Pengikut Blog Panglima

31 Mac 2015

Seminar Perlaksanaan Hudud di Malaysia : Sejarah & Masa Hadapan 1 April 2015 Di Putrajaya

Mohon sebarkan....

Rencana - #POTA suatu kemestian - Utusan Online

Rencana - Utusan Online


POTA SUATU KEMESTIAN!

Sedutan video yang disiarkan baru-baru ini, menunjukkan militan

KELOMPOK mereka ti­dak kira individu atau berkumpulan menyusup ke Syria dan Iraq dari mana-mana sahaja. Malah 'lubang tikus' sekali pun.

Mereka ingin mati syahid dan masuk syurga dengan menyertai kumpulan militan IS. Mende­ngar hebahan pembentukan 'negara daulah Islamiah' akan didirikan telah mendorong ramai anak muda dari seluruh dunia ke sana bagaikan magnet.

Ini manifestasi gelodak anak muda yang kononnya ingin menjadi seperti Saidina Hamzah, menjadi AhlBadar, ingin mati syahid kerana mati syahid membawa ke syurga.

Daripada 12,000 rakyat asing yang sudah bersama IS, 71 orang adalah rakyat Malaysia, terma­suklah remaja perempuan yang sanggup menjadi isteri pejuang IS. Kononnya pengorbanan akan membawa mereka ke syurga. Sejumlah 10 rakyat Malaysia setakat ini terbunuh di Syria.

Pejuang yang ingin bersama IS ini datang dari merata pelosok dunia. Dari kepulauan Carribean, Amerika Selatan, rantau Caucasus, Asia Tenggara, Balkan, China dan segenap ceruklah.

Perjuangan di Syria-Iraq satu hal. Satu hal lain pula yang lebih membimbangkan, setelah bertempur di dua negara Arab itu, mereka ini akan pulang atau menyusup ke negara asal.

Jaringan penyeludupan manusia ini, yang lebih kritikal daripada pendatang asing tanpa izin yang dahagakan rezeki, amat berbahaya. Tidak ada yang akan memeriksa pasport mereka, tiada mesin pengimbas mental mereka. Tidak ada yang peduli kenapa mereka datang atau pergi. Mereka akan menggunakan jaringan itu.

Kalau di Amerika Syarikat, penyusup-penyusup ini yang telah mendapat pengalaman militan di Syria-Iraq menggunakan laluan dari Jamaica, Trinidad & Tobago, Surinam, Venezuela dan Panama untuk ke Amerika.

IS suatu rangkaian antarabangsa. Mereka tiada sempadan. Mereka mahu wujudkan wilayah baharu yang diuruskan pemerintah yang benar-benar berlandaskan acuan Islam.

Atas sebab-sebab inilah amat bertepatan rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam sidang Dewan Rakyat pada waktu terdekat ini.

Dalam pembentangan itu, pindaan lima rang undang-undang lain termasuk Kanun Keseksaan (Penal Code) juga akan dilakukan.

Rang Undang-undang baharu ini bakal dilengkapi dengan pakej pemulihan dan pemantauan berterusan bagi kes dalam negeri serta memberi ruang kepada tahanan mendapatkan keadilan melalui semakan kehakiman.

Sebenarnya Malaysia sendiri ada pengalaman berdepan Al-Maunah atau Jemaah Islamiah (JI) yang dulu­nya dianggap kumpulan radikal. Ketika itu tiada undang-undang pencegahan dan atas sebab itulah pencegahan lebih baik daripada pengubatan.

Ini kerana undang-undang sedia ada adalah satu tindakan pendakwaan selepas peristiwa berlaku. Tetapi dalam rang undang-undang baharu ini, ia satu usaha pence­gahan sebelum kes berlaku.

Maka, kesungguhan dan keseriusan kerajaan merealisasikan POTA ini cukup penting.

Bukan hanya disebabkan pe­gangan ideologi tetapi juga kepercayaan mereka. Apa yang dikhuatiri ialah mereka menggunakan al-Quran, hadis dan ijmak ulama mengikut tafsiran sendiri berdasarkan acuan cita rasa mereka yang disesuaikan de­ngan selera politik. Bukannya taksiran sebenar, bukan Islam sebenar.

Dalam konteks ini, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) akan menjadi cerminan kepada pelaksanaan POTA nanti kerana dalam undang-undang itu tidak wujud kuasa eksekutif. POCA sendiri bukan pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini bermakna kuasa eksekutif dalam POCA sudah dipindahkan kepada badan pencegahan yang dipengerusikan seorang hakim berpengalaman lebih 15 tahun. Ahli lembaga yang lain adalah pengamal undang-undang berpengalaman lebih 10 tahun.

