Pengikut Blog Panglima

29 Jun 2014

Analisa : Insiden Kepala Lembu Depan Rumah RSN Rayer Yang Gelar 'Umno Celaka' Untuk 'Beri Nyawa' Kepada PKR @Anwaribrahim ???



Hari ini kecoh berkenaan kenyataan Naib Presiden UMNO Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan insiden kepala lembu diletakkan di hadapan rumah Adun Seri Delima dari DAP, YB RSN Rayer pada Sabtu 28.6.2014 jam 7 pagi. 

Blog dan portal memainkan isu tersebut dengan menghentam Menteri dalam Negeri akibat kenyataan beliau semalam dalam reaksi isu kepala lembu ditemui di hadapan rumah RSN Rayer.

 
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," kata DS Ahmad Zahid Hamidi



Bilakah Rayer menyebut UMNO CELAKA ? 

Pada persidangan DUN pada bulan Mei Rayer telah menggelar UMNO CELAKA dan mengulanginya dalam ceramah DAP di Bukit Gelugor pada 22 Mei 2014. Tidak cukup dengan itu beliau juga menyifatkan Ketua Wanita UMNO juga celaka. Lebih malang ialah beliau juga enggan meminta maaf hingga kini. Ekoran itu pemuda Umno telah menyerbu DUN Pulau Pinang membantah kenyataan biadap Rayer kepada parti UMNO.

 
Video beliau mengulanginya di luar dewan UMNO CELAKA : 



Dalam politik kebebasan bersuara ada hadnya. Jangan kerana ingin mencari publisiti murahan maka kenyataan tidak beradab dikeluarkan untuk menimbulkan kemarahan ahli UMNO yang berjumlah 3 juta seluruh negara.

Kita pasti jika mengikut emosi sudah tentu sudah lama Rayer tidak lagi bernafas atas dunia ini. Namun hingga kini beliau masih hidup dan tidak dijentik sedikitpun. 

Kenapa baru sekarang baru dicampakkan kepala lembu ? Walhal ia sudah lebih sebulan berlaku sejak ia disebut pada 20 Mei 2014 dan tarikh kepala lembu ditemui pada 28 Jun 2014.

Boleh jadi ia untuk mengalihkan isu kemelut PKR yang semakin rabak dengan pelbagai insiden yang memalukan parti tersebut.

Sebagai parti bekas UMNO dan 'jambatan' kepada penyatuan DAP dan PAS maka kehancuran PKR sudah tentu tidak dapat diterima oleh DAP dan perlu dilakukan sesuatu untuk menutupinya.

Harapan untuk terus menipu rakyat akan sukar jika kerjasama PAS PKR DAP hancur terutama bila PKR terlebih dahulu menghancurkan diri sendiri dengan menggunakan taktik 'blackout' semasa pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini yang turut menyaksikan Menteri Besar Selangor kalah di Cabang beliau sendiri.

Ketika ini muncullah kepala lembu yang dilihat boleh menjadi bahan untuk mengalih perhatian rakyat yang pasti mempunyai banyak masa membaca berita di hujung minggu Sabtu dan Ahad. Meletakkan kepala lembu yang dianggap Tuhan oleh penganut Hindu di awal Ramadhan juga sudah tentu bertujuan untuk menimbulkan anggapan seolah-olah orang Islam yang bertanggungjawab melakukannya dan mahu menimbulkan pergaduhan antara dua agama ini.


Namun gaya lelaki yang menari tanpa disedari telah menzahirkan secara tidak langsung identitinya. Meskipun berpakaian hitam kita pasti gaya menari lelaki tersebut mengikut andaian kita adalah lelaki bukan berbangsa Melayu.

Cuba lihat video ini :



Kita yakin kehebatan risikan anggota polis akan membawa kepada penemuan suspek yang melakukan aksi ini.

Dalam kenyataannya RSN Rayer menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadap dan tidak bertamadun



Namun adakah beliau sedar kenyataan beliau lagi tidak bertamadun dan sangat biadap apabila menggelar parti UMNO sebagai celaka ???

