Pengikut Blog Panglima

30 Oktober 2014

Himpunan Rakyat Mahu @Anwaribrahim Hormat Keputusan Mahkamah

Rakyat turun di Putrajaya hantar mesej kepada Anwar agar jangan menekan sistem keadilan dengan membuat demo dan rusuhan.

29 Oktober 2014

Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi Di TV3 Jam 11 Malam Ini

Sebarkan

@Zahid_Hamidi : Kertas putih keganasan disiapkan Untuk memaklumkan penglibatan rakyat Malaysia @KdnPutrajaya

 OLEH SOFIAN BAHAROM (SOFIAN.BAHAROM@UTUSAN.COM.MY)  |  29 Oktober 2014 6:30 AM

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kerajaan sedang menyiapkan kertas putih untuk memaklumkan kepada rakyat tentang kegiatan keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, statistik menunjukkan sejak Disember 2001 sehingga kini seramai 167 rakyat di negara ini terlibat dengan kegiatan militan di luar negara.


Daripada jumlah itu, kata beliau, seramai 39 orang terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

"Walau bagaimanapun, saya enggan mendedahkan secara terperinci maklumat penglibatan mereka kerana dikhuatiri mengganggu siasatan yang dijalankan pihak polis," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.


Beliau menjawab soalan Dr. Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang bertanyakan bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan di luar negara terutama pejuang kumpulan Negara Islam (IS) dan bentuk tindakan kementerian terhadap golongan berkenaan.


Ahmad Zahid berkata, kementerian melalui pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.


Bahkan kata beliau, sekiranya terdapat bukti bahawa mereka terlibat dalam mana-mana aktiviti berbentuk militan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka di bawah undang-undang sedia ada.


Undang-undang tersebut katanya, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang mempunyai elemen-elemen militan.


"Pada masa yang sama, mana-mana entiti yang bertapak di Malaysia perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berdasarkan syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalinkan kerjasama yang rapat dengan agensi perisikan asing untuk mengekang permasalahan ini.


"Usaha jalinan ini termasuk menerusi kerjasama berterusan di samping bertukar-tukar maklumat risikan dengan agensi-agensi kese­lamatan negara luar, khususnya negara-negara ASEAN," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Imigresen boleh menyenaraihitamkan mereka yang disyaki terlibat de­ngan ke­giatan keganasan berkenaan de­ngan memasukkan nama suspek ke dalam Senarai Syak Jabatan Imigresen.


"Tindakan ini bagi mengesan pergerakan mereka di pintu-pintu masuk utama seluruh negara," katanya.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kertas-putih-keganasan-disiapkan-1.18130#sthash.C4ZhlmGh.dpuf

Suami Nurul Izzah enggan cerai - Harian Metro

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/Q_7eei-v3Zo


Sent from my iPhone

27 Oktober 2014

Harapan @SaifulBukhari Keptusan Kes Liwat II @anwaribrahim Esok Hari

Tolong sebarkan sebanyak mungkin kpd kenalan dan followers dan grup anda:

Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah saya berserah..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Sent from my iPhone

SKJC - Vernakular - Dong Zong - PLKN - Malaysia





Apabila Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad mencadangkan supaya isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO November ini, ada pihak tertentu menganggap beliau menghasut. Tetapi saya melihat Mohamad Azli jujur dan realistik tentang bahaya SJKC dalam konteks hubungan kaum dan ini tidak boleh ditutup lagi. 

Selama ini pun banyak pihak sedar bahawa SJKC menjadi pemangkin melebarkan jurang kaum khususnya antara Cina dan kaum teras iaitu Melayu. Tetapi kerana menjaga kepentingan politik, tidak ada pihak yang berani atau sanggup memalaysiakan sistem pendidikan SJKC. Kononnya SJKC tidak boleh dicuit kerana boleh menjejaskan kelangsungan politik Barisan Nasional (BN).
Sebenarnya kita pula telah lama 'berkorban' membiarkan jurang kaum melebar kerana mengharapkan keuntungan politik yang tidak pasti. Walau apa sekalipun hakikatnya tidak ada negara yang mengizinkan generasi muda Cina diasingkan daripada budaya kaum teras melalui sekolah vernakular. Tidak ada. Di Singapura yang dianggap 'negara Cina' juga tidak ada sekolah vernakular.

