Pengikut Blog Panglima

30 Jun 2015

26,716 PATI ditahan @imigresenmy @kdnputrajaya dalam tempoh enam bulan tahun ini @zahid_hamidi @najibrazak

Dalam jawapan di Dewan Negara Kementerian dalam Negeri menyatakan bahawa seramai 26,716 telah ditahan sepanjang enam bulan tahun 2015 berakhir 23 Jun lalu.

Manakala rekod yang disebut di sini http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/1976-kawalan-pekerja-asing-di-malaysia

seramai 27,161 ditahan dalam tempoh Januari - November 2014.

Ini bermakna jumlah yang ditahan tahun 2015 semakin bertambah berbanding sebelumnya.

Menurut data portal KDN itu juga menegaskan hanya 11.2 % kes jenayah melibatkan warga asing.

Justeru itu kita yakin kemasukan pekerja asing di sektor tertentu yang tidak dipenuhi pekerja tempatan boleh melancarkan pembangunan negara tanpa ada kesan sampingan yang tidak baik kepada kita.

Penguatkuasaan yang berterusan pasti menghalang cubaan untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan undang undang Malaysia.

24 Jun 2015

TAHNIAH : UNIT ELIT @PDRMSIA STING RAMPAS DADAH RM 72 JUTA Tahun 2015 @Kbab51 @Zahid_Hamidi @NajibRazak


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Unit elit Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) telah menjalankan sebanyak 15 operasi sindiket pengedaran dadah dengan jumlah rampasan bernilai RM72.63 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu turut melibatkan tangkapan sebanyak 89 orang, sekali gus membongkar sebanyak tujuh makmal dadah.

"Antara dadah dirampas ialah heroin seberat 261.78kg, syabu (257.4kg), pil Eramin 5 (1.46 juta biji) dan pil Ecstacy (19,522 biji).

"Sementara itu, bagi serbuan ke atas sarang pengedaran dan penagihan dadah iaitu 'Ops Sarang', sebanyak lapan operasi dijalankan dengan 737 tangkapan. Selain itu, 31 individu terlibat dalam pengedaran dadah di 'port' atau sarang penagih yang diserbu, telah dan sedang diambil tindakan," katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, pihaknya turut memberi tumpuan ke atas kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam pengedaran dadah dan sebanyak 17 anggota kongsi gelap ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan itu.

Mohd Mokhtar berkata sepanjang 2014, 19 operasi terancang dilancarkan dengan tangkapan sebanyak 122 orang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dengan jumlah rampasan dadah bernilai RM55.87 juta.

"Tangkapan itu terdiri daripada anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan. Makmal haram yang berjaya dibongkar sepanjang tahun lepas adalah sebanyak enam buah.

"Antara dadah dirampas ialah heroin seberat 141.31kg, syabu (338.47kg), cecair syabu (48.8kg), Ketamin (169.73kg) dan pil Eramin 5 (14,578 biji)," katanya.

Beliau berkata menerusi Ops Sarang, sebanyak 11 operasi dijalankan dan menghasilkan 676 tangkapan, manakala 24 anggota kongsi gelap ditangkap.

Unit elit Sting ditubuhkan pada 30 Jan lepas dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-- BERNAMA

21 Jun 2015

Pemerdagangan manusia: Ahmad @Zahid_Hamidi sahkan beberapa rakyat Malaysia ditahan


Zahid (duduk, tengah) berkata, bukan sahaja waran tangkap malah tangkapan juga telah dilakukan. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beberapa tangkapan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis telah dilakukan.

"Bukan sahaja waran tangkap tapi tangkapan juga telah dilakukan," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa bersama 200 anak yatim dari kawasan Parlimen Bagan Datoh di kompleks beli-belah Sogo pada Sabtu.

Beliau ditanya sama ada waran tangkap telah dikeluarkan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket itu yang terbongkar selepas penemuan kem tahanan di Wang Kelian, yang dipercayai menjadi lokasi mengurung pelarian Rohingya dan pendatang dari Bangladesh.

Beliau bagaimanapun enggan menyebut jumlah sebenar waran tangkap yang telah dikeluarkan.

"Tak perlu sebut jumlah, tetapi ia satu jumlah munasabah mengikut laporan dan siasatan yang kita lakukan," katanya.