Selain  tidak meminta maaf Rayer turut mengulanginya dalam ceramah beliau atas pentas DAP selepas itu. 

Kita bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan perkara tersebut berlaku akibat kenyataannya sendiri yang celupar ! Jika tidak kerana celupar sudah tentu tidak ada tindakan sedemikian dilakukan kepadanya.


"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," - DSAZH

semua pejuang UMNO perlu pastikan tidak ada lagi sesiapa pun yang berani mengutuk UMNO CELAKA dan menggunakan saluran undang-undang untuk membalas perbuatan mereka yang mencetus provokasi melampau kepada Melayu Islam.

Harap semua akan mengecam tindakan Rayer mencetuskan provokasi melampau yang menimbulkan kemarahan rakyat dan patut ditahan menggunakan peruntukan undang-undang. Seperti kecaman yang dilakukan Pemuda UMNO terhadap beliau di sini http://www.umno-online.my/?p=107232


DAP Kritik Menteri @Zahid_Hamidi 'acting like taiko, not Home Minister' - Kes Rayer 'Celaka'

Berita memetik kenyataan DAP mengkritik Menteri dalam Negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kes kepala lembu yang dihantar ke pagar rumah Rayer telah disiar di sini

http://www.therakyatpost.com/news/2014/06/29/zahid-hamidi-acting-like-taiko-home-minister/

Intipatinya kerana tidak simpati kepada Rayer yang membuat provokasi 'Umno Celaka' sebelum dilapor menemui kepala lembu di hadapan rumahnya. Yang dirakam cctv dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Banyak kali pemimpin DAP sering membuat tindakan mengguris hati umat Islam dan biasanya mereka akan mendapati ada cat merah disimbah di rumah, menerima peluru atau dilempar bom petrol di akhir 'drama' mereka persembahan.

Setakat ini tiada yang mati kerana keceluparan seperti Teresa Kok atau Rayer kerana umat Islam di Malaysia bukan mudah terperangkap dengan provokasi murahan mereka lakukan.

Yang mati hanya Karpal Singh yang bukan dibunuh tetapi mati akibat kemalangan kerana dipandu laju oleh pemandunya warga India yang menyebabkan pembantunya juga turut meninggal.

DAP sering membela penjenayah selama ini seperti kes Kugan namun apabila polis dilanggar dengan kejam oleh penjenayah mereka tidak pula berani mempertahan hak asasi polis yang diperlakukan sedemikian.

Maka apabila Rayer disebut oleh Zahid Hamidi patut menerima kerana perbuatannya sendiri kerana celupar menghina Umno Celaka, DAP sepatutnya tidak perlu menghentam Menteri kerana perbuatan jenayah tersebut sememangnya tidak akan berlaku jika tidak dimulakan oleh beliau.

Sesiapa pun tidak akan mengutuk Rayer jika beliau tidak menghina Umno dengan mencelakannya!

Sesiapa pun tidak akan ambil peduli siapakah Rayer ini kerana tidak ada sebarang masalah dengannya.

Namun apabila Rayer cuba menarik perhatian secara tidak bijak dengan menggelar 'Umno Celaka' maka kemarahan oleh penyokong Umno patut diterima oleh beliau.

Hingga kini tiada sebarang bukti Umno yang terlibat dengan kes tersebut dan DAP sepatutnya meminta maaf kerana membiarkan pemimpinnya begitu biadap dengan membuat kenyataan 'celaka' tersebut.

Bukan dengan mengkritik Menteri dalam Negeri yang menyifatkannya Rayer memang patut menerima kesan akibat keceluparannya sendiri.

Jangan baling batu sembunyi tangan kerana akhirnya anda juga akan menyesal hari kemudian.

Pas bakal tuntut jawatan MB Selangor?




Oleh ABDUL YAZID ALIAS
utusanpengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 28 Jun - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh Pas.

Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila Pas di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa Pas kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.

Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman.

Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua Pas kawasan ne­geri ini bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Sela­ngor sehingga wujudnya ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140629/po_01/Pas-bakal-tuntut-jawatan-MB-Selangor#ixzz360QFmNfG
© Utusan Melayu (M) Bhd

8 Syarikat Dibatal Lesen dan 659 Pengawal Keselamatan Warga Asing Ditahan Dalam Ops Bersepadu Sejak September Tahun Lalu - @Zahid_Hamidi

HULU SELANGOR 28 Jun – Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen lapan syarikat kawalan keselamatan dan memberi amaran terakhir kepada 25 syarikat lagi kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggaji pengawal keselamatan warga asing secara haram pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 659 pengawal keselamatan warga asing haram juga ditangkap dalam operasi bersepadu di seluruh negara bermula 1 September tahun lalu sehingga 23 Jun lalu.
“Saya mengingatkan kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal keselamatan warga asing secara haram supaya menghentikan perbuatan ini atau berdepan dengan tindakan pembatalan lesen,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
20140628-133244-48764188.jpg

20140628-133624-48984590.jpg
20140628-133624-48984845.jpg
20140628-133624-48984721.jpg


gambar dari www.zahidhamidi.com

Rekod Piala Dunia Brazil 2014 #worldcup #2014

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/ZpE5c7wUXww


Sent from my iPhone

28 Jun 2014

Memahami Artikel 11 Kebebasan Beragama di Malaysia Yang Tertakluk Dengan Sekatan Penyebaran Selain Agama Islam dalam Fasal 4 Perlembagaan

Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…

Berikut adalah yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 11. Kebebasan Beragama:
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;        dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.”
Mari pula kita lihat Perkara 11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan TERTAKLUK KEPADA FASAL (4) MENGEMBANGKANNYA. Fasal (4) dalam perkara yang sama dengan jelas menyebut “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan tulang belakang kepada undang-undang Malaysia, tetapi ia juga disertai dengan pengurniaan hak asasi kepada mana-mana individu di Malaysia.
Namun, setiap hak yang diberikan tidaklah bersifat “total” dimana, ada undang-undang yang mengawalnya supaya hak yang diberikan tidak dimanipulasi dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang berkempentingan di negara ini. Kita perlu ingat Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya bersifat anarki.
Apabila dinyatakan bahawa kebebasan untuk beragama di Malaysia adalah hak milik semua rakyat. Tidak kira agama apa pun. Namun begitu, hak untuk memilih agama di kalangan orang Islam di Malaysia adalah terhad.
Ini kerana orang Islam di Malaysia tertakluk kepada perundangan Syariah dan juga perundangan Sivil. Namun perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh orang Islam itu sendiri, tetapi dipertikaikan oleh orang bukan Islam yang ingin mengembangkan ajaran mereka kepada orang Islam/Melayu di Malaysia.
Artikel 11 (4) memberikan kuasa kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama untuk menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam. Bidang kuasa ini diberikan kepada institusi atau jabatan agama bagi setiap negeri. Ia selaras dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menganggu gugat kepentingan agama lain di negara ini.
Baru-baru ini terdapat beberapa isu yang menjadi pertikaian di antara orang Islam, orang bukan Islam dan juga institusi keagamaan di Malaysia. Perkara yang saya ingin ulaskan di sini adalah tindakan MAIS & JAIS terhadap rampasan bible di Malaysia.
Untuk pengetahuan umum MAIS dan JAIS bergerak dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia. MenurutEnakmen 1, Tahun 1988, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembahan di Kalangan Orang Islam 1988) jelas menunjukkan bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia.
Di dalam enakmen negeri tersebut dinyatakan bahawa larangan tertentu seperti mengajak, menyebar, memberi penerangan dan menggunakan ayat-ayat tertentu (seperti kalimah Allah) oleh bukan Islam adalah tidak boleh dan melanggar undang-undang. Oleh itu tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan enakmen tersebut dan juga mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.
Apa yang menjadi masalah besar ialah, apabila sebahagian dari mereka yang tidak berpuas hati mengatakan JAIS telah melangkaui tugas mereka sebagai penguatkuasa agama Islam dengan melaksanakan tindakan kepada orang bukan Islam.
Ya, orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Syariah, tetapi apabila terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam, adalah dalam bidang kuasa JAIS atau mana-mana jabatan agama Islam untuk bertindak.
Penterjemahan apa-apa kitab keagamaan ke dalam bahasa Melayu secara umumnya tidak salah. Namun begitu, apabila ada unsur penyebaran kitab atau tulisan atau risalah secara terbuka kepada orang Islam, ia merupakan kesalahan. Ditambah lagi dengan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab agama lain selain Islam. Dari sudut perundangan perkara ini sememangnya satu kesalahan dan ia di bawah penguatkuasaan pihak yang berwajib untuk menangani perkara ini.
Kita juga perlu melihat natijah utama kenapa perlunya naskah-naskah keagamaan tertentu diterjemah kepada bahasa majoriti umat Islam di Malaysia. Kesimpulannya adalah untuk memastikan bahawa isi kandungan kitab keagamaan itu dibaca oleh orang Islam. Ya, memang mereka katakan bahawa ianya untuk kegunaan Bumiputera yang bukan Islam di Semenanjung Malaysia.
Persoalannya, berapa ramai orang Bumiputera yang menjadi penganut agama lain selain Islam di Semenanjung amnya, dan Negeri Selangor khususnya. Alasan demi alasan dikeluarkan oleh golongan ini untuk meng”halal”kan tindakan mereka menyebarkan agama kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Namun, kita sebagai umat Islam terus berdiam diri dan ada pula yang menyalahkan JAIS & MAIS dalam isu rampasan kitab yang dilakukan tidak lama dahulu. Yang peliknya semalam, 4 wakil rakyat dari PARTI YANG PALING ISLAM SEKALI DALAM MALAYSIA, telah bertindak menekan Kerajaan Negeri Selangor, Kesultanan Selangor, MAIS & JAIS untuk dihadkan kuasanya.
Mungkin wakil rakyat ini lupa bahawa sedang sibuk mereka berpolitik dan menikmati hasil kutipan tabung TIN MILO, mereka telah gadaikan maruah agama mereka kerana kepentingan politik.
Buat apa bercakap pasal mempertahankan hudud sedangkan akidah umat Islam pun tidak mereka sanggup bela. “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR Tirmidzi)
Dan apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah terjadi di masa kita, di negara kita. Masihkah kita buta dan mengikut kata “pejuang palsu Islam” ini?
Jika dahulu sebelum dapat memerintah negeri Selangor, mereka janjikan orang Islam dengan kebajikan, keIslaman dan SYURGA kini tidak lagi. Hatta, kilang ARAK yang dikatakan akan tumbang sekiranya mereka memerintah itupun masih berdiri megah. Jangan kita lupa ada diantara 4 wakil rakyat yang menentang JAIS telah pun melawat dan bersuka ria di kilang tersebut.
Apa yang boleh kita katakan sekarang terutamanya para pengundi kerajaan Pakar Rompak (PR) adalah PADAN MUKA KITA. Ini adalah hasilnya daripada perjuangan RAKYAT yang dicanang mereka. Inilah REFORMASI/UBAH ala mereka. Agama dijual, bangsa tergadai.
isuhot.com


Mohon artikel ini disebarkan dalam semua bahasa yang anda mampu lakukan...



26 Jun 2014

2 Gambar Asrama Lelaki UIA PJ Terbakar

Menurut info melalui whatsapp katanya asrama pelajar lelaki UIA PJ terbakar hari ini..

Siapa ada info ?

Blog REZQEEN HILL Bidas @realDrMAZA Menipu, Fitnah Sultan Johor #KembaraMakhotaJohor2014 #kmj2014 #1Malaysia


Tolong sebarkan pembohongan ini....

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit kenyataan dari Dr. Mohd Asri berkenaan posting beliau di laman Twitter miliknya @realDrMAZA.

Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.

Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.

Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.