Saya sangat bersetuju dengan Menteri Dalam Negeri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bercakap atas kapasiti peribadi bahawa sudah tiba masanya dilaksanakan sekolah satu aliran. Tetapi apabila melihat beberapa perkembangan politik muktahir, saya tidak fikir kerajaan serius memikirkan gagasan sekolah satu aliran. Apa lagi persatuan Cina, Dong Zong yang cauvinis mendesak kerajaan mengiktirafkan Sijil Sekolah Menengah Cina. Apakah ini juga akan menjadi kenyataan?

Kajian

Dalam satu kajian yang dibuat oleh sarjana tempatan, Prof. Dr. Teo Kok Seong mendapati 604 pelatih (Cina dan India) daripada 14,000 pelatih di 79 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2010 tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Nisbahnya sangat besar dan inilah 'sumbangan' sekolah vernakular dalam konteks perpaduan yang kita laung-laungkan. Nampaknya puak 604 orang ini jauh lebih buruk daripada orang Bangladesh yang baru tiga bulan sudah boleh berbahasa Melayu.

  


Bagi saya isu SJKC sudah lapuk. Ia menjadi lapuk kerana tidak ada ruang untuk dibahaskan di pentas intelektual. Semua ruang penuh dengan prejudis dan kepentingan politik. Sekolah vernakular yang terus wujud dan diberi bantuan kewangan adalah suatu yang sangat tidak masuk akal. Tetapi bagi Zong Dong peruntukkan untuk SJKC masih belum cukup. Ini lagi tidak masuk akal.

SJKC menjadi pemangkin kepada sebahagian besar orang Cina yang memilih pengasingan atau mengasingkan diri daripada menerima sosio-budaya etnik Melayu. Pengasingan ini berlaku secara besar-besaran terutama apabila pengaruh politik Cina yang semakin besar pada pasca Pilihan Raya Umum Ke -12 (PRU-12). Malah parti politik Cina yang bertentangan ideologi boleh duduk semeja mempertahankan SJKC. Tidak adakah dalam kalangan pembuat dasar yang boleh membaca mesej ini?

Barangkali ini ada kaitan dengan sejarah silam abad ke-19 dan awal abad ke-20 dulu ketika nenek moyang kaum Cina yang ada di negara ini datang dari China. Pada awal abad ke-19, berlaku pergolakan politik yang hebat di China dan etnik Han yang menjadi majoriti di negara itu mencari tempat lain yang lebih aman serta dapat menambah kekayaan.
Etnik Han di utara China mencari penempatan baharu dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan kaya dan bangsawan. Mereka tidak boleh lagi meneruskan hidup dengan mewah akibat ditekan oleh Manchuria serta peperangan dengan Jepun atau Sino-Japanese War. Etnik dari utara ini memilih untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah.

Sementara etnik Han di selatan pula memilih Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu. Tetapi hasrat mereka berhijrah dengan etnik di utara berbeza. Mereka berhijrah untuk mencari kekayaan dan bukan untuk menetap di Tanah Melayu pada mulanya. Mereka berhasrat untuk pulang ke China suatu masa nanti dengan membawa kekayaan yang diraih di Tanah Melayu.

Saya ada membaca tentang Ru Xiang Sui Su, satu falsafah Cina yang mengingatkan supaya orang yang datang dari luar milieu setempat menyesuaikan diri dengan budaya dan sosial di tempat baharu itu. Inilah yang menjadi pegangan generasi awal Cina yang berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan dan negara-negara Eropah.

Tetapi malangnya sesetengah orang Cina di negara ini tidak lagi berpegang kepada falsafah Ru Xiang Sui Su ini. Mungkin dianggap lapuk dan menghakis 'kecinaan' mereka. Hasilnya mereka sengaja tidak mahu menyesuaikan diri dengan budaya kaum teras di negara ini. SJKC menjadi benteng supaya orang Cina tidak diserapi milieu sosial yang berbeza dengan tanah asal nenek moyang mereka.