Pada Mei lepas negara digemparkan dengan penemuan 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Setakat ini, 106 mayat dilapor telah dijumpai.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan bahawa beberapa dalang sindiket telah diserahkan pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata kerajaan kini sedang dalam proses mengekstradisi suspek utama sindiket berkenaan yang dikenali sebagai 'Yassin' yang telah ditahan pihak berkuasa Thailand.

"Ekstradisi sudah dijalankan dan sedang diusahakan. Kita akan lakukan pendakwaan apabila Yassin dibawa ke mari," katanya.

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerdagangan-manusia-ahmad-zahid-sahkan-beberapa-rakyat-malaysia-ditahan-63135

20 Jun 2015

Malaysia Mohon 8 Suspek Rampas Orkim Harmony Diekstradisi - @Zahid_Hamidi @Bernama

Malaysia Mohon Lapan Suspek Rampas MT Orkim Harmony Diekstradisi - Ahmad Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATOH, 20 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini untuk menghadapi pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya permohonan esktradisi itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia agar siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut setelah siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.

"Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailand yang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh di sini malam tadi.

Lapan suspek itu yang merupakan warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi semalam.

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan orang dalam berhubung kejadian itu, bagaimanapun siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung perkara itu.

"Ada baiknya kita tunggu siasatan daripada pihak berkuasa Vietnam dan PDRM yang akan melakukan siasatan terperinci serta pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk melakukan pendakwaan," katanya.

MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal milik Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Operasi menyelamat kapal berkenaan yang dirampas lapan perampas berakhir semalam dengan kesemua anak kapal itu dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak warga Indonesia Mavit Matin, 46, cedera di paha kerana ditembak perampas, telah diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan suspek yang ditahan pihak berkuasa Vietnam merupakan lanun yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pengesahan itu dibuat selepas pihak berkuasa Vietnam memaklumkan kepada APMM.

"Sebelum ini mereka merupakan suspek sahaja, tetapi selepas disiasat dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam mereka adalah lanun yang merampas kapal berkenaan.

"APMM buat masa ini sedang berunding dengan Vietnam untuk membawa mereka pulang ke negara ini bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya APMM telah memulakan siasatan sejak dalam perjalanan membawa pulang kapal berkenaan ke Pelabuhan Kuantan, yang diiringi KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"APMM sedang membuat siasatan terperinci dan mengambil setiap bukti yang ada terhadap kapal itu seperti mengambil cap jari serta mengambil keterangan daripada 22 kru kapal," katanya.

Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata semalam pihaknya telah menunjukkan gambar tersebut kepada tukang masak yang cedera di tembak di paha kiri oleh salah seorang lanun untuk tujuan pengecaman, dan dia mengesahkan lapan individu dalam gambar berkenaan merupakan perampas terbabit.

"Sekarang kes ini TLDM serahkan sepenuhnya kepada APMM untuk sebarang perkembangan terkini mengenai kapal terbabit," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1145840

17 Jun 2015

Inside job cannot be ruled out in tanker disappearance: @Zahid_Hamidi

16 JUNE 2015 @ 2:38 PM

KUNDASANG: Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said today an "inside job" cannot be ruled out in the disappearance of a Malaysian tanker in the waters off eastern Johor on June 12.

He said that based on his experience as the defence minister at one time as well as taking into account the position of the tanker when it disappeared, it was most probably robbery at sea aided by an "inside job."

The tanker, believed to be carrying about 6,000 tonnes of petrol, went missing in the waters near Tanjung Sedili, Johor. It had 22 crew on board.

"With our 'eyes in the sky' (air patrols by Malaysia, Thailand, Singapore and Indonesia), there is no more piracy.

"What happened was 'sea robbery'. From what can be gleaned from the information received, knowledge of where the tanker was and what it was carrying could not have been obtained without inside help," he said.--BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.nst.com.my/node/88470?m=1

13 Jun 2015

WEB RUJUKAN DATA GEMPA BUMI MALAYSIA

Pagi ini empat kali gempa berlaku di Rantau.

Sehingga Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berikut seperti sms yang dihantar :

RM0.UM.13/06: PM Najib arah semua agensi kerajaan berkaitan ambil tindakan ekoran kejadian gempa bumi 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau pagi tadi.

DATA lengkap kejadian gempa dan skala Richter anda boleh rujuk di sini :

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1717&Itemid=1635

Setiap yang berlaku tentu ada sebabnya.

