," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140128/dn_06/Polis-syariah-tidak-ambil-alih-kuasa-negeri#ixzz2rkhUmFyZ
© Utusan Melayu (M) Bhd  



Malangnya dalam hal ini PAS dilihat tidak menyokong penubuhan polis syariah yang bertujuan memberi kebaikan kepada umat Islam. 



Tiada Kompromi, PKPP Tidak Akan Ditangguh - @Zahid_Hamidi



JOHOR BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meminta supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) Program Khas Penyelarasan Pendatang Tanpa Izin (PKPP) dikaji semula dan ditangguhkan pelaksanaannya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah memberi tempoh dan ruang secukupnya kepada majikan dan pekerja sejak 11 Julai 2011.

"Walaupun ada permintaan operasi ini ditangguhkan, bagi kami tidak ada penangguhan kerana masa yang secukupnya telah diberikan kepada majikan dan para pekerja untuk memohon dokumen-dokumen yang sah," katanya kepada pemberita selepas memantau Op Bersepadu 6P ke atas rumah pekerja asing di tapak pembinaan Bandar Datuk Onn di sini malam Isnin.

Menurut beliau, sejak PKPP dilancarkan serentak seluruh negara 20 Jan lalu, 8,000 Pati menjalani proses penyaringan.

Daripada jumlah itu, 2,200 ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan membabitkan operasi tahap satu dan dua adalah 14,200 manakala 3,000 orang sudah dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Ahmad Zahid berkata KDN mengambil langkah proaktif untuk tidak menahan Pati di depoh tahanan terlalu lama sebaliknya menghantar mereka pulang ke negara asal setelah selesai proses pengambilan biometrik.

Sementara itu, 500 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyertai operasi itu.

Pengarah Imigresen Johor, Rohaizi Bahari berkata dalam operasi itu pihaknya menemui menara peninjau yang dibina pekerja asing dan diawasi secara bergilir-gilir bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

"Semasa serbuan dilakukan pengawal Pati di menara itu telah melepaskan bunyi mercun dan memukul gendang sebagai isyarat kehadiran anggota penguat kuasa.

"Namun begitu hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 406 pekerja asing yang terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal dan Bangladesh, seramai 35 orang telah ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Beliau berkata semua Pati yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 itu dihantar ke depoh Pekan Nenas untuk tindakan lanjut. -BERNAMA



Gambar Menteri KDN DS Ahmad Zahid Hamidi menyertai operasi banteras PATI :








Sent from my iPhone

ARTIKEL PILIHAN - PERLUKAH DIHARAMKAN TALANG KERANA AEDES?



BARU-BARU INI Kementerian Kesihatan mencadangkan semua projek perumahan baharu dilarang dibina talang sebagai usaha mencegah saluran air di atas bumbung itu menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, talang merupakan salah satu tempat pembiakan nyamuk aedes tetapi sering terlepas pandang oleh banyak pihak kerana kedudukannya yang tersorok atau sukar dicapai.

Menurutnya lagi, tidak hairan kenapa begitu banyak kempen pencegahan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekitar tidak mencapai objektif berikutan masih ada lokasi pembiakan aedes yang tidak dihapuskan atau terlepas pandang.

Disebabkan itu beliau menggesa agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mewajibkan pemaju tidak lagi memasang talang di projek perumahan baharu bagi mengelak menjadi sarang pembiakan aedes dan bagi kediaman lama pula, enakmen yang sedia ada sekarang perlu dipinda bagi membolehkan talang dibuka untuk tujuan serupa.

Terkesima sebentar apabila saya membaca kenyataan itu. Bagi saya seolah-olah kita mencadangkan pengharaman kenderaan kerana berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa. Atau seperti mengharamkan Internet kerana berlaku fitnah yang berleluasa.

Di manakah rasional pemikiran begini?Saya rasa para pengurusan tertinggi negara janganlah cepat melatah dan mencari resolusi seperti kanak-kanak hingusan di tadika, cepat menuding jari atas sesuatu kegagalan.

Kita harus berfikir dengan menggunakan akal bukan bertindak dengan emosi. Saya rasa ramai di antara kita apatah lagi menteri sendiri, yang tidak mengetahui akan kepentingan talang atau gutter ini.

Fungsinya ialah untuk mengalirkan air hujan ke satu tempat supaya ia boleh dikumpulkan untuk kegunaan akan datang atau dikenali sebagai SPAH.

