Pengikut Blog Panglima

20 September 2015

TPM Malaysia @Zahid_Hamidi Buat Kunjungan Hormat Presiden Indonesia @Jokowi | WartaDaily MY

J‎AKARTA, 20 Sept - Datuk Seri Dr Ahmad Z‎ahid Hamidi hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia J‎oko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.

‎Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual l‎awatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia.‎

‎Sewaktu kunjungan hormat itu, Ahmad Zahid diiringi isterinya Datin Seri ‎Hamidah Khamis, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ibrahim A‎bdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ali Besar.‎

‎Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja empat hari di Indonesia sejak Jumaat.

Ini lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik sebagai Timbalan P‎erdana Menteri pada 28 Julai lepas.‎

Ahmad Zahid juga sebelum ini menjadi Menteri pengiring ketika Presiden Indonesia itu mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada awal tahun ini.-Suraya Ahmad (WD MY)

http://wartadaily.com.my/kunjugan-hormat-tpm-kepada-presiden

16 September 2015

#Merah916 - Amaran TPM @Zahid_Hamidi : Jangan Sentuh Perkauman


Perhimpunan: Jangan Sentuh Sensitiviti Perkauman – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 15 Sept – Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana yang dilakukan terhadap perhimpunan Bersih jika mereka mengingkari arahan dan menyentuh sensitiviti perkauman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis akan memantau aktiviti perhimpunan baju merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.

"Walaupun perhimpunan itu mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis telah menentukan beberapa syarat terutamanya perarakan dari lima tempat untuk ke Padang Merobok mesti tidak dicemari dengan kain rentang, poster atau kata-kata kesat yang menyentuh soal-soal sensitiviti perkauman dan perkara-perkara dalam Akta Hasutan.

"Polis akan merampas kain rentang dan poster (menyentuh isu perkauman). Kita akan mengambil tindakan sebagaimana yang kita ambil dalam perhimpunan Bersih," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta konvoi Asean Ride di sini hari ini.

Kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu itu.

Semalam, DBKL membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman itu di Padang Merbok.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu bukan program UMNO sebaliknya dianjurkan gabungan pelbagai NGO yang menyokong perhimpunan itu bagi memperlihatkan maruah seorang individu tidak seharusnya dipermainkan apa lagi dijatuhkan.

"Saya berharap mesej ini difahami semua. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama, kita harus menghormati antara satu sama lain," katanya.

Ahmad Zahid memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau tidak akan berada di lokasi perhimpunan kerana berada di Sabah untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.

"Saya berharap perhimpunan (Rakyat Bersatu) tidak dikonotasikan sebagai melawan arus gelombang kuning dengan gelombang merah.

"Ini sekadar manifestasi bagaimana jauh di sudut hati mereka yang dicabar maruahnya, disuarakan untuk memperlihatkan bahawa tidak perlu adanya provokasi dilakukan oleh mana-mana indvidu atau pemimpin organisasi sama ada berdaftar atau tidak.

"Tentunya apabila empat kali perhimpunan baju kuning diadakan, saya fikir tidak perlu risau baju merah yang hanya berkumpul sekali," katanya.

Semalam, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas menilai pelbagai pendapat daripada komponen parti BN berkata perhimpunan aman itu boleh diteruskan namun ia perlu mematuhi undang-undang.

Najib turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963.

http://www.umno-online.my/2015/09/15/perhimpunan-jangan-sentuh-sensitiviti-perkauman-ahmad-zahid

10 September 2015

Wartawan jangan jadi pengadu-domba - TPM @Zahid_Hamidi

Wartawan jangan jadi pengadu-domba

MAISARAH SHEIKH RAHIM DAN ADLINAHANI KHALIL
10 September 2015 4:33 PM

KUALA LUMPUR 10 Sept . - Para wartawan dalam pelbagai dimensi di negara ini perlu berhati-hati supaya tidak menjadi penyampai mesej yang mengadu-domba, memesongkan isu dan menimbulkan kacau-bilau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai wartawan di Malaysia, mereka tidak boleh berkarya menggunakan kaca mata barat, topeng orang luar dan berasaskan nilai-nilai sejagat semata-mata.

Sebaliknya, tegas beliau, golongan pengamal media itu perlu bertindak dengan kefahaman untuk membina, positif serta bermaruah berdasarkan panduan dan kebijaksanaan tempatan serta berjiwa negara.

"Kebebasan mesti diiringi dengan tanggungjawab. Saya berharap para wartawan di Malaysia sentiasa melihat sesuatu isu kebebasan ini secara komprehensif, adil dan mengambil kira kepentingan umum dan bukan dari sudut sensasi semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysoa MPI-Petronas 2014, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/wartawan-jangan-jadi-pengadu-domba-1.134191#sthash.rAHAVcan.dpuf

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Muhyiddin Dan Shafie Atas Komitmen Kekal Setia Bantu Parti PRU14

MT UMNO: Tiada pemecatan; Muhyiddin dan Shafie setia 


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Desas-desus kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan digantung atau dipecat keahlian mereka hari ini terbukti tidak benar.

Sebaliknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Muhyiddin dan Shafie telah menyatakan kesetiaan kepada parti.

"Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan kesetiaan beliau kepada UMNO dan kesanggupan dia untuk terus berjuang bagi memastikan kekuatan UMNO dan kejayaan parti dalam pilihan raya yang akan datang.

"Jadi atas komitmen beliau itu, saya mengucapkan terima kasih. Saya juga mengucap terima kasih kepada Datuk Seri Shafie yang telah melahirkan komitment yang sama. Beliau juga telah menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi parti," kata Najib.

Najib bercakap demikian kepada media dalam sidang akbar selepas mempengerusi mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini petang tadi.

Mesyuarat itu yang pertama diadakan sejak pengguguran Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Shafie sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam rombakan Kabinet pada 29 Julai lalu.

Najib berkata, mesyauarat tersebut berlangsung dalam suasana baik dan menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi.

Muhyiddin, Shafie dan Mukhirz sebelum ini disebut-sebutkan akan digantung atau dipecat keahlian UMNO masing-masing dalam mesyuarat MT UMNO hari ini.

Sementara itu, Najib turut menegaskan, UMNO tidak terlibat dalam penajaan Perhimpunan Rakyat di Bukit Bintang di sini pada 16 September ini.

Najib bagaimanapun mengakui ada pemimpin-pemimpin UMNO yang mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang merasakan patut terlibat dalam perhimpunan jalanan tersebut.

"Pendirian UMNO kita mesti patuh kepada undang-undang negara dna pihak berkuasa. Apa-apa arahan polis mesti dipatuhi pihak penganjur termasuk tempat dan peraturan.

"Tidak boleh dan tidak dibenarkan merosakkan keamanan dan ketenteraman negara. Tentu sekali tidak boleh dijadikan platform berbau perkauman. Ini kita tolak," kata Najib.

Najib juga berkata, Perhimpinan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember nanti. - UTUSAN ONLINE

by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 8:07 PM yesterday




alhamdulillah mesyuarat semalam berlangsung dengan jayanya. semoga ia akan menghalang usaha menghancurkan UMNO melalui serangan dari dalam dan dibantu jentera pembangkang yang sentiasa menunggu untuk mencari isu memecah belahkan kita.


SOP Pengurusan Bencana Diperkemas - TPM @Zahid_Hamidi @501Awani

06 September 2015

Watch "MAKKAH in 1953 must see" on YouTube

https://youtu.be/Z8PCxFNIwN0

Watch "Khairy Jamaluddin pertimbang gantung FAM" on YouTube

https://youtu.be/f3TBNUWeJJA

Watch "Parking kereta Volkswagon guna remote dari handphone" on YouTube

https://youtu.be/KH1YiK6NBio

9 Jawapan Tuduhan Mahathir Kepada @NajibRazak Berkait Ekonomi

Gesaan Tun M Untuk Turunkan Najib Bagi Pulihkan Ekonomi Adalah Dangkal

1. Kata Tun Dr Mahathir dalam blognya –"selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalah gunakan."

2. Secara terbaliknya, Tun M mendakwa "jika Najib dijatuhkan maka ekonomi akan meningkat, nilai Ringgit akan meningkat, saham akan meningkat, kos sara hidup menurun, hutang negara akan berkurangan, pengangguran akan berkurangan dan berbilion duit rakyat tidak disalah gunakan."

3. Bunyinya macam hebat, tetapi sebenarnya kenyataan Tun M ini tidak bersandarkan realiti dan fakta. Realitinya bukan hanya ekonomi dan matawang Malaysia sahaja yang terjejas, sebaliknya ia adalah fenomena global dan serantau yang menjejaskan ekonomi dan matawang kebanyakan negara.

4. Fakta (1), sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat dan kekal stabil. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2008 adalah 4.8%, 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%) dan 2015 (4.9% - terbaru). Dari segi perbandingan antara negara pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.

5. Fakta (2), bukan sahaja Ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Dollar Australia antara yang jatuh teruk. Nilai Ringgit pernah meningkat 6% dan Dollar Australia pula pernah meningkat 7% terhadap Dollar AS. Bagaimanapun sehingga pertengahan bulan Ogos, Ringgit telah mengalami penurunan sebanyak 13.33%, Rupiah Indonesia 9.88%, Won Korea Selatan 8.35%, Baht Thailand 6.99% dan Dollar Australia pula lebih 20%. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh? Antara faktor paling utama, nilai Yuan China menurun, harga komoditi yang rendah dan spekulasi peningkatan kadar faedah AS. Matawang negara-negara Asia jatuh berikutan penurunan nilai matawang oleh China yang dikatakan sengaja dilemahkan bagi meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Dijangka China akan menurunkan nilai Yuan sehingga 10%. Ketika ini, penurunan Yuan baru sekitar 4.61 %. Harga minyak mentah global, Brent yang turun sehingga 29% sejak bulan Mei memberi kesan kepada Malaysia yang sejumlah pendapatannya datang dari sumber minyak. Pengeksport komoditi lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand juga mengalami kemerosotan kerana kebanyakan komoditi diniagakan menggunakan Dollar AS. Seperti Malaysia, Australia juga turut terjejas dengan penurunan Yuan kerana jumlah eksportnya  yang tinggi ke China.