Ada mengatakan ia berpunca dari tindakan pelancong berbogel di atas puncak gunung.

Wallahu A'lam.

Punca sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.

Pelancong terlibat juga telah ditahan dan mereka telah dijatuhkan hukuman.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan :

RM0.UM.12/06: EMPAT pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu di hukum penjara tiga hari dan denda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Mari kita berdoa dan bertaubat kerana banyak gempa bumi petanda dunia hampir dekat dengan kiamat.

Baca petanda kiamat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

Blog Jebat Must Die Tuduh Husni Menipu Di RTM1 Semalam #1MDB

Panglima telah membaca tulisan beliau menuduh beberapa penipuan telah dibuat oleh MK2 (Menteri Kewangan 2) semasa dialog khas di RTM 1 semalam.

Tulisan beliau klik sini

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/06/04/husni-hanadzlah-and-the-misrepresentation-of-1mdb-facts/

Boleh sesiapa berikan jawapan benar atau tidak tulisan blogger JMD ini atau sebagai sebaliknya.

Dalam perkembangan lain ramai berpuas hati dengan penjelasan duit 1MDB ke mana pergi.

Namun bukan senang mahu memuaskan hati semua orang.

Harap semua sabar memberi jawapan dan lebih-lebih lagi menunggu jawapan.

05 Jun 2015

Watch "DIALOG PM @NajibRazak BERSAMA NGOs" on YouTube #LIVE STREAMING Esok

klik https://youtu.be/jttQX1HEbmg

Tun M dijangka hadir....

Blog Jebat Must Die Tuduh Husni Menipu Di RTM1 Semalam #1MDB

Panglima telah membaca tulisan beliau menuduh beberapa penipuan telah dibuat oleh MK2 (Menteri Kewangan 2) semasa dialog khas di RTM 1 semalam.

Tulisan beliau klik sini

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/06/04/husni-hanadzlah-and-the-misrepresentation-of-1mdb-facts/

Boleh sesiapa berikan jawapan benar atau tidak tulisan blogger JMD ini atau sebagai sebaliknya.

Dalam perkembangan lain ramai berpuas hati dengan penjelasan duit 1MDB ke mana pergi.

Namun bukan senang mahu memuaskan hati semua orang.

Harap semua sabar memberi jawapan dan lebih-lebih lagi menunggu jawapan.

03 Jun 2015

Malam Ini #LIVE Program Khas Isu #1MDB Oleh Menteri Kewangan II

Jemput semua saksikan.

Lebih 14 Menteri Hadir Mesyuarat di Hotel Majestic

video dan laporan klik

https://youtu.be/2c5qAvZjLi0

Tiada butiran diberikan berkenaan.mesyuarat tersebut.

Mungkin ada sesuatu perkara yang menggemparkan memerlukan mesyuarat seperti ini dilakukan.

02 Jun 2015

PM @NajibRazak : Letak Jawatan Jika Tidak Bersama #1MDB


Letak jawatan jika tidak bersama

Najib nyatakan pendirian tegas dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat berhubung pemulihan 1MDB
MOHD. ASRON MUSTAPHA | 01 Jun 2015 2:35 AM

2671 13 Google +0


KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.


Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net.

“Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/letak-jawatan-jika-tidak-bersama-1.98002#sthash.bQqTUGu4.dpuf

01 Jun 2015

Kadir Jasin Tulis Pelabur Arab Suntik RM 16.4 Billion Bantu 1MDB - Sebelum Ditutup Tahun Hadapan


Kadir Jasin memang dikenali pro Tun M. Beliau kini menulis tanpa halangan di blog beliau sendiri di sini http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/nak-tutup-1mdb-tapi-berhutang-lagi.html

Terbaru cerita 1MDB timbul lagi. Kisah dana arab untuk tutup hutang 1MDB. 

Adakah ada gosip anda pernah dengar bahawa serangan terhadap Habib-Habib  di Malaysia melalui Utusan Malaysia termasuk dalam perjanjian bantuan berbillion ringgit ini ? Harap ia bukan pertukaran wang dengan maruah ulama keturunan Nabi.

Di saat jawapan balas dilakukan oleh pihak Najib, penyokong Tun M nampaknya tidak memperlahankan serangan mereka.

Di bawah sudah terdengar gosip Najib akan turun bulan Jun ini. Wallahu A'lam.

Tun M tidak berkuasa menaikkan sesiapa dan hanya Allah akan menentukan segalanya.