SPAH ialah Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan di mana air hujan dikumpulkan daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.

Cara mengumpul air hujan yang mudah ialah dengan melibatkan alur mengelilingi bumbung dengan paip turun membawa air hujan ke tangki simpanan yang dipasangkan dengan saluran mengeluarkan air berlebihan.

Sudah banyak negara mewajibkan sistem SPAH kerana impaknya cukup besar untuk sesebuah negara. Antara negara tersebut ialah, Bermuda di laut Caribean, China, India, Australia dan juga Brazil.

Ironinya, pemasangan SPAH di bangunan mahupun rumah kediaman akan dapat mengurangkan permintaan bekalan air awam.

Daripada penyelidikan yang dilakukan oleh NAHRIM - Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, kualiti air hujan adalah dalam kelas IIB dan amat sesuai untuk penggunaan rekreasi dengan sentuhan badan. Antara kepentingan SPAH ia akan dapat membantu membekalkan air jika terdapat krisis bekalan air awam. SPAH juga dapat mengurangkan air larian permukaan (surfacerunoff) daripada memasuki sistem saliran awam. Secara tidak langsung dapat mengelakkan dari berlakunya banjir kilat.

Dan yang paling penting dengan sistem SPAH ini, pihak berkuasa bekalan air dapat menjimatkan operasi pemprosesan air di loji-loji air, sekali gus dapat menjimatkan tenaga elektrik dan meningkatkan kecekapan tenaga negara.

Ramai antara kita tidak terfikir negara ini boleh mengalami kekurangan air kerana sememangnya negara kita menerima bekalan air hujan yang amat lebat dan air rawatan dapat pula dibekalkan ke rumah, kedai dan pejabat dengan kadar yang cukup murah.

Namun apabila krisis bekalan air terjadi, barulah kita nak tengadah seperti yang terjadi di Selangor pada tahun 2012. Satu cara terbaik untuk memastikan masalah pembekalan air sentiasa terjamin ialah dengan menggunakan air hujan dengan mengumpulkannya untuk kegunaan harian.

Hakikatnya pengumpulan air hujan bukan satu perkara baru di Malaysia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan garis panduan untuk SPAH selepas krisis air 1998, untuk menampung sebarang kekurangan bekalan air dan sebagai penampan semasa krisis air.

Buat mereka yang mencipta polisi kerajaan, jangan marahkan nyamuk, kelambu pula dibakar. Jangan marahkan aedes talang pula nak dimusnahkan.

Bertindak biar rasional, meminta biar sesuai dengan realiti.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, merupakan Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia.



Sent from my iPhone

26 Januari 2014

BN boleh tumbang disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera - Tun Mahathir

Pandangan negarawan ini memang wajar diperhalusi dengan persepsi positif atas komen beliau.

Teguran ini demi masa depan BN dan jika diabaikan tidak mustahil hancur musnah masa depan kita semua.

Menegur kerana kepentingan tidak sama menegur kerana keikhlasan.

Kadangkala pahit berkata benar walau pahit itu memang menjadi ubat. Banyak kesan dari kebenaran kita perkatakan dan kadangkala menimbulkan kemarahan kawan dan lawan.

Baca teguran Mantan PM kepada Kerajaan seperti di bawah.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/dr-m-bn-tumbang-jika-gagal-tangani-harga-barang-1.243971


Sent from my iPhone

25 Januari 2014

Pemergian Harun Taib kehilangan besar untuk umat Islam walau ...

Panglima - Siapa yang gembira kematian beliau sudah tentu pihak yang terasa dengan kenyataannya di bawah.

Berikut kenyataan beliau yang sering tidak disukai Karpal Singh dan Anwar Ibrahim serta konco-konconya.

10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

1) ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,"

2) ISU KALIMAH ALLAH: "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,"

3) ISU KALIMAH ALLAH: "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,"

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,"

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,"

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,"

8) HIMPUNAN BLACK505: "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,"

9) HIMPUNAN BLACK505: "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),"

10) HIMPUNAN BLACK505: "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,"

- KLXPRESS

Sent from my iPhone

24 Januari 2014

Kurang Ajar - Cikgu Cina di Perak Arah Murid Melayu Jadi Lembu Makan Rumput Sangat Biadap !!! Cc @MuhyiddinYassin

Baca laporan blog Belia bangkit di bawah :



CIKGU CHEN YAN YAN

SERTA

SEMUA CIKGU CINA DI MALAYSIA

APA LAGI YANG KORANG MAHU?