6. Fakta (3), selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1 peratus diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38 peratus. Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak - 6.7%, 'Emerging Markets' (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)

7. Fakta (4), jika Tun M mendakwa GST menjadi faktor peningkatan kos sara hidup, maka sudah tentu rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%).

8. Fakta (5), dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia. Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura.

9. Fakta (6), sejak Najib menjadi Perdana Menteri, biarpun jumlah hutang negara meningkat kerana Hutang Negara diberikan takrifan baru oleh IMF, namun usaha untuk mengurangkan hutang telah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsisten. Defisit perbelanjaan tahunan menurun sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu dari 6.7% pada tahun 2009, kepada 5.4% (2010), seterusnya 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014) dan dalam bajet 2015, 3.0%, tetapi dinaikkan sedikit kpd 3.2% akibat penurunan harga minyak dunia dan bencana banjir besar.

10. Fakta (7), peratus hutang terhadap GDP Malaysia ini masih rendah, iaitu 52.8% berbanding AS (102%), Jepun (230%), Italy (132%), Singapura (99%), UK (89.4%) dan Jerman (74%).

11. Fakta (8), kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.1%. Kadar ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Australia (6.3%), China (4.04%), UK (5.6%), Jerman (4.7%), AS (5.3%), Jepun (3.3%), Indonesia (5.8%), New Zealand (5.9%), Korea Selatan (3.7%), India (4.9%) dan Itali (12%).

12. Fakta (9), sehingga hari ini Tun M masih gagal membuktikan Najib menyalah gunakan berbilion duit rakyat. Mulanya Tun M mendakwa RM42 bilion hilang, kemudian mendakwa hanya RM27 bilion hilang. Apabila dibuktikan kesalahan pengiraan Tun M, Tun M mendakwa sebanyak AS$1 bilion pula hilang. Kemudian Tun M mendakwa AS$700 juta dilesapkan ke dalam akaun Jho Low. Hari ini Tun M mendakwa kononnya RM2.6 bilion dilesapkan dan masuk ke dalam akaun Najib. Walaupun SPRM telah menyatakan bahawa duit tersebut bukan daripada 1MDB dan terdapat empat (4) keping surat yang membuktikan bahawa duit itu disumbangkan oleh penderma, Tun M masih lagi berkeras menuduh Najib menyalah gunakan wang rakyat walaupun tanpa sebarang bukti.

13. Jika Tun M bercakap benar dan berdasarkan fakta, Tun M sudah tentu sedar bahawa menjatuhkan Najib TIDAK AKAN memulihkan ekonomi Malaysia SECARA DRASTIK. Najib dan 1MDB TIDAK ADA di negara-negara yang disebutkan tadi tetapi pertumbuhan ekonomi di negara-negara tersebut tetap merosot, nilai matawang dan indeks saham juga terus jatuh, kos sara hidup dan kadar GST lebih tinggi, hutang negara jauh lebih banyak dan kadar pengangguran juga jauh lebih tinggi. Menjatuhkan Najib untuk pemulihan ekonomi segera hanya AUTA dan PEMBOHONGAN Tun M semata-mata.

Disalin dari group telegram.

05 September 2015

Jangan Ada Budaya 'Burung Unta' Dalam Kalangan Pemimpin Umno - TPM Ahmad @Zahid_Hamidi



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak 2015PASIR SALAK, 5 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin Umno sama ada di peringkat cawangan atau bahagian supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta'.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata dalam erti kata lain, beliau tidak mahu ada kalangan pemimpin yang hanya melepaskan beban kepada orang lain.

"Bila ada rusuhan datang, bila orang pergi attack (serang), dia (burung unta) sorokkan kepala dia.

"Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta, jadi unta betul, kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala, ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita.

"Kita sering melupakan apa yang kita telah dapat tapi kita mengharapkan sesuatu yang baru sebab kita rasa tak pernah puas hati apa yang kita dapat," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak 2015, di sini Sabtu.

Turut hadir anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ahmad Zahid berkata sekiranya budaya 'burung unta' itu ditanam dalam kalangan pemimpin Umno, maka parti akan menempa kegagalan dan bukan mudah mendapatkan semula kepercayaan tersebut.

"Kita lihat seperti mana kita (pernah) kecundang di tiga buah negeri iaitu di Perak, Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan, Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Mohamed Yaacob, dia diajar oleh orang-orang Umno sendiri, yang tidak suka dia ketika itu, nak kurangkan undi, akhirnya negeri Kelantan lebih 22 tahun sekarang ini, tak dapat diambil.