Sebagai pihak tidak sebelah mana-mana kecuali pihak Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan maka pandangan Kadir Jasin boleh jadi benar dan boleh jadi tidak.

Jika sudah sampai ke peringkat melampau membuat fitnah maka elok disaman sahaja.

Mungkin keberanian itu akan menunjukkan tidak ada yang mahu disembunyikan oleh Perdana Menteri.

Kita yakin anak Bugis akan terus bertarung hingga akhir langkah pendekar !

Hidup PM !!!


Pesanan : jawab apa yang dibangkitkan berkenaan 1MDB dan jangan hina Tun M atau lari dari persoalan yang diutarakan oleh beliau.

Setakat ini jawapan balas PMO memang hebat dan sangat viral. Syabas !


Saiful Bukhari Tarik Saman @Anwaribrahim


Tidak Mampu Biayai Kos Guaman, Mohd Saiful Tarik Balik Saman



KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas ketuanya berhubung kes liwat II kerana tidak mampu membiayai kos guaman.

Mohd Saiful, yang kini bekerja sebagai ejen insurans, berkata beliau mempunyai kes dan hujah kukuh dalam kes saman itu namun proses perundangan kadang-kala mengambil masa yang panjang untuk sampai ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah.

"Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membuktikan kebenaran laporan polis yang saya buat pada 2008," katanya dalam kenyataan akhbar yang diperoleh daripada peguamnya Zamri Idrus.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian liwat itu telah dibuktikan benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwatnya.

"Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan bercakap benar," katanya.

Mohd Saiful juga berkata beliau tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman itu kerana tidak mahu perbicaraan kes saman itu dieksploitasi untuk kepentingan pihak tertentu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala isi kandungan dalam laporan polis yang saya buat terhadap Anwar," katanya.

Pada 23 Jun tahun lalu, Mohd Saiful, 30, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, memfail saman itu kerana mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar telah menuduhnya sebagai memfitnah dan berkonspirasi terhadap Ketua Umum PKR itu dalam laporan polis pada 28 Jun 2008.

Pagi tadi Mohd Saiful, melalui peguamnya menarik balik saman itu dan perintah penarikan saman direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1139982

Kenapa Mufti Dr Asri @RealDrMaza Serang Pegawai Kerajaan Dr Zamihan Kait Syiah & KDN ???



Saya membaca status FB dipercayai dimuatnaik oleh beliau atau admin FB miliknya berkenaan dengan Ustaz Zamihan yang memuatkan video berkenaan potongan ceramah Zamihan yang menyebut nama Asri dan Fathul Bari. 

Beliau cuba membawa senario jika Nabi ada sudah tentu baginda akan malu dengan perangai Zamihan yang keras dan kasar mengkritik beliau.

Beliau juga memberitahu agar KDN tidak dikaitkan dengan ektremis kerana mempunyai pegawai seperti Ustaz Zamihan.

Sebelum ini beliau juga menuduh Ust Zamihan mempunyai guru syiah. Selepas itu beliau juga pernah menyaman Ust Zamihan sebanyak RM 10 juta. Kisahnya sila baca di sini http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/asri-sijil-palsu-ust-zamihan-satu.html

Dalam jawapan balas Ust Zamihan menyatakan bahawa beliaulah orang yang telah menentang syiah dan membentangkan bahaya syiah kepada pihak tertinggi negara. 

Bukan itu sahaja fahaman Islam Liberal atau Wahabi atau ajaran sesat seperti Kahar yang mengaku Rasul Melayu turut menjadi tugas utama beliau sebagai pegawai di KDN.

Maka tindakan cuba meletakkan KDN di dalam konflik beliau dengan Zamihan berkenaan hujjah agama bab khilaf dan akidah yang telah lama berlaku antara mereka berdua satu tindakan tidak tepat.

Pelawaan debat oleh Zamihan sepatutnya menjadi platform kepada Asri untuk menyelesaikan konflik beliau dengan pegawai Jakim yang dipinjamkan ke KDN ini. Sudah lama tawaran debat diajukan oleh Zamihan kepada Asri namun diam hingga kini.

Sejarah Asri ditahan kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor masih kita ingat lagi dan begitu juga komen beliau berkenaan politik negara yang membawa kepada fitnah Perdana Menteri akan dikenang sebagai lipatan sejarah beliau sebagai ahli agama yang suka memberi kenyataan tanpa memeriksa terlebih dahulu info yang disampaikan.