Saya sangat berharap isu jurang kaum ini dapat ditangani dengan penuh hemah, bertanggungjawab dan mengetepikan kepentingan politik. Kerajaan wajar menegaskan bahawa isu SJKC bukan satu tindakan politik dan tidak harus dibiarkan pihak tertentu membina persepsi ke arah itu. Kali ini isu SJKC menjadi tanda aras kesungguhan kita sama ada mengutamakan perpaduan bangsa Malaysia atau terus hipokrit untuk kepentingan politik.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/memalaysiakan-semangat-sistem-pendidikan-sjkc-1.16787#sthash.QO9IQuuK.dpuf



Sent from my iPhone

25 Oktober 2014

Sumbangan Sheikh Ghazali diiktiraf | Harian Metro


Sumbangan Sheikh Ghazali diiktiraf

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436H/2014.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Dengan penganugerahan itu, Sheikh Ghazali membawa pulang hadiah RM100,000 tunai, pingat dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pemilihan Sheikh Ghazali dibuat atas asas sumbangan beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.

ARTIKEL INI DISIARKAN PADA : 
25 OCTOBER 2014 @ 4:26 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4069?m=1#sthash.c90QbyNo.dpuf



Sent from my iPhone

Prof Teo Kok Seng Dedah Peserta Cina India PLKN Tidak Mampu Cakap Bahasa Melayu



MELAKA 24 Okt. – Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

"Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.

"Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.

"Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.




Panglima : sudah tiba masa sekolah satu aliran diperkenalkan untuk perpaduan. 

Bagaimana mahu berkomunikasi jika tidak sama pertuturan kerana gagal kuasai bahasa kebangsaan ?

Jika tidak jurang perbezaan antara kaum akan makin lebar dan kita tidak akan mampu hidup bersama lagi seperti sekarang.

Semoga Allah merahmati Malaysia dari semua perkara buruk seperti pertempuran antara kaum di negara jiran.


Sent from my iPhone

23 Oktober 2014

Reaksi @ustazharidrus Berkaitan Video Seks Mirip Beliau - Harian Metro




Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

Video Rosmah Mansor Senggol @NajibRazak Diulas Suara Keadilan




Suara Keadilan tanpa menunggu telah mengulas insiden tersebut....



Soal sebenar kenapa insiden itu berlaku kita tidak tahu. Allah lebih tahu. 

Namun kita sukar untuk percaya seorang isteri sebaik Datin Seri Rosmah akan memalukan suaminya di majlis begitu besar dihadiri ramai pembesar seluruh dunia...

Live pula....

Setakat ini sudah 17 ribu telah menonton video tersebut.

Ada yang tulis kerana nak beritahu suami kerana namanya dipanggil. 

Wallahu A'lam.

Lihat jasa baik dan aspek positif jangan mahu mengaibkan sahaja.

Dosa pahala kena jaga. Akhirat menanti di sana.







Pukulan KO @AzminAli Untuk @Anwaribrahim Bila Kata Perjanjian Air Kekal

Perjanjian Air Selangor Kekal - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 8:02 AM
Mohamed Azmin Ali.

EKSKLUSIF
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu melihat keberkesanan dan bekalan air berkualiti di Selangor serta tiada hasrat untuk membatalkan perjanjian antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu.

"Saya tidak akan membatalkannya. Saya mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat boleh menikmati bekalan air yang mencukupi pada masa depan," katanya.
Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau akan terus mendesak Putrajaya supaya mendedahkan butiran mengenai perjanjian tersebut.
"Bagaimana anda mengharapkan saya dan pentadbiran baharu untuk mempertahankan keputusan yang diambil terhadap projek itu sekiranya kami tidak dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai terma dan syarat, kadar tarif yang akan digunakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna,' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama The Star pada Rabu genap sebulan menerajui tugasnya.

Pendirian tersebut mungkin mengejutkan pengkritik yang menganggap perjanjian itu sebagai perjanjian sulit antara bekas menteri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Umno.

Ramai termasuk rakannya di dalam Pakatan Rakyat menjangka Azmin akan membatalkan perjanjian itu.

Azmin berkata kerajaan negeri mahu menamatkan spekulasi mengenai perjanjian air dan hanya ada satu cara iaitu mendedahkannya kepada rakyat.

Azmin yang menerima salinan asal perjanjian persefahaman itu berkata dokumen itu tertakluk Akta Rahsia Rasmi.