"Di Terengganu, marah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika itu menteri besar, nak ajar sedikit.. Nasib baik naik balik. Di Perak, Datuk Tajol Rosli juga pernah menghadapi masalah yang sama.

"Kalau bukan ketika itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang jadi Pengerusi Perhubungan Umno dan saya jadi Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika itu, sampai sekarang saya rasa masih orang lain yang jaga," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta agar perwakilan sentiasa memperkukuhkan perpaduan kerana pada ketika ini, pembangkang cuba memecahbelahkan Umno dari dalam.

"Perpecahan orang Melayu bukan kerana ia diserang dari luar sebaliknya adalah disebabkan pertelagahan dalaman parti, perbezaan pendapat dan perasaan tidak puas hati.

"Apabila kebencian dijadikan budaya, itulah perpecahan yang paling mudah dilakukan. Kita lemah adalah kerana perpecahan dari dalam peringkat akar umbi," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga merupakan anggota Parlimen Bagan Datoh mengumumkan kelulusan peruntukan RM400 juta bagi membina jambatan yang menghubungkan Sungai Dulang, Bagan Datoh dan Hujung Rintis, Pasir Salak.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1168342#.VeqKes7ljS0.twitter





Watch "Gol Highlight : UAE 10 - 0 Malaysia" on YouTube

https://youtu.be/ioSSlwgq3XQ

UAE kali pertama masuk Piala Dunia pada tahun 1990.

Tidak Pelik jika kita dibelasah hingga 10-0.

Brunei juga pernah menjadi mangsa UAE dibelasah 12-0.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/United_Arab_Emirates_national_football_team

Elok dibentuk pasukan kebangsaan yang hanya menjadi wakil negara bukan dibentuk dari pemain dari negeri atau kelab berbeza.

04 September 2015

Corruption In Malaysia : Soros Foundation Funds Jose Ugaz & Transparency International ???

Presiden Transparency International (TI), Jose Ugaz dilihat mempunyai agenda tertentu apabila menuduh Malaysia mengalami krisis korupsi yang teruk dan sebuah negara yang gagal.

TI didedahkan transparency.org adalah badan tajaan penyangak matawang Yahudi, George Soros.
Apa motif seseorang dan badannya yang ditaja oleh Soros membuat tuduhan seumpama itu terhadap Malaysia ?

Menurut wikipedia, José Ugazmenyebut beliau pernah menjadi perunding luar untuk dua organisasi yang berpangkalan di Belanda iaitu Hivos dan Novib.

Hivos dan Novib kedua-duanya adalah tajaan Soros melalui Open Society Foundations atau ringkasnya OSF (sebelum ini lebih dikenali Open Society Institute atau OSI) dan Media Development Loan Fund (MDLF).

Laman larouchepub.com mendedahkan Jose Ugaz bekerjasama dengan Soros menggunakan senjata ‘anti-korupsi’ untuk menjatuhkan Presiden Peru, Alberto Fujimori pada tahun 2000.

“Soros, yang terkenal sebagai mega spekulator merupakan salah seorang Ratu bank persendirian di England yang telah memberikan $1 million kepada (Alejandro) Toledo (penentang Fujimori) -seperti yang didedahkan oleh penasihatnya Alvaro Vargas Llosa, dan diakui oleh Toledo sendiri-untuk menganjurkan perhimpunan berdarah “Four Corners March” pada 28 Julai 2000 yang telah dirancang untuk mensabotaj pemilihan semula Fujimori dan untuk menunjukkan kepada dunia sebagai tidak sah,’dedah laman itu dalam rencana bertajuk “Menghalalkan pengedaran dadah, Soros rampas satu lagi negara : Kini Di Peru”

Setelah Fujimori disingkirkan sebagai Presiden, dua individu pro Toledo iaitu Pe’rez de Cue’llar dan Garc’ıa Saya’n telah melantik Valentín Paniagua mengetuai kerajaan peralihan sebelum diambil alih oleh Toledo.

Valentín Paniagua sekadar presiden boneka zaman peralihan.

Polisi kerajaan peralihan itu juga membayangkan dasar yang bakal dilaksanakan Presiden Toledo.

Ketika itu beratus-ratus pengedar dan pengganas dadah dibebaskan dari penjara; bersetuju untuk membuat “kajian semula” terhadap perbicaraan pengganas-dadah dan pengedar dadah; menarik balik larangan anti-dadah dan penentangan ketenteraan (berkaitan dadah) di dalam negara; membebaskan teroris yang masih dipenjarakan dan dan yang paling penting meruntuhkan sistem Angkatan Tentera yang mahu melaksanakan undang-undang membanteras dadah.