Pada 18 Nov 2009, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah  Rendah Syariah Gombak Timur  di atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa  tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara  pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 Nov tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman  denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau  kedua-duanya sekali


Dalam uslub dakwah tidak ramai yang bersikap keras pada perkataan mereka kecuali beberapa orang seperti Ust Zamihan dan Ustaz Azhar Idrus.

Latar belakang Terengganu dan Kelantan barangkali menjadikan perkataan mereka dilihat agak keras padahal ia satu budaya di kalangan rakyat kedua negeri tersebut.

Mereka layak digelar pewaris Umar Al Khattab di dalam membela akidah dan fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Hal ini tidak salah kerena yang menjadi kemarahan mereka sebagai orang alim ialah pandangan yang salah dan ditolak majoriti ulama yang cuba disebarkan untuk diambil oleh masyarakat. 

Mereka bukan jenis suka mengeji berkata kesat sesuka hati namun meluahkan kemarahan atas penyelewengan agama yang ditolak majoriti ulama.

Jika majoriti ulama menerima wahabi sudah tentu Zamihan tidak akan mengecam sebegitu rupa.

Soalnya antara perkataan kasar dengan fitnah, yang manakah lebih berdosa ???


Hayati hadis Nabi saw berkenaan manusia akhir zaman yang akidah rosak namun nampak begitu islamik.


Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)


Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Kefasikan Berleluasa
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

Penindasan Terhadap Umat Islam
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Namanya Saja Islam
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)

Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/06/06/zaman-yang-paling-rasulullah-saw-takuti-2/

Video Wanita Mengamuk klia2 Lewat Naik @Airasia



72 + 55 Dalil #Wahabi Ialah Fahaman Yang 'Benar' Dalam #Islam cc @RealDrMaza @DrFathulBari @UMOnline


Assalamualaikum sahabat semua... semoga diredhai Allah sentiasa...

Perkongsian pagi ini tentang sumber rujukan berkenaan fahaman dalam Islam yang sudah terpecah dan kali ini tentang fahaman wahabi.

Kenapa kita bersungguh menjelaskan hal ini walhal ia hanya khilaf ulama - kata setengah orang.

Sebenarnya isu wahabi isu melibatkan akidah. Menyamakan Allah dengan makhluk boleh merosakkan akidah. Ibadah dengan akidah rosak akan menghasilkan kemurkaan Allah dan tidak ada ganjaran syurga kepada pemiliknya.

Wahabi juga fahaman ditolak majoriti ulama dunia Islam. Perhatikan kajian di sini

Dalil ini hasil susunan Darul Fatwa Australia sangat bagus kerana lengkap dengan perbandingan dan juga sumber kita yang dirujuk.

72 Dalil Wahabi adalah ajaran 'sangat benar' di sisi Islam...


http://darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ahlussunah.pdf


Mohon dikhabarkan kepada teman-teman hal ini.


Sekian wassalam.


Sekiranya tidak mencukupi boleh rujuk juga di sini :


55 dalil kesesatan wahabi  sumber dari http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/02/55-dalil-kesesatan-wahabi-by-hamba-yang.html