Badan inilah yang akan membuat keputusan sama ada seseorang itu perlu ditahan untuk pencegahan, pemulihan atau dibebaskan.

Lembaga Penasihat akan bertindak jika orang yang ditahan itu melantik peguam, melakukan semakan kehakiman dan membawa kes kepada mereka untuk melihat keputusan yang dibuat badan pencegahan.

Ini bermakna ada dua tahap kea­dilan yang dibuat dan berdasarkan pengalaman menguruskan POCA, daripada tujuh kes yang dikendalikan, enam daripadanya dilepaskan.

Itulah perbezaan dengan ISA. Tiada pembabitan eksekutif. Tidak akan berlaku penyalahgunaan kuasa.

POTA turut memasukkan soal pemulihan. Ini sebagai jaminan mereka tidak akan mengulangi perkara sama setelah dibebaskan. Pencegahan perlu disertakan de­ngan pemulihan. Malaysia sendiri ada pengalaman menghadapi zaman darurat, soal tahanan komunis dan pulihkan mereka. Demikian juga suatu ketika dikejutkan dengan kelibat kumpulan Al-Maunah, JI dan kumpulan mujahidin Malaysia.

Tempoh penahanan dalam undang-undang baharu ini akan mengikut klausa tertentu, 30 hari, 60 hari di­ikuti penahanan dua tahun selepas badan pencegahan membuat cadangan sama ada dilanjutkan atau dibebaskan selepas itu.

Jika dibebaskan, masih ada klausa peranti elektronik akan dipasang pada badan mereka. Pergerakan mereka sentiasa dipantau berterusan. Mereka tidak terlepas begitu sahaja. Dalam soal ini juga, tiada isu penahanan mirip ala kem Guantanamo. Guantanamo tiada tempoh tahanan, tetapi POTA ada tempoh tertentu. Malah, ada badan menjaganya iaitu badan penasihat.

Akta baharu ini kelak tidak hanya fokus kepada IS semata-mata. Tetapi membabitkan semua kumpulan pengganas. Jika tidak dilakukan pendekatan holistik, itu bermakna kerajaan lepas tangan kepada pihak yang akan menggugat keselamatan Malaysia.

Adakah fundamentalisme Islam suatu ancaman kepada kesta­bilan dunia Islam dan kepentingan masyarakat Amerika atau Barat di rantau ini?

Tidak kira mitos atau realiti. Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kelmarin, ancaman IS adalah benar, dengan tangkapan dua individu setelah cuba mengancam beberapa duta Arab di negara ini.

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa.


Sent from my iPhone

29 Mac 2015

Soal Jawab Bersama Menteri Dalam Negeri DS Dr @Zahid_Hamidi Isu POTA | Berita Harian








Wawancara sepenuhnya klik :


Sent from my iPhone

POTA dibentang di Parlimen 6-9 April - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

POTA dibentang di Parlimen 6-9 April - Zahid | Berita Harian

POTA dibentang di Parlimen 6-9 April - Zahid

wazzan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) di Dewan Rakyat, 6 hingga 9 April ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata akta itu yang digubal khusus bagi mengekang penularan kegiatan keganasan dan ekstremisme, berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sebelum ini.

"POTA ini berbeza dengan ISA, tidak seperti didakwa beberapa peguam hak asasi manusia.

"Ini kerana kuasa eksekutif untuk menahan pesalah tidak berada di tangan seorang menteri tetapi agensi pencegahan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), di sini, hari ini.

Kabinet sebelum ini meluluskan POTA serta Rang Undang-Undang Pengganas Asing untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Rang Undang-Undang Pengganas Asing adalah khusus bagi membendung kemasukan pengganas asing ke negara ini dan POTA untuk menangani ancaman keganasan dalam negara.



Sent from my iPhone

28 Mac 2015

BERNAMA - Hudud: SKMM Akan Siasat Laporan Kaitkan Majlis Raja-Raja


KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

"Perkara itu tidak benar...ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

"Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kementerian itu di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas sama ada SKMM akan melakukan siasatan ke atas sebuah portal berita yang mengeluarkan satu laporan pada Rabu yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi bagi menafikan ia mengeluarkan kenyataan berkenaan.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1120413#.VRPeHFS8YAU.twitter


Sent from my iPhone

27 Mac 2015

Kenyataan Pemuda UMNO @Khairykj Bantah The Malaysian Insider Siar Laporan Palsu Isu Hudud & Majlis Raja-Raja

Lawatan Kerja DS @Zahid_Hamidi Ke Kemboja Kukuh Hubungan Antara Dua Negara






Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja pada 26 dan 27 Mac 2015. 