BANGSAT!!!! Lagi kejadian penghinaan Cikgu Cina Kepada murid Melayu. Diperbodoh dan "DILEMBUKAN" di sekolah kononnya sebagai pengajaran!!! Sebab apa mereka berani? Korang tentu boleh jawab sendiri kan. INI BUKAN PERLU TOLAK ANSUR LAGI. TETAPI SEBAB KITA YANG "BERKUASA" ibarat "lembu yang dicucuk hidung dgn tali" serta "tiada telur" lagi.




Bapa kepada salah seorang murid tersebut telah membuat laporan polis setelah anaknya mengadu selalu diejek oleh rakan rakan di sekolah akibat dari kejadian tersebut.

Nampak tak betapa kurang ajarnya cikgu berbangsa cina ni? Sampai kata nak masukkan gambar yang dia ambil dalam facebook dan guru ini juga telah menunjukkan gambar yang beliau rakam kepada murid murid lain sambil mengatakan LEMBU KENA MAKAN RUMPUT.

Rasanya guru tersebut mesti terpelajarkan? Takkan lembu dan manusia tak dapat dibezakan oleh guru berkenaan.

Tapi atas sebab rasis terhadap Melayu maka guru tersebut yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada murid tergamak untuk melakukan penghinaan keoada anak anak murid beliau.

Kementerian pendidikan perlu mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berulang dan jangan ada mana mana guru yang berani menghina anak anak kurid sesuka hati mereka.





Adakah episod duka kali ini akan berakhir dengan "hanya permohonan maaf" sahaja seperti yang kita tahu penyelesaian kes di Kota Tinggi, Johor? 

Apa yang lebih dikesali, kejadian dan kebiadaban kali ini juga berlaku di SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA yang seperti mana kita tahu dibiayai dan dibawah pengurusan Kerajaan Malaysia.


Sent from my iPhone

Mufti Wilayah Persekutuan Tulis Kehebatan Imam Bukhari - yang puak Anti Hadis Mesti Ketahui

Dari buku himpunan tulisan beliau cetakan pertama 2013 halaman 43

23 Januari 2014

Gambar Lelaki Mirip Elvis Presley didakwa Ada Hubungan Dengan @N_Izzah Disebar Demi Selamatkan Maruah @Anwaribrahim Dihalau ???

Menutup isu dengan mencipta isu adalah taktik dalam perang gerila alam maya. Semakin besar isu semakin besar juga cerita baru akan dicipta.

Cerita Nurul Izzah yang F bercerai dengan suami

Dalam hal ini Panglima nampak dan mahu isu Anwar diusir dari Jepun sehingga menimbulkan kemarahan beliau perlu diteruskan oleh para pejuang maya tanpa terganggu dengan kisah perceraian ini.

Ada Blogger mendedahkan lelaki di bawah ini dikaitkan dengan punca perceraian tersebut, wallahu A'lam. Harap bukan kerana sebab lain seperti suaminya DOT DOT dengan lelaki sama lelaki.

Harap dapat dielakkan perceraian demi kebaikan anak anak.

UMNO Online - @TianChua Dipenjara Sebulan, Denda RM1,000 Langgar Arahan Perintah Kawasan Larangan


KUALA LUMPUR, 23 Jan – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan..

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A.Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia telah melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan juga tertuduh.



Sent from my iPhone

SU Umno @TengkuAdnanreal : Isu Tuduhan Lahad Datu : @TianChua Belum Terlepas Dari Hukuman cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Isu Tuduhan Lahad Datu : Tian Chua Belum Terlepas Dari Hukuman

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ekoran daripada polemik berkaitan kes UMNO tarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang masih berlarutan, Ibu Pejabat UMNO telah mengemukakan dokumen mahkamah bertajuk Perintah Penghakiman Persetujuan antara UMNO dengan Tian Chua dan 2 yang lain bertarikh 13 Januari 2014.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa daripada Perintah Penghakiman Persetujuan tersebut jelas bahawa Defenden Pertama iaitu Tian Chua kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO, sementara Defenden Kedua dan Ketiga iaitu Fazallah Pit (Editor KeadilanDaily.com) dan Aisha Geoffrey (pengarang artikel) dengan serta-merta mengeluarkan artikel tersebut dari sesawangnya.