“Kunci kepada senario ini adalah satu kumpulan ‘anti-rasuah’ dan pendakwa sementara Jose´ Ugaz,yang bersama dengan Soros, Garc´ıa Saya´n, dan Pe´rez de Cue´llar, yang menandatangani satu surat terbuka berkempen supaya dadah dihalalkan,” dedah larouchepub.com.
Peranan Soros juga dibangkitkan dalam Pemilihan Presiden di Nigeria.
Soros melalui yayasan penajanya OSI telah membiayai revolusi warna di sesebuah negara, di samping menjadikan dua NGO anjing pengesannya sebagai pemantau.
Dua anjing pengesan Soros adalah Human Rights Watch (HRW) dan Transparency International (TI).
“Pada hakikatnya, OSI membantu menjatuhkan Yugoslavia Slobodan Milosevic, ihsan sumbangan $ 100 juta untuk tabung pembangkang, mendorong Revolusi Orange dan Euromaidan di Ukraine dan telah menyediakan bantuan kewangan kepada parti-parti pembangkang di Azerbaijan, Belarus, Croatia, dan Macedonia.
“Selepas berjayanya ‘Revolusi Rose’ di Georgia, beberapa pekerja Soros telah diberi ganjaran dengan pekerjaan dalam kerajaan. Alexander Lomaia, ketua OSI Georgia menjadi Menteri Pelajaran dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Georgia.
“Sudah diketahui umum, Soros menderma $ 100 juta untuk HRW dan berjuta-juta lagi untuk TI, dua NGO Barat yang terkenal dengan laporan tahunan mereka dan juga berkaitan dengan kekurangan ketelusan dan mekanisme demokratik dalaman.

http://mymassa.blogspot.my/2015/09/mengejutkan-jose-ugaz-dapat-dana-dari.html?m=1

IACC 16th : Jose Ugaz Forgot To Mention Malaysia Corruption Rank Now Lower Than Before cc @NajibRazak

Please use Google Translator to read this article..


Tiba-tiba orang asing bernama Jose Ugaz menjadi topik dan sindiran tajam rakyat Malaysia di dalam media sosial but for the wrong reason. Ianya seperti parti DAP yang bercakap tentang perpaduan rakyat dan perlembagaan negara tetapi parti itu terlibat peristiwa berdarah perkauman 13 Mei 1969. 
Ianya seperti Lim Kit Siang yang tanpa rasa malunya mengaku kononnya tidak pernah memijak gambar pemimpin sepanjang 50 tahun beliau berpolitik. Tetapi terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Sama seperti puak Beersih Bersih 4.0 yang kononnya memperjuangkan transperensi dan keadilan tetapi mereka sendiri gagal bersikap transperensi dengan tidak mendedahkan 'sumbangan dan penyumbang' yang mereka terima sebanjak jutaan ringgit untuk perhimpunan haram rasis baru-baru ini. Seperti Lim Guan Eng DAP bercakap tentang moral pemimpin tetapi beliau sendiri terbukti bersalah menghina Dato Jaharah Hamid dengan gelaran berbau rasis yang sangat menghinakan.

Cakap sahaja pandai tapi....
 

Jose Ugaz adalah orang negara Peru dan Presiden Transparency International. Datang ke Malaysia dijemput ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16. Dan beliau buat onar pula di negara ini.

Dan sudah tentu kenyataan busy body dan tidak adil orang Peru ini akan diperbesar-besarkan oleh portal-portal pro-pembangkang tanpa liputan yang adil dan saksama. Contohnya : Message to the corrupt - Your days of impunity are numbered. 

Dan apabila kita membaca dan memahami ucapan orang Peru ini, kita akan dapati beliau terlalu naif dan hipokrit. Beliau mengkritik negara-negara lain tetapi beliau lupa (atau buat-buat lupa) negara Peru, negara beliau sendiri adalah jauh sangat teruk jika dibandingkan dengan Malaysia.


source: tradingeconomics.com

Begitu jelas menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia adalah jauh lebih baik dan semakin menurun jika dibandingkan dengan negara Jose Ugaz.  

Sangat mengecewakan apabila ada orang asing yang negaranya sangat teruk korupsinya tetapi cuba campur tangan terhadap proseding yang sedang berjalan sekarang.

Pokoknya, negara lain seperti Kuwait, Tunisia, Russia, Ukrraine, Guatemala, Brazil, 'many companies in Europe and the Uniteds States', Mexico, Azerbajan, Angola tetapi orang Peru ini tidak sentuh langsung betapa teruknya kedudukan negara beliau yang semakin meningkat dari tahun 2012 - 2015 di dalam ucapan rasmi beliau.

Sebaliknya, beliau menyentuh perkara yang sedang dalam siasatan, telah dijawab berulang kali dan mengritik negara yang jauh lebih baik dan semakin menurun daripada tangga 60 ke 50 dalam masa 3 tahun sahaja. Bukankah itu satu pencapaian yang patut dijadikan contoh oleh Jose Ugaz dan negara Peru?

Kita bukan mendabik dada dan puas hati di tangga 50 dan kita percaya bahawa kabinet BN persekutuan sentiasa berusaha untuk menangani gejala rasuah. Kerana itu kedudukan negara bertambah baik. Tetapi sekurang-kurangnya si Jose Ugaz menghormati tuan rumah dan tidak hipokrit.