Tujuan lawatan kerja YB MDN ke Kemboja adalah untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada rakan sejawat beliau sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-10 (10th AMMTC) dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Kuala Lumpur pada 28 September hingga 2 Oktober 2015.

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan TYT Am Sam An, Setiausaha Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri Kemboja bagi membincangkan kerjasama keselamatan dua hala di antara Malaysia dan Kemboja.

Malaysia dan Kemboja sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama sedia ada yang merangkumi aspek imigresen, pemerdagangan orang, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah. Malaysia dan Kemboja sedang mengadakan rundingan untuk memuktamadkan satu Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Dalam Membanteras Pemerdagangan Orang. 

Kedua-dua buah negara turut
menekankan kepentingan mempunyai hubungan dua hala yang akrab di dalam memerangi ancaman jenayah rentas sempadan di rantau ini. Malaysia menghargai Kemboja sebagai rakan strategik dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan baik dalam aspek keselamatan di rantau ini memandangkan kedua Negara adalah rakan anggota ASEAN.

Semasa berada di Phnom Penh, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dijemput untuk merasmikan Masjid Al-Serkal Grand Mosque di Phnom Penh.

Kerajaan Kemboja telah membina Masjid Negara Kemboja yang diberi nama Masjid Al-Serkal, Phnom Penh. Masjid ini mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada Januari 2015 yang berkeluasan 1,800 meter persegi yang mampu menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini akan disempurnakan oleh Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri dan Samdech Kitti Prith Bandith Bun Rany Hunsen.

Masjid ini dibina hasil sumbangan masyarakat Islam antarabangsa yang menjadi tanda kerjasama masyarakat antarabangsa dalam membantu saudara Islam di Kemboja. Upacara yang julung-julung kali diadakan di Phnom Penh ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian masyarakat Islam di dalam dan luar Kemboja.

Pengiktirafan ini juga adalah satu tanda penghormatan bagi masyarakat Islam dan kerajaan Malaysia yang telah banyak membantu masyarakat Islam Kemboja melalui usaha kerajaan, agensi-agensi dan NGO-NGO.

Rakyat Kemboja telah lama hidup di dalam peperangan dan kemusnahan sejak pengambil alihan kuasa 1970, melalui perang saudara, keganasan rejim Khmer Rouge (1975–1979), pemerintah komunis sehinggalah campurtangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNTAC dalam mengembalikan negara tersebut kepada keadaan asal selepas ia merdeka. Iaitu berjaya mengembalikan kuasa Raja Perpelembagaan dan proses demokrasi.

Dalam kemusnahan dan kedaifan ini, masyarakat Islam Kemboja (majoriti dari mereka adalah berasal dari etnik Melayu Cham atau Champa) juga menerima nasib yang sama seperti rakyat Kemboja lain.  Penderitaan ini menyebabkan kesinambungan dan pembangunan pendidikan Islam terputus.  

Oleh yang demikian,  UNTAC, kerajaan Malaysia, syarikat swasta dan NGO-NGO telah bergabung dalam membantu masyarakat Kemboja atas semangat ASEAN.
Antara titik fokus bantuan-bantuan NGO dari Malaysia ialah membantu masyarakat Islam Kemboja. Program-program seperti Korban dan Aqiqah, Wakaf Al Quran, kelas Al Quran, pendidikan Fardhu Ain, pembinaan masjid dan sekolah agama banyak dipelopori oleh NGO-NGO dari Malaysia.

Antara inisiatif yang menjadi pemangkin kepada usaha NGO-NGO dalam membantu masyarakat Islam di Kemboja ialah program Wakaf Al Quran yang dipelopori oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula sedari beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam. Kemudian usaha ini diperkasakan dan diteruskan ketika beliau sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Program ini secara tidak langsung telah merintis jalan ke arah program-program lain seperti kelas Al Quran, kelas Fardhu Ain, pembukaan Sekolah Agama dan pembangunan dakwah Islam di Kemboja.
Dalam majlis tersebut juga, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai penerima Darjah Kebesaran dari kerajaan Kemboja dan menerima Pingat 'Grand Cross of the Royal Order of Munisaraphoin daripada Perdana Menteri Kemboja , Hun Sen.

Pingat ini diperkenalkan pada tahun 1905 oleh Raja Sisowath, Raja Kemboja pada ketika itu. Pingat yang dianugerah atas perkenan Raja Kemboja ini adalah kepada tokoh yang telah berbakti dalam bidang sastera dan seni, pendidikan, kehakiman, pentadbiran, dan sains.