1. Tidak terdapat corak pada dinding bas Kembara Mahkota Johor 2014 ini seperti yang diperlihatkan dari posting twitter Dr. Asri.


2.  Daripada sisi bas yang sama, tidak terdapat ruangan menyimpan keretaseperti dari posting asal Dr. Asri.



3. Stereng bas yang dipaparkan oleh posting Dr. Asri berwarna putih padahal yang sebenarnya berwarna hitam.



4. Ruang dalam bas yang tidak seperti dalam paparan gambar asal.

Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana² pihak tetapi saya berniat untuk memaparkan realiti dan perkara sebenar yang wajib diperbetulkan di kalangan mata masyarakat. Berkemungkinan daripada sekeping gambar yang tidak sahih akan menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan membuatkan banyak pihak tidak senang.

Ini posting saya yang kedua berkenaan'kesilapan' gambar yang tidakdisengajakan oleh Dr. Asri. Cuba tengok gambar di bawah, 'kesilapan' pertama beliau cuba membuatkan orang ramai marah dengan kerajaan Persekutuan.


Rujukan artikel jet mewah di sini.

Disalin dari :

http://riziqin.blogspot.com/2014/06/sekali-lagi-realdrmaza-kantoi-menipu.html?m=1


Sent from my iPhone

myMetro | Johor cuti umum rai kemenangan JDT

25 Jun 2014

myMetro | Pelajar larikan dua beradik ditangkap - Tahniah @Pdrmsia

Senarai ahli kabinet baru diumum YAB PM @NajibRazak

Pengumuman dibuat jam 1 tengah hari tadi. Disiar secara langsung di TV1.

Tiada perubahan kementerian kecuali pengguguran Pemangku Menteri Pengangkutan memandangkan MCA sudah setuju menerima jawatan dalam Kabinet.

1. Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
2. Mah Sew Kong - JPM
3. Wee Ka Siong - JPM
4. Lee Che Leong - Timbalan Menteri, MITI
5. Chua Che Yong - Timbalan Menteri Kewangan
6. Senator Chu Mei Fun - Timbalan Menteri Wanita

Adakah Cina berpuas hati atau masih mahu undi DAP ? Kita tunggu PRU 14 kesannya.

Selamat bertugas kepada semua.


Sent from my iPhone

24 Jun 2014

Artikel Menarik Blog Cucu Tok Selampit : Kes Penculikan Di Puchong Hari Ini - Salah Penculik Atau Ibu Bapa Yang Cuai?


Panglima selalu meminta isteri dan anak-anak mengunci kereta apabila berhenti sebentar di stesen pam minyak. Selain menguncinya ketika mahu membayar atau membeli.

Ini kerana jenayah boleh berlaku namun kita boleh cuba menghalangnya dengan mengambil beberapa langkah keselamatan.

Selain itu kayu panjang atau payung perlu diletak dalam posisi yang mudah dicapai dalam kereta jika berlaku sesuatu. Jangan biar kita kalah teruk sebelum bertarung. Pengunci kereta juga boleh dijadikan senjata.

Usahakan Tinted yang mampu menghalang cermin dipecahkan dengan mudah. Dengan kos sedikit ia boleh menyelamatkan nyawa atau harta benda. 

Baca pandangan rakan Blogger Cucu Tok Selampit di bawah yang menyentuh isu budak dilarikan hari ini di Puchong yang tidak akan berlaku jika ibubapa tidak cuai dalam menjaga keselamatan anak mereka.

Sudah sampai masa kita mengenakan hukuman berat jika kecuaian menjadi punca menyebabkan berlaku jenayah di negara kita.



Hari ini media sosial dikejutkan dengan cerita kereta seorang Ustazah di Sekolah KAFA Puchong Perdana yang dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Di dalam kereta tersebut, yang enjinnya tidak dimatikan terdapat seorang kanak-kanak berumur 7 tahun dengan seorang bayi berumur 3 bulan. Kereta mangsa diletakkan di hadapan rumah pengasuh di Jalan Dahlia, pukul 7.00 pagi tadi dengan kedua-dua kanak-kanak dan bayi berkenaan masih tidur. 