Dan baik juga jika Jose Ugaz letak jawatan Transparency International dan cuba bantu naikkan imej negara beliau sendiri dahulu yang teruk korupsinya. Setelah berjaya, barulah kritikan beliau terhadap negara-negara lain akan lebih bermakna dan dipecayai.

http://novandri.blogspot.my/2015/09/jose-ugaz-peru-transparency.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/JcvMw+(Dr+MiM)&m=1

Anak TPM DS @Zahid_Hamidi Bergelar Dato Bukan Kerana Jasa Ketuai Perbarisan

hehehed

Lt. Muda Dato’ Nurulhidayah Binti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid

Nama Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid minggu ini menjadi begitu panas dan bualan ramai orang.
Gara-gara empunya nama telah memuat naik tulisan beliau yang mengecam dan mengkritik para peserta Bersih 4.0 yang menyertai perhimpunan haram tersebut pada 29 hingga 30 Ogos 2015 lalu.
Nurulhmt_600_1

Apabila terlalu ramai penyokong Bersih dan pembangkang mula panas punggung bagai cacing kepanasan kerana dikritik hebat oleh seorang “aweks celoreng”, maka pelbagai pendedahan telah di buat keatas diri Nurulhidayah tersebut.
Lefternan Muda Dato’ Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid sebenarnya bukan sekadar seorang anak kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, malah beliau juga seorang anggota Askar Wataniah, Ikon Belia Negara dan Pengarah Komunikasi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Setelah pelbagai rahsia dan cerita peribadi beliau dilondehkan, puak penyokong Bersih dan pembangkang masih belum berpuas hati untuk terus menanam persepsi negatif terhadap anak perempuan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ini.
nurul444 nurul555
Mereka terus mempertikaikan anugerah “datukship” yang diterima oleh Nurulhidayah tersebut memandangkan beliau masih begitu muda dan ada cakap-cakap nakal berpandangan bahawa beliau tidak layak lagi untuk bergelar seorang Dato’.
Timbul pula awal minggu ini cerita mengatakan bahawa datukship yang diterima oleh Nurulhidayah tersebut adalah hasil daripada beliau menjadi ketua perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah.
nurul666 nurul777
Tuduhan tersebut telah viral dengan begitu meluas di setiap laluan media sosial sehinggakan menjadi bahan gurauan seantero dunia kerana melucukan.
Namun Nurulhidaya dilaporkan telah membuat penafian mengenai fitnah yang tersebar di media sosial tersebut di sebuah laman group WhatsApp seperti printscreen berikut :
1051753tttt30663772070899_n

Kegilaan penyokong Bersih dan pembangkang untuk memburuk-burukkan anak Timbalan Perdana Menteri ini begitu menjadi-jadi mungkin kerana Malaysia telah menjadi saksi bahawa Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan “singa” yang sentiasa mengaum dalam arena politik kini.
Ahmad Zahid Hamidi dilihat lebih bersifat lantang dan berani ke hadapan berbanding bekas Timbalan Perdana Menteri yang lepas, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Ditambah pula Nurulhidayah yang mempunyai ketokohan hebat sebagai Ikon Belia dan sentiasa vokal dalam isu-isu tertentu, maka penyokong Bersih dan pembangkang sudah tidak mampu untuk hidup selesa lagi seperti dahulu.
nurul11 nurul222
Jika Pakatan Rakyat mempunyai “singa” lembik mereka iaitu Rafizi Ramli dan Dyana Sofya, kini kerajaan dan UMNO-Barisan Nasional juga mempunyai “singa” garang iaitu Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan “singa” belia iaitu Lt. Muda Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid.

http://www.tv14.my/2015/09/03/nurulhidayah-ahmad-zahid-terima-datukship-kerana-khidmat-bukan-kawad/

03 September 2015

Rencana - GHB dedah dedalu (IRC JIM IKRAM) dalam Pas - Utusan Online

GHB dedah 
dedalu 
dalam Pas

AHMAD FARIS ABDUL HALIM
03 September 2015 12:40 AM

DAP memang sudah tidak ambil peduli lagi pasal Pas.

Kebencian DAP terhadap Pas membuak buak dan seakan-akan 'dimuktamadkan' dengan para penyokong dan pengikutnya merajai perhimpunan haram Bersih 4 yang baru berlalu sehari dua ini di ibu negara.

DAP mahu tunjukkan bahawa tanpa Pas pun, mereka boleh hidup 'beraja' dalam kalangan orang Melayu Gerakan Harapan Baru (GHB), PKR dan atas pagar. Kalau tidak, masakan pula pemimpin lama DAP, Lim Kit Siang sanggup terbang ke Mesir dan Jordan sebelum ini untuk bertemu dan berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia di kedua-dua negara Asia Barat itu?

Terbaru, Kit Sang dikatakan merancang mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan Pas yang disebabkan isu tersebut. Kali ini mereka dilaporkan akan melawat Tunisia dan berbincang dengan pemimpin parti Islam AnNahdah, yang turut berada dalam kerajaan negara utara Afrika itu.