Pingat Royal Order of Monisaraphon ini terbahagi kepada lima kelas di mana kelas tertinggi ialah Maha Sirivudha atau Grand Cross, diikuti dengan Mahasena atau Grand Officer, Adipati atau Commander, Sena atau Officer and Askararidhaatau Knight.


Baca seterusnya di :


Sent from my iPhone

26 Mac 2015

United States Praises Malaysia For Combating Terrorism - Zahid • UMNO Online



PUTRAJAYA, March 25  – The United States (US) has praised Malaysia's efforts to combat terrorism via the formulation of the Prevention of Terrorism Act (POTA) and the Foreign Fighters Act (FFA).

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said this was conveyed to him  by Dr Evan Medeiros, the Special Assistant to the US President and Senior Director For Asian Affairs, National Security Council, here today.

"The preventive measures taken by Malaysia also benefit the United States,"  he told reporters after a meeting with Medeiros at his office, here today.

Putrajaya also shared the experience of rehabilitating individuals convicted of terorism by the court with Washington.

Ahmad Zahid said the US acknowledged that Malaysia has the experience in dealing with extremist groups and that their situation is different.

"For example, Malaysia has the Emergency period, faced threats by militant groups such as the Al-Mau'nah and Jemaah Islamiah," he said.

The sharing of experience could be implemented via the "Train the Trainer" programme by sending Malaysian officers to the US and vice versa.

He said the US recognised the rehabilitation of individuals involved in violence is difficult as it involves ideology and beliefs.

Malaysia has many experts in rehabilitation involved with the Home Ministry, Islamic Development Department Malaysia (JAKIM) or state islamic departments.


http://www.umno-online.my/?p=128849&utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook



Sent from my iPhone

24 Mac 2015

BNBBC - Isu FBI: @Zahid_Hamidi bersumpah nafi fitnah pembangkang


BNBBC - Isu FBI: @Zahid_Hamidi bersumpah nafi fitnah pembangkang

24 MAC: "Saya ingin menegaskan pada bila-bila masa saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul Phua Wei Seng dan malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak pernah dapat walau satu sen pun duit daripada apa yang saya tuliskan."

Itu tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menangkis dakwaan pembangkang yang dituduh bersekongkol dengan Paul Phua.

ahmad zahid par"Sebagai seorang Islam, wallahi wabillahi wattallahi saya tidak pernah mendapat kepentingan satu sen pun daripada penjudi berkenaan, malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu," katanya ketika penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Selasa.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turut menjelaskan tidak pernah mempunyai apa jua hubungan dengan Paul dan apa yang dilakukan oleh kementeriannya hanyalah memberi penjelasan berhubung kewarganegaraan Paul Phua.

"Saya juga menegaskan pada bila-bila masa pun saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul, malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak dapat satu sen pun."

Tambahnya ada beberapa perjanjian di antara Malaysia dengan negara luar seperti Amerika Syarikat termasuklah perjanjian pertukaran maklumat.

"Saya minta jangan dipolitikkan atau provokasi isu ini, kalau Shah Alam nak buat, buatlah tetapi saya tegaskan disini saya tidak pernah terlibat," katanya lagi.


http://www.bnbbc.my/?p=41936#.VRFA33d545Y.twitter

BNBBC - Video: Nurul Izzah lepas ‘marah’ pada @Zahid_Hamidi


Selepas ditahan sehari kerana kenyataan menghina Hakim kes liwat bapanya, hari ini Nurul Izzah 'mengamuk' di Parlimen ketika berdepan dengan Menteri dalam Negeri Datuk Aeri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peluang ini digunakan oleh beliau untuk membangkitkan perkara yang diharap dapat meraih simpati masyarakat terutama warga polis walhal hakikat sebenar ialah dia mahu menutup kes keceluparan mulutnya menghina Hakim-hakim baru-baru ini.

Anda dapat saksikan gelagat beliau dalam video di bawah ini.


KATEGORI BERITA UTAMA

Video: Nurul Izzah lepas 'marah' pada Zahid

24 MAC : Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melampias kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung layanan ketika beliau di lokap, baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bangun mencelah ketika Zahid menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, petang Selasa membangkitkan isu polis kekurangan peruntukan untuk melaksanakan tugas.

nurul izzah n zahidMenurut Naib Presiden PKR itu, anggota polis terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli pampers dan keperluan lain banduan ketika di lokap.

Zahid mengakui keterbatasan kewangan dan sehubungan itu menegaskan pembangkang harus menghormati institusi kepolisian dan tahap profesional anggota polis yang prihatin dalam melaksanakan tugas.

"Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam hal keselamatan kita tidak ada kompromi."

"Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis, keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin," katanya.

Izzah bagaimanapun mencelah dengan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak prihatin dengan keadaan itu sebaliknya mengeluarkan arahan politik menangkap pembangkang, menyalahgunakuasa dan tidak profesional menangani masalah anggota polis.

Ikuti perbahasan Nurul Izzah dan Zahid di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung isu itu.

Kongsikan Berita Ini...Share on Facebook0Tweet about this on Twitter26

Berita Bertarikh Pada 3:50 PM



Sent from my iPhone

23 Mac 2015

Gambar-gambar Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Gambar diambil dari berbagai sumber seperti twitter facebook dan disiar kembali di sini

22 Mac 2015

Keputusan Tidak Rasmi PRK N.06 Chempaka

Mohon pengesahan info ini jika tidak tepat.

Sumber Whatsapp

Video : Malaikat Jatuhkan Jet Yahudi di Langit Palestin ???

Jika benar maka ia membenarkan janji Allah akan menghantar malaikat membantu orang beriman !!!

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/q6S4wBQINRM


Sent from my iPhone

PENJENAYAH DITEMBAK MATI @PDRMSIA #STAFOC DI JALAN RASAH, PD [22 Mac 2015]

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/1rlg4WrJOu4


Sent from my iPhone

21 Mac 2015

Kaedah Usul Fiqh : GST Lebih baik dari SST

Akhaffu Dhararain' – GST lebih baik berbanding SST

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan dilihat membuat keputusan tepat apabila menggunapakai kaedah 'Akhaffu Dhararain' (apabila manusia berhadapan dengan dua kemudaratan, kita memilih kemudaratan yang paling ringan dan minimum kesannya) dalam memilih sistem percukaian.

Menurut Imam Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifatkan lebih ringan berbanding sistem yang kita pakai hari ini iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

"Kita dilarang untuk mengenakan cukai melainkan bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat seperti membangunkan bidang pendidikan, membina hospital dan sebagainya.

"Sejak merdeka, SST dilaksanakan dan ia mempunyai beberapa keburukan antaranya cukai yang berganda. Sementara GST pula adalah cukai yang tidak berganda, tetap dengan 6% apabila sampai ke pengguna," beliau berkata demikian ketika dihubungi mindaktif.net hari ini.

Jelas Shamsul, kaedah 'Akhaffu Dhararain' ini adalah konsep yang disepakati oleh para ulama fiqah.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan kerajaan sedang berusaha untuk penambahbaikan sistem percukaian demi memberi keadilan kepada rakyat.

"Di dalam Al-Quran juga ada menyebut yang membawa maksud 'Jika kamu perintah, perintahlah dengan adil'.

"Apa yang dikhuatirkan, wujudnya segelintir peniaga dan beberapa pihak berniat jahat mengambil kesempatan berhubung perkara ini. Kita bimbang mereka (peniaga) akan mengenakan cukai berlebihan (SST). Namun kita yakin pihak penguasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memainkan peranan dengan menjalankan pemantauan," ujar beliau.

GST akan dilaksanakan bermula 1 April ini dengan kadar 6%. GST juga merupakan satu sistem percukaian yang adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan jenis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakannya.

Selain menjana pembangunan negara, ia juga dilihat sebagai sistem cukai yang lebih telus.

Oleh : ALIF MUSTAPHA

http://mindaaktif.net/2015/03/akhaffu-dhararain-gst-lebih-baik-berbanding-sst/


Sent from my iPhone

17 Mac 2015

Awas Milo Tiruan Dirampas di Mantin

BERNAMA - Murad Ibrahim And Iqbal Not Malaysians - Ahmad @Zahid_Hamidi


LANGKAWI, March 16 (Bernama) -- The government today lashed out at the statement by Davao, Philippines, member of parliament claiming that the President of the Moro Islamic Liberation Front (MILF) Murad Ibrahim and his chief consultant, Mohagher Iqbal, are Malaysians.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the government had confirmed that both leaders of the MILF were not Malaysians as claimed.

"I have checked with the Director-General of the Registration Department, including checking the personal information, date of birth and other details, and found that Haji Murad Ibrahim and (Mohagher) Iqbal are not Malaysians.

"I hope the member of parliament understands and this is the official stand of the Government of Malaysia on this issue," he told reporters after officiating the Multi-nations Counter-Terrorism Exercise at the Langkawi International Shooting Range, here today.

He said there were efforts to sabotage the peace talks arranged by Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak by claiming that both the MILF leaders were Malaysians.