"Oleh sebab itu, saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai perjanjian itu. Ia hanya perjanjian biasa, transaksi perniagaan antara kerajaan dan kerajaan Persekutuan. Ia bukan mengenai isu keselamatan nasional," katanya.

KP Wilayah @RazlanRafii Bidas @RealDrMaza Label Ulama Anjing Selepas Halalkan Sentuh Anjing





Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.


Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.


Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.


"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.


"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.


Beliau merujuk kepada ‎entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: "Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"


Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.


Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.


"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.


Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.


"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.


Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.


"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.


Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.


"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.


"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.


"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.


Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.


"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan. – 22 Oktober, 2014.

- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/10/razlanrafii-kenyataan-bekas-mufti.html#sthash.yO5Vfrvq.dpuf




Panglima : sesiapa yang masih berminat sanjung Asri dan jemput Asri masuk TV perlulah berhenti berbuat demikian. Semalam RTM1 nampak masih 'berahi' menjemput Asri menjadi ahli panel.


Hakim-Hakim Kes Liwat @Anwaribrahim Juga Rakyat Bukan Alien Dari Angkasa Lepas





Kenyataan Ahmad Maslan benar. Tetapi lebih tepat lagi ialah Hakim-Hakim yang bertugas menjalankan amanah mengadili kes Anwar juga rakyat bukan alien dari angkasa lepas. 

Maka jangan mudah terpedaya apabila cubaan menslogankan 'rakyat hakim negara' dibuat untuk mengumpul sokongan membuat bantahan atas keputusan hakim kerana kita tidak dapat menerima gesaan yang mengatakan Hakim bukan rakyat kerana mereka juga adalah rakyat yang dilantik oleh YDP Agong sebagai Payung Rakyat.

Usahlah cuba menghasut rakyat kerana hari ini rakyat sudah celik mata dengan segala jenis propaganda dan penipuan yang dibuat untuk kepentingan diri seorang manusia licik yang bijak mencari kesempatan bernama Anwar Ibrahim.


Video Seks Mirip Ustaz Azhar Idrus Kerana Kritik PKR & DAP ???


Hari ini kecoh video penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan membuat hubungan seks dengan seorang wanita seperti di portal Suara TV ini http://www.suara.tv/2014/10/23/video-blogger-sebar-rakaman-skandal-seks-ustaz-azhar-idrus/

Wajah mirip beliau dengan wanita mirip isteri ketiganya bernama Izlyn mengundang perhatian ramai sejak semalam lagi.


Kenyataan Ustaz Azhar Idrus memang berbisa. Kerana mempunyai ramai follower. Terutama bila tidak mengikut kehendak PKR DAP yang akan menjatuhkan lagi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Sebagai ilmuan yang diiktiraf ramai beliau berjasa besar memberi pemahaman bab agama di surau masjid dan juga di internet.

Kenyataan beliau juga ada yang menyentuh isu politik tidak kira UMNO atau PAS atau PKR dan DAP.

Isu MB Selangor beliau secara tak langsung tidak setuju wanita jadi pemimpin seperti berikut :

SHAH ALAM: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tidak menggalakkan golongan wanita dilantik menjadi pemimpin negara.

Menurut beliau, ini berdasarkan pandangan para ulama yang menolak wanita diangkat sebagai ketua.

"Saya lebih cenderung kepada ulama-ulama yang tidak membenarkan wanita menjawat jawatan ketua jikalau perkara itu jawatan yang tinggi atau besar. 

"Kerana orang perempuan ini walau cerdik macam mana pun dia ada kelemahan, tengok imam (wanita) tak boleh, bilal tak boleh.


Terbaru beliau juga kritik program sentuh anjing yang dianjur pada 19 Oktober lalu di Petaling Jaya.



Panglima bukan mahu membela sesiapa namun kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku.

Video Mustafa Taib juga dikaitkan dengan perebutan kerusi semasa menjelang PRU 13 antara PKR dan PAS.

Menjelang keputusan kes rayuan Anwar pada 28 & 29 hb Oktober tidak lama lagi sudah tentu penyebaran video ini akan membangkitkan kemarahan penyokong US Azhar Idrus kepada UMNO.

Kerana mereka dimomokkan bahawa dalang video lucah ini hanya dilakukan oleh UMNO.