Gelojoh benar DAP memperlekehkan Pas terutama terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam blog, portal dan apa sahaja laman sosial. Apakah agenda tersembunyi DAP ke Asia Barat untuk berjumpa dengan parti Islam Tunisia itu?
Adakah ini strategi peperangan Sun Tzu yang menawarkan formula penentangan terhadap musuh dengan cara berbaik-baik dengan musuh, kemudian menghancurkannya pula? Dalam taktik Sun Tzu, musuh perlu dilemahkan melalui gerakan risikan. Daripadanya kemudian diwujudkan tohmahan, propaganda, subversif serta ketidakstabilan.

Kenapa DAP sendiri yang perlu berjumpa dengan parti-parti Islam di luar sana? Adakah itu bermakna parti itu telah hilang kepercayaan terhadap GHB khususnya Mohamad Sabu atau Mat Sabu?

Dikatakan pemimpin DAP mengandaikan beratus ribu ahli Pas akan mengisytiharkan keluar dari parti itu untuk mengikut Mat Sabu. Tetapi DAP 'ditempelak' balik kerana yang ada sekarang ini pun, tidak sampai satu peratus ahli Pas yang sertai GHB. Kalau 35,000 ahli baharu GHB yang disasarkannya nanti - yang kini bergerak atas platform Parti Pekerja Malaysia (Parti Pekerja) yang diketuai Mat Sabu selaku pengerusinya - ia tidak sebanyak mana berbanding hampir sejuta ahli Pas. Itu pun rakyat maklum mereka ialah kumpulan yang memasuki Pas selepas tahun 1998 - iaitu apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib; ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan bekas Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang rata-ratanya suatu ketika dulu ahli IRC (Islamic Representative Council).

Kalau IRC itu, IRC jugalah. Ada kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samad, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka menggabungkan diri dalam Pas.

Antara pemimpin lain di peringkat junior ialah Dr. Mujahid (kini Naib Pengerusi Parti Pekerja Malaysia yang menggerakkan GHB), individu yang telah melalui perkaderan jalur ini. Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai sebuah pertubuhan Islam daripada dalam.

Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli pertubuhan Islam itu. Pergolakan berebut jawatan Menteri Besar Selangor tahun lalu telah menampakkan 'warna sebenar' mereka yang dulunya menyertai Pas. Sebahagian ahli Pas telah meraguinya dari dulu dan kini tembelang sudah pecah.

Asalnya IRC, kemudian bertukar menjadi JIM (Jemaah Islah Malaysia), sebelum dijelmakan sebagai Ikram. Mereka mencatur orang mereka untuk merancang menguasai parti tersebut. Mereka (IRC, JIM dan Ikram) ini difahamkan ada plan B.
JIM seketika dulu sebuah NGO berdaftar di Malaysia. Dalam kalangan orang Pas dan pemimpin kanan parti itu, penganjur dan pesertanya sudah terbiasa mendengar dari mulut bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Allahyarham Harun Taib: "Abu Urwah ini masuk Pas tapi ana tidak percaya kesetiaannya kepada Pas. Ya! Sekarang terbukti. Terang-terang Saari 'jolok' Pas dan presidennya."
Melompat kedua-duanya (Saari dan Hasnul) memberi sokongan kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sedangkan pendirian pucuk pimpinan Pas adalah menyokong mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Begitulah IRC, sejak dulu menjadi dedalu kepada Pas.
Dengan GHB muncul secara rasmi menggunakan platform Parti Pekerja, nampaknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang sebelum ini beria-ria 'menembak' Abdul Hadi dan ulama Pas dari awal, tiba-tiba dilupakan. Ke mana menghilangnya Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi? Habis manis, sepah dibuang. Demikianlah nasib Pasma walaupun lebih awal 'menyerlahkan taringnya' membantai Pas sebelum GHB.

Phahrolrazi terlepas kapal. Dia kini bolehlah fikir sendiri dan lihat gaya permainan JIM dan GHB ini. Orang Pas sejati hanya dijadikan alat untuk mencapai cita-cita Anwar dan Kit Siang.

GHB dipercayai tidak akan ke mana kerana yang menggerakkan jentera pilihan raya pembangkang selama ini sejak 2008 lagi adalah Pas. Pas yang memenangkan pakatan pembangkang di Terengganu, Perlis, Perak, Johor, Melaka dan Selangor. Kalau setakat bantuan PKR dan DAP, jentera pembangkang tidak ke mana.
Parti Pekerja atau GHB tentu sekali akan 'dipergunakan' lagi untuk membantu DAP dan PKR dalam dua tahun setengah lagi.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/ghb-dedah-8232-dedalu-8232-dalam-pas-1.131124#sthash.Geq3krDW.dpuf

02 September 2015

Akta Pencegahan Keganasan 2015 
berkuat kuasa semalam - TPM @Zahid_Hamidi



02 September 2015 1:13 AM

 

DATUK SERI DR. ZAHID HAMIDI



KUALA LUMPUR 1 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) berkuat kuasa secara rasmi hari ini.