"I do not want to be involved in the internal politics of the Philippines, but after studying the matter closely, I do not want the efforts of our Prime Minister to be broken down by baseless accusations," he said.

Meanwhile, the Director-General of the National Registration Department, Datuk Sulaiman Keling in a statement today, confirmed that Murad and Mohagher were not Malaysians.


http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.php?id=1117523


Sent from my iPhone

Video @Malaysiakini luar Lokap Jinjang papar poster hina @PDRMsia

Pembangkang dah melampau!

Lihat rakaman video TV durasi ke 14 di bawah.

15 Mac 2015

10 Gambar Insiden 2 Pesawat Terhempas #LIMA2015 Jam 2 Tadi

RM0.UM.15/03: DUA pesawat aerobatik Indonesia terhempas ketika latihan LIMA 2015 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, pukul 2 petang ini.

RM0.UM.15/03: SEORANG daripada dua juruterbang pesawat Indonesia yang terhempas di LIMA 2015 ditemukan selamat sebentar tadi.

RM0.UM.15/03: SEORANG lagi juruterbang pesawat Indonesia yang terhempas di LIMA 2015 ditemukan selamat.

Sumber SMS News Utusan Malaysia.

Isu Mufti Perlis : Cadangan Kriteria Mufti Untuk Dicalon Oleh MB CC @NajibRazak @DSJamilkhir @RealDrMaza


Banyak kes berkenaan Mufti Perlis yang dilihat menimbulkan imej tidak bersih kepada institusi agama yang dinaungi Sultan sehingga memaksa ramai pihak berfikir dan mengkaji punca dan jalan penyelesaiannya.

Forum utama perbincangan ialah Group Whatsapp yang mengumpulkan banyak pandangan yang banyak juga bernas dan boleh diteliti oleh pihak berkenaan samada sesuai untuk diguna pakai atau dibuang ke laut.

Disertakan hasil pandangan ahli forum Whatsapp yang mengutarakan pandangan beliau berkenaan kriteria seorang Mufti yang patut dipilih menerajui negeri.

JAKIM dan jabatan yang berkaitan digesa mewujudkan satu mekanisme dalam pemilihan calon Mufti negeri sebelum nama calon diserahkan kepada Sultan/Raja sesebuah negeri. Mekanisme tersebut sewajarnya mengambil kira beberapa faktor utama:

1) Calon Mufti mestilah seorang ahli agama yang mempunyai kelayakan akademik Syariah pengkhususan Fiqh dan Usul Al-Fiqh atau Fiqh wal Qanun. Ini kerana tugas Mufti ialah mengeluarkan Fatwa yang mewajibkan seorang yang arif dalam selok belok hukum menyandang jawatan tersebut. Oleh yang demikian, mereka yang tidak berlatarbelakangkan bidang Fiqh tidak sewajarnya dicalonkan sebagai Mufti. Ini termasuklah bidang kesusasteraan, Bahasa Arab, Usuluddin, Dakwah, Tafsir, Hadith atau Tamadun.  Bidang bidang ini tidak mampu menampung tanggungjawab seorang Mufti dalam penyimpulan hukum dan sebagainya. 

2) Calon Mufti mestilah seorang yang berkaliber dan mempunyai syakhsiah yang tinggi, tidak celupar, tidak gopoh. Pendek kata dia mesti mengetahui adab adab seorang Mufti.

3) Calon Mufti hendaklah tidak dilihat mempunyai kepentingan politik atau peribadi.

4) Calon Mufti hendaklah seorang yang bersifat neutral.

5) Calon Mufti mestilah seorang yang tidak pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa bagi kesalahan yang dia sedar akan salahnya. Ini termasuklah mengajar tanpa tauliah dan seumpamanya.

6) Calon Mufti mestilah orang yang disegani masyarakat.


Selain itu ada juga pandangan dan analisa pendidikan Dr Asri yang mungkin menjadi punca kekeliruan pemahaman beliau berkaitan bab agama sehingga ke peringkat menghalalkan zakat kepada bukan penganut agama Islam. 

Seperti keratan berita di bawah:





Analisis Ringkas Pendidikan MAZA

Fakta 1 (Sistem Tradisional)

MAZA tidak berguru secara talaqqi dan secara sistem bersanad terutama sanad tadris dimana jika mahu mendapatkannya perlu berguru secara bertalaqqi dan diuji oleh guru-guru secara individual sehingga guru berpuashati dengan prestasi anak muridnya seterusnya memberi keizinan berfatwa.