Mereka akan mengaitkan juga dengan kes Azmin Ali dengan perempuan sebelum ini hingga dilabelkan Azmin Aiskrim.

Sekaligus golongan muda akan dibakar semangatnya untuk menyokong Anwar Ibrahim yang telah berulang kali menipu dan terus menipu rakyat Malaysia dan dunia amnya.

Politik banyak kemungkinan dan yang mendapat keuntungan dari isu ini bukan semestinya pihak yang dituduh bahkan yang sedang mengalami kemerosotan sokongan seperti PKR dan Anwar Ibrahim juga tidak mustahil mungkin antara suspek yang menjadi punca penyebaran video ini.



Biarlah polis yang menyiasat walaupun kita sedar mereka juga licik membuat kerja kotor seperti ini.

Kita pasti fitnah ini memang lebih dahsyat dari membunuh dan mengaibkan orang terutama tokoh ilmuan seperti Ustaz Azhar Idrus tidak wajar dilakukan. 

Bukan semua kenyataan beliau menyokong PAS dan dalam bab tertentu beliau sebenarnya membongkar isu wahabi yang ramai menjadi penyebarnya dalam parti PAS.

Abby Abadi juga pernah marah disindir Ustaz Azhar kerana mengkritik rakan artis yang belum berhijrah.

Kesimpulannya tidak mustahil mengaibkan peringkat maksima seorang tokoh agama disukai ramai untuk mengaitkan dengan UMNO adalah langkah terdesak untuk meraih sokongan rakyat yang sudah muak dengan politik kotor DAP PKR yang juga sanggup menikam belakang PAS bila tidak setuju Wan Azizah menjadi MB Selangor.


Sent from my iPhone

22 Oktober 2014

Sains Kuantum Dedah Rahsia Hantu dalam Filem Ghostbusters





Kajian sains kuantum mendapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif dan alah kepada cahaya FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster, semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka, Prof. Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian, apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci berlaku.

"Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

"Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan,tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. "Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. "Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.



http://darussyifaperak.blogspot.com/2009/12/kenali-hantu-hantu-daripada-sudut-fizik.html?m=1


Panglima : syaitan pernah diikat oleh Rasulullah saw di tiang masjid....

Ulama mewarisi Nabi juga boleh menguasai syaitan dan menangkap mereka.

Kehebatan orang beriman ialah kekuatan rohaninya yang dikenali oleh jin dan syaitan yang mengganggu manusia.

Semua kehebatan ini datang dari limpahan cahaya kurniaan Allah hasil kelaziman zikir selawat manusia beriman menambah tenaga rohaninya.

Kerana itu manusia lalai mudah diganggu jin syaitan berbanding yang sebaliknya.

Sent from my iPhone

Gambar Penganjur I Want Touch A Dog Pegang Anjing

Penuh gambar anjing di media sosial bila program sentuh anjing dibuat minggu lepas pada 19.10.2014 di Central Park One Utama Petaling Jaya. Yang dijalankan selama dua jam.

Ramai peserta (1800 orang) mengikut laporan blog Berita Semasa http://www.beritasemasa.com.my/gambar-i-want-to-touch-a-dog
yang menghadirinya samada lelaki dan perempuan kecil dan besar termasuk yang berusia dan layak digelar makcik pakcik .

Program ini sekaligus memberi mesej bahawa umat Islam ( atau mereka menyamar?) sudah tidak kisah lagi pegang anjing atau bergambar memegang anjing.

Beberapa analisa saya selepas beberapa perbincangan dengan sahabat seperjuangan isu ini :

1. Kemungkinan Penganjur Syed Azmi dan ustaz jemputan nama Ustaz Iqbal sendiri salah faham isu pegang anjing lalu menganjurkan memegangnya sebelum disamak selepas itu. Namun ustaz Iqbal dilihat memahaminya melalui video yang disebarkan walau lokasinya dirakam tidak disebut di mana. Sehingga kini nama sebenar Syed Azmi yang sebenar belum diperolehi atau ditemui. Tidak mustahil juga keturunan Syed yang liberal kerana kurang kefahaman agama juga punca berlaku perkara ini. Ingatkah bahawa Iman tidak boleh diwarisi.