Adakah Puak Sesat Wahabi ini Lebih Baik dari Golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah? senarai kesesatan wahabi? kerana puak sesat wahabi ini wajib di basmi. lihat di bawah: 1. Golongan yang membawa Aqidah Yahudi (Allah duduk@bersemayam). 2. Golongan yang beriman kepada sesetengah ayat dan kafir dengan sesetengah ayat Al-Quran. 3. Golongan yang menolak Takwil pada sesetengah ayat, dan membolehkan Takwil pada yang mengikut nafsu mereka. 4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S. 5. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam(Rujuk pandangan ibn Taimiyyah). 6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asa’rie dan seluruh Ummat Islam yang berpegang kepada method Aqidah yang telah disusuh oleh Imam tersebut. 7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. 8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawawi dan Seluruh Ulama’ Islam yang mengikut (Asya’irah dan Maturidiyyah). 9. Golongan yang mengdhoifkan hadi-hadis shohih dan mengshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani). 10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dariGuru atau Syeikh, hanya membaca. 11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW. 12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-najdi). 13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat; Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka mahu menjajah Mekah dan Madinah. 14. Golongan yang menghancurkan turath(sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi’, Bukit Uhud dan sebagainya) 15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait. (kononnya bagi wahabi; semua ahlul bait syiah@ sesat) 16. Golongan yang bersalahan dengan Ijma’ para Shohabah, Tabi’in, Salaf, khalaf dan seluruh Ulama’ ASWJ. 17. Golongan yang mendakwa Aqal tidakboleh digunakan dalam dalil syarak, dengan menolok fungsi Aqal.(ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan Aqal) 18. Golongan yang mengejar syuhrah(pangkat, nama, promosi,kemasyhuran) dengan menggunakan fahaman salah mereka terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. (Malah Al-Quran dan As-Sunnah bebas daripada apa yang wahabi war-warkan) 19. Golongan yang mengdhoifkan hadis solat terawikh 20 rakaat.(Albani) 20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani) 21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut.(Albani) 22. Golongan yang memperlecehkan Imam Abi Hanifah R.A.(Albani) 23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT. 24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan(hidup) di kubur Nabi Muhammad SAW.(Albani) 25. Golongan yang melarang membaca “Sayyidina” dan menganggap perbuatan itu bida’ah sesat. 26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran ke atas si mati dan membaca Talqin. 27. Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan.(Albani) 28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana’(tidak akan kekal).(ibn Taimiyyah) 29. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika “aku talaq kamu dengan talaq tiga “. (ibn Taimiyyah. 30. Golongan yang Mengisbatkan(menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah, mengatakan Allah turun seperti turunnya. (Ibn Taimiyyah) 31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis(penipuan dan pengubahsuaian) di dalam kitab-kitab ulama’ yang tidak bersependapat dengan mereka. 32. Golongan yang mengkafirkan sesiapa orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini.(Albani) 33. Golongan yang mengbid’ahkan seluruh ummat Islam. 34. Golongan yang menghukumkan syirik terhadap amalan ummat Islam. 35. Golongan yang membawa ajaranTauhid 3 dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhamad SAW. (Ibn Taimiyyah) 36. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai Tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW ajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhamad abd Wahab) 37. Golongan yang membolehkan memakai lambang “salib” hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan rasmi kerajaan, ianya tidak kufur. (Bin Baz) 38. Golongan yang membiyayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Ummat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahabi Saudi) 39. Golongan yang memberi Syarikat-Syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahabi Saudi) 40. Golongan yang memecahbelahkan Ummat Islam dan institusi kekeluargaan. 41. Golongan yang mengharamkan Maulud dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban. 42. Golongan yang menghalalkan meletupkan diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine) 43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Asya’irah dan Maturidiyyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain. 44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan memburukkan nama baik & murni Islam. 45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand. 46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia. 47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama’ ASWJ yang muktabar. 48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWJ. 49. Golongan yang Minoriti dalam dunia, malah baru setahun jagung. 50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka. 51. Golongan yang Jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi mahu buat fatwa sesuka hati. 52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.(sehinggakan solat pun guna mazhab Albani shj) 53. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berliwat, tidak menghormati ulama’, mengutuk para Alim Ulama’, tidak amanah dengan Ilmu dan Agama Islam. 54. Golongan yang tiada hujjah dalam ajaran mereka. 55. Golongan yang membawa jaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab oleh ulama ASWJ.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Pandangan dari Kitab Muktabar oleh pelajar pondok terhadap kecaman Dr Asri




Youtube lain untuk ditonton berkenaan isu wahabi

Muffti Kedah: Fathul Bari & Dr. Asri penganut ajaran sesat Wahabi (bukan Ahlusunnah)
https://www.youtube.com/watch?v=_CVTt...

Syeikh Wahabi mengaku liwat
https://www.youtube.com/watch?v=xdc6k...

Cara wahabi (terrorist) meminum arak
http://youtu.be/3Vc1LUnceXU

Fatwa kontroversi Wahabi, perempuan menyusukan lelaki dewasa
https://www.youtube.com/watch?v=R0rzc...

Muhammad bin Abdul Wahhab: Menyanyi di rumah pelacur lebih baik dari berselawat!!!
https://www.youtube.com/watch?v=UzKYz...

Dr Ahmad Karimah: Qaradhawi terkeluar dari agama Islam
https://www.youtube.com/watch?v=uK6WG...