"Di sini juga ditegaskan bahawa tawaran untuk menyelesaikan kes tersebut dibuat oleh Tian Chua kepada pihak UMNO melalui peguam UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam kehadiran Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukan sebaliknya."

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan walaupun UMNO menyelesaikan kes saman tersebut namun Tian Chua masih lagi berdepan dengan kes tuduhan jenayah hasutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mana laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu adalah terangkum dalam kes jenayah tersebut.

"Saya menegaskan bahawa, sebagai sebuah parti yang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan."

Antara kandungan pertuduhan jenayah yang dihadapi oleh Tian Chua ialah:

"Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuatkan kenyataan bahawa

a. Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

b. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

c. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

d. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama."- MediaUMNO

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-01

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-02

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-03

Muat Turun Dokumen Penghakiman Kes Mahkamah Tian Chua Fitnah UMNO Sini :


Berita Bertarikh Pada 22 January 2014 6:31 PM





Sent from my iPhone

22 Januari 2014

Video Bukti Kerajaan dan PM @NajibRazak tidak beli jet peribadi baru - PMO

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/tySmwyYRXA0


Sent from my iPhone

Video indonesia Dihujani Salji (Akhir zaman)

http://www.youtube.com/watch?v=XHv3XIivpgI&sns=em


Sent from my iPhone

Blog Penasihat Undang-Undang UMNO: Penjelasan Terperinci Punca UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap @TianChua dan Mustafa Ali cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Penjelasan Kenapa UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan tindakan terbabit dibuat sebagai bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan dan sanggup berubah.

"Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah maka kita tidak akan beralah tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan," katanya kepada UMNO-Online.

peguam-umno-hafarizam-harun-bn-barisan-nasional

Ujar beliau, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab atau tanpa asas, bukan menyaman mana-mana pihak untuk mendapat ganjaran wang atau sebagainya tetapi UMNO berpaksi kepada prinsip bahawa, jika UMNO telah difitnah dan dimalukan maka ia tidak akan berkompromi.

Tapi sebaliknya tegas beliau jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan maka UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit dari pihak yang disaman.

Mac lalu, tindakan undang-undang telah diambil terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian' yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.

Jelas Hafarizam, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

1. Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu RCI, atau apa-apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
3. Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.

"Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO, yang bermakna beliau mengaku salah sebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu, menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu RCI kepada isu tembakan di Lahad Datu.

"Beliau juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu. Di sini hanya penggunaan kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI," tegasnya.

Sebelum itu, Tian Chua telah diberi peluang untuk menyatakan pembelaannya terhadap kes saman malu yang dibawa oleh UMNO namun UMNO mempersoalkan kenapa perlu kaitkan parti terbabit dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika ianya tidak pasti sama ada UMNO terlibat atau tidak, sementara isu RCI dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan insiden Lahad Datu.

"Walaupun kes saman malu ini telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama dibuat dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.

"Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan iaitu kes terbabit adalah pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah yang dikatakan berbentuk hasutan.

Ab-Rauf-Yusoh-SUK-UMNO-Tian-Chua-PKR-Mahkamah-Fitnah-Demokrasi-Lahad-Datu

"Laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu tersebut terangkum dalam laporan jenayah berbentuk fitnah yang sedang dihadapi oleh Tian Chua," maklumnya.

Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memegang tampuk kuasa dan memperoleh pertambahan kerusi selepas PRU lalu, maka tentunya fokus UMNO bukanlah kepada kes sedemikian sebaliknya ada agenda yang lebih besar misalnya transformasi UMNO, transformasi kerajaan dan politik UMNO.

"Sekiranya kita hanya melihat Tian Chua kepada kes yang sangat besar dan penting, maka kita akan dilihat oleh rakyat terlalu pendendam walhal Tian Chua telah bersetuju untuk menarik balik dan menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan."

Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang telah disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seksnya yang dianggap sebagai kebiasaan untuk UMNO sebarkan fitnah, pihak terbabit turut memberikan tawaran.

"Beliau yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakahdaily, telah ditawarkan kepada UMNO iaitu menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan dan akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan kes tersebut tiada perintah berkaitan kos.

"Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu akan menarik balik demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah." - MediaUMNO

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis








Sent from my iPhone