Beliau berkata, penguatkuasaan POTA itu selaras dengan pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 November 2014 bertajuk ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State’ di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, susulan daripada itu, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] di Parlimen pada sesi Mac 2015 lalu, yang boleh digunakan pihak berkuasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan.

“Akta 769 tersebut telah pun diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Sept 2015,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata dalam penggubalan akta itu, terdapat satu undang-undang baharu yang turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata, ia bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar man­tap dan komprehensif agar anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Katanya, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770] (SMATA) iaitu undang-undang baharu yang membenarkan Ketua Pengarah Imigresen menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia, yang terlibat dalam organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.

Beliau berkata, menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah menuntut penyerahan do­kumen perjalanan asing milik seseorang bukan warganegara Malaysia, yang terlibat dengan pengganas di sesuatu negara asing, dan diserahkan kepada polis serta ditahan 14 hari untuk proses siasatan.

Katanya, empat pindaan selari tersebut adalah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK); Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA); dan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

“Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA), Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) telah pun dikuatkuasakan pada 15 Jun 2015,” katanya.

Beliau berkata, Akta Pencegahan Keganasan 2015 ini dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 iaitu pada 1 September 2015.– BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/akta-pencegahan-keganasan-2015-8232-berkuat-kuasa-semalam-1.130794#sthash.HW6bdo5n.dpuf

Ancaman Rogol Bila Anak Perempuan TPM @Zahid_Hamidi Bodohkan Peserta #BERSIH4

Semua sudah baca rasanya kenyataan anak Timbalan Perdana Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi bernama Dato Nurul Hidayah berkenaan #Bersih4.

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysian-dpm-zahids-daughter-bersih-protests-stupid-better-for-supporters-to-join-the

" The daughter of Malaysian Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has slammed supporters of the Bersih weekend rallies for taking their demands to the streets in the name of defending the country.

Writing in Malay in a series of rants on Facebook Monday, Nurulhidayah Ahmad Zahid described the protests as a kerja bodoh (stupid work), and that it was better for supporters to join the army."

Seperti bapanya yang lantang dari zaman Pemuda hingga sekarang begitu juga sikap anak perempuan sulung Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi ini.

Keberanian bapa dilihat diwarisi oleh anaknya. Mana kuah kalau tidak ke nasi.

Beliau dilihat tidak gentar dengan serangan pihak pembangkang dan turut memberi pengalaman peribadi beliau semasa belia sebagai pengajaran kepada anak muda jangan terjebak dengan demo yang hanya merugikan.

Paling biadap antara komen komen di Media Soooosial ialah dari Alvin Tan yang mahu merogol anak YAB Timbalan Perdana Menteri.

Blogger lucah ini yang pengecut kerana melarikan diri ke luar negara nampaknya masih lagi mahu mencari populariti SEHEBAT Menteri dan artis dengan membuat ancaman mahu merogol anak TPM.

Jika serangan sebegini hebat bagi saya ia bermakna impak kenyataan anak TPM ini juga sangat hebat.

Ketepikan soal tertekan kerana dikutuk kerana media sooooosial hari ini sememangnya tidak memihak kepada pihak yang benar.

Gerakan terancang pembangkang menguasai media soooosial selain simpati dari rakyat yang diperdaya menjadikan serangan ini cepat memberi kesan samada di blog twitter facebook atau instagram.

Ini harga yang patut dibayar oleh sesiapa pun jika berani menyentuh soal perjuangan bodoh pembangkang.

Membodohkan pembangkang adalah dosa besar di sisi mereka kerana mereka merasa sangat terhina apabila dibodohkan terutama oleh budak hingusan seperti anak TPM walhal mereka sendiri cuba membodohkan Melayu Cina dan India dengan cara yang bodoh seperti demo haram #BERSIH.

Kencing merata tempat, sampah berselerak, mengganggu lalu lintas, memburukkan imej negara, menakutkan pelabur, mengganggu perniagaan antara perbuatan bodoh yang dilakukan peserta #Bersih.

Hanya sakit mental lulusan Tanjung Rambutan yang akan menyokong perbuatan tersebut kerana akal fikiran yang sihat akan mengakui kebodohan peserta Bersih bukan membenarkan perbuatan mereka.

Untuk melemahkan dan menyedarkan rakyat elok kita juga membodohkan perbuatan pembangkang dan penyokong mereka kerana perbuatan bodoh jika tidak digelar bodoh boleh menyebabkan ia diikuti oleh anak cucu kita pada masa hadapan.

Tahniah anak TPM Dato Nurul kerana berani dan tidak gentar untuk berdepan dengan pembangkang walau tidak ada sebarang jawatan tinggi dalam parti atau kerajaan.

Walau masa silam beliau mungkin akan dikorek kembali untuk balas dendam.

Rakyat akan bersama anda melawan kekarutan mereka.

Semangat cintakan negara anak TPM menyelar perbuatan bodoh rakyat minoriti berjumlah hanya 20 ribu peserta dari 29 juta rakyat Malaysia dalam demo haram BERSIH4 wajar dicontohi oleh semua.