Tidak ada yang tersisa di muka bumi kecuali dikafirkan oleh Salafi/Wahabi
https://www.youtube.com/watch?v=3mMpz...

ISIS dalam riwayat Saidina Ali
https://www.youtube.com/watch?v=XWvLW...

Ahli Sunnah Wilayah Dhi Qar, Selatan Iraq turut perangi terrorist ISIS
https://www.youtube.com/watch?v=98aU-...

Rejimen Sunni Basrah dibentuk untuk perangi terrorist Takfiri/Wahabi
https://www.youtube.com/watch?v=pz45c...

Univeriti Al-Azhar wasatiyah & memerangi terrorist Wahabi
https://www.youtube.com/watch?v=8B-LP...

Prof Dr. Mehmet Görmez mengulas tentang terroris takfiri ISIS (Wahabi)
https://www.youtube.com/watch?v=uMxTy...

Kabilah Sunni Basrah sahut seruan perangi ISIS
https://www.youtube.com/watch?v=sgWOJ...

Ahli Sunnah Iraq istihar Jihad perangi terrorist ISIS (Wahabi)
https://www.youtube.com/watch?v=_zja2...

Isham al Misri Wahabi musnah masjid dan gereja Kristian
https://www.youtube.com/watch?v=fGCmv...

Syeikh Ali Atiyya: FSA adalah terrorist, Amerika akan bunuh mereka di akhir konflik
https://www.youtube.com/watch?v=-XmOB...

Dr Ahmad Karimah: Takfiri/Wahabi memusnahkan umat
https://www.youtube.com/watch?v=vmtVl...

Dr Mansur Mandur: Jangan terlalu mudah mengkafirkan orang lain
https://www.youtube.com/watch?v=yZjSN...

Syeikh Zuhair al Ja'id: Konspirasi sampai ke peringkat Sunni membunuh Sunni
https://www.youtube.com/watch?v=mz_2S...

Syeikh Ahmad Zain: Persidangan Perpaduan Islam menjawab propaganda Takfiri (Wahhabi)
https://www.youtube.com/watch?v=zDbsv...

Aliran Wahabi halalkan penumpahan darah umat Islam [Jawapan kepada Dr. Asri]
https://www.youtube.com/watch?v=cp0yF...

Penghinaan terhadap mufti Kedah & Sunni minta Wahabi berhenti mengkafirkan umat Islam
https://www.youtube.com/watch?v=sQSbl...

Sidang Media Isu Wahabi dan Syiah Dr AZiz Hanafi dan Ustaz Abu Syafiq
https://www.youtube.com/watch?v=U_2rG...

Ulama Sunni Tunisia: Wahabi dicipta dan direkrut oleh Yahudi
https://www.youtube.com/watch?v=PMVdO...

Kitab Tafsir Sunni: Golongan Wahabi ialah Hizbussyaitan (Parti Setan)
https://www.youtube.com/watch?v=QjHyn...

Tawassul, Wahabi halalkan darah umat Islam
https://www.youtube.com/watch?v=vLr7t...

Ulama Sunni: Ibnu Taimiyah punca terrorisme di zaman ini
https://www.youtube.com/watch?v=eQ0NO...

Isteri militan wahhabi digiliri beberapa lelaki atas nama jihad nikah!
https://www.youtube.com/watch?v=JGqij...


Wahhabi: Asya'irah dan Maturidiyyah terkeluar dari Ahlusunnah!
https://www.youtube.com/watch?v=exDlE...


Beza Wahhabi dengan Sunni dalam akidah dan furu'
https://www.youtube.com/watch?v=zD64n...


Mufti Mesir: Wahabi anjing neraka
https://www.youtube.com/watch?v=QDceQ...


Wahhabi: Asya'irah dan Maturidiyyah bukanlah Ahlusunnah
https://www.youtube.com/watch?v=N_RXr...


Kekafiran orang yang memanggil ibnu taimiyah sebagai Syeikhul Islam
https://www.youtube.com/watch?v=npZoe...


Bukti Wahhabi mengkafirkan mazhab Syafi'ie
https://www.youtube.com/watch?v=H3OdD...


Ulama Sunni Iran akui kewujudan Wahhabi
https://www.youtube.com/watch?v=1bd-s...


Akibat terlalu bencikan Syiah, Syeikh Wahabi kerasukan setan
https://www.youtube.com/watch?v=-1VsR...


Video lain :