Syukurlah kedua-dua kanak-kanak dan bayi berkenaan ditinggalkan tanpa diapa-apakan di kawasan kilang perindustrian di Bukit Puchong. Bersyukurlah orang ramai yang prihatin menghantar semula kedua-dua kanak-kanak dan bayi tersebut ke sekolah berkenaan semula sejam selepas kes penculikan berlaku.


Sent from my iPhone

Berita Harian | @PDRMsia juara Liga Perdana Dan Malam Ini Upacara Penyampaian di Stadium Selayang

Semua dijemput untuk datang menyaksikan perlawanan terakhir malam ini di Stadium Selayang jam 8.45 malam.

Tahniah kepada semua pihak atas kejayaan.

Menteri dalam Negeri DS Ahmad Zahid juga turut menyampaikan  ucapan tahniahnya.

Pengurusan atau kepimpinan yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik juga.

Harap kepimpinan negara juga akan diwarisi pemimpin yang terbaik
dari kalangan yang baik-baik.






PDRM juara Liga Perdana

Cetak
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya sah bergelar juara Liga Perdana selepas membelasah Negeri Sembilan 4- 0, malam tadi sekali gus mengulangi kejuaraan yang pernah dimenangi mereka pada tahun 2007.

Naib juara Piala FA, FELDA United FC pula memastikan satu lagi slot ke Liga Super 2015 menjadi milik mereka selepas bergaya membelasah UiTM FC 8-0 sambil dibantu pasukan tangga ketiga, Pulau Pinangyang sekadar seri 1-1 dengan Kedah. 
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, PDRM kendalian Dollah Salleh tidak mempunyai masalah untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Bobby Gonzales pada minit kelima dan Fauzi Majid minit ke-39 sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Ashfaq Ali minit ke-48 dan Shahril Izwan Abdullah minit ke-69. 

Sebelum perlawanan,PDRM hanya memerlukan seri untuk mengesahkan kejuaraan tetapi kemenangan itu membolehkan mereka mengumpul 52 mata hasil 16 menang, empat seri dan sekali tewas untuk bersiap menjulang trofi selepas aksi terakhir bertemu Kedah di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selasa ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PDRMjuaraLigaPerdana/Article/


Sent from my iPhone

Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO - Presiden @NajibRazak


Gambar program yang disalin dari FB :













Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA LUMPUR 23 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

''Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

''Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Cheras.

Menurut Najib, dua faktor seterusnya adalah kebijaksanaan dan keikhlasan yang mana bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

"Kita kena bijak sebab kalau hentam semberono sahaja tidak akan menang. Saya mahu sebut teknologi, kalau orang lain guna Facebook, Twitter atau internet kita lawan balik dengan cara sama.

"Strategi juga mesti ada. Pepatah mengatakan orang yang tidak betul pun tapi kalau ada strategi boleh kalahkan orang yang betul tapi gagal merancang," kata beliau.

Najib berkata, penubuhan UMNO pada tahun 1946 merupakan titik permulaan kepada penyatuan orang Melayu di negara ini justeru parti itu perlu sentiasa dipertahankan.

Ini kerana katanya, sejarah membuktikan punca utama orang Melayu dijajah selama 500 tahun adalah kerana mereka berpecah mengikut negeri dan puak masing-masing sehingga menjadi terlalu lemah apabila diserang musuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140624/po_01/Pertahan-6-faktor-kekuatan-UMNO#ixzz35WyqAXSl 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

@PDRMsia Beri Amaran Jangan Sebar Berita Tak Sahih Isu Jenayah Culik Yang Dinafi KPN @KBAB51 cc @Zahid_Hamidi


Penafian Ketua Polis Negara 



Sinar Harian 24.6.2014 Selasa 




Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung khabar angin terdapat van putih menggunakan nombor pendaftaran kenderaan negara jiran berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ.




Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, pihak yang didapati masih meneruskan penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Menurutnya, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.



"Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak lagi menyebarkan berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah tentang sindiket menculik dan menjual organ menggunakan van berwarna putih," katanya kepada Sinar Harian.



Noor Mushar berkata, penyebaran maklumat menerusi Facebook (FB), WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu dipercayai menular sejak seminggu lalu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.



"Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini," katanya.



Beliau berkata, beberapa individu turut dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu itu ekoran terdapat dakwaan kononnya mereka terserempak dengan van terbabit.



"Hasil siasatan polis juga mendapati gambar pada van terbabit telah disunting pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah," katanya.



Menurutnya, orang awam diminta merujuk terlebih dahulu kepada polis sebelum menyebarkan sesuatu perkara itu bagi mengesahkan maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada masyarakat.



"Jangan bertindak sendiri dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sabak Bernam (0332242222) atau melalui Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Iek Ren Chong (0192825748)," katanya

.
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/06/pdrmsia-beri-amaran-kepada-facebookers.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1


Sent from my iPhone

23 Jun 2014

Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR

Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR

PUTRAJAYA, 23 Jun – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.
“PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.
Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di sini hari ini.
Wong, 54 yang juga bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.
Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.
“Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada,” katanya.
Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.
Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz.

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Gereja - Putuskan Kalimah Allah Milik Umat Islam - Takbir !!!

Berita yang diterima melaporkan :

RM0.UM.23/06: MAHKAMAH Persekutuan tolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk dapat kebenaran merayu penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.

Sumber Utusan Malaysia.

Kemenangan ini memberi semangat kepada umat Islam untuk terus mempertahan kalimah Allah dari diguna agama lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan larangan yang termaktub memastikan nama Allah tidak digunakan dengan maksud yang boleh mengelirukan umat Islam oleh agama lain.

Perkara ini yang cuba dibawa ke mahkamah sekaligus memberi ancaman kepada maksud sebenar nama Allah yang berbeza antara agama Islam dan agama Kristian. Yang boleh menimbulkan keresahan kita jika ia digunakan dalam penerbitan untuk tujuan penyebaran agama Kristian.

Kalau mahu diucap sebanyak mana pun oleh penganut Kristian kita sendiri tidak menghalangnya kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan.


Gambar suasana di Mahkamah Persekutuan pagi tadi :

AJK PAS Pusat Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia kemalangan pagi tadi - Al fatihah


KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.


Sumber :

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/29123-ustaz-abu-bakar-chik-meninggal-dunia

Gambar lain :

Kereta beliau yang terlibat dalam kemalangan 


Sebagai saudara seagama didoakan beliau diampuni Allah Taala dan ditempatkan bersama orang beriman Insya Allah.

Walaupun kita saling mengkritik sesama kita namun persaudaraan Islam perlu dijaga.

Kecuali jenis wahabi yang kafirkan orang susah kita mahu bermuamalah dengan manusia jenis takfiri tersebut.

Kerana mereka sering mendabik dada mengatakan hanya mereka sahaja yang beriman dan masuk syurga.


Sent from my iPhone

22 Jun 2014

Masyarakat Pagoh Lega Dengan Penjelasan @NajibRazak Hubungannya Dengan @MuhyiddinYassin


MUAR, 22 Jun – Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tidak ada sebarang pengguguran membabitkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melegakan masyarakat Pagoh khususnya anggota UMNO Bahagian berkenaan.
Timbalan Ketua UMNO bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata penjelasan itu sekali gus membuktikan laporan disebarkan laman blog dan media sosial berhubung pengguguran jawatan berkenaan sebagai satu cubaan untuk meretakkan hubungan baik kedua-kedua pemimpin negara.
“Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan. Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara,” katanya semasa berucap pada majlis penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di sini, hari ini.
Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor bersyukur kerana masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh tidak melatah apabila menerima khabar-khabar angin yang menyentuh pemimpin mereka sejak beberapa minggu lepas.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat kawasan berkenaan supaya tidak mudah mempercayai laporan yang belum tentu mempunyai kebenarannya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.-MediaUMNO