2. Program dilulus oleh MAIS ini asal tujuan baik untuk didik bab samak tangan jika pegang anjing tetapi bertukar sebaliknya bila ramai memegang anjing bila nampak anjing yang cantik dijaga. Penyebaran surat MAIS tanpa kandungan penuh juga dilihat cubaan memburukkan nama majlis agama tersebut sekaligus nama baik Sultan Selangor.

3. Usaha mengubah tanggapan masyarakat terhadap anjing usaha yang baik namun jika salah cara ia akan membawa budaya memelihara anjing di kalangan umat Islam seperti di negara lain. Hadis jelas menyebutkan umat Islam tidak digalakkan memelihara anjing walau dibenar menyentuhnya untuk tujuan tertentu seperti berburu bukan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Perkara ini sudah jelas dipersetujui Majlis Fatwa Kebangsaan.

Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).


4. Lebih mengejutkan mesej disebar memberitahu penganjur program adalah menyamar masuk Islam juga memeranjatkan kita dan perlu diperiksa dengan penuh teliti agar tidak mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat atau memburukkan mana-mana pihak. Berita palsu sebegini sangat bahaya boleh mencetuskan huru hara di negara kita. Jika benar juga maka siasatan perlu dijalankan dan didedah kepada umum agar kekeliruan tidak lagi muncul dalam pemikiran rakyat beragama Islam di negara kita.

5. Aspek positifnya ia membuka kembali perdebatan bab anjing sehingga ramai bertambah faham isu pegang anjing. Selain itu ia juga mengundang kritikan parti PAS yang dilihat selari dengan majlis fatwa yang tidak membenarkannya dipegang untuk suka-suka. Paling penting kita sudah mengetahui tahap pemahaman agama Islam di tengah Kuala Lumpur yang keliru hukum memegang anjing walau mereka dikelilingi masjid dan surau mengajar ilmu setiap masa.

Boleh jadi penerapan isu politik golongan ustaz di surau masjid menjadi punca golongan muda menjauhinya lalu menjadikan internet sumber rujukan tanpa sedar mereka sudah terpengaruh dengan ajaran tidak tepat berkaitan Islam yang mudah disebar dengan sekali klik hari ini.

Mari kita luaskan lagi mesej dakwah ASWJ kepada semua pengguna alam maya agar mereka akan terselamat dari fahaman sesat militan liberal dan sebagainya.

Gambar : Syed Azmi Alhabshee penganjur program

21 Oktober 2014

Jangan Tuduh UMNO Hantar Puting Beliung Ganggu Jelajah 1 @anwaribrahim di Klang


Nampaknya langkah pertama Anwar menjelang keputusan rayuan beliau sudah diganggu dengan ribut kuat yang merosakkan kediaman.


Jangan kata ia angkara UMNO kerana cuaca sebegini bukan di bawah kekuasaan manusia tetapi kuasa Allah Taala.

Elok kita berfikir adakah dosa kita hingga bencana ini menimpa.

Gambar kejadian akibat puting Beliung di Pandamaran Klang yang dihantar dalam whatsapp.








Sent from my iPhone

Betoi ka @N_Izzah Puji Kempen Sentuh Anjing ?

@NgaKorMing DAP Guna @RealDrMaza Kata Anjing Tak Haram Disentuh Umat Islam

Isu ini isu agama bukan isu politik. Jadi tak perlu dikaitkan dengan politik.


Ada faham???

Penjelasan Ust Iqbal Kehadiran Beliau Program Sentuh Anjing 'I Want To Touch A Dog'

20 Oktober 2014

Kini Masanya Untuk Laksana Sekolah Satu Aliran - @Zahid_Hamidi



Muka depan Utusan Malaysia


Utusan Malaysia Isnin 20 Oktober 2014 halaman 12


Pandangan peribadi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini memberi mesej yang jelas untuk jangka masa panjang demi membina perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sebagai Menteri yang menjaga keamanan dan keselamatan sudah tentu pandangan beliau bukan andaian tetapi berlandaskan fakta bahawa hubungan antara kaum hari ini semakin meruncing ditambah dengan media sosial yang memburukkan lagi hubungan yang umpama 'retak menanti belah'

Meskipun ia mungkin tidak dapat diterima dengan mudah namun usaha ke arah memantapkan perpaduan antara kaum perlu dilakukan walau ia menghiris perasaan. Pengorbanan perlu dilakukan kerana kita sudah duduk bersama bukan akan kembali ke mana-mana negara lagi.

Kepentingan negara yang aman makmur lebih utama berbanding kepentingan kaum yang jika diteruskan boleh menjadikan jurang antara kaum makin luas dan lebar sehingga merenggangkan hubungan.

Islam juga mahu kita mengasihi semua makhluk Allah  melarang menghina agama lain dan hanya izin jihad melawan kafir yang harbi (anti Islam) jika diperangi sahaja.

Idea yang sama juga disuarakan Datuk Razali Ibrahim sebelum ini pada 8 September 2014. Sebagai Timbalan Menteri yang menjaga Biro Tatanegara sudah pasti aspek perpaduan yang sukar diwujudkan melalui sistem yang sedia ada sekarang perlu diubah kepada sekolah satu aliran.




Idea ini bukan dicetuskan oleh Melayu bahkan disuarakan oleh orang Cina sendiri iaitu Prof Emeritus Khoy Khai Kim seperti yang dipaparkan laman web ini 




Hakikatnya perpaduan akan berjaya diwujudkan jika usaha dimulakan sejak kecil lagi.


Sent from my iPhone

E-Book : Fatwa Hukum Sentuh dan Pelihara Anjing


Berikut petikan fatwa menyentuh anjing untuk panduan semua yang mungkin sedang terkejut membaca kempen menyentuh anjing di Damansara semalam...





Pandangan mazhab Maliki juga tidak jauh beza dengan Mazhab Syafei



Juga dijelaskan isu anjing pemburuan 



Harap umat Islam jangan keliru lagi dengan isu pegang anjing yang cuba diliberalkan pihak yang tidak jelas hukum ini.


Mohon sebarkan.


Sent from my iPhone

Kisah Sayu : Mesej Ayah di Facebook

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun, maafkan abah atas curahan hati abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."


Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

~~~Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA
SHARE DENGAN KAWAN DAN ANAK KITA...
KERANA SETIAP APA YANG DISAMPAIKAN AKAN BERMAKNA BUAT MEREKA...


Mesej dari Group whatsapp


Sent from my iPhone

19 Oktober 2014

5 Andaian Sebalik Gambar Intim Zairil dan Dyana #DAP



DAP mungkin fikir dengan penyebaran gambar intim Zairil dan Dyana maka orang akan semakin benci kepada UMNO tetapi orang masih boleh berfikir DAP tidak mustahil pandai rakam dan muatnaik sendiri gambar untuk cipta kontroversi...

Berapa banyak kes yang dicipta untuk memburukkan orang lain? 

Kenapa baru sekarang timbul gambar tersebut?

Motif ? Mungkin :

1. Tutup mulut celupar Lim Kit Siang tuduh polis sandiwara siasat Menteri dalam Negeri

2. Panaskan kembali sokongan menjelang hari keputusan kes liwat Anwar tidak lama lagi.

3. Meniup kebencian selepas kejayaan Bajet 2015 dan kejayaan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap PBB dengan undi 187.

4. Menutup kes CEC DAP yang masih belum selesai hingga kini.

5. Mencemarkan imej Umno yang ingin dilabel sebagai porno kerana sering menjadikan gambar lucah sebagai bahan kempen alam siber.

Setpol Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ini tidak sukar jika diminta melakonkan aksi intim demi kejayaan politik...

Sekali tengok nampak mahu menarik simpati orang Melayu kepada DAP bahawa Umno tidak segan silu menyebar gambar lucah atau ghairah sedangkan UMNO selalu mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa.

Banyak andaian boleh dibuat namun kegagalan penafian yang begitu keras oleh Zairil dan Dyana seperti menunjukkan sesuatu cuba disembunyikan.... 

Jika benar intim tentu gambar tidak berpakaian akan tersebar juga.

Hanya sms sahaja dihantar kepada wartawan menjawab isu tersebut cukup mengesahkan andaian kita bahawa pihak terlibat tidak bersungguh menjawabnya !!!

Berani kerana benar takut kerana salah.


Wallahu A'lam...


Sent from my iPhone