MAZA tidak melalui sistem pengajian secara tradisi dan juga mempunyai tahap pengetahuan yang sangat rendah terhadap sistem pengajian tradisi dalam Islam...ini terbukti apabila MAZA memperlihatkan ijazah sanad AM beliau di web beliau dan di facebook beliau. Bagi yang memahami sistem ijazah, ijazah ini biasanya untuk orang awam hanya untuk ambil berkat dari para ilmuwan Islam. Ilmuwan yang memahami sistem ini tidak akan menunjukkan ijazah am pada khalayak ramai kerana ia hanya untuk orang awam. Sekali dijelaskan ia untuk orang awam. 

Kita juga tidak dengar MAZA berguru secara serius dan konsisten dengan ulama-ulama besar di dunia ini baik di jordan atau di nusantara. Sebab itu tidak ada rekod beliau khatam kutub sitah dengan siapa secara talaqqi dan di ijazahkan sanad? Tidak ada rekod beliau khatam kitab-kitab fiqh muktabar mazhab 4 dengan siapa? Ini merupakan tradisi SEMUA ulama hadith dan ulama fiqh di dunia, MAZA tidak mengikuti tradisi ulama yang gigih berguru secara bersanad. Ini fakta yang tidak boleh dibantah.

Apabila MAZA kelihatannya langsung tidak mengikuti sistem pendidikan secara talaqqi tradisional, maka menjadi penting kita lihat dan analisis pendidikan formalnya.

Fakta 2 ( pendidikan di universiti)

Sijil Ijazah Sarjana Muda MAZA tertulis Ijazah Bahasa Arab. Tetapi minornya adalah syariah. Disimpulkan disini matapelajaran arab merupakan mata pelajaran utama MAZA di jordan sebab itu ijazahnya ditulis ijazah Bahasa Arab. Disini kita dapat tahu pendidikan formal MAZA dalam ilmu syariah sangatlah terbatas. Kemudian beliau melanjutkan master dalam penyelidikan riwayat sejarah 

Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.

Dari tajuknya sahaja kita sudah tahu bahawa penyelidikan ini tidak memerlukan seseorang itu mendalami kemahiran mentakhrij hadith ( menetukan mana hadith sahih atau tidak) atau melatih seseorang itu mahir dalam usul fiqh atau kaedah fiqh

Tamat master beliau meneruskan penyelidikan dalam hadith tajuk sabab wurud (sebab hadith). Sekali lagi tiada pun kemahiran takhrij hadith (menentukan hadith sahih atau tidak) serta tiada kemahiran usul fiqh atau kaedah fiqh yg diperlukan.

Kesimpulan

Dari fakta 1 dan fakta 2...didapati MAZA bukanlah seorang yang mahir dalam bab menetukan status sesuatu hadith malah jauh sekali MAZA mendalami usul fiqh dan kaedah fiqh apatah lagi perbahasan2 akidah falsafah.

Layakkah seseorang yang berpendidikan di fakta 1 dan fakta 2 jadi seorang mufti yang bertugas mengeluarkan hukum hakam...? Fikir....

Sumber pandangan rakan di Group Whatsapp 

Sent from my iPhone

13 Mac 2015

Blog JUST READ!: Letter To FBI - An agenda against @Zahid_Hamidi ? CC @Malaysiakini

An agenda against Zahid?

Pro-Opposition news portal Malaysiakini and Malaysia Chronicle - despite understanding that nothing was wrong with the letter Zahid Hamidi sent to the FBI over Paul Phua case - continue mounting attacks on the minister.

Not able to distinguish the 'undertone' in the Home Minister's speech in Penang yesterday, they leveraged on it by pitting Zahid against other Umno ministers, notably his predecessors Hishammuddin Hussein and Syed Hamid Albar.


During his era, former premier Tun Dr Mahathir Mohamad himself was Home Minister. During Pak Lah's, Azmi Khalid was. But Zahid was not shooting at them.

What he said during a function at USM was just an 'em-passing' remarks to note how the letter was deemed as a doom for his politics, and how some conscience-blinded friends in Barisan Nasional (especially Umno) were easily-gullible by the Opposition.

Yes, he did say it yesterday, as carried by news portal Malaysiakini:
Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's popularity has dwindled following the saga over a letter he penned to the Federal Bureau of Investigation (FBI) for gambling kingpin Paul Phua.

However, the Umno vice-president said his predecessors had also done the same.
"If I reveal the stack of letters and agreements they had signed with that country (US), they would suffer great shame. But these ministers have denied, nevermind," he said during a speech at Universiti Sains Malaysia (USM) in Penang today.

Zahid drew laughter from his audience when he used the term "besar kemaluannya" to indicate embarrassment, which in the Malay language refers to male genitals.

"Let me suffer the embarrassment, but I don't want to implicate others," he added.
However, Zahid told reporters after the event that he would reveal the support letters penned by other ministers in Parliament.
Anybody will take what he said as something to enlighten the floor, not more than that.

He did not mean to rake the past but he was serious about 'there were letters from the past'. But still, nothing was wrong with the letters written by previous ministers to any governments or foreign agencies if they were meant to provide assistance to Malaysians abroad.

Foreign Minister Anifah Aman, in standing up for Zahid at the height of Paul Phua case, even said that it was our responsibility to help our countrymen abroad, regardless of who they are and what they are.

Taking the 'Bali 9' case in Indonesia, the governments of Australia and other countries too have been applying their diplomatic tools to secure the release of their people although the Indonesian court found them guilty of drug peddling and sentenced them to death.

When anti-Putrajaya NGOs and lawyers gave some hands to fugitives Alvin Tan and Ali Abdul Jalil, nobody said anything against it.

So, what's wrong with Zahid's letter to the FBI. And what's wrong with letters written by former Home Ministers (if any) to help Malaysians in trouble abroad? I think we used to take similar approach to help a few Malaysians duped into working as 'kaldai dadah' in China, Japan and Latin America.

What Zahid and former ministers had done did not cross any line. If we don't help our countrymen abroad, who else would?

The Opposition was only interested to pin down Zahid by linking him to the gambling kingpin, trying to implicate how the Umno vice-president gets 'some sidekicks'.

However, Zahid has denied it. He never asked a single sen from any gambling tauke in Malaysia and abroad. I personally believe there were some offers but he turned it down. Nobody can proof anything about it.

I don't want to say anything about other ministers, deputy ministers and VVIPs who 'got some'...let them! I know, the police knows, some people also know.

To some Malaysians, what Zahid had wrongly done is what the Opposition had done it right and lawful. To pro-Pakatan Rakyat politicians, lawyers, NGOs and media players, they can always do it better that what Putrajaya and Zahid had.

Remember MH370 crisis when Anwar Ibrahim and friends said they could have solved the mystery in 24 hours?

http://justread-whatever.blogspot.com/2015/03/an-agenda-against-zahid.html?m=1


Sent from my iPhone

11 Mac 2015

HELLO YB: Mahfuz kena usik di Dewan Rakyat


11 OKT: Usikan " HELLO YB " dan  " YB HELLO…HELLO!!! " oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar kepada Datuk Mahfuz Omar mencetuskan suasana gamat ketawa ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat, pagi Rabu.

Noh mengusik Ahli Parlimen PAS Pokok Sena yang  sedang membahaskan ucapan terima kasih Titah Yang di Pertuan Agong ketika perasmian Isnin lalu.

mahfuzSebahagian ahli parlimen yang mendengar usikan dan sindiran berterusan dilaungkan Noh ketawa beramai-ramai.

Usikan itu berterusan kerana Mahfuz enggan memberi laluan kepada Noh.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, pada Februari lalu gagal mengadakan tele-sidang dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Omar yang kini ditahan di Australia.

Beliau hanya kedengaran lebih banyak berkata " Hello…Hello" sepanjang tele-sidang itu sambil diperhatikan petugas media yang dijemputnya.

Mahfuz juga gagal mengadakan sidang media bersama Ibu Sirul keesokkannya hingga menimbulkan kemarahan kepada pengamal media yang hadir mahu membuat liputan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah penghakiman diumumkan dan kemudian didapati sudah berada di Australia.

 

Kongsikan Berita Ini...Share on Facebook222Tweet about this on Twitter147

Berita Bertarikh Pada 5:01 PM




Sent from my iPhone

Rencana - POTA Bukan ISA Kitar Semula - Utusan Online cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi @kdnputrajaya

Ahli Parlimen Gesa Tubuh Badan Baru Ambil Alih Kuasa Majlis Peguam

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/PzszKBGHRIM


Sent from my iPhone

09 Mac 2015

BERNAMA - Jabatan Penjara Tolak Permohonan Benarkan Anwar Hadir Parlimen


Datuk Seri Zulkifli Omar 

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Jabatan Penjara tidak meluluskan permohonan bagi membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13.

Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar berkata ia diputuskan selepas pertimbangan dibuat, dan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.

"Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada Rabu, 4 Mac 2015," katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Zulkifli berkata bahawa Jabatan Penjara sebelum ini telah menerima permohonan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Tetuan Daim & Gamany bagi membolehkan Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadiri sesi pertama sidang Parlimen tahun ini dari 9 Mac hingga 9 April.

Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995 memperuntukkan bahawa Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan supaya banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis, setelah berpuas hati terdapat alasan munasabah yang